. Kehidupan Baru.

16K 631 12
                                    

Dara melihat wajah yang sudah lena dibuai mimpi itu. Encik TQ, kenapalah hati encik keras sangat? Kenapa tak nak terima Dara? Dara kan isteri Encik TQ....

" Aku tak nak kau tidur sini. I want to be alone." ujar Thaqif masih sedar rupanya. Dara yang duduk di birai katil mengeluh kejap. Ni yang dia tak suka ni. Dah mulalah perangai tak semenggah Encik TQ.

" Okay. Saya ambik space sikit aje. Katil ni kan besar. Kedekutnya Encik TQ ni." rungut Dara Manisa meregangkan urat. Haihhh, penat. Esok nak kerja lagi.

" No means no, Dara."
" Okay. Dekat bawah pun saya sanggup! Please..." Dara menyengih dalam gelap. Thaqif mendengus.

" Kau jenis tak reti bahasa ke?"
" Alaaaa...okay. Dalam bathroom tu saya tidur. Bath tub ada kan?" gurau Dara lalu ketawa. Thaqif geram.

" Aku tak sekejam tu. Pergilah sana. Jangan kacau aku. Leave me alone." Thaqif bersuara lagi. Dibaling sebiji bantal pada Dara. Dara menggeleng. Mamat nilah! Aku benam dalam bath tub tu baru tau!

" Okay, fine. Dara kat bilik sebelah. Kalau nak apa-apa panggil Dara kat sebelah eh? Kalau takut ke, rasa nak peluk someone ke, panggil je Dara. Dara ada kat sebelah. Daaaaa....good night, baby." ujar Dara pantas mencium dahi Thaqif.

" Woi! Kau apehal ha? Aku tak perlukan kau. Blahhh..." marah Thaqif menggosok dahinya. Takut kena air liur Dara Manisa nanti.

" Eleh, itu baru curi kiss. Belum curi hati. Kalau hati dicuri, tak lena tidur malam nanti. Haahahaha..." Dara ketawa melenggang keluar dari bilik Thaqif Qausar. Seketika, Dara menggeleng. Thaqif dan dia tak macam pasangan lain. Macam mana ni?

*****

" Morning, Encik TQ. Bangunlah. Lepas Subuh tak elok tidur balik tau. Kita turun bawah jom. Dara dah masakkan sarapan." Dara menggerakka tubuh Thaqif seketika. Ditarik comforter dari tubuh Thaqif.

" Sejuklah. Tak payahlah wei. Kau berambus boleh tak? Aku nak tidur ni." marah Thaqif dengan mata terpejam. Dara mencebik. Eiii, dia ni kan?!

" Encik TQ kena sarapan. Dara nak kena pergi kerja ni. Macam mana saya nak...."

" Kau pergi jelah kerja. Yang kau nak kisah aku sarapan ke tak apehal? Kau boleh tak berhenti menyibuk hidup aku? Pergilah..." potong Thaqif lagi. Kasarnya bahasa!

" Saya kan kena serve Encik TQ sebab encik kan suami saya." balas Dara masih degil.

" Suami? Apa benda tu?" soal Thaqif sengaja. Dara mengeluh. Nak kata bengong, pengurus resort. Agaknya kesan kemalangan tu, Encik TQ 'putus wayar' tak?

" Suami tu sejenis keropok. Sedap kalau buat kunyah masa tengok tv. Krup...krap..krup...krap. Eiiii! Sukahati enciklah." balas Dara beredar dengan geram. Orang ajak sarapan pun susah!

*****

Nani tersengih lebar saat Dara Manisa melangkah ke kedai bunga pagi itu. Dia memandang Dara yang kelam kabut memulakan kerja. Haaaa....tau pun lambat kan?

" Amboi orang tu, lewat nampak? Tulah orang suruh ambik cuti, tak mahu. Kang dah susah nak tinggalkan abang sayang kat rumah..." ujar Nani menggedik.

" Haipp! Jangan nak fikir ke situ eh? Kau bukan tak tau aku dengan Encik TQ macam mana. Kitaorang kan kahwin ekspres. Encik TQ pulak buat muka tak rela. Nampak sangat aku ni yang gatal nak kahwin. Sedih betullah!" rungut Dara. Tadi dia terpaksa breakfast sorang dengan mama. Nasiblah mama faham dengan perangai Thaqif tu.

" Kau kena sabar dengan suami kau tu. Kau faham jelah kan? Encik TQ tu tertekan. Dengan kesan accident tu. Dengan kena tinggal girlfriend. Lepastu kena paksa kahwin dengan kau. Kena pulak menghadap perangai kau yang kadang ting tong tu..." balas Nani panjang.

" Amboi, ting tong kan aku pulak eh? Aku faham. Tapi entahlah..." keluh Dara menggeleng. Encik TQ macam tak nak layan dia je.

" Macam mana kalau hubungan ni tak kekal lama?" teka Nani hati-hati.

" Maksud?" soal Dara.
" Cerai?"
" Wehhhh! Janganlah doa macam tu. Aku sayang dia tau!" bidas Dara geram. Sukahati je nak cakap cerai.

" Sayang sebelah pihak je tak jadi jugak, Dara. Sampai bila kau nak tunggu?" Dara buat tak dengar dengan kata-kata Nani.

*****

Sebaik pulang Dara dari tempat kerja, diterjah dulu bilik Thaqif. Gelapnya! Ini bilik tidur ke stor ni? Dara berjalan berhati-hati. Kutlah nanti terlanggar almari dalam bilik ni. Dalam samar-samar kelihatan Thaqif yang berselubung dalam comforter. Amboiii, sedapnya berdengkur eh?

" Encik TQ oiii, duduk dalam gelap macam ni dah kenapa? Bilik tak masuk cahaya gini. Nanti bilik berbau tau tak?" bebel Dara menolak langsir sebesar-besarnya.
Thaqif menahan silau cahaya.

" Woiii, tutuplah! Aku nak tidur." ucap Thaqif bangun dari pembaringan. Dara sudah bercekak pinggang.

" Saya tak kahwin dengan vampire kan?" soal Dara sarkastik. Tak dilayan arahan Thaqif menyuruh menutup langsir kembali. Matanya diliarkan sekeliling bilik. Bersepah. Kemudian, pandangan Dara jatuh pada baju yang Thaqif sarungkan. Eh, baju pagi tadi?

" Encik TQ oiii, kenapa selebet sangat? Kenapa tak mandi? Heyy, dah jadi vampire, nak jadi kambing pulak?" sakit telinga Thaqif bila Dara menyebut 'Encik TQ oiiii' dengan nada meleret tu. Ishhh!

" Dara, tolonglah jangan kacau aku!" ujar Thaqif perlahan. Digaru kepala yang terasa gatal. Mata Dara membulat. Haaa..tu tak mandi, kan rambut dah naik kutu?

" Saya memang akan kacau Encik TQ. Supaya Encik TQ sukakan saya!" seloroh Dara sambil tersengih. Thaqif mencebik. Tak habis nak menggoda!

" Dahlah, Encik TQ. Bangun. Pergi mandi. Tukar baju tu. Nak busuk berkulat ke apa kat sini? Biar saya kemas katil ni kejap sementara encik mandi ye?" ujar Dara memujuk. Thaqif menggeleng laju.

" Aku tak nak. Aku nak tidur." ujar Thaqif kembali menarik comforter. Namun, pantas dihalang Dara. Nooo!

" Bangun. Mandi. Ke nak saya mandikan? Hehehehe. Cakap ajelah nak saya mandikan. Tak payah duk degil-degil manja macam ni." usik Dara masih menarik lengan Thaqif supaya bangun. Thaqif sudah mendengus.

" Ini jambang dah serupa hutan. Bila nak cukur? Encik TQ ni...." bebel Dara menyentuh dagu Thaqif. Thaqif mendengus geram. Rimas!

" Perasanlah kau ni! Bising! Membebel! Macam nenek kebayan!" cemuh Thaqif bangun mengambil tuala dan akhirnya hilang masuk ke bilik air. Dara tersenyum. Tahu takut.

" Encik nak makan? Nanti saya siapkan! Nak makan apa?" laung Dara Manisa sambil mengemaskan bantal Thaqif.

" Tak nak!" jerit Thaqif dari dalam bilik air. Dara mencebik. Hantu ke apa Encik TQ ni? Tak reti lapar ke? Dari semalam tak makan. Tiba-tiba tangan Dara tersentuh sesuatu di bawah katil. Kotak apa ni? Dilihat isi kotak yang meragukan itu.

" Amboiii, Encik TQ nak bukak kedai runcit dalam bilik ni eh?" bisik Dara geli hati. Banyaknya jajan! Kalah budak 5 tahun. Ala-ala stok simpanan lah ni. Sebab tulah Encik TQ tak kisah kalau tak makan. Cehhh! Kena tipu aku!

" Encik TQ, Dara turun dulu." ujar Dara keluar sambil membawa kotak makanan itu. Heh! Lepas ni gerenti kau turun bawah! Sebab kebulur!

Hye. Selamat membaca✌. New chap selepas Dara dan Thaqif kahwin. Wuuu...ramainya haters Thaqif kat sini. Heheh😂😂...

Calon Isteri Encik TQ (✔)Where stories live. Discover now