Bab 22

4.5K 291 18
                                    

Tap!

"Awak kalah."

Semua tergamam melihat pertempuran itu. Walaupun Shin telah menggunakan kuasanya, akhirnya dia juga yang kalah apabila Ace menyentuh bahunya.

"He...Hebatnya.." Rex tergamam.

"Haih...Macam mana kau boleh bergerak dengan laju Ace?" Soal Shin.

Ace tersenyum lalu menepuk bahu Shin.

"Latihan bro." Jawabnya.

Lalu dia menyisipkan kedua pedangnya ke belakang. Dia mendepakan tangan kanannya ke depan. Sedikit demi sedikit struktur Colloseum yang rosak itu kembali pulih.

Sehabis berbuat begitu,Ace dengan Shin menuju ke arah yang lain berada.

"Aku still tak puas hati dengan kau! Aku nak lawan kau!" Cabar Rex tak puas hati.

"Hahah..Next time lah..Aku penat nak rehat." Ace menolak cabaran Rex.

"Haih.." Rex mengeluh.

Ace beredar dari situ disusuli Luna.

"Ace..Awak tak apa-apa?" Soal Luna apabila mereka berdua dalam perjalan pulang ke istana.

"Hmm?? Saya tak apa-apa..Cuma penat sedikit." Kata Ace sambil mengusap kepala Luna.

Luna mengangguk tanda faham. Dia sebenarnya masih lagi terkejut dengan kehebatan Ace tadi. Ace seolah-olah menari semasa pertarungan tadi. Kelajuannya pula,teramat pantas.

"Baiklah...Kita dah sampai." Kata Ace apabila mereka berada di pintu bilik Luna.

"Eh? Dah sampai?" Luna tersedar dari lamunannya.

"Ye..Awak termenung apa tadi??" Soal Ace.

"Tak..Tak ada apa-apa." Jawab Luna.

Ace tersenyum lalu mengusap kepala Luna sekali lagi.

"Besok tak payah pakai pakaian formal." Arah Ace.

"Eh? Why?" Soal Luna pelik.

"Ala..Ikut je apa yang saya cakap." Rayu Ace.

Luna pula memandang muka Ace dengan curiga.

"Hmmm..Baiklah." Akhirnya Luna bersetuju.

"Yes! Thats my girl." Kata Ace gembira.

"Okaylah..Saya nak masuk bilik ni." Kata Luna.

"Oh..Saya pun sama. Kalau begitu saya pergi dulu ya? Ingat ya besok tak payah pakai pakaian formal." Ace mengingatkan Luna sekali lagi.

"Ye saya ingat sayangku." Jawab Luna tersenyum.

"Haha..Okaylah saya pergi dulu.... Bye!" Ace beredar dari bilik Luna dengan senyuman yang lebar.

*************************

"Hishh! Ada masa aku nak fight balik dengan si Ace." Kata Rex tak puas hati.

"Hmm..Sukar juga kau nak fight dengan dia sesorang. Kau dah lihatkan? Dia tewaskan kita dengan mudah." Bidas Shin.

"Betul apa yang Shin cakap." Sokong Reo.

Zack, Edward dan Fiona hanya mendengar perbualan mereka.

"Kalau kamu nak fight dengan dia kamu perlukan kemahiran yang tinggi." Sampuk Edward.

"Apa maksud kau?" Soal Rex.

"Well...Korang mesti dah tahu tahukan yang Ace adalah orang terakhir Puak Windcrawler?" Soal Edward kembali.

TALE OF WINDCRAWLER[C]Место, где живут истории. Откройте их для себя