Bab 13

4.5K 329 11
                                    

Pada malam itu Edward berbaring di atas katil. Dia berfikir tentang haiwan Grimiro. Makhluk yang berbentuk seperti cicak gergasi dan mampu melepaskan tembakan api dari mulutnya.

"Macam mana haiwan tuu boleh survive..Hmm..Mereka dah pupus sepatutnya tapi..Haihh..."Edward mengeluh.

"Baik aku ajak Fiona makan boleh lah sembang sikit...Maybe...Just maybe..Aku nak luahkan perasaan aku kat dia." Kata Edward lalu dia bangun dari baring dan menuju ke arah pintu biliknya.

Tok!!

Tok!!

"Nak apa??" Soal Fiona apabila Edward mengetuk biliknya.

"Arr...errr..."

"Cepatlah.." Gesa Fiona.

"Saya...saya..nak bawa awak makan." Ajak Edward dengan gugup.

"Kejap." Fiona masuk biliknya lalu keluar semula.

"Ok jom." Kata Fiona.

-----------------------------------------

"Sejukkan malam ni??" Edward memulakan kata.

"Yupp." Jawab Fiona ringkas.

Mereka berdua berjalan di Pekan Howier,pekan yang terdapat di Kerajaan Eupheteus. Hanya berberapa orang penduduk kelihatan.

Kot labuh berwarna kuning hitam tersarung kemas di tubuh Edward. Triggeal Sword pula diletakkan di belakang.

Fiona juga sama. Kot labuh berwarna hijau daun dipakai kemas. Cemetinya pula diletakkan di belakang pinggangnya.

Majoriti penduduk yang berada di pekan melihat ke arah mereka berdua.

Setelah 7 minit berjalan mereka akhirnya jumpa sebuah restoran. Mereka masuk ke dalam restoran itu.

"Ahh...T..Tuan..Silalah Masuk." Kata penyambut tetamu itu.

Mereka berdua mengangguk lalu mencari tempat duduk.

"Tuan dan puan nak order apa??" Soal pembantu restoran apabila mereka berdua duduk.

"Daging panggang 1 dan jus oren 1...Fiona??"

"Same like him."

"Okay. Tak lama lagi makanan tuan dan puan akan sampai." Kata pembantu restoran itu lalu dia beredar.

Hanya berberapa orang yang berada di restoran itu. Ada yang bersembang, minum arak seorang diri dan berbagai lagi gelagat orang dalam restoran itu.

Selang dua meja dari tempat mereka duduk terdapat dua orang. Lelaki dan perempuan.
Si lelaki berdiri dan pergi ke kanan perempuan itu.

Tetiba si lelaki duduk melutut dengan gaya melamar. Di tangan kirinya terdapat sekotak cincin bewarna merah.

"Jack!! What are you doing!?" Soal si perempuan itu.

"Elizabeth..Mungkin aku tak seberapa sempurna di mata kau..Tak sekaya seperti golongan bangsawan,tak sebijak sang falsafah,tak sekuat seperti komander kerajaan ini. Aku hanya kerja biasa sahaja...Elizabeth..Sudikah kau mengahwini aku?? Dan menerima segala kekurangan aku??" Kata si lelaki sambil membuka kotak cincin itu. Kelihatan sebentuk cincin berbatu putih.

Si perempuan menekup mulutnya. Air matanya mengalir keluar.

"Ya! Saya terima!" Jawab si perempuan

"WOOHOO!!! TERBAIKLAH!!" Kata Edward teruja.

Pasangan sejoli itu terkejut lalu melihat ke arah Edward berada.

"Beri tepukan sikit!! Semoga mereka berdua kekal sampai ke akhir hayat!" Edward menepuk tangan diikut dengan orang yang berada di restoran itu. Pasangan itu hanya menunduk kepalanya lalu duduk. Suasana di restoran kembali tenang.

TALE OF WINDCRAWLER[C]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora