Bukan Abang Thaqif okay?

16.7K 774 19
                                    

Wajah Dara tak tahu nak letak mana dah. Malu woiiii! Lelaki yang disangkakan bakal suaminya tu...

" Ini Dani Syahar. Adik Thaqif." perkenal Pn. Anita sambil menyenduk nasi ke pinggan Mak Kiah dan Dara Manisa.

" I'm Dani Syahar. Nice to meet you, sister in-law to be." ujar Dani mengenyit mata. Thaqif sudah berdesir di sebelah. Budak ni kang aku humban dalam kuali nak? Geli dengan frasa sister in-law to be tu. Gelaran tu Delia Edora je yang layak pegang!

" Errrr...Kak Dara mintak maaf eh? Tak tahulah pulak yang Dani bukan lelaki yang mak dengan Cik Nita nak..." Dara serba salah pulak nak cakap. Malu pun ada sebab Encik TQ pandang dia macam nak telan je!

" Jodohkan! Cakap ajelah Kak Dara. Jangan memalu kucing pulak. Anyway panggil Encik TQ ni Abang Thaqif aje. Baru manja sikit." Dani ramah menyambung. Seisi meja sudah ketawa. Mak Kiah pandang Thaqif yang membisu sejak tadi.

" Thaqif, nak kerabu lagi?" tawar Mak Kiah. Thaqif geleng sambil senyum. Dara memandang lelaki itu. Encik TQ yang tak ada lidah nak cakap! Mangkuk kerabu Dara ambil.

" Makanlah lagi, Abang Thaqif. Kerabu ni mak saya yang buat. Sedap. Dijamin kenyang semalaman." Dara tuang kerabu mangga ke dalam pinggan Thaqif tanpa diminta.

" Makan, Qif. Penat Mak Kiah buat." suruh Pn. Anita pulak. Dani sudah ketawa terbahak. Dia tahu Thaqif tak makan benda masam! Nanti dia cepat tercirit. Kahkahkah...

" Kenapa Dani ketawa centu?" soal Dara hairan. Dani terdiam dengan jelingan Pn. Anita. Jangan buat Dara dan Mak Kiah terasa.

" Kerabu ni buat Dani ketawa."
" Macam-macamlah bebudak ni." ujar Mak Kiah memandang Pn. Anita. Setakat ni Dara dan Thaqif tak bercakap pun. Senyap je.

" Abang Thaqif nak air?" soal Dara lagi. Tanpa diminta Dara tuang air oren ke dalam gelas tinggi itu. Dihulur pada Thaqif. Nak tak nak terpaksa lelaki itu meneguk.

" Penyibuk betul!" bisiknya sendirian. Handphone Thaqif tiba-tiba berbunyi. Panggilan dari resort.

" Ma, Thaqif kena pergi. Ada hal kat resort." ujar Thaqif berdiri meminta diri. Dipandang Mak Kiah pula.

" Mak Kiah, maaf ya. Qif ada hal. Qif terpaksa pergi." Thaqif bersopan dengan wanita itu seraya menyalami tangan itu. Mak Kiah angguk mesra.

Dara pandang Thaqif. Dengan Dara tak mahu pesan apa-apakah? At least, cakaplah 'moga kita berjumpa lagi' ke? Atau ' Dara Manisa, awak nampak cute hari ni dengan ear cat dekat kepala! Ini tak menonong pergi. Handphone milik Thaqif yang tinggal di meja buat Dara tersenyum.

" Cik Nita, phone Abang Thaqif tertinggal."

" Hah, pergi bagikan dekat dia." Yess! Dara sudah berlari menuju ke luar rumah. Dijerit nama lelaki itu.

" Handphone Abang Thaqif tertinggal. Nah." hulur Dara dengan sengihan. Thaqif sudah menjeling membuka pintu kereta. Penyibuk kuasa dualah minah ni!

" TQ." balas Thaqif perlahan.
" Huh?! Apa dia? Dara tak jelas."
" Thank you, pekak!" balas Thaqif geram. Dara sengih.

" It'okay. Selamat bekerja, Abang Thaqif." Dara melambai lelaki itu mesra. Thaqif berjalan mendekat pada Dara.

" One more thing, please don't call me Abang Thaqif anymore. Jangan sampai mama aku tahu pasal bunga dan kad tu untuk siapa, okay?" ujar Thaqif menunjal dahi Dara. Dara terkejut.

" Habis, nak panggil apa?"
" Anything except for Abang Thaqif." Edora saja layak panggil dia abang!

" Encik TQ boleh?" ujar Dara dengan mata bercahaya😀. Thaqif mengeluh namun tak dijawab soalan itu.

Calon Isteri Encik TQ (✔)Where stories live. Discover now