Ajak Keluar?

13.8K 658 8
                                    

" Hello." ujar satu suara saat Dara bangun tidur itu. Alahaiii, sapa je yang nak kacau dia time cuti-cuti ni? Ni mesti Nani. Tukang kacau orang cuti je kerja. Taulah dia jealous hari ni kena kerja.

" Hello! Apa ni call orang pepagi buta ni, Nani? Kacau beta nak beradu aje." ujar Dara laju dan kuat. Orang di sana sudah mendengus geram.

" Hoiiii! Bangun sekarang!" mata Dara terbuka luas saat suara itu berdentum di telinga. Pantas dia melihat skrin. Encik TQ!

" Encik TQ kenapa telefon pagi buta ni? Ayam kat reban mak saya pun tak berkokok lagi. Encik TQ nak apa?" soal Dara menggaru kepalanya. Rambut dah berserabai kalah mak lampir.

" Otak kau pagi buta!" balas Thaqif menggeleng. Jam dah tunjuk pukul 9.00 pagi boleh si Dara ni kata pagi buta? Dara menenyeh mata seketika. Tak reti cakap manis-manis sikit ke? Seketika dia tersengih. Patutlah. Dah pukul 9.00 pagi.

" Encik TQ tak jawab soalan saya lagi. Kenapa telefon pada jam 9.00 pagi ni?" sinis Dara bersuara sambil memeluk bantal. Mengantuk.

" Mama aku suruh ajak kau keluar."
" Tak nak!" balas Dara mencebik.
" Kenapa pulak tak nak? Bukan ke kau suka sangat nak jumpa aku?" Thaqif garu kepala. Eihhh, budak ni ngada-ngadalah.

" Sebab Cik Nita yang suruh. Padahal saya tahu Encik TQ tak rela!" Dara rasa nak nangis. Huwaaa...dia tahu Thaqif tak ikhlas.

" Haaa...tau pun. Pandai kau!"
" Yelah saya ni bukan sapa-sapa dekat Encik TQ. Sekadar calon isteri yang terbuang." ujar Dara kasihan. Thaqif ketawa dengan frasa 'calon isteri terbuang'. Kenapa bunyinya drama sangat?

" Dahlah kau! Aku ajak tak mahu. Baik aku keluar dengan Dora." Dara gigit jari. Tadi tu dia saja je jual mahal. Thaqif tak ada rasa nak pujuk ke? Eihh, jejaka hati batu!

" Okaylah. Saya nak tidur. Encik TQ keluarlah dengan Edora tu. Huh!" bebel Dara terus mematikan talian. Thaqif tercengang sekejap. Nanti kau!

Tok! Tok!

" Dara oiiii! Bangun. Anak dara tak elok terbongkang sampai tengah hari." ujar Mak Kiah di luar. Dara menutup telinga dengan bantal.

Tok! Tok!

" Bangun! Sebelum saya bom bilik awak ni, Cik Dara. I give you 5 minutes only to get ready." mata Dara terbuntang luas. Suara Thaqif kan? Dia tak salah dengar kan? Dara pantas melompat dari katil lalu mencapai tuala di penyangkut. Pintu dikuak dan...

" Encik TQ buat apa kat sini?" soal Dara dengan rambut menggerbang. Thaqif memandang Dara. Teruklah gini nak jadi bini dia! Tak elegan langsung dengan baju tidur Hello Kitty.

" Kan aku dah cakap. Mama suruh aku keluar dengan kau." Dara garu kepala.

" Encik TQ ada kat sini sejak tadi? Sejak kita cakap kat telefon lagi?" Ahhhh, malu bila tengok Thaqif mengangguk tanpa rasa.

" Tinggal 4 minit je lagi, Cik Dara." balas Thaqif geram. Dara menjuih bibir.

" Yelah, saya mandi!" ujarnya segera melangkah ke bilik air. Nak mandi apanya kalau tinggal 4 minit? Aci tak kalau dia nak mandi gaya P. Ramlee je? Hehehehe...

*****

" Kau nak pergi mana? Shopping?" soal Thaqif membelok ke shopping mall itu. Dara menggeleng. Tempat macam ni apa je dia mampu beli woi? Agak-agaklah Thaqif ni.

" Habis tu Mak Enon nak apa?" soal Thaqif lagi. Dara pegang dagu laksana berfikir. Hmmm...

" Mak Enon nak makan. Lapar." balas Dara tunjuk isyarat peace. Perut dah berkeroncong ni. Thaqif terkedu. Makan je? Kalau Edora ditawar shopping, macam satu mall tu dia nak sapu. Tapi Dara Manisa cuma nak makan?

Calon Isteri Encik TQ (✔)Where stories live. Discover now