.Kahwin.

16.8K 665 29
                                    

" Mama nak jodohkan Thaqif dan Dara. As soon as possible." ujar Pn. Anita malam itu. Ditentang wajah Thaqif yang muram. Dah dua hari Thaqif berkurung di bilik sejak Delia Edora memutuskan hubungan.

" Ma buatlah apa yang mama suka. Thaqif tak kisah. Hidup Qif dah hancur ma. Thaqif rasa macam nak mati je sekarang ni." Thaqif bersuara dengan putus asa. Dara di hujung sofa hanya diam menunduk.

" Dara okay ma." balas Dara perlahan. Pn. Anita angguk tersenyum. Yalah. Dara Manisa yang ikhlas. Memang dia jatuh sayang pada Dara saat pertama kali melihatnya. Pn. Anita berlalu bangun ke dapur. Dara angkat teko dan tuangkan teh panas ke cawan. Cawan itu dihulur pada Thaqif.

" Kau gagal pujuk dia kan?" soal Thaqif tanpa memandang wajah itu.

" Maafkan Dara, Encik TQ. Kalau sujud sebagai 'bayarannya' saya masih ada maruah dan harga diri." jawab Dara perlahan. Thaqif angguk. Delia Edora memang kejam.

" Dara."
" Ya, Encik TQ."
" Aku nak mintak maaf. Aku emosi. Kemalangan malam tu bukan salah kau." Dara angguk.

" Kita kahwin?" soal Thaqif tertawa sendiri. Dara menelan riak hairan. Dipandang wajah jejaka itu.

" Kenapa Encik TQ?"
" Kalau kau harapkan cinta, orangnya bukan aku. Sebab cinta aku dah lama mati. Dan aku pun tak cintakan kau." pedih lagi hati Dara.

" Tak pe. Niat saya nak jaga Encik TQ je." Thaqif tersenyum sinis. Jaga? Ingat dia bayi nak kena jaga?

*****

" Kak Dara, jangan kahwin dengan abang. Please." Suara itu memujuk tak henti. Dara Manisa menggeleng.

" Tapi akak nak kahwin dengan dia."
" Dia tak cintakan akak!"
" Akak tahu, Dani. Tak perlu nak ulang. Tapi akak percaya satu hari nanti...." balas Dara mengharap.

" Satu hari nanti tu bila? Bila akak dah tua umur 60 baru Abang Thaqif nak buka hati untuk akak? Dan akak sebodoh tu ke nak menunggu?" balas Dani melurut rambut.

" Dani, akak ikhlas nak jadi isteri Encik TQ. Dan akak nak sentuh hati dia dengan cinta dan keikhlasan akak."

" Apa akak merepek? Ikhlas? Kak Dara tak fikir dah berapa kebaikan akak lakukan untuk dia tapi sikit pun dia tak hargai." Dara melihat wajah kusut itu. Dia terperasankan sesuatu di wajah itu.

" Dani kecewa?" teka Dara perlahan. Dani menghela nafas berat. Memejam mata seketika.

" I didn't gave that bangle for nothing. Dani sayang akak. Lebih dari seorang adik sayangkan kakaknya. Dan Dani harap sangat akak faham 'sesuatu' dari hadiah Dani. Layanan Dani. Semuanya." luah Dani Syahar. Dara hilang punca seketika.

" Kita jauh umur, dik."
" Jangan jadikan alasan angka tu, kak. Kalau akak setuju, Dani sendiri akan cakap dengan mama. Batalkan pernikahan akak dengan abang." cadang Dani berani.

" Akak tak boleh."
" Kenapa?"
" Sebab Dani bakal adik ipar akak." ujar Dara tegas sambil menggeleng.

" Dani sayang akak."
" Kak Dara tak boleh. Maaf." Dara menggeleng.

" Sebab Dani muda? Dani masih belajar? Dani tak sehebat Encik TQ akak tu? Macam tu?" Kali pertama Dara lihat Dani serius begitu.

" Bukan."
" Habis tu?"
" Sebab akak sayangkan Encik TQ. Bukan sayang saja. Tapi cinta."

*****

Sejuk terasa tangan itu saat kulit Dara bersentuhan dengan tangan Thaqif. Disarung cincin di jari manis Dara. Dara Manisa tersenyum. Kali ni betul-betul. Dan dia harap cincinnya tak direntap lagi.

" Abang, kita ambik gambar jom." ujar Dara Manisa menyentuh bahu Thaqif. Thaqif menggeleng.

" Aku tak nak." Dara angguk.
" Mama, abang Thaqif tak mahu ambik gambar. Kita-kita jelah, ma." ujar Dara berlalu pergi. Tetamu hari ni hanya jiran terdekat dan saudara-mara. Dara tak kisah. Asalkan Thaqif dan dia sudah sah.

" Abang, kita makan jom." ajak Dara lagi sekali. Thaqif geleng lagi.

" Aku tak lapar. Kau pergilah."
" Okay, tak apa. Dara ambilkan lauk untuk abang." ujar Dara namun tangan Thaqif menegah.

" Cuba kau faham aku. Aku tak nak makan. Aku tak lapar. Aku nak naik atas. Nak tidur." ujar Thaqif menanggalkan songkok lalu memanjat tangga.

*****

Mata Dara menangkap tubuh Dani yang membawa bagasi menuruni tangga. Dia yang sedang menonton televisyen bersama mama saling berpandangan.

" Dani nak ke mana?"
" Balik kolej, ma." jawab Dani namun dipandang wajah Dara. Dara terdiam seketika.

" Kan lambat lagi. Ada seminggu lagi." ujar Pn. Anita. Dani menggeleng seraya meraih tangan itu. Dicium lama.

" Malaslah nak balik tergesa." dalih Dani. Sebenarnya dia tak tahan melihat Dara di rumah itu. Dara yang polos. Melihat Thaqif melayan Dara, lagilah dia tak sanggup!

" Ma, Dara tengokkan Dani kat luar kejap." ujar Dara keluar dari rumah. Dia mengemaskan cardigan di tubuh. Melihat Dani memasukkan bagasi ke dalam bonet.

" Dani tak perlu buat macam ni. Lambat-laun kita bertemu jugak. Duduk satu rumah." ujar Dara memecah sunyi malam. Dani pandang wajah itu. Kadang Dani hairan. Apa yang Dara Manisa fikir ketika dia mengahwini Thaqif Qausar? Kerana cinta? Cinta tak berbalas tu?

" Kak Dara duduk sini baik-baik. Kalau ada apa-apa telefon Dani. Dani akan selalu ada. Untuk akak." hanya itu yang mampu dia ucap.

" Dani nak tinggalkan Kak Dara ke?" soal Dara Manisa lirih.

" Dani ada. Biar jauh. Tapi Dani ada dalam hati akak kan?" ujar Dani Syahar tersenyum.

" Akak minta maaf. Sebab tak mampu bagi apa yang Dani harapkan. Sebab hati Kak Dara hanya pada dia." Dani jadi kecewa lagi. Untung kau, abang. Ada isteri yang terlalu mencintai.

" Dani faham. Dani pergi dulu." ujar Dani masuk ke perut kereta. Dara sudah teresak. Lelaki yang selalu membela dia. Yang selalu selamatkan dia. Yang selalu menjaga hati dia. Dah nak tinggalkan dia pergi.

" Akak jangan nangis." Dara angguk.

" Ni akak senyumlah." Dara tunjuk barisan gigi putihnya. Kereta Dani meluncur laju keluar dari perkarangan rumah buatkan tangisan Dara sayu kedengaran.

Hye. Thanks for reading :)

Calon Isteri Encik TQ (✔)Where stories live. Discover now