Bab 8

5.4K 354 13
                                    

"Rest in peace Izumi.."

"Ace..." Panggil Edward.

"Aku dah tunaikan Edward...Aku dah tunaikan janji aku." Kata Ace sambil merenung ke bawah.

"I know,Ace...I know..Sekarang jom balik..." Kata Edward.

Ace bangun dari melutut. Dua bilah pedang yang terpacak di tanah diambil lalu disisipkan ke belakang.

"Hujan..." Katanya.

"What?" Soal Edward.

"Nothing..just rain.." Jawab Ace.

Edward hanya mengangguk lalu mereka berdua berjalan menuju ke arah Shin dan Zack berada.

"Kau tak apa-apa?" Soal Shin.

"Aku okay." Jawab Ace.

-----------------------------------------------

"Wah!!! Mereka dah balik!!!"

"Wah!!"

Penduduk kampung bersorak apabila mereka berempat balik semula ke kampung.

Ace hanya melambai penduduk kampung sambil tersenyum begitu juga dengan Edward,Shin dan Zack.

"Terima kasih tuan!! Terima kasih!!" Ucap Pacik Mick apabila mereka tiba di halaman rumah.

"Ah...Sama-sama...Kami buat apa yang sepatutnya kami buat." Jawab Edward.

"Kalau begitu marilah masuk kami dah masakkan lauk untuk tuan."

"Baiklah terima kasih Pacik Mick." Kata Shin lalu mereka masuk ke rumah Pacik Mick.

"Edward,korang makanlah...Aku nak masuk tidur." Kata Ace apabila mereka masuk ke dalam rumah Pacik Mick.

"Sure ni?" Soal Edward.

Ace hanya mengangguk lalu dia masuk ke dalam bilik.

"Eh?? Kenapa dengan kawan kamu tuu?? Tak makan ke??" Soal Pacik Mick apabila dia ternampak Ace memasuki bilik.

"Jangan layan sangat perangai dia tu Pacik Mick. Sengaja tunjuk kuat." Kata Zack tetiba.

"Zack behave...Bukanlah pacik..Dia penat je bukan tunjuk kuat...Maklumlah dia yang hapuskan kesemua pemberontak itu." Jelas Edward.

Pacik Mick terkejut dengan kenyataan Edward.

"D...dia seorang saja?!" Soalnya.

"Yup...ada sebab kenapa dia yang hapuskan pemberontak itu." Kata Edward.

"Sebab?? Boleh jelaskan??" Pinta Pacik Mick.

"Sebab kejadian empat tahun lepas di mana..." Edward tersentak kerana hampir terlepas kata.

"Di mana....?"

"Tiada apa-apa pacik... Jom kita pergi makan...Perut saya dah lapar sangat ni." Ajak Edward cuba berdalih.

Pacik Mick hanya menurut walaupun hairan dengan kenyataan tadi tapi dia lupakan...

"Eh..Mana Ace??" Soal Shin.

"Dia tidur.." Jawab Edward.

Shin hanya mengangguk lalu mereka makan bersama-sama dengan Pacik Mick dan juga Liz.

Di dalam bilik, Ace duduk di katil sambil memerhati cincin berbatu putih itu dengan tangan kanan.

"Aku dah tunaikan Izumi...Sekarang kau dah boleh berehat dengan tenang di sana." Kata Ace. Setitik air mata jatuh. Tangan kiri Ace genggam erat dia menangis dan terus menangis. Bayangan gadis berambut hitam hadir dalam kepala.

TALE OF WINDCRAWLER[C]Where stories live. Discover now