Bab 43: Ace's Death?

4.1K 269 3
                                    

Satu gegaran yang amat kuat dirasai akibat pertembungan bebola yang dihasilkan oleh Zagros dan Ace.

Satu kawah besar terhasil. Ace hanya berdiri selamba memandang Zagros.

"Hmmm...Kuat juga eh serangan tu..Aku ingat biasa-biasa je.." Ace mengusap dagunya.

Tetiba ada satu serangan curi ingin menghentam kepalanya. Ace sempat menunduk sebelum serangan itu mengena.

"Seriously?" Soal Ace sendirian.

"So,Zagros...Kau nak berlawan guna apa...Guna pedang atau...Tangan kosong??" Soal Ace.

"Heh...Jangan menyesal budak.." Tetiba tangan kiri Zagros bertukar jadi tangan yang serupa macam Ace cuma Zagros mempunyai jalur berwarna merah berlainan dengan Ace yang mempunyai jalur berwarna biru.

"Ehh? Sejak bila kau ada tangan Izanagi??" Tangan Ace pun turut bertukar ke tangan Izanagi.

Zagros tetiba meluru ke arah Ace dan pemuda itu pun meluru ke arah Zagros.

BOOOOOMMMM!!

Angin kencang terhasil akibat impak lagaan tumbukan Ace dan Zagros.

"Aku akan bunuh kau!!" Zagros mula menyerang Ace bertubi-tubi. Ace hanya mengelak dan menangkis serangan Zagros.

Bakk!!

Akhirnya tumbukan Zagros sampai di muka Ace menyebabkan Ace terpelanting jauh.

"Hahaha! Kena pun!"

"Aduh...Kuat juga tumbukannya.." Ace bangkit.

"Kau tak ubah seperti mak bapak kau! Senang kena serangan! Lemah!!" Zagros mengutuk ibu dan ayah Ace.

Raut muka Ace terus berubah mendengar ibu dan ayahnya dihina.

"You make me piss off.." Tetiba Ace menghilang dan muncul di hadapan Zagros.

BAKKKK!!!

Satu tumbukan padu mengena Zagros menyebabkan lelaki itu terbuang jauh.

"Aku baru nak having fun dengan kau tapi kau buat aku serius..." Ace berjalan mendekati Zagros. Mukanya dingin. Pandangan matanya seolah-olah ingin menerkam mangsa di hadapannya.

"Tak guna!!" Zagros meluru begitu juga dengan Ace.

DUSHH!!

DUSHH!!

BOOMM!!

BAKK!!

BOKK!!

BRAKKK!!!

Mereka berbalas tumbukan. Kawah terahsil akibat impak tumbukan mereka.

Luna yang sedang merawat Leo memerhati keadaan di luar. Dia berharap yang Ace selamat.

"Kenapa kau tak mati saja macam mana mak bapak kau mati hah!!!??" Soal Zagros kegeraman.

"Aku hidup hanya untuk bunuh kau setan!!!" Ace menguatkan tumbukannya.

"BERSERK BLOW!!!" Zagros terlempar ke atas kerana tumbukan Ace. Pemuda itu menghalakan tangan kanannya ke atas.

"Hellfire." Satu serangan berunsurkan api mengena Zagros yang di udara itu.

"HIYARGGHH!" Serangan itu lenyap begitu sahaja. Kelihatan Zagros terapung di udara.

"Kau buat aku serius budak..Sekarang aku akan hantar kau ke tempat mak bapak kau berada." Tetiba aura gelap mengelilingi badan Zagros. Ace merasa kuasa negatif yang amat kuat.

TALE OF WINDCRAWLER[C]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora