.Parut Di Wajah.

15K 627 20
                                    

Tumit tinggi Delia Edora berbunyi saat melangkah ke wad Thaqif. Dia tersenyum membawa buah tangan untuk Thaqif. Pencuci mulut kegemaran Thaqif. Moist chocolate cake. Kelihatan Pn. Anita, Dani Syahar dan Dara Manisa saat Edora masuk ke kamar itu.

" Biy! Dora rindu. Dora minta maaf. Dora sibuk sangat. Tak sempat melawat abang. Sorry." ujar Edora memuncung. Thaqif tersenyum saat juwita hati akhirnya muncul juga.

" It's okay, darling. Abang okay. Dora sihat? Kepala okay?" Edora angguk. Pn. Anita hanya senyum nipis melihat perlakuan Edora dan Thaqif. Mungkinlah...mungkin Pn. Anita terpaksa buat keputusan untuk menyatukan saja Thaqif dengan Edora. Biarlah mereka bersama. Asalkan Thaqif baik dan bahagia. Hal ini pun sudah dibincang dengan Dara Manisa semalam.

" Ehem...Dani dah lama nak tanya. Since abang dengan Kak Dora pun ada, Dani nak tanya. What was going actually that night? Macam mana kereta abang boleh rempuh batang pokok besar tepi jalan? Abang tak fokus ke masa drive?" soal Dani membuatkan kedua-duanya jadi pucat.

" Errrr...abang okay. Entahlah. Maybe jalan berkabus kut masa tu. Abang tak nampak." Thaqif beri alasan. Dara Manisa hanya jadi tukang dengar.

" Haah. Kabus. Kitaorang pun entahlah masa tu..." Balas Edora pantas. Takut rahsia dia menggoda Thaqif malam itu terbongkar. Sekaligus penyebab kepada kemalangan itu. Dani ketawa. Kabus tang mana? Orang sembur nyamuk Aedes ke apa malam-malam?

" Ke...korang bercumbuan sampai accident? Biasalah bila dah berdua ni, datang yang ketigaaa..." usik Dani membuatkan wajah Edora memerah. Aduh! Budak ni macam tau-tau je?

" Daniii! Watch your mouth! Kami tak serendah itu." cantas Thaqif dengan suara meninggi. Pn. Anita menjegil pada Dani. Dani ketawa. Dengan Thaqif dia percaya. Tapi dengan Delia Edora, hmmm...susah! Perempuan penggoda kelas satu!

" Abang janganlah marah Dani." balas Delia Edora tunjuk baik. Thaqif ketap bibir. Doktor Murad yang merawat muncul di daun pintu.

" So, are you ready, Thaqif?" soal Dr. Murad. Thaqif angguk. Dr. Murad memulakan kerjanya. Pn. Anita melihat penuh debaran. Dara hanya mengintai di sebalik tubuh Dani. Tak berani dia mendekat. Tolonglah. Jangan jadi apa-apa pada wajah Thaqif. Balutan dibuka dengan cermat. Kesan luka dan merah memanjang dari tubir mata hingga ke pipi kanannya. Delia Edora sudah melopong.

" Parut?!" soalnya sedikit tinggi. Dr. Murad menghabiskan kerjanya. Lalu dipandang wajah-wajah di situ.

" Ya. Kesan terkena cermin tingkap yang pecah pada wajah Encik Thaqif. Parut ini kekal. Tapi boleh dirawat dalam jangka masa yang panjang." Delia Edora menelan liur. Buruk! Hilang tampan Thaqif selama ini.

" Boleh dirawat?" soal Thaqif sendiri. Disentuh luka itu yang masih merah. Dr. Murad angguk.

" Tapi kena tunggu segalanya okay. Sebab luka tu agak dalam. Jadi parut yang tertinggal pun agak ketara. It's takes time, Qif." ujar Dr. Murad meminta diri. Thaqif menyentuh lagi parut itu.

" Rasa gagah pulak ada parut." ujar Thaqif ketawa. Dani menepuk bahu itu. Bukankah Thaqif suka kalau dia dipanggil baby face?

" Mama nak Qif selamat je. Itu pun dah cukup untuk mama." balas Pn. Anita lega. Dara hanya diam. Delia Edora sudah rimas. Thaqif ada parut? Lagi nampak gagah? Bodoh ke apa Abang Thaqif ni? Jijik di melihat wajah itu.

" Dora okay?"
" Hmmm.." Edora angguk. Mulut gadis itu terkunci rapat. Pn. Anita senyum. Diraih bahu Delia Edora.

" Edora, mama dah buat keputusan untuk satukan Dora dan Thaqif. Mama turutkan kalau itu hasrat hati Thaqif. Mama tak mahu memaksa Thaqif lagi." ujar Pn. Anita. Perkara itu sudah dibincang dengan Dara sejak semalam. Dan Dara akhirnya bersetuju. Untuk undur diri dari menjadi calon isteri pada Thaqif.

" Alhamdulillah..." Thaqif raup wajah. Dipandang wajah Edora. Riak tak berperasaan. Tak ada kegembiraan di wajah itu.

" Dora suka tak? Kita dah dapat restu mama." soal Thaqif merekahkan senyuman. Edora mengeluh kecil.

" Dora nak balik." ujar Edora memeluk tubuh Pn. Anita lalu beredar. Terkedu Thaqif seketika dengan reaksi dingin Delia Edora.

*****

" Babe, seriously. I can't stand with Thaqif anymore! " luah Edora saat bertemu dengan Harni petang itu. Harni jadi pelik. Melihat Delia Edora menghempas tas tangan ke atas meja.

" Babe, relax. Duduk dulu." ujar Harni. Edora duduk dan selamba menyisip jus oren Harni. Amboiii! Separuh gelas dibalunnya budak ni.

" Thaqif."
" Haaa...kenapa? Dia okay tak?" soal Harni yang tahu mengenai Thaqif. Edora mencebik geram. Rasa nak mengamuk je!

" Dia cacat, Harni! I nak cakap apa lagi??!" amuk Edora dengan suara meninggi. Harni melopong.

" Serius, weh? I ingat cedera ringan je. Lumpuh eh? Kena pakai wheelchair seumur hidup ke?" soal Harni bertalu menambahkan tekanan.

" Muka dia buruk. Cacat. I bencilah! I geli! I jijik tengok parut besar kat pipi dia. It's so ugly and disgusting!" luah Edora dengan penuh emosi. Harni garu kepala.

" Weh, sayang you tu! Sampai hati kutuk tak ingat dunia macam tu?" bidas Harni. Edora ni pun tak fikir waraslah. Banyak je teknologi nak pulihkan wajah si Thaqif.

" I cannot accept him anymore. You tengok i, Harni? I cantik. Takkan i nak berpasangan dengan jantan hodoh macam tu? Please lah..." cemuh Edora lagi. Harni garu kepala.

" So, what you're going to do now?"
" Entahlah. Mama dia pulak dah menambah masalah. Mama Thaqif dah setuju nak jodohkan i dengan anak dia. Bila dah anak buruk macam tu, baru sibuk nak restu hubungan kami. Yelah takut anak tak laku. Tapi dia ingat i bodoh tak reti fikir game perempuan tua tu?" ujar Edora benci.

" Better you break up with him. Right now. Sebelum mama Thaqif bawak rombongan meminang datang rumah you. Masa tu apa pun tak boleh...." ujar Harni. Edora angguk. Ya. Itulah yang akan dia lakukan secepat mungkin.

Hye. Selamat membaca. Ya. Ia cerita biasa-biasa- Dora tinggalkan Thaqif selepas kemalangan tu.

Calon Isteri Encik TQ (✔)Where stories live. Discover now