Delia Edora yang bertampal kapas di dahinya teresak-esak di kerusi hospital. Dani dan Pn. Anita seketika muncul di situ.
" Auntyyy! Abang Thaqif, aunty..." ujar Edora memeluk tubuh Pn. Anita terus. Dani ni sisi hanya mendiamkan diri. Kehairanan dengan situasi abang dan Edora accident. Habis Kak Dara macam mana sekarang?
" Dia tak sedarkan diri. He's bleeding. Dora tak tahu nak buat apa, aunty. Dora sedih sangat. Kesian Abang Thaqif. Kenapa tak Dora yang injured macam tu? Kenapa Abang Thaqif?" gumam Edora di bahu Pn. Anita. Pn. Anita hanya mengusap bahu anak gadis itu.
" Better Kak Dora balik. Dah lewat ni." Dani bersuara. Edora memandang adik lelaki Thaqif.
" No! Akak nak duduk sini. Teman abang Thaqif." bantah Edora menangis lagi. Dani mengeluh. Reaksi yang berlebihan.
" Dora balik dulu. If there's anything about Thaqif, we will inform you. Okay? Dora nampak penat. Dan kepala Dora pun tak elok lagi kan?" ujar Pn. Anita menasihati. Tangisan Edora buat keadaan jadi kelam kabut lagi adalah.
" Okaylah. Dora balik dulu. Driver papa dah tunggu." ujar Edora pergi. Dani mencebik. Memang dia nak balik dah pun! Pn. Anita mengeluh berat. Bagaimana keadaan Thaqif di dalam sana?
" Mama, don't worry. Abang Thaqif akan okay." Dani mengelus perlahan bahu ibunya. Pn. Anita hanya mengangguk.
*****
6 missed calls.
" Macam mana aku tak boleh dengar semalam?" soal Dara sendiri melihat panggilan dari Dani.
Jarinya menyentuh skrin phone. Nombor Dani dicari.
" Hello. Assalamualaikum." sapa Dara bila panggilan bersambut.
" Waalaikumussalam. Kak Dara..." balas Dani. Semalam lepas Thaqif kemalangan, Dani menelefon Dara tetapi tidak dijawab pulak.
" Dani call Kak Dara berkali kenapa? Ada hal penting ke?"
" Haah. Abang accident."
" What?! Akak datang sekarang." Tutt..tuutt...talian dimatikan. Dani menghela nafas berat. Dia dah faham apa yang berlaku semalam antara Thaqif, Dara dan Delia Edora.
*****
Mata Dara melihat keadaan Thaqif yang masih terlantar. Wajahnya berbalut penuh. Luka-luka kecil di tangan dan kaki. Dara mengeluh seketika. Kesian Encik TQ.
" Kau buat apa kat sini hah?" soal Edora yang baru masuk membawa bakul berisi buah. Dara memandang gadis itu.
" Melawat." Dan dia hanya diam bila Edora menolak tubuhya jauh dari katil Thaqif. Edora duduk di sisi katil. Disentuh dahi Thaqif yang tidak sedarkan diri.
" Don't touch him." ujar Dani yang baru muncul. Usapan Edora di dahi Thaqif terhenti. Ditentang wajah Dani.
" He's my boyfriend."
" But he's not your husband. Hubungan boyfriend bukan tiket untuk Kak Dora sentuh abang sesuka hati. Dia tak suka. Dan Kak Dora patut hormati dia yang sedang sakit." tegas Dani. Edora menjeling geram seraya keluar dari bilik itu.
" Kak Dara. Duduklah. Abang tak marah. Dia tengah tidur tu." gurau Dani duduk di sisi Thaqif. Dara melabuhkan punggung di sofa. Suasana sepi menyelubungi mereka. Dani yang selalu buat lawak tu pun nampak serius.
" Kak Dara, Dani nak tanya sikit."
" Tanyalah..." balas Dara senyum.
" Abang dengan Edora ada buat apa-apa kat akak semalam ke?" soal Dani lagi. Dara menggeleng.
" Kak Dora jangan tipu Dani."
" Tak adalah."
" Habis macam mana abang boleh accident dengan Dora? Padahal Kak Dara kata abang ada dengan akak? Nak hantar akak balik."
" Errr...Kak Dara naik teksi." jawab Dara. Tak guna dia berselindung.
" Maknanya akak tak okaylah kat sana kan?" soal Dani. Dia faham. Thaqif sengaja buat Dara perasan. Lepastu hancurkan hati gadis itu.
" Akak okay. Encik TQ layan akak baik."
" Habis tu kenapa cincin tu beralih tuan?" serkap Dani buatkan wajah Dara bertukar pucat. Sejak semalam Dani nampak cincin yang tersarung di jari Delia Edora. Sama dengan pemberian Thaqif pada Dara Manisa.
" Akak tak tahulah. Serabut..." balas Dara menekup wajah. Dia menangis lagi. Nak aje dia pijak wajah Thaqif yang tengah lena tu! Sebab dia berani sakitkan hati Dara!
" Dani dah boleh agak apa yang jadi." ujar Dani mengetap bibir. Thaqif masih tak berubah!
" Jangan kasi tahu mama. Tolonglah..." rintih Dara merayu pada Dani. Dani melihat wajah polos itu.
" Jangan nangis Kak Dara? Dani ada kat sini. I'm always here for you." ujar Dani prihatin melihat air mata Dara yang berlinangan.
*****
Pasu yang ditempatkan di atas meja itu bertukar bunga lagi hari ini. Semalam kekwa. Hari ini ros kuning. Ceria-ceria warnanya. Itulah Dara yang setiap hari akan melawat Thaqif selepas pulang kerja.
" Kadang-kadang Dani rasa Kak Dara ni macam isteri abang Thaqif dah. Bawak bunga hari-hari. Tulis kad ucapan get well soon. Bawakan makanan untuk abang Thaqif. Tapi sayang, Kak Dara tak pernah melawat abang Thaqif ketika dia celik." ujar Dani melihat Thaqif yang lena. Esok balutan wajah akan dibuka.
" Biarlah. Akak tak nak Encik TQ nampak akak kat sini. Nanti dia stres." balas Dara menyusun batang bunga cantik dan kemas. Dia duduk di sofa menyandar. Penat.
" Tapi janji dengan Dani."
" Janji apa?"
" Lepas abang Thaqif sihat je...Kak Dara kena buat apa?" soal Dani dengan sengihan. Dara mencebik.
" Sepak kepala lutut Encik TQ sebab dia berani sakitkan hati bakal kakak ipar Dani." sambut Dara sambil menggeleng. Dani ketawa. Memang itu yang kerap dia ulang pada Dara. Biar Dara tak lembut hati lagi pada Thaqif.
" Edora tak ada datang?"
" Entah melingkup mana pompuan tu. Tiap hari pulak kerja mama nak kena bagi laporan pasal Thaqif kat dia. Padahal dia bukan ada datang melawat." cebik Dani geram pada Delia Edora.
" Dia busy kut." balas Dara lagi. Dilihat kelopak mata Thaqif bergerak-gerak. Entah-entah Thaqif tahu dia tengah bercakap dengan Dani tak?
" Lagi satu si bodoh tu tanya pulak mana Kak Dora. Tak melawat abang ke? Dora okay tak?" cerita Dani sambil menggeleng. Mata Dara melihat tubuh Thaqif bergerak-gerak. Dia nak bangun ke apa ni?
" Syushhh, abang awak tu Dani." marah Dara bila Dani Syahar sibuk mengutuk abangnya. Dara berdiri.
" Akak balik dulu. Kesian mak akak kat rumah sensorang." ujar Dara meminta diri.
" Esok datang tau. Doktor nak buka balutan muka abang." pesan Dani bila Dara melangkah keluar dari wad itu.
Hye. Selamat membaca. Terima kasih untuk readers yang still support CIETQ :). MUahhh!