Bab 24

4.1K 280 4
                                    

Kelihatan penduduk Capital City sibuk menjalankan aktiviti sendiri.

Ace dan Luna hanya memerhati aktiviti penduduk. Mereka berdua tersenyum melihat kanak-kanak riang bermain.

"Kan best kalau jadi budak." Kata Ace.

"Kenapa cakap macam tu?" Soal Luna.

"Ya lah...Cuba bayangkan..Budak hanya tahu bermain sahaja. Apabila mereka lapar mereka hanya meminta dari parents mereka. Apabila mereka dalam kesedihan, ada ibu bapa mereka untuk ceriakan mereka semula. Tapi itu semua hanya ada pada mereka. Saya sempat merasa semua itu sehingga umur saya 5 tahun. Selepas tu..Haih.." Kata Ace sambil mengeluh.

Luna memegang tangan Ace. Dia dapat merasakan kesedihan yang ada pada Ace selama ini.

"Itu semua takdir Ace. Awak tak boleh halang. Awak kena terima apa yang sudah ditakdirkan untuk awak. Mungkin ada sebabnya kenapa takdir awak begitu." Nasihat Luna.

Ace hanya memandang gadis itu. Gadis yang dicintainya. Dia mengangkat tangan lalu mengusap kepala gadis itu.

"Ace?" Luna hairan.

"Thanks Luna for your advice." Ucap Ace sambil tersenyum.

"Um..Sama-sama.." Jawab Luna malu.

Ace hanya tersenyum melihat Luna lalu mereka terus berjalan sehingga berhenti di sebuah restoran. Mereka masuk ke dalam restoran itu.

Tidak ramai orang yang ada dalam restoran itu. Mereka berdua mengambil tempat berdekatan dengan tingkap. Seketika kemudian datang seorang pelayan. Mereka berdua memesan makanan yang mereka hendak makan.

"Luna...Awak pakai rantai yang saya bagi tu?" Soal Ace apabila dia ternampak rantai berbatu putih di leher Luna.

"Um..Ya.." Jawab Luna.

"Tak sangka juga eh...Awak sayangkan saya." Kata Ace tersengih.

"Idiot!..Kalau saya tak pakai rantai ni saya tak lah berada kat sini sekarang, saya tak jaga awak masa awak pengsan, saya tak----"

"Shhh.." Kata-kata Luna terpotong apabila Ace meletakkan jari telunjuk di bibir Luna.

"Tak perlu nak membebel...Awak pakai rantai tu dah cukup membuktikan yang awak sayang saya. Terima kasih." Ucap Ace dalam nada romantik.

Luna tertunduk mendengar ucapan Ace. Dia malu. Mukanya memerah.

Ace hanya tersenyum. Tak lama kemudian seorang pelayan datang membawa makanan yang dipesan oleh mereka berdua. Mereka berdua makan dengan senyap. Tiada perbualan antara mereka. Sesudah makan, Ace membayar harga makanan itu lalu mereka keluar.

"Hohoho...Ada pasangan bercinta kat sini..." Tegur satu suara apabila mereka berdua keluar dari restoran itu.

Kelihatan Edward bersama dengan Rex di situ. Mereka berdua tersengih sinis.

Ace membuat muka bosan manakala Luna hanya tertunduk malu.

"Apa yang korang nak?" Soal Ace.

"Takde apa-apa pun..." Jawab Edward.

Ace merenung mereka berdua dengan pandang maut sehinggakan mereka berdua berundur berberapa langkah.

"Err..Kenapa ni??" Soal Rex.

"Hmmm.." Ace masih merenung.

"D...Dah lah tu..M...Muka kau seram siak..." Kata Edward pula.

Ace hanya mengeluh lalu memandang mereka dengan pandangan biasa.

"So kamu dari mana nak ke mana?" Soal Ace.

"Kami baru habis meronda Frontline City..Sekarang ni nak balik ke istana." Jawab Rex.

TALE OF WINDCRAWLER[C]Where stories live. Discover now