Kerana Dia Jodoh Aku

Par qvreena_

430K 12.6K 605

โ†’' complete 'โ† ______โœฟ______ Mengisahkan seorang gadis yang bernama Nuradilah Saffiyah. Paras rupanya yang ca... Plus

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
Epilog
NOTE

BAB 12

9.1K 289 7
Par qvreena_


• " Kerana Dia Jodoh Aku " •

_____✿_____

Tiba hari di mana mereka sekeluarga bertolak ke kampung milik Encik Faizul di Kelantan.

Saffiyah memandang Irfan yang sudah terlena di seat belakang.

Matanya beralih kepada Izz yang tenang memandu. Dia meneliti setiap inci bahagian muka Izz.

Izz Nadzrin, seorang lelaki yang mempunyai ukuran badan seperti seorang model. Mempunyai seraut wajah yang tampan. Berbadan tegap dan sasa. Berkulit sawo matang, hidung mancung, bibir berwarna merah tandanya dia tidak merokok. Rambutnya pula ala-ala kpop celup. Dan mempunyai mata berwarna Hazel yang berjaya membuat dia jatuh cinta pandang pertama terhadap Izz, ketika di sekolah menengah dahulu.

Dari tepi, jika dilihat, Izz seperti Robert Pattinson di dalam filem Twilight. Tetapi baginya, Izz Nadzrin lagi kacak dari pelakon kegemarannya itu.

" Kenapa tengok abang macam tu? " Teguran Izz membuatkan Saffiyah menoleh ke hadapan kembali.

Dia memakai cermin mata hitamnya dan membetul kan rambutnya yang dibiarkan bebas tanpa diikat. Dia berpeluk tubuh sambil memandang jalan raya di hadapannya.

" Saya fikir nasib awak yang malang kena kahwin paksa dengan saya. " Saffiyah bercakap jujur apa yang dia fikirkan apabila merenung wajah Izz sebentar tadi.

Izz memandang Saffiyah sekilas.

' Abang kawin dengan Saff bukan terpaksa, tetapi atas dasar cinta. Abang cintakan Saff'

Izz mengeluh apabila jawapannya hanya terluah di dalam hati.

Suasana di dalam kereta itu hanya dipenuhi dengan suara dari DJ radio sahaja.

Kereta Toyota Camry berwarna putih milik Izz, meluncur laju di atas jalan raya.

_____✿_____

" Sayang. Bangun, dah sampai ni. " Izz menepuk lembut lengan Saffiyah yang lena tertidur.

Saffiyah tersedar lalu menggosok matanya yang kabur.

Dia memandang ke luar kereta dengan dahi yang berkerut.

" Macam mana awak tahu ni rumah nenek saya? "

Saffiyah bertanya dengan pelik apabila mereka betul-betul sampai di hadapan rumah neneknya.

" Waze kan ada sayang oi! Dah cepat turun. " Izz keluar dari keretanya dan bergerak ke pintu belakang untuk mendukung Irfan yang masih lena tertidur.

Saffiyah melihat jam di pergelangan tangannya.

Pukul 6 petang.

Dia keluar dari kereta milik Izz. Bajunya yang sudah kedut kerana terlalu lama di dalam kereta, di betulkan. Tangannya ligat mengikat rambutnya.

" Assalammualaikum! " Saffiyah memberi salam di hadapan pintu yang terbuka luas. Izz dan Irfan yang didalam dukungan nya, berdiri di sebelah Saffiyah.

" Waalaikumussalam. Nenek! Pengantin baru doh sapa doh ni! " Seorang perempuan muda yang menjengulkan kepalanya di tingkap, menjerit dengan loghat Kelantan apabila melihat Saffiyah berdiri di hadapan rumah kayu itu.

Dia berlari keluar dari rumah dan memeluk Saffiyah dengan erat.

" Ya Allah! Kak ain, terkejut Saff tau. " Saffiyah yang masih mamai hampir menyembah bumi apabila kak Ain, kakak sepupunya datang memeluknya.

" Hehehe. Sorry. Saff sihak dok? " Ain atau nama panjangnya Ain Adrianna, menghulur tangan kepada Saffiyah.

Saffiyah menyambut huluran tangan milik Ain lalu mencium hormat tangan tersebut.

" Sihat kak. Alhamdulillah." Jawab Saffiyah.

Mata Ain yang tadinya pada Saffiyah, kini beralih ke arah sekunjur badan sasa yang berdiri di sebelah Saffiyah.

Saffiyah yang faham pandangan kakak sepupunya mula membuka mulut.

" Kak Ain. " Saffiyah memanggil Ain.

" Ni lah suami Saff, Izz Nadzrin. Budak kecil yang comel tengah tidur lena ni anak Saff, Irfan. " Sempat Saffiyah mencuit hidung Irfan yang sedang tidur itu.

" Betol ko Ipey ni anok- "

" Bukan yang seperti kak Ain fikirkan. Irfan anak kepada Izz. " Saffiyah memotong ayat sepupunya itu. Dia tahu, pasti sepupunya itu pelik, baru kahwin dah ada anak.

" Oh. Macam tu. Eh, jemputlah masuk Izz. Kak Ain nak pergi ambil daun limau kejap. " Kata Ain dengan bahasa bangku.

Saffiyah dan Izz menghantar kelibat Ain berlalu pergi.

Saffiyah memandang Izz di sebelahnya.

" Jomlah masuk. " Kata Saffiyah dan dia melangkah masuk ke dalam rumah diikuti Izz di belakangnya.

" Cik Ya! " Sekali lagi Saffiyah hampir melayang. Nasib baiklah ada Izz di belakangnya.

Saffiyah memandang beberapa budak kecil sebesar Irfan, sedang memeluk kakinya.

" Rayyan, Yaya, Faqeh. Apa ni? Terkejut Cik Ya tau. " Saffiyah memandang mata milik anak sepupunya yang terkebil-kebil memandangnya.

'Alahai, baru nak marah budak ni. Tapi dia buat muka macam tu, tak jadilah nak marah.'

Saffiyah mengeluh. Dia duduk berlutut supaya sama tinggi dengan anak sepupunya itu.

"Ayan, Aqeh dan Yaya sihat? " Saffiyah mengusap rambut ketiga-tiga anak sepupunya itu. Budak-budak itu hanya mengangguk kepalanya.

" Mummy- " Rengekan Irfan membuatkan Saffiyah bangun dari posisi melututnya.

" Ya, sayang? Dah bangun? " Saffiyah mendukung Irfan yang berada di dalam pelukan Izz. Irfan hanya mengangguk mamai.

Saffiyah turunkan Irfan dari dukungan nya.

" Irfan, ni mummy nak kenalkan dekat Irfan. Ni dua pupu Irfan. Rayyan, Faqeh dan Yaya. Irfan boleh kawan dengan diaorang. Rayyan, kawan dengan Irfan tau. Main sama-sama tau dengan anak Cik Ya. " Saffiyah berpesan kepada Rayyan kerana Rayyan paling tua di kalangan mereka budak-budak.

Saffiyah berasa lega apabila Rayyan menarik tangan Irfan berjalan ke arah hadapan rumah yang lapang. Di Hadapan rumah nenek Saffiyah, terdapat padang yang seluas padang bola. Memang suka lah, budak-budak bermain di situ.

Irfan memandang Saffiyah dan Izz. Mereka berdua hanya tersenyum bagi melegakan hati Irfan yang masih takut-takut itu.

" Sayang, abang letih dah berdiri ni. "

Saffiyah sudah terlupa yang suaminya masih bersamanya.

Saffiyah tersenyum sumbing.

" Sorry. Jom saya bawa awak jumpa dengan ayah saudara saya pula. " Saffiyah dan Izz berjalan beriringan ke ruang tamu.

" Garang tak ayah saudara sayang tu? " Tanya Izz dengan nada yang risau.

Saffiyah hanya membalas soalan Izz itu dengan ketawa kecil.

" Assalamualaikum. " Saffiyah memberi salam apabila bapa saudaranya tidak perasan kehadirannya dan suaminya itu.

Sibuk berbual.

" Waalaikummusalam. Ya Allah! Saffiyah ko ni? " Zaharuddin atau dimesra panggil Pak Din memeluk Saffiyah.

" Ya. Saffiyah lah ni baba. " Saffiyah membalas pelukan ayah saudaranya, Pak Din.

" Ni suami Saff ke? Namo gapo? " Pak Din memandang Izz di belakang Saffiyah.

" Saya Izz Nadzrin. Panggil saya Izz je baba. " Izz tersenyum kepada pak Din. Pak Din beralih ke Izz dan bersalam dengan pemuda itu.

" Supo bodel laki mu ni Saff. " Pak Din ketawa kecil.

Saffiyah memandang Pak Din dengan pelik.

Bodel?

" Baba sebut apa tadi? Bodel? Apa tu? " Saffiyah dan Izz memandang Pak Din. Semua bapa saudaranya turut memandang Pak Din, kerana tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Pak Din itu.

" Alaa. Kamu ni Saff. kata duduk di Selangor. Mesti tahu yang bodel tu apa. Jagalah penyakit lurus bendul kamu tu Saff. Kesian suami kamu nak hadap perangai lurus bendul kamu tu, Saff. "

Saff menarik muncung itiknya apabila diperli oleh bapa saudaranya.

" Baba ni. Orang suruh terangkan bodel tu apa. Ni perli Saff pula. Tak nak lah kawan dengan baba macam ni. " Saffiyah acah-acah untuk bangun dari duduknya. Tetapi badannya tidak jadi berdiri apabila Izz memegang bahunya.

Saffiyah memandang Izz. Izz menggeleng kepalanya.

" Kamu ni Saff. Baba baru perli sikit baru, tu dah sedepa mulut dia. Bodel yang kamu nak tahu sangat tu, yang tinggi-tinggi tu. Pakai baju dari butik terkenal dekat KL tu. Takkanlah kamu tak tahu kot. "

Otak Saffiyah ligat memikirkan apa yang bapa saudaranya katakan sebentar tadi.

Tiba-tiba ketawanya meletus keluar. Semua bapa saudara Saffiyah yang sedang menyoal siasat Izz memandang Saffiyah dengan pelik.

" Kamu ni kenapa Saff? Kena sampuk dengan hantu highway ke? " Bapa saudara Saffiyah yang dipanggil oleh Saff, ayah su bertanya.

Saffiyah mengelap air matanya yang terkeluar akibat gelak besarnya itu.

" Tadi baba kata suami Saff macam bodel kan? " Saffiyah bertanya apabila gelaknya terhenti.

Pak din hanya mengganguk kepalanya.

" Baba. Bukan bodel lah tapi model. Yang tinggi-tinggi tu kan? "

Apabila Saffiyah menerangkan perkara yang betul, semua yang berada di ruang tamu itu, ketawa berdekah-dekah.

" Hah, yang tulah. Sama je kan? " Pak din masih tidak mahu mengalah. Dia mengambil kotak rokoknya dan keluar dari rumah itu.

Saffiyah menggeleng kepalanya. Malu lah tu.

" Abang, Saff nak pergi dapur sekejap. Nak jumpa orang-orang dapur pula. " Saffiyah memeluk tangan sasa milik Izz.

Izz menjadi keras seperti batu.

'Kenapa pulak minah ni? Kena sampuk hantu highway betul-betul ke? '

Saffiyah meleraikan pelukannya di tangan sasa milik Izz dan bangun meninggalkan ruang tamu.

'Kenapa aku peluk dia? Tak, tak. Tak ada maksud lain. Aku cuma berlakon je tadi. Yes aku berlakon je. '

Saffiyah bermonolog di dalam hati bagi menyedapkan hatinya itu.

" Hoi! " Seseorang menepuk bahu Saffiyah dari belakang.

" OHKAUHITAMLEGAM" Saffiyah melatah dengan suara yang lantang. Dia menekup mulutnya.

Pipi Saffiyah mula berona merah apabila ruang dapur itu bergema dengan gelakkan ibu saudaranya.

" Kau ni umar! Asal aku balik je kacau aku! " Saffiyah memukul lengan sasa milik Umar, sepupunya itu.

Umar hanya menayangkan giginya yang putih tersusun.

" Sorry. Okay, okay. Aku tak ganggu kau dah lepas ni. Aku nak main dengan anak sepupu aku dulu. Bye! " Umar berlari keluar mengikut pintu dapur.

Saffiyah hanya menghantar kelibat Umar keluar dari rumah itu.

Penat kalau ada sepuluh orang perangai seperti Umar Zikri itu di dalam hidupnya. Boleh mati disebabkan darah tinggi melayan perangai lelaki itu.

Dia berjalan ke arah para ibu saudaranya, yang dari tadi memandang nya.

_____✿_____

" Saff, suami kamu tu handsome tak? " Mak su mula mengorek tentang Izz daripada Saffiyah.

Saffiyah yang sedang memotong sayur-sayuran segar tersenyum apabila mendengar soalan mak su nya itu.

" Handsome. " Jawab Saffiyah sepatah.

" Ada iras-iras Shah Rukh Khan tak? " Tanya kak Wani yang merupakan peminat nombor 1 Hindustan.

" Hm. Malangnya, muka dia ada iras Robert Pattinson. " Jawab Saffiyah dengan senyuman kecil di bibirnya.

" Huish! Kira handsome sangat lah tu kan? " Tanya Mak Su dengan teruja.

" Ye lah kot. " Jawab Saffiyah malas. Ada yang tambah lebih-lebih kan, tersedak member dekat luar tu.

" Kamu ni Saff, seriuslah sikit. " Mak su mencubit lengan Saffiyah yang terdedah itu.

Saffiyah ketawa sambil menggosok lengannya yang terasa pedih.

" Kedekut tahi hidung masin nak share tentang suami dia. Nama suami dia pun tak nak share. " Sampuk kak Wani bagi menyokong apa yang mak Su katakan sebentar tadi.

Saffiyah ketawa lagi.

" Suami Saff tu nama dia Izz Nadzrin. Dah, puas hati? " Saffiyah berhenti memotong sayur.

Hampir jatuh rahangnya apabila ibu-ibu saudaranya dan sepupu-sepupunya duduk mengelilingi Saffiyah.

" Amboi, korang tak ada kerja ke nak buat? Hah? Alya, kau tu budak-budak lagi. So, go out now! " Saffiyah memandang Alya, sepupunya yang sedang sedap mengunyah keropok sambil mendengar cerita nya tadi.

'Tahu mengunyah sahaja. Tolong tak nak pulak. Anak dara apalah kau ni Alya.'

Saffiyah menggeleng kepalanya.

" Hm! Tak nak kawan dengan kak Saff. " Alya menjelirkan lidahnya dan keluar dari rumah itu sambil menghentak kakinya.

" Hah, Saff sambunglah. " Mama chik menyampuk.

Saffiyah membulatkan matanya memandang ibu saudaranya itu.

" Nak sambung apa lagi? Saff dah cakap kan dia ni handsome sangat-sangat. Kalau tak handsome, taklah Saff kawin dengan dia kan? Okay tu je. Dah, dah Saff nak buat kerja ni. Nanti tak makan malam pula. " Saffiyah menolak kakak sepupunya yang memegang lengannya.

" Hisy, dia ni. Kedekut sangat nak cerita pasal suami dia. Al maklumlah, suami dia tu handsome macam pelakon kegemaran dia tu. " Kak chik, kakak sepupu Saffiyyah, memerli Saffiyah yang takut untuk menceritakan tentang Izz.

Saffiyah hanya tersenyum menganjing.

'Handsome tapi tidak cinta dia, tak ada gunanya juga. '


_____✿_____

" Izz ni umur berapa? " Ayah su bertanya kepada Izz apabila kelibat kak ngah, anak kepada mak long berlalu selepas menghantar minuman petang kepada kaum lelaki.

" Saya umur 25 tahun, ayah su. " Izz tersenyum manis.

" Oh, tua setahun jelah dengan Saff? " Abang chik, suami kepada kak chik menyampuk.

Izz hanya mengangguk kepalanya.

" Berapa lama dah kenal si Saff tu? " Abang ngah, suami kepada kak ngah mengambil alih bersoal jawab. Macam nak masuk meminang pun ada

" Erm- lama dah, dari sekolah menengah lagi. Errr- tapi tak rapat sangat. Kami kalau bertembung, buat selamba je. Tapi, bukan kita sangkakan, Allah telah takdirkan yang kami ni berjodoh. " Izz tersenyum sumbing apabila dia terpaksa tipu tentang hubungannya dengan Saffiyah itu.

" Oh, macam tu kisahnya. " Abang ngah minum air buatan isterinya itu.

" Sekarang ni, Izz kerja apa? " Ayah mil bertanya kepada Izz.

" Saya sekarang uruskan sebuah syarikat ayah saya. Kiranya bekerja bawah ayah saya juga lah. " Jawab Izz dengan ketawa kecil.

" Tak apa. Asalkan kerja yang halal untuk beri anak dan isteri makan. " Balas ayah Mil.

Semua disitu mengangguk kepalanya tanda setuju dengan kata-kata ayah Mil itu.

" Saff, nak pergi mana tu? " Ayah su menegur Saffiyah, apabila gadis itu berjalan ke arah pintu keluar.

Saffiyah berhenti melangkah lalu menoleh ke arah bapa saudaranya.

" Saff nak pergi panggil budak-budak tu masuk. Dah nak senja ni. " Saffiyah berlari keluar dari rumah apabila terdengar suara Irfan menjerit memanggilnya.

" Mummy! " Irfan terus-terusan memanggil Saffiyah.

" Kenapa ni Rayyan? Mana anak cik Ya? " Saffiyah bertanya apabila turun dari tangga rumah, ternampak anak sepupunya tercegat berdiri seorang diri.

" Irfan kena kejar dengan angsa tok ayah Zul. "

Selepas mendengar penerangan anak sepupunya itu, Saffiyah mencari Irfan.

Bagai luruh jantungnya apabila melihat Irfan yang berlari ketakutan dikejar oleh dua ekor angsa milik abahnya itu.

Dia cepat-cepat mengambil penyapu lidi yang kebetulan berada di sebelahnya, lalu menghalau angsa-angsa itu masuk ke dalam sarangnya kembali.

Saffiyyah mendapatkan Irfan yang terduduk di atas tanah.

Dia mendukung anak kecil itu.

" Mummy! Irfan takut- " Irfan menangis teresak-esak di pelukan mummy nya.

Saffiyah menggosok kepala anaknya.

" Shhh- mummy ada dekat sini." Saffiyah memujuk anaknya yang ketakutan.

" Siapa lepaskan angsa ayah aku ni? " Saffiyah bertanya kepada Ain yang berada di atas pangkin bersama Saffiyah dan Irfan.

" Entah. Aku baru je sampai. Terkejut dengar Irfan jerit tadi. Kesian Irfan." Aina menggosok kepala Irfan.

" Tadi, pakcik hitam macam bangla yang lepaskan. Dia suruh Irfan sentuh angsa tu. Pastu angsa tu dia kejar Irfan. Dia nak patuk Irfan. Irfan takut, Irfan larilah. "

Tersedu-sedan Irfan menceritakan hal yang sebenar.

Angah Mariam yang sedang menyiram pokok bunga terhenti apabila mendengar cerita Irfan itu.

" Pakcik hitam macam bangla? Dia berlagak handsome tak? " Angah Mariam bertanya kepada Irfan.

Irfan mengangguk laju.

" Dia poyo. Asyik mengaku dia yang paling handsome dan dia paling putih antara Irfan, Rayyan dan yang lain. "

Saffiyah, Ain dan angah Mariam ketawa terbahak-bahak.

" Okay, angah dah tahu siapa gerangan mamat poyo yang lepaskan angsa-angsa milik abah Saff tu. " Angah mariam tersenyum sinis.

" Siapa, ngah? " Saffiyah dan Ain bertanya dengan serentak.

" Hitam tapi berlagak putih? " Saffiyah terdiam apabila menyebut kata-kata itu.

" Berlagak handsome dan poyo? " Ain pun sambung.

" Umar! " Ain dan Saffiyah menjerit serentak.

" HEHEHEHE. " Disebalik semak samun, terdapat sekujur badan sasa milik lelaki yang dicari-cari oleh Saffiyah iaitu Umar Zikri!

_____✿_____

Malam menjelma, semua orang berkumpul di ruang tamu untuk menonton TV kecuali para ibu-ibu muda.

" Saff, cu cerita macam mana boleh jumpa dengan Izz. " Kak Shida memecahkan kesunyian apabila sepupu-sepupu nya sibuk bermain telefon mereka.

" Betul tu Saff. Ceritalah. Kak Wani nak dengar juga. " Kak Wani menyokong cadangan kak Shida itu.

" Hah? Taknaklah. Tak penting pun kak. " Saffiyah menjawab malas. Dia malas apabila kakak sepupunya asyik mendesak dia untuk bercerita tentang Izz.

Dia bukan apa, dia dengan Izz hanya kahwin paksa. Nanti dia akan bercerai juga dengan Izz. So, perlu ke dia cerita lebih-lebih tentang lelaki itu?

"Alaa. Ceritalah Saff. Kita orang pun akan cerita macam mana kita orang jumpa dengan suami kitaorang. Deal? " Kak chik pun menyokong. 

Semua yang berada di dalam bilik kak Wani itu mengangguk setuju.

" Kak chik, Saff bukan tak nak cerita. Tapi, kak chik pun tahu yang Saff kena kahwin paksa dengan Izz kan? " Saffiyah mengeluh sebelum menyambung percakapannya.

" Kak chik pun tahu bila kita kawin paksa, perlu duduk sebumbung, tidur sekatil tapi tak ada perasaan, terlalu seksa nak terima suami pilihan keluarga ni kak chik. " Air mata Saffiyah mula bertakung di tubir matanya apabila mengingati nasibnya itu.

" Angah ingatkan Saff kahwin dengan Izz sebab cinta tapi atas pilihan keluarga rupanya. " Angah Mariam membuka mulut apabila semua terdiam seperti patung melihat Saffiyah yang melayan perasaannya.

' Kesiannya Saff. Nasib dia kawin atas dasar cinta. Dia tidak boleh bayang apabila dia perlu kawin paksa macam sepupunya. Mesti tak selesa kan? '

Angah Mariam bermonolog di dalam hatinya sambil melihat Saffiyah yang tertunduk memandang kakinya.

Kak Wani menyenggol lengan Kak Shida.

" Kak Shida minta maaf Saff. Kak Shida tak tahu yang Saff kena kahwin paksa dengan Izz. " Kak Shida terasa bersalah kerana dia lah yang buat Saffiyah hampir menitiskan air matanya.

" Sokeykak. Kak Shida ceritalah macam mana kak Shida dan abang long boleh kahwin ni. "

Saffiyah berasa kagum dengan cinta kak Shida dan abang longnya yang kekal sampai sekarang. Anak pun dah empat orang. Tetapi still okay. Tak ada masalah cemburu buta, cerai ataupun gaduh besar. Kalau gaduh pun gaduh-gaduh manja adalah.

Tetapi dia? Tak tahu lagi jalan hidup dia selepas ini. Selepas dia kahwin dengan Izz, dia tidak nampak masa hadapannya.

Saffiyah mengeluh dia dalam hati.

" Betul tu kak Shida. Ain pun teringin nak dengar. Mesti sweet kan? Yelah sampai sekarang dah tua pun boleh bahagia walaupun anak 4 orang. " Ain kembalikan mood gembira apabila bilik itu dipenuhi dengan perasaan bersalah terhadap Saffiyah.

Kak Shida mencubit lengan Ain yang kebetulan berada di atas pahanya.

" Amboi, kak Shida masih muda okay? Badan masih slim melim lagi tau. " Kak Shida memarahi Ain disebabkan kata dia tua.

Betul kan? Umur pun dah 47. Nak dekat 50 dah umur tu. Tak sedar juga. Nilah orang kata orang tua tak sedar diri. Nasib dia baru umur 26. '

Ain mengutuk kak Shida di dalam hati.

" Dah, dah. Shida ceritalah macam mana jumpa along. " Kak ngah yang dari tadi menonton drama free mula mencelah.

" Okay, kak Shida akan cerita. " Kata Shida dan semua orang di situ mendengar dengan teliti setiap bait-bait yang keluar dari mulut kak Shida.

Malam itu mereka tidur di dalam bilik kak Wani. Abang mie, suami kepada kak Wani, tidur di luar dengan 2 orang anaknya.

Sama juga dengan suami kak ngah, kak chik, angah Mariam dan kak Shida. Termasuk dengan Izz sekali.

Mereka saja nak bagi sang suami menjaga anak-anak mereka pula. Yelah asyik si isteri je yang perlu jaga. Tak adil lah kan?

Bersambung......

Continuer la Lecture

Vous Aimerez Aussi

1M 25.6K 86
[LIT ROMANCE BOOK WINNER] [THE GREAT LIT WRITER WINNER] Highest Rank:- #16 in Romance [13.4.18] #14 in Romance [23.4.18] Pertemuan antara seorang g...
137K 7.2K 62
Kisah ini, hanya sebuah hikayat yang tak seindah dongeng Cinderella. Di mana Cinderella yang pada mulanya cuma satu watak yang hina, sebelum bertukar...
901K 36.7K 101
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
2M 57.7K 121
Tak ada apa yang istimewa pun pasal aku. Aku hanya perempuan yang biasa yang hanya bekerja sebagai seorang babysitter di sebuah nursery yang baru di...