Kerana Dia Jodoh Aku

By qvreena_

429K 12.6K 605

โ†’' complete 'โ† ______โœฟ______ Mengisahkan seorang gadis yang bernama Nuradilah Saffiyah. Paras rupanya yang ca... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
Epilog
NOTE

BAB 15

9.5K 286 10
By qvreena_


• " Kerana Dia Jodoh Aku " •


_____✿_____


" Wah! Cantiknya Cik Ya! " Rayyan dan Faqeh memuji Saffiyah yang berbaju kebaya berwarna biru lembut milik Nek Mah semasa dia zaman muda dahulu.

" Wah! Gila bapak cantik lah kau Saff. " Umar dari tadi tidak henti-henti memuji Saffiyah.

Tiba-tiba hatinya terdetik kenapa dia tidak pernah perasan akan kecantikan sepupunya itu.

Saffiyah hanya tersenyum apabila sanak saudaranya memujinya cantik. Tetapi bukan dari mereka dia mahu mendengar pujian itu. Dia hanya mahu mendengar pujian dari suaminya, Izz Nadzrin.

" Abang. Cantik tak Saff? " Saffiyah menegur Izz yang sedang asyik menonton TV.

Sedikit pun tidak memandang Saffiyah di hadapannya. Dia hanya diam membisu.

Hatinya cemburu apabila sepupu-sepupu lelaki Saffiyah dari tadi melihat dan memuji Saffiyah cantik. Dia mengaku memang Saffiyah nampak cantik apabila memakai baju kebaya berwarna biru lembut itu. Sesuai dengan kulit nya yang putih melepak itu.

Tetapi Saffiyah isteri dia. Hanya dia sahaja yang selayaknya memuji isterinya cantik.

" Abang. Dengar tak Saff cakap ni? Cantik tak Saff? " Saffiyah mula bengang apabila Izz buat tidak dengar dengan pertanyaan nya itu. Terasa malu kerana nampak dirinya terhegeh-hegeh meminta Izz memuji dirinya.

Kak Shida yang turut berada di situ, sedar akan situasi yang tegang antara Saffiyah dan Izz itu, mula jatuh kesian melihat Saffiyah yang tidak dihiraukan oleh Izz. Dia tahu mengapa lelaki itu mendiamkan dirinya.

" Saff. Sini sekejap. " Kak Shida memanggil Saffiyah masuk ke dalam biliknya.

" Abang. Sekarang cantik tak? " Izz mendongak apabila mendengar suara Saffiyah. Dia terpegun apabila melihat isterinya yang begitu cantik apabila bertudung litup.

Sebentar tadi, kak Shida mengheretnya masuk ke dalam bilik kerana kak Shida ingin memakaikannya tudung shawl berwarna kelabu asap.

" Izz cemburu ramai tengok mahkota Saff ni. " Kata kak Shida sambil tersenyum melilitkan Shawl di kepala Saffiyah.

Saffiyah tersenyum apabila mengingat kembali kata-kata kak Shida itu. Dia memandang Izz di hadapannya itu.

" Cantik tak? " Tanya Saffiyah lagi. Dia ingin mendengar pujian dari suaminya sahaja sekarang ini. Izz bangun dari duduknya dan memeluk pinggang milik Saffiyah.

Saffiyah agak terkejut dengan tindakan drastik itu tetapi dia suka diperlakukan sebegitu.

" Cantik, macam beribu bunga berwarna-warni di taman. Cantik, macam bidadari syurga biarpun abang tak pernah lihat tetapi abang sangat yakin yang sayanglah paling cantik bagi abang. " Izz sudah bermain kata-kata dengan Saffiyah.

Hati Saffiyah berbunga-bunga apabila dipuji oleh suaminya. Izz mencium pipi Saffiyah. Dia tidak hirau sudah di mana mereka berada sekarang, yang penting hati dia mengucap syukur di dalam hati kerana isterinya terbuka hati untuk memakai tudung.

" Eherm! Nak berasmara tu malam nantilah. Sekarang ni kita nak pergi kenduri. Takkanlah nak layan drama korang ni. " Teguran dari Lutfi membuatkan Saffiyah dan Izz kembali ke dunia nyata.

Saffiyah sudah tertunduk malu apabila ditegur sebegitu oleh Lutfi. Manakala Izz hanya menggaru tengkuknya.

" Dah jomlah. Nanti ramai orang pulak. " Nek Mah menuruni anak tangga rumah itu. Diikuti orang lain dari belakang.


_____✿_____



" Saff. Nampak gayanya kan, malam ni kau akan pakai baju aum yang aku beli kan untuk kau tu lah. " Kata-kata Summayah itu membuatkan Saffiyah mencubit lengan Summayah.

" Kau ni memanglah. " Balas Saffiyah lalu berjalan ke arah suaminya di hadapan. Dia memeluk lengan sasa milik Izz.

Izz tersenyum melihat perlakuan Saffiyah.

Bukan Saffiyah sengaja ingin beri harapan palsu kepada lelaki itu ataupun berlakon di khalayak ramai tetapi diri dia sendiri ingin lakukan perkara itu.

" Sayang, nak masuk rumah ke? " Saffiyah mengangguk.

" Nak tengok baby. Mesti comel kan? Irfan jom kita tengok baby. " Saffiyah memimpin tangan Irfan menuju ke pintu rumah batu itu.

Izz berjalan ke arah isterinya dan anaknya yang sudah ke depan. Dia sempat memegang tangan Saffiyah.

" Sayang. Abang rasa kita makan dululah. Nanti lepas je kita makan, kita naik. Okay? " Izz melihat anak mata Saffiyah yang berwarna hitam pekat. Jelas menunjukkan perasaan tidak puas hati di dalam anak mata hitam itu.

" Saya nak tengok baby. Saya nak dukung baby. " Saffiyah mula menunjuk perangai kebudak-budakkan nya.

Irfan yang berada di sebelah Saffiyah hanya memerhati situasi mummy dan daddy nya bergaduh.

" Ye sayang. Abang tahu sayang nak dukung baby. Tapi atas rumah tu ramai oranglah." Izz masih memujuk Saffiyah yang sudah menunjukkan muncung itik nya.

" Tapi- "

" Ni dah kenapa tunjuk muncung itik ni Saff? Pakai lawa dah tapi tunjuk muncung macam tu. Tak cun lah. " Belum sempat Saffiyah membalas kata-kata Izz, Summayah dan Lutfi datang ke arah mereka bertiga.

" Tak ada apalah. Jom kita makan! " Saffiyah melonjak kegembiraan apabila teringatkan makanan yang banyak terhidang di atas meja.

Izz hanya menggeleng kepala melihat perangai isterinya. Tadi ajak makan tak nak.

" Irfan tunggu dengan Aunty Su dan Uncle Lut dekat meja ni tau. Biar mummy ambil kan makanan untuk Irfan. Okay? " Saffiyah berlalu dengan Izz selepas mengarahkan anaknya duduk bersama Summayah dan Lutfi. Bukan apa, takut hilang dikhalayak ramai macam tu.

" Awak, boleh saya nak ambil semua makanan ni tak? " Tanya Saffiyah dengan matanya terkebil-kebil memandang ke arah Izz.

Izz membulatkan matanya.

" Tak bolehlah macam tu sayang. Kalau sayang ambil semua makanan ni, nanti orang yang datang lewat nak makan apa? " Nasihat Izz sambil matanya memerhati Saffiyah meletakkan nasi ke dalam pinggan.

Dia bukan apa, takut isterinya itu letak nasi tak ingat orang belakang yang tak makan lagi. Bukan boleh ikut sangat kepala biul isterinya itu.

' Astaghfirullahalazim. Kau ni izz, tak baik kutuk isteri sendiri. '

" Siapa suruh dia datang lewat? Saya tak kira saya nak juga ambil semua makanan ni. " Saffiyah masih berkeras dengan keputusannya.

Izz sudah buntu melihat perangai pelik Saffiyah itu

" Okay. Tapi, sayang ambil yang sayang nak makan dulu. Kalau rasa lapar lagi, sayang tambah jelah nanti. Deal? " Izz mengalah.

Dengan isterinya memang dia akan kalah juga.

Saffiyah tersenyum lalu mengangguk kepalanya.

" Saff, kau boleh ke habiskan semua ni? " Tanya Ain dengan mata terbuntang luas apabila Saffiyah duduk di sebelahnya dengan tangannya memegang pinggan nasi.

Gila apa sepupunya ini. Nasi minyak habis satu pinggan penuh dia isi, dengan dua ketul ayam masak merah. Macam bukit sudah nasi itu.

" Kenapa? Bolehlah. Aku tengah lapar ni. " Saffiyah membaca doa dan mula menyuap nasi.

Izz menggeleng kepala apabila melihat perangai isterinya itu. Orang suruh letak yang mana nak makan dahulu, habis diangkutnya penuh satu pinggan.

Irfan yang berada disebelah Izz terlopong apabila melihat mummy nya makan.

" Kau ni raksasa ke apa hah? Cepat gila makan. Dahlah banyak. " Umar memandang Saffiyah yang terkial-kial untuk mengambil bekas air basuh tangan. Dia tidak hiraukan kata-kata Umar itu.

Umar menghulurkan bantuan.

" Alhamdullilah. " Kata Saffiyah sambil mengusap perutnya yang kenyang.

Izz disebelah hanya menggeleng kepalanya.

" Awak, cepatlah habiskan nasi tu. Kata nak tengok baby. " Saffiyah memegang bucu baju t-shirt milik Izz.

" Ye, ye. Kejap, abang nak basuh tangan. " Izz mencuci tangannya sementara Saffiyah melayan Irfan yang sedang makan.

" Irfan nak ikut mummy, daddy masuk tengok baby tak?" Tanya Saffiyah sambil melihat anaknya makan nasi dengan berselera. Suka dia dengan perangai Irfan. Walaupun umur baru 5 tahun, tetapi dia sudah pandai berdikari.

Seperti sekarang, dia tengah makan sendiri. Kebiasaannya budak-budak sebaya irfan akan meminta ibunya menyuapnya tetapi Irfan tidak seperti itu. Mungkin Irfan dari kecil lagi dah dididik supaya berdikari.

Saffiyah tersenyum sambil mengelus lembut rambut Irfan.

" Nak. Irfan nak pegang baby juga. Irfan teringin nak dukung baby. Mesti comel kan mummy? " Irfan memandang Saffiyah.

Saffiyah tersenyum manis.

" Mestilah. Nama pun baby mestilah comel. Macam baby mummy ni. " Kata Saffiyah dan mencubit manja, pipi gebu milik Irfan.

Irfan membasuh tangannya dan dia melompat turun dari kerusi.

" Jom mummy, daddy." Ajak Irfan lalu menarik tangan Saffiyah dan Izz masuk ke dalam rumah.

Lutfi dan Summayah tersenyum melihat keluarga bahagia itu.


_____✿_____


" Awak ni! Sentiasa nak buat angin saya naik tau! Kan saya dah pesan, pegang baby tu elok-elok. Ni tak. Menangis anak orang dibuatnya. "

Izz memarahi Saffiyah yang diam membeku di sebelahnya sekarang. Panggilan sayang-abang sudah ditukar kepada awak-saya.

Irfan turut diam membeku di tempat duduk belakang.

Izz merengus geram. Dia teringat lagi kejadian tadi.

Saffiyah ingin memegang baby yang berumur 1 bulan, diangkat baby itu seperti anak patung. Elok-elok baby tu sedang lena tertidur, terjaga disebabkan Saffiyah mengangkatnya dengan agak kasar.

Izz mengambil baby itu dan meletakkannya kembali kepada ibunya. Dia mengheret Saffiyah dan Irfan keluar dari rumah apabila selesai meminta maaf akan perbuatan isterinya itu.

" Dia nangis sebab nak susu. Bukan salah saya. " Saffiyah menjawab dengan nada mendatar. Dia tidak hiraukan Izz yang sedang merenungnya dengan tajam.

" Menjawab. Menjawab! Selagi ada jawapan, selagi tu nak menjawab. " Izz menengking Saffiyah, lalu menekan pedal minyak dengan geram. Kereta Toyota Camry milik Izz meluncur dengan laju di atas jalan kampung.

Saffiyah sudah kecut perut apabila Izz membawa kereta dengan melebihi had di kawasan kampung.

Irfan yang berada dibelakang, sudah menangis teresak-esak kerana ketakutan.

" Izz! Kau gila ke?! Kalau ye pun nak bawa kereta laju macam ni, turunkan aku dengan Irfan! Sekarang! Turunkan aku! " Saffiyah memukul lengan sasa milik Izz dengan geram.

Izz menekan brek secara mengejut, dan membuatkan Saffiyah bersama Irfan terdorong ke hadapan.

" Gila! " Saffiyah keluar dari kereta dan membuka pintu belakang. Dia menarik tangan Irfan yang menangis teresak-esak. Dia berjalan meninggalkan kereta milik Izz, bersama Irfan di dukungan nya.

" Gila! Disebabkan pasal tu sahaja nak sentap bagai. " Saffiyah menyumpah seranah Izz sambil berjalan meninggalkan kereta Izz yang tersadai di tepi jalan.

Dia tidak hirau matahari tegak atas kepalanya asalkan dia sampai ke rumah dengan cepat.

" Mummy- " Saffiyah memandang anaknya yang sedang menggosok matanya yang sudah sembab.

" Ya, kenapa sayang? " Saffiyah bertanya dengan lembut sambil tangannya mengusap perlahan pipi Irfan.

" Irfan takut dengan daddy. Daddy jahat! Daddy marahkan mummy! " Irfan menangis lagi.

Saffiyah duduk melutut dan gosok rambut Irfan.

'Kesian anak kecil ini. Izz dengan perangai dia. Aku pula tidak matang langsung. Tak macam ibu bapa di luar sana. '

Saffiyah mengeluh.

" Tak sayang, daddy dia stress sikit. Dia tak marah pun mummy. " Saffiyah memujuk dengan cara matang. Dia tak nak hubungan Izz dan Irfan renggang disebabkan dia.

" Irfan, jom kita beli ais krim nak tak? " Saffiyah menukar mood sedih kepada mood gembira.

Irfan sudah melonjak gembira.

" Nak, nak! Irfan lama dah teringin nak makan ais krim. Lagipun kalau makan masa musim panas-panas macam ni mesti best kan mummy? " Irfan mula dengan celotehnya.

Saffiyah mengangguk dan tersenyum gembira. Syukur dia dapat anak seperti Irfan. Sejuk hatinya seketika.


_____✿_____


" Assalammualaikum. " Saffiyah melangkah masuk ke dalam rumah dengan muka yang kemerahan menahan panas.

Tudung, tak payah cakap, memang sudah basah lencun dengan peluhnya.

" Pergi mana tadi? "

Saffiyah hampir melatah apabila terdapat seorang manusia sedang duduk tercongok di atas kerusi.

Saffiyah memandang orang tersebut.

" Awak bukan kisah pun saya pergi mana. " Saffiyah memimpin tangan Irfan dan ingin berlalu tetapi Izz bangun dan menghalang.

" Selangkah awak langkah. Awak akan kena dengan saya Nuradilah Saffiyah! "

Terangkat bahu Saffiyah dengan suara lantang Izz itu. Dia menggenggam tangannya dengan geram.

Tidak suka apabila Izz meninggikan suara kepadanya seperti tadi.

" Irfan. Pergi masuk dalam bilik. " Arah Izz dengan nada yang tegas.

Irfan yang mempunyai sisa ketakutan terhadap Izz, patuh dan berlalu masuk ke dalam bilik.

Saffiyah masih kaku di tempatnya.

" Kemas barang sekarang. Kita balik Selangor hari ini. "

Saffiyah memandang Izz dengan tidak puas hati.

Dia baru duduk di sini beberapa hari dah nak balik. Cuti kan panjang lagi.

' Ye ke Saff? Kau je yang cuti! Dia kerja. Ah! Apa-apa jelah!  '

" Kenapa pulak? Awak jangan buat hal Izz. Takkanlah hal kecil sahaja awak nak sentap dan balik Selangor macam ni? Please be a mature man, Izz Nadzrin! " Saffiyah melepaskan amarahnya kepada Izz.

" Saya kata kemas barang. Kemas jelah. " Izz tidak mempeduli dengan kata-kata Saffiyah itu. Dia masuk ke dalam bilik.

Saffiyah duduk di atas kerusi dengan keluhan yang berat.

Apa pula rancangan kau kali ni, Izz? '


_____✿_____


" Bawa kereta hati-hati tau, Izz. " Nek mah menitip kan pesanan apabila Izz mencium tangan tuanya.

Saffiyah mencebik menyampah.

" Pstt! Kenapa tiba-tiba nak balik awal ni? Bukan Saff balik hari rabu ni ke? " Ain yang berada di sebelah Saffiyah membisik.

" Entahlah kak Ain. Tiba-tiba je. Nanti malam Saff call akak ye? Kita gossip malam ni. " Saffiyah mencadangkan idea.

Ain mengenyit kan mata tanda setuju.

" Sayang, jom gerak." Izz memanggil Saffiyah yang dari tadi berbisik dengan Ain.

Saffiyah membuat muka menyampah dan memimpin tangan Irfan.

" Jom irfan, kita masuk kereta. " Saffiyah menarik tangan Irfan dan membawanya masuk ke dalam kereta.

Kereta Toyota Camry milik Izz mula bergerak meninggalkan kawasan perkampungan Wakaf Bharu.

" Sayang, abang nak minta maaf sebab berkasar dengan sayang tengah hari tadi. Abang tak ada niat pun nak tinggikan suara dekat sayang. " Izz memohon maaf atas kesalahannya.

Dia memandang sekilas wajah kosong milik Saffiyah.

Saffiyah hanya buat bodoh.

'Tak ada niat kepala ikan kering dia. '

Protes Saffiyah di dalam suara hatinya.

Dia membetulkan cermin mata hitamnya dan mula memejam mata. Malas nak melayan perangai Izz yang gila itu.

Tak pernah berubah!

" Sayang. " Izz memandang ke arah kirinya.

Dia tersenyum kecil.

" Tidurlah sayang. " Izz memegang tangan milik Saffiyah lalu mencium dengan lembut.

Saffiyah yang sedang pura-pura tidur itu menyumpah seranah apabila Izz memegang dan mencium tangannya.

Tapi-

Adakah dia cintakan aku? '

Tiba-tiba soalan itu menerjah fikirannya apabila melihat perbuatan Izz yang sangat ikhlas kepadanya.

' Tak, tak. Dia hanya cintakan Tina seorang sahaja. '

Saffiyah mengeluh di dalam hati. Matanya dipejam erat bagi mengusir keluar pertanyaan tersebut.

Dibiarkan tangannya di dalam genggaman Izz yang sedang memandu kereta.


_____✿_____


" Awak, nanti berhenti dekat RnR depan tu. " Saffiyah mula membuka mulut apabila terasa dirinya tidak dapat tahan daripada ' melabur saham kecil '.

Terpaksa dia melupakan perang dingin antara dia dan Izz.

" Lah. Pandai pula buka mulut. Ingatkan tak boleh cakap dah. Dari tadi kita cakap, dia boleh buat bodoh. Ingat kita ni pengulas bola ke? " Izz membebel apabila akhirnya dapat dengar suara Saffiyah.

Saffiyah hanya buat bodoh. Dia memeluk badannya.

" Irfan, nak pergi tandas tak? " Saffiyah beralih kepada Irfan yang dari tadi diam.

Irfan hanya mengangguk kepalanya. Saffiyah tersenyum.

Kereta Toyota Camry milik Izz memasuki kawasan Rehat dan Rawat Ajil. Saffiyah yang tidak dapat bertahan lagi mula keluar dari kereta dan buka pintu bahagian belakang untuk membawa Irfan bersama.

Izz yang melihat gelagat Saffiyah menggeleng kepala.

Dia membuka Iphone 8 plus nya yang dari tengah hari tadi tidak berusik. Dia membuka aplikasi WhatsApp. Mesej-mesej dari group kerja dan sekolah lamanya dahulu dibaca sambil menunggu Saffiyah di tandas.

Tiba-tiba notification Whatsapp Izz berbunyi tandanya mesej dari personal chat.


____________________________

Lutfi :

Weh! Asal kau balik awal sangat? Kalau nak balik pun tunggu lah aku! Bangang punya budak.

____________________________



Izz ketawa kecil apabila membaca mesej daripada Lutfi itu.

Dia membalas mesej Lutfi.


____________________________

Lutfi :

Sorry lah bro. Emergency leave. Kau ada dekat mana sekarang ni? Aku ada dekat RnR Ajil ni.

Emergency leave? Kenapa?

____________________________


Izz mati akal untuk memikirkan alasan mengapa dia perlu balik dengan segera hari ini.


____________________________

Lutfi :

Esok pagi buta aku ada meeting dengan klien. Takut tak sempat sampai awal, itu yang bertolak terus tengah hari tadi.

Oh. Saff apa cerita? Aku dengar kau gaduh dengan dia. Kau jangan macam-macam ye.

____________________________


Izz sudah kecut perut apabila perkara yang ingin dia sorokkan dari Lutfi, akhirnya terbongkar juga.


____________________________

Lutfi :

Panjang cerita dia, bro. Salah aku.

Kau ada dekat mana? Aku rasa, aku perlukan pertolongan kau sekarang ni. Saff betul-betul marah dengan aku.

Kau dah buat salah tanggung lah sendiri. Saff kalau dah mula marah, memang susah nak padamkan api kemarahan dia tu.

____________________________


Keluhan berat dilepaskan apabila membaca mesej dari Lutfi itu.


____________________________

Lutfi :

Kau tak kesian dekat aku ke?

____________________________



Izz membuat ayat sedih. Dia sendiri sudah buntu untuk memujuk Saffiyah.


____________________________

Lutfi :

Aku otw. Nanti kita bincang dekat sana.

____________________________


Izz tersenyum lebar apabila baca mesej Lutfi.

Dia mematikan enjin kereta. Dia keluar dari kereta dan berlalu ke arah food court.

" Allah! Lupa nak beritahu Saffiyah. " Izz menepuk dahi.

Dia mengeluarkan telefonnya dan mula mendail nombor Saffiyah.

" Hello, sayang. Sayang ada dekat tandas lagi ke? " Izz bertanya soalan apabila panggilannya diangkat oleh Saffiyah.

" Hm. Tengah tunggu Irfan. Kenapa? Tak boleh tunggu ke? Ke nak suruh saya balik jalan kaki pula. " Saffiyah melontar kata-kata sinis kepada Izz.

Izz yang mendengarnya terasa membahang dengan kata-kata Saffiyah itu.

" Sayang- "

Belum sempat dia ingin membalas kata-kata Saffiyah itu, panggilan sudah dimatikan oleh Saffiyah.

Izz meraup wajahnya dengan kasar.

' Sabar Izz. Ingat, ni salah kau juga. '

Pesan Izz kepada dirinya supaya bertenang.

Dia mesej Saffiyah bahawa dirinya menunggu Saffiyah dan Irfan di Food Court.

Saffiyah membaca mesej daripada Izz dengan mulut terkumat-kamit membebel tidak puas hati kepada Izz.

Bagi dia, perang dingin ini adalah satu protes bahawa dia tidak suka dengan sikap Izz yang tidak matang dan meninggikan suara kepadanya.

'Tetapi macam mana dengan perangai kau pula Saff?'

Saffiyah menggeleng kecil kepalanya bagi menghalau suara hatinya itu.

" Irfan! Siap tak lagi? " Saffiyah mengetuk pintu bilik air yang digunakan oleh Irfan.

" Kejap mummy! Irfan nak pakai seluar dalam! " Irfan yang berada di dalam menjerit.

Muka Saffiyah kemerahan apabila orang yang turut berada di dalam tandas awam itu, ketawa kecil apabila Irfan menyebut tentang ' seluar dalam '.

Saffiyah tunduk sedikit memohon maaf atas kata-kata Irfan itu.

Hisy irfan ni! Malu aku dibuatnya. '

Suasana di Food Court tersangatlah riuh rendah apabila ramai pengunjung berehat dan makan di sini sebelum menyambung perjalanan mereka yang masih panjang.

Izz memilih meja yang mempunyai 6 buah kerusi untuk diduduk. Dia membetulkan cermin mata hitamnya yang terjatuh dari hidungnya.

" Abang! Dah lama tunggu? " Saffiyah muncul dengan tangan dipimpin oleh Irfan.

Izz tersenyum manis ke arah Saffiyah.

Suka dia mendengar Saffiyah memanggil dirinya dengan gelaran 'abang'.

" Tak lah. Baru je. Sayang nak makan apa? Abang tolong order kan. " Izz bertanya dan menarik kerusi di sebelahnya untuk Saffiyah.

Izz beralih kepada Irfan yang dari tadi diam. Irfan masih tidak mahu bercakap dengannya disebabkan kejadian tengah hari tadi.

" Irfan handsome boy, daddy nak makan apa? " Izz mengusap kepala Irfan.

Irfan yang ketakutan menyorok dirinya di belakang Saffiyah.

Izz tersenyum pahit.

" Dia takut dengan awak lagi tu. " Saffiyah berbisik kepada Izz. Takut didengari oleh remaja perempuan yang dari tadi asyik mencuri pandang ke arah Izz.

Dari tadi lagi dia perasaan yang 2 orang perempuan di hadapan mejanya sekarang sedang mencuri-curi pandang Izz.

Oleh disebabkan itulah, dia memanggil Izz dengan panggilan 'abang'. Sengaja dilunakkan suaranya supaya 2 ekor betina sundal itu sedar yang dia isteri kepada Izz. Saffiyah mendengus geram.

'Eh? Kenapa aku nak marah sangat ni? Okay macam ni. Aku marah sebab aku ni masih isteri dia. Kalau nak menggatal pun tunggu Izz ceraikan aku.'

Saffiyah menyedapkan hatinya. Dia kembali memandang Izz dan Irfan yang masih bergelut.

" Irfan, daddy minta maaf tau. Daddy tak patut berkasar dengan mummy tadi. " Izz masih memujuk Irfan.

Irfan buat tak endah, lalu beralih ke Saffiyah.

Izz memandang Saffiyah dengan anak mata kuyu nya.

Saffiyah hanya angkat bahu. Tak tahu nak buat macam mana.

" Hei! " Saffiyah hampir melatah apabila seseorang menepuk bahunya. Dia pusing memandang gerangan yang menepuk bahunya.

Hampir melonjak gembira apabila gerangan orang itu ialah orang yang dia kenali.

" Ya Allah Su! Bila kau sampai? " Saffiyah memeluk bahu Summayah yang tersengih bak kerang busuk.

" Aku naik kapal terbang. Itu yang sampai ni. "

Terkerut dahi Saffiyah dengan perangai yang tidak dijangka oleh Summayah itu.

" Jangan layan dia Saff. Perangai tiga suku dia dah datang. Dia baru bangun tidur tadi. " Lutfi duduk di hadapan Izz. Summayah pula duduk di sebelah Saffiyah.

" Jahatnya Upi! Su tak nak kawan dengan Upi! " Summayah dah mula dengan perangai gediknya.

Lutfi tidak melayan. Dia mula berbual dengan Izz. Summayah sudah menayangkan muncung sedepa.

" Woi Saff! Asal kau balik hari ini? Bukan balik hari rabu ni ke? " Summayah bertanya apabila Saffiyah yang dari tadi termenung.

" Entah lah aku. Tiba-tiba Izz buat perangai. " Saffiyah berbisik di telinga Summayah.

" Mummy, Irfan nak main dekat taman permainan tu boleh tak? " Irfan menarik bucu tudung milik Saffiyah. 

Saffiyah sudah mula pakai tudung. Sejak bila? Sejak tengah hari tadi. Sebab Izz pujinya lawa bila dia pakai tudung terus tidak dipecat tudung itu dari kepalanya.

" Boleh. Jom mummy temankan. Su jom ikut aku kejap. Izz kalau makanan dah sampai call saya tau. " Saffiyah bangun dari kerusinya dan diikuti oleh summayah dan irfan.

" Kau nk tahu tak sebab apa Izz ajak aku balik Selangor hari ini? " Saffiyah mula bercerita apabila duduk di atas bangku di taman permainan itu. Summayah memandang Saffiyah.

" Tengah hari tadi aku peganglah baby dekat rumah mak Munah tu. And thenbaby tu terkejut dan menangis. Lepas tu, Izz ambil baby tu dari tangan aku and tarik aku masuk dalam kereta. " Saffiyaha mengeluh. Mata dia masih mengawasi Irfan. Takut hilang pula. Tak ke naya.

" Tu je? " Summayah bertanya dengan suara jengkelnya. Saffiyah menggeleng.

" Izz marah aku dalam kereta. Dia kata 'kan saya dah kata hati-hati pegang baby tu.' And then aku balaslah yang baby tu nangis sebab dia lapar. Nak minum susu. And guess what? " Saffiyah memandang Summayah.

" Dia mengamuk. Dia pandu kereta dengan laju-laju. Gila. Perangai sama je macam dulu. " Saffiyah ceritakan semuanya dengan geram. Kecuali bahagian dia ditinggal oleh Izz. Takut nanti Summayah menumbuk muka Izz. Bukan boleh tahu angin Summayah ni. Kejap baik. Sekejap jahat.

Tiba-tiba telefon Saffiyah berdering tanda mesej masuk. Dia membuka peti surat di telefonnya. Daripada Izz.


____________________________

Izz Nadzrin :

Angel.

Makanan dah sampai.

____________________________


Ringkas.

Saffiyah bangun dan memanggil Irfan yang seronok bermain.

" Su, jom. Makanan dah sampai. " Saffiyah mengesat peluh irfan dengan tisu yang berada di dalam beg galas jenama guccinya. Mereka berjalan masuk ke dalam food court RnR Ajil.

" Mana daddy dan uncle Lut, mummy? " Irfan bertanya apabila mereka sampai tiada kelibat Izz dan Lutfi duduk di meja makan itu. Yang ada hanyalah makanan yang dia pesan sebentar tadi. Saffiyah mengeluarkan Iphone7 nya.


____________________________

Izz Nadzrin :

Awak ada dekat mana? Kenapa tinggalkan makanan ni?

____________________________


Beberapa minit kemudian, telefon pintar Saffiyah berdering tanda mesej masuk. Saffiyah duduk di atas kerusi dan buka peti surat telefonnya.


____________________________

Izz Nadzrin :

Abang dan Lutfi ada dekat tandas. Membuang sekejap. Nanti abang datang. Sayang, tunggu sekejap tau.

____________________________


Saffiyah menutup telefonnya.

" Izz dan Lutfi ada dekat tandas. Dia suruh tunggu sekejap. " Terang Saffiyah sambil menyisip minumannya. Summayah hanya mengangguk kepala. 

Dia bermain dengan telefonnya.

Sudah berminit-minit mereka menunggu di situ. Tetapi kelibat Izz dan Lutfi tidak kelihatan. 

Irfan sudah merenggek kelaparan.

" Mana Izz dan Lutfi ni? " Saffiyah mengomel sendiri sambil matanya meliar di sekitar food court RnR Ajil itu. Matahari pun sudah ingin terbenam.

" Mak! " Saffiyah melatah apabila seseorang menepuk bahunya dari belakang. Saffiyah menekup mulutnya. Semua mata memandang ke arah meja mereka.

" Kenapa Saff? " Summayah yang dari tadi khusyuk bermain telefon pintarnya mendongak kepalanya. 

Saffiyah menunjuk ke arah belakangnya. Dia tidak berani untuk pandang ke arah belakang. Takut perompak ingin merompaknya.

" Better kau dan Irfan jangan pandang belakang. Ada sesuatu yang tidak baik untuk dipandang." Summayah sudah merapu. Tetapi Saffiyah dengan kedegilannya. Dia menoleh kepalanya kebelakang. Irfan turut melakukan perkara yang sama.

" Angel. " Saffiyah hampir terjatuh dari kerusi apabila seseorang membisik di telinganya. Bulu roma nya meremang.

Izz!

Dia memandang sesuatu di belakang Izz. Dahinya berkerut seribu.

" Apa di belakang awak tu? " Saffiyah bertanya. Irfan dan summayah memandang gelagat pasangan suami isteri di hadapannya.

" Just for you, my angel." Izz menghulurkan sejambak bunga ros berwarna-warni dan di sebelah tangannya lagi terdapat sekotak coklat Ferrero Roche.

Saffiyah tergamam. Dalam tergamam nya, dia masih menyambut bunga dan coklat itu. Semua orang di food court itu menepuk tangan apabila Izz menghulurkan bunga dan coklat itu kepada Saffiyah. Ada yang bersorak. Ada yang mengusik. Yang paling kuat mengusik ialah 2 makhluk allah yang bernama Lutfi dan Summayah.

" Sorry sayang dengan apa yang dah abang buat kepada sayang hari ini. Abang betul-betul menyesal. " Kata Izz dengan ikhlas.

" Woah! Sweet nya! " Summayah bersorak dengan tepukan. Sama dengan Lutfi. 

Izz hanya tersenyum. Dia beralih kepada Irfan.

" And this for you, anak kesayangan daddy! " Izz menghulurkan sekotak coklat M&N dan sekotak mainan lego

Irfan menjerit kegembiraan. Dia mencium pipi Izz.

Saffiyah? 

Dia hanya tersenyum gembira. Bukan kerana dapat hadiah tu. Tetapi, kasih sayang Irfan dan Izz. Sangat akrab.

Mereka makan dengan gembira. Tiada lagi suasana yang tegang di antara mereka.


_____✿_____


Dalam pukul 1 pagi tepat, mereka tiba di Selangor.

" Okay, Dah sampai. " Izz mematikan enjin kereta Toyota Camry nya. Dia memandang sebelah kirinya. Saffiyah sedang tidur dengan lena. 

Izz mengusap pipi mulus milik Saffiyah. Izz memerhati muka polos milik Saffiyah.

Saffiyah seorang perempuan yang sangat cantik. Mempunyai hidung yang mancung, mulutnya yang kecil dan berwarna pink cair. Dahinya yang licin dan bulu kening yang tebal menambahkan seri kecantikannya.

Dia benar-benar terpana dengan keserian wajah Saffiyah.

Bunyi rengekan Irfan yang kesejukkan membuatkan lamunan Izz terhenti. 

Dia memerhati jam tangan jenama Adidas nya. Pukul 1:15 pagi.

" Ya Allah, lamanya aku perhatikan dia. " Izz menepuk dahi. 

Dia tersengih dengan perangainya yang masih angau akan Saffiyah walaupun gadis itu sedang berada di hadapannya sekarang ini. Dan yang paling penting, gadis itu miliknya. Tiada sesiapa akan merampas darinya lagi.


Bersambung.....

Continue Reading

You'll Also Like

746K 41.9K 76
Hidupnya tak seperti orang lain. Memegang status sebagai anak kepada isteri nombor dua ayahnya yang sudah tiada membuatkan banyak dugaan yang harus d...
469K 13.1K 44
[COMPLETED] ๐ŸŒˆ "Hana saya minta maaf. Tolonglah maafkan saya." entah sudah kali ke berapa dia melafazkan kalimah...
40.6K 1.9K 42
"Tuan Rayyan Mikael." Disebut sahaja nama itu pasti akan dikenali sebagai seorang jejaka yang berjaya dalam dunia bisness. Lelaki itu bukan sahaja te...
1.1M 39.7K 57
๐”๐ง๐๐ž๐ซ ๐“๐ž๐ง๐ ๐ค๐ฎ ๐’๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ ๐•๐จ๐ฅ ๐Ÿ ๐Š๐ง๐จ๐ฐ๐ง ๐€๐ฌ ๐‡๐ข๐ฌ ๐๐ซ๐ž๐œ๐ข๐จ๐ฎ๐ฌ ๐–๐ข๐Ÿ๐ž ๐“๐ž๐ง๐ ๐ค๐ฎ ๐‡๐š๐Ÿ๐Ÿ๐š๐ณ ๐ƒ๐š๐ข๐ฒ๐š๐ง | ๐ƒ๐š๐ซ๐ข๐ฌ๐š...