Bab 17:Gaduh?

4.6K 312 3
                                    

3 Bulan Kemudian....

Kehidupan mereka berlapan semakin harmoni. Zack yang baru sedar selepas dibelasah Ace meminta maaf atas keceluparan mulutnya. Ace yang sudah lama memaafkan Zack hanya mengangguk sambil tersenyum.

"Hah!! Segarnya!" Edward meregangkan badannya. Dia bersama dengan Ace untuk memantau keadaan bandar.

"Hmm...Yup.." Ace turut meregangkan badanya.

Sedang mereka berdua bersembang tetiba kot labuh milik Ace di tarik lembut. Ace menoleh ke bawah. Kelihat seorang budak perempuan memegang kot labuh Ace.

"Ye adik nak apa?" Ace menyoal sambil tersenyum.

Budak itu hanya menghulurkan tangan kanannya. Terdapat sekuntum bunga ros berada di pegangannya.

"Wah! Untuk abang ke?" Soal Ace.

Budak itu mengangguk. Ace tersenyum.

"Thank you my little girl. Now, where is your parents?" Kata Ace seraya mengangkat budak kecil tu.

Budak itu menunjuk ke hadapan kelihatan sebuah kedai yang dijaga oleh sepasang suami isteri. Ace dan Edward menuju ke gerai itu.

"Excuse me..Ini anak tuan dan puan ke??" Soal Ace.

"Eh?? Tuan! Y..Ya..ini anak kami." Balas si suami.

"Oh..Kalau begitu nah.. Kami serahkan kepada kamu semula. Bahaya kalau budak ni hilang." Ace menyerahkan budak kecil tu kepada ibu bapanya.

"Terima kasih tuan. Maafkan kami kalau Alice dah menyusahkan tuan berdua." Ucap si isteri memohon maaf.

"Her name is Alice? Welp..Its okay." Balas Ace sambil tersenyum.

"Baiklah Alice. Lain kali jangan jalan sorang-sorang tau. Bahaya. Sentiasa dengar cakap ibu bapa ya? Okaylah abang berdua nak pergi dulu. Bye." Kata Ace mencubit sedikit pipi budak kecil itu lalu beredar.

"Tak sangka juga ye Ace. Budak kecil pun minat kau." Usik Edward.

"Baru kau tahu?? Macam kau tak tahu aku dari dulu lagi memang semua orang minat kat aku." Kata Ace sombong.

"Adehh...Sombongnya kau ni..Kau nak aku terajang kau supaya kau sedar diri sikit?? Nak??" Soal Edward.

"Hahaha...Aku gurau je kot..Janganlah nak marah.." Ace menjawab.

Lalu mereka berdua ketawa sahaja. Tiba di dekat satu restoran tetiba seseorang memeluk Ace.

Ace yang terkejut itu cuba melepaskan pelukan itu. Lalu dia melihat siapakah gerangan itu.

"Fea??"

Luna yang ketika itu sedang bersiar-siar dengan Fiona ternampak adegan seseorang memeluk Ace. Hatinya remuk melihat peristiwa itu.

Segera dia berlari meninggalkan kawasan itu. Fiona yang terpinga-pinga itu hanya mengekori Luna.

"Fea??" Soal Ace sekali lagi.

"Hai abang!" Gadis berambut oren itu tersenyum gembira.

Fea sebenarnya merupakan adik angkat Ace ketika berada di akademi dulu sebab itulah kenapa Fea memanggil Ace sebagai abang.

"Apa yang Fea buat kat sini?" Soal Ace.

"Fea baru habis ikut ayah berdagang." Jawab Fea tersenyum.

"Ohh..Dengan Ace boleh pulak berabang-abang..Dengan saya takde ke??" Soal Edward berjauh hati.

"Alah Abang Edward janganlah merajuk. Kita tak sengaja kot." Pujuk Fea.

"Hmmm...Yelah." Edward mengusap kepala Fea.

TALE OF WINDCRAWLER[C]Where stories live. Discover now