.Cincin Di Jari Manis.

14.3K 665 34
                                    

" Cik, boleh saya jumpa Cik Dara?" soal Thaqif saat melangkah ke kedai bunga Sri Tanjung itu. Nani memandang wajah lelaki itu.

" Encik TQ!" sengihnya. Matanya mencari Dara Manisa. Manalah budak ni duk menyorok? Thaqif menjongket kening. Budak ni pun tahu nama TQ? Mesti Dara mulut murai yang cakap.

" Kejap eh, Encik TQ? Dara ni entah menyorok tang mana. Orang panggil tak dengar." ujar Nani mencari Dara. Seketika Dara muncul menemui Thaqif yang sedang bersandar di tepi kaunter.

" Nak apa?!" tanya Dara garang. Wajahnya langsung tak memandang Thaqif. Thaqif tersengih. Ini mesti merajuk pasal semalam.

" Aku datang nak jumpa kau."
" Haaa...sekarang dah jumpa kan? Cakaplah nak apa. Saya tak ada masa ni. Sibuk!" ujar Dara pura-pura mengemas meja kaunter. Thaqif pandang wajah itu. Panjangnya muncung.

" Aku nak ajak kau keluar. Kita pergi makan. Lepastu kita beli hadiah hari jadi kau. Lepastu kita tengok wayang ke....pilih cerita best sikit. Lepastu...."

" Lepastu marahkan saya. Lepastu halau saya keluar dari kereta. Lepastu tinggalkan saya tepi jalan kan? Seronoknya kalau keluar dengan Encik TQ. Adventure sebab balik rumah menapak jalan kaki." Dara memotong kata Thaqif.

" Dara, kita keluar okay? Aku tebus pasal semalam. Aku tak wish kau langsung. Aku tahu." ujar Thaqif nampak insaf. Dara mencebik.

" Encik TQ memang takkan mintak maaf dengan saya kan? Susah sangat ke cakap maaf? Terkeluar anak tekak ke kalau meminta maaf? Ego tu tinggi kalah KLCC." bebel Dara buat Thaqif tersenyum kelat. Thaqif garu kepala.

" Habis duk membebel ni nak ikut aku ke tak ni?" soal Thaqif sudah siap sedia dihalau pergi. Dara mengetap bibir. Macam mana eh tak nak kasi hati ni cair dengan Thaqif?

" Hati ni suka menghasut saya. Jomlah." rungut Dara mengambil tas tangan. Thaqif ketawa. Dara tak mampu tolak tawaran dia.

*****

" Kedai cincin?!" soal Dara bila melihat langkah Thaqif laju masuk ke kedai barang kemas tu. Thaqif senyum pada gadis berbangsa Cina yang menjadi pelayan di situ.

" Sit down, Dara. Jangan buat malu aku kat sini." ujar Thaqif bila melihat wajah Dara yang terkejut beruk. Matanya tak berhenti melihat aneka set barang kemas yang cantik-cantik tu. Dara duduk di sisi Thaqif.

" Pilih." arah Thaqif tunjuk pada koleksi cincin di situ. Dara jadi kaget.

" Eh, nak beli ke?"
" Taklah nak curi sebenarnya. Tapi kita kan lupa bawak topeng. Terpaksa keluar duit belilah." balas Thaqif selamba.

" Bodoh!" cemuh Dara perlahan. Geram dengan sikap Thaqif. Dicari cincin yang agak sesuai. Tu diaaa!

" Miss, nak yang ni." ujar Dara lantas pelayan itu mengeluarkan sebentuk cincin bertatahkan tiga butir berlian. Simple. Tapi cantik. Thaqif ambil dan sarungkan ke jari manis Dara. Dara angguk tersenyum.

" Saya suka ni. Cantik." komen Dara tunjuk jari manisnya. Thaqif mengangguk juga pada pelayan itu. Cincin dibungkus. Dara dan Thaqif beriringan keluar dari kedai itu selepas 10 minit.

" Encik TQ." panggil Dara pada Thaqif yang sibuk dengan telefon bimbit.

" Apa lagi?"
" Motif Encik TQ beli cincin untuk saya? Kalau nak kata hadiah birthday, Encik TQ dah beli kasut untuk saya dah. Ni pun dah cukup mahal." tunjuk Dara pada beg kertas sederhana besar itu. Jenama terkenal lagi.

Calon Isteri Encik TQ (✔)Where stories live. Discover now