Bab 3

5.9K 397 4
                                    

Ketika Ace dan Edward keluar dari bilik perbincangan,kesemua 6 pahlawan elit berbincang sesama mereka.

"Aku tak percaya..." kata Shin.

"Apa yang kau tak percayakan ni??" Soal Rex.

"Aku tak percaya ada orang yang dapat mengalahkan kelajuan maharaja." Jawab Shin.

"Ohh." Kata Reo.

"Alah dia tuu saja je berlagak depan kita semua...kalau nak tahu kuasa sebenarnya fight dulu dengan aku." Kata Zack dengan angkuh.

"Eleh....fight dengan kau konon...sekali dia tunjukkan kuasa sebenar dia baru kau menggigil." Kata Fiona.

"Aku setuju dengan Fiona." Jelas Rex.

"Eh?? Kenapa pula Abang Rex??" Soal Reo.

Yang lain mengangguk akan soalan Reo tadi.

"Bukan apa...aku dapat rasa masa dia melawan maharaja,dia tidak gunakan kesemua kuasanya. Dia hanya menggunakan sedikit sahaja." Kata Rex.

"Macam mana kau tahu??" Soal Shin pula.

"Kau dah lupa Shin?? Salah satu kelebihan aku dapat mengira jumlah kuasa seseorang. Sebab itulah aku dapat kira jumlah kuasanya." Jelas Rex.

"Ahhh...fight dulu dengan aku baru tahu dia kuat atau tidak." Kata Zack.

"Angkuhnya kau ni Zack. Satu je aku nasihatkan kau. Don't judge a book by its cover." Nasihat Shin.

"Satu lagi takkan kau tak dapat rasa aura yang ada pada dia? Aku yakin kau dapat rasa sebab selain dapat membaca fikiran orang kau juga dapat merasa aura seseorang." Tambah Rex.

Fiona,Luna dan Reo hanya berdiam diri.

"Ahh sudahlah." Kata Zack lalu dia bangkit dari kerusi dan berjalan keluar dari bilik perbincangan.

Yang lain hanya menggeleng kepala melihat kelakuan Zack sebentar tadi.

"Aku harap betul Ace dapat belasah si Zack tuu...berlagak sangat..hmph!!" Marah Fiona.

"Ish..janganlah macam tuu tak baik." Kata Luna.

"Betullah Luna..si Zack tuu berlagak sangat." Bidas Fiona.

Luna hanya mendiamkan dirinya.

"Kalau macam tuu kita pergi ke bilik latihan.Dapat juga panaskan badan." Kata Shin.

"Hah...cadangan yang bagus. Aku pun dah lama tak fight dengan kau." Kata Rex.

"Kau nak cuba ke?" Soal Shin sinis.

"Dengan hati yang terbuka." Jawab Rex.

"Woah woah...nak fight bukan kat sini..sana kat bilik latihan." Kata Reo.

"Hmmm...kalau macam tuu..aku dengan Luna nak keluar jap. Nak ambil angin." Kata Fiona.

Lalu mereka berdua berdiri dan berjalan keluar dari bilik perbincangan.

"So." Kata Rex.

"So??" Soal Reo pula.

"Jomlah ke bilik latihan kita fight tiga orang." Jelas Rex.

"Hahaha....jom." kata Shin. Reo pula hanya mengangguk.

Mereka bertiga berjalan keluar dari bilik perbincangan.

Di tempat Ace dan Edward pula,mereka hanya berjalan menuju ke bilik bacaan. Dalam perjalanan Edward sempat menanyakan Ace soalan.

TALE OF WINDCRAWLER[C]Where stories live. Discover now