.Bertemu Encik TQ.

19.7K 737 51
                                    

" Dara, mak nak jumpakan Dara dengan sorang lelaki ni." Mak Kiah kenyit mata pada anaknya. Dara yang tengah menonton drama berpaling. Dia tersengih teruja.

" Siapa mak? Putera raja mana?" Dara sudah mendekati maknya yang tengah bersantai di kerusi rotan. Mak Kiah tersenyum. Amboi, cepat aje kalau sebut pasal lelaki!

" Anak Cik Nita." balas Mak Kiah.
" Tak kenallah. Siapa?"
" Alah, budak Thaqif yang satu tadika dengan Dara dulu." ujar Mak Kiah mengingati wajah comel itu semasa kecil. Mesti Thaqif tu hensem bila dah besar!

" Nak ke Thaqif tu kat Dara, mak?" soal Dara perlahan. Yalah. Dia tak cantik macam perempuan lain. Macam boleh teka je Thaqif tu perangai macam mana?

" Alah, anak mak ni suka rendah diri. Kenal dulu. Hujung minggu ni kita pergi sana eh? Jumpa dengan Cik Nita. Lepastu bolehlah Dara berkenalan dengan Thaqif." ujar Mak Kiah mengelus rambut Dara.

" Yelah, mak. Dara ikut aje." balas Dara mengalah.

*****

" Tak cantik mana pun. Aku rasa Dora lagi cun." ujar Hadi saat Thaqif meletakkan gambar itu di atas meja. Disisip ABC sebelum Thaqif ambik balik gambar tu.

" Tulah. Aku tak faham dengan mama aku ni. Sibuk nak kenalkan. Dan perempuan ni aku dah pernah jumpa dah."

" Kat mana?" soal Paiz yang mendengar dari tadi.

" Kedai Bunga Sri Tanjung. She's florist and she's not my type." Thaqif ingat balik muka perempuan yang bernama Dara tu. Mulut pot pet 24 jam tak reti tutup macam tu nak jadi bini dia? Tolonglah!

" Kau tengoklah muka dia. Pucat lesi tak make up. Bertocang. Pakai baju kurung. Tak reti senyum. Memang tak menawanlah. Macam pompuan psiko." komen Hadi lagi. Thaqif ketawa. Setakat ni pendapat Hadi tepat mengena. Thaqif pun rasakan hal yang sama.

" Haah. Entah-entah gigi berkarat." Thaqif sengaja cakap macam tu padahal gigi Dara tersusun cantik apa?

" Woi, duduk dengan korang ni tambah dosa aku je. Mengutuk tak habis. Apa salah pompuan ni? Kalau tak make up, kata tak cantik. Kalau tak senyum, dikata sombong. Kalau make up, kata muka fake. Kalau senyum, kata gedik." Giliran Paiz bersuara. Thaqif dan Hadi terdiam. Dia main kalau-kalau pulak mamat ni.

" Paiz, aku rasa betul je apa Hadi kata. Aku tak naklah perempuan macam ni jadi bini aku. Dan aku pun dah ada Edora." balas Thaqif. Paiz sudah mengeluh. Lantak kaulah, Thaqif.

" Siapa nama dia, Qif?" soal Hadi lagi. Thaqif tersenyum. Nama budak ni yang mahal tu!

" Dara Manisa."
" What? Dada Manisa?" soal Paiz terbeliak. Gang perempuan meja sebelah yang tengah minun teh ais memandang mereka lain macam. Adehhh!

" Dara. Bukan Dada lah, bengong." Hadi membetulkan sambil menutup muka. Malu duhhh!

" Kau ni! Sebut tu agak-agaklah." ujar Thaqif menunduk. Apalah yang perempuan meja sebelah tu fikir?
Paiz tersengih. Balik rumah kena korek telinga ni!

*****

Thaqif garu kepala lagi. Gaya macam ada kutu di kepalanya. Sekejap dia bangun, sekejap dia duduk. Akhirnya Thaqif tersandar sambil bergolek di sofa bentuk L tu.

" Bro, kau ada bisul ke apa? Duduk diam tak boleh? Aku nak focus ni." mata Dani yang sedari tadi melihat abangnya membuatkan otak dia tak dapat berjalan.

Calon Isteri Encik TQ (✔)Where stories live. Discover now