Bab 38:Ryzer's True Power

3.5K 263 1
                                    

"Woo....Hebatlah kau Ace!! Dari mana kau belajar teknik tu??"

Edward menyoal Ace apabila mereka berada di kem. Ace hanya diam.

"Ala...Takkan kau tak beritahu...Aku pun nak tahu.." Pujuk Edward.

Mereka kini sedang mengelilingi unggun api. Kesemua pahlawan elit ada di situ.

"Kau maksudkan Sacred Swords??" Soal Ace kembali.

"Eh?? Tu ke nama teknik kau??"

"Yeah...Sacred Swords merupakan teknik yang aku cipta sendiri." Jelas Ace. Semua terkejut.

"Leo kenapa kau tak beritahu aku tentang ni??" Soal Edward.

"Asal aku pulak?? Aku pun tak tahu abang aku ada teknik tu.." Bidas Leo.

"Dah jangan nak kecoh pasal ni.." Tegah Ace.

"Macam mana tak kecoh...Ak--" Belum sempat Edward menghabiskan katanya unggun api tadi bertukar menjadi api bewarna emas.

"Aku cakap apa?? Tak payah kecoh kan?? Sekali lagi kau cakap pasal benda ni aku bakar kau hidup-hidup.." Ace memberi amaran lalu beredar. Semua memandang Ace dengan penuh tanda tanya.

"Psst..Kenapa dengan abang kau tu??" Soal Rex dengan nada berbisik.

"Abang aku tak puas hati sebab tak jumpa Zagros.." Jawab Leo.

"Ouh.." Rex mengangguk faham.

Luna hanya memerhati Ace yang beredar itu dengan pandangan yang sayu.

Malam sudah pun lewat. Ace bersandar di sebatang pokok berdekatan dengan sebuah tasik.

Dua bilah pedang itu dipacakkan secara menyilang. Bilah pedang berkilau terkena cahaya bulan.

Ace mengeluarkan sesuatu dari poket kotnya. Cincin berbatu putih itu dia tenung.

'Nak beri atau tak?? Hmm..' Soal hati Ace.

"Ace??" Seseorang menegur Ace dari belakang.

Terus Ace memasukkan cincin itu ke dalam poket kotnya semula.

"Ouh..Luna..Duduklah.." Pelawa Ace. Luna duduk di sebelah Ace. Gadis itu menyandarkan kepalanya di bahu Ace.

"Awak tak apa-apa??" Soal Luna.

"Saya?? Nah..Saya okay.." Balas Ace.

"Sorry to ask...But,can you show your Sacred Swords to me again??" Pinta Luna.

"For you dear..." Jawab Ace.

Pemuda itu menghalakan tangannya ke depan. Tetiba tasik itu bercahaya keemasan. Muncul ratusan pedang terapung bewarna emas. Luna tergamam.

"C...Cantiknya.." Mata Luna bersinar melihat ratusan pedang itu.

"Ini baru sikit. Saya tak nak bazirkan tenaga saya. Kerana saya akan hapuskan Zagros dengan teknik ini." Kata Ace sambil mengusap rambut Luna.

"Sikit??" Soal Luna memandang Ace.

"Saya boleh seru berjuta pedang. Tapi itu akan memakan jumlah tenaga saya dengan banyak. Sama seperti saya gunakan teknik untuk sembuhkan awak dari tikaman bayang Xabier." Jelas Ace.

"Ouh.." Luna hanya mengangguk.

Ratusan pedang tadi itu lenyap. Yang tinggal hanyalah cahaya dari bulan.

"Luna,Saya nak buat pengakuan..." Kata Ace.

"Pengakuan??"

"Emm...Sebenarnya--"

TALE OF WINDCRAWLER[C]Where stories live. Discover now