.Kau Pergi.

17.9K 695 13
                                    

" Kan cantik macam ni. Lipat elok-elok..." ujar Dara lembut sambil melipat kertas origami itu. Sekejap aje dah bertukar menjadi rama-rama yang cantik.

" Alaaa...Thaqif nak gambar dinasour. Rama-rama macam perempuan lah!"

" Adik ni, orang dah buat tu ambil jelah! Mengada!" balas Lili yang bertocang dua. Dara tersenyum manis. Menahan tawa melihat wajah mendung Thaqif yang dimarahi oleh kakaknya.

" Dah jangan gaduh. Biar acik buat dinasour pulak." ujar Dara meleraikan dua beradik itu. Maka, terbentuklah seekor dinasour dari kertas origami itu.

" Yeahhh! Terima kasih Acik D." ujar Thaqif mencium pipi Dara Manisa. Thaqif dan Lili berlari dan bermain di sepanjang pantai itu.

" Amboi, seronok nampak? Macam tak mahu balik je." ujar Nani baru lepas mengemas bagasi di homestay tadi.

" Haah. Nani, aku belum nak baliklah. Kau balik dulu eh? Aku belum puas main dengan Lili dan Thaqif." Mata Dara bersinar setiap kali memandang dua beradik itu. Thaqif dan Lili anak pemilik homestay yang mereka inap iaitu Kak Chah dan Abang Li.

" Habis, sapa nak jaga kau kat sini?" soal Nani risau. Dara ketawa.

" Kak Chah dengan Abang Li kan ada. Thaqif dan Lili pun sama. Tak payah risaulah eh? Aku okay."

" Kau ni mentang-mentang nama anak Kak Chah tu sama dengan nama laki kau, nak duduk sini lama-lama pulak?"

" Memanglah nama sama. Tapi Thaqif kecik ni sayang aku. Tak macam Thaqif tua bangka tu!" ujar Dara mengetap gigi geram. Dan Nani hanya mampu ketawa. Kasih Dara memang dah tertumpah pada anak Kak Chah dan Abang Li tu. Lagi-lagi si Thaqif yang degil-degil manja tu buat dia ingat pada Encik TQ pulak!

*****

Suasana hiba menyelubungi rumah teres dua tingkat itu. Bacaan Surah Yaasin masih beralun. Mata Thaqif memandang mamanya yang bertangisan. Memandang sekujur tubuh yang tidak bernyawa lagi itu.

" Sabar bang, semoga arwah tenang di sana. Takziah dari Qif sekeluarga." tangan Thaqif menjabat tangan Wan Omar. Wan Omar angguk saja.

" Terima kasih. Sama-samalah kita doa untuk arwah Kak Hana." Mata Wan Omar merah lagi. Menakung air jernih. Thaqif menahan sebak.

Hana tu kira dua pupu pada Thaqif dan Dani. Tak disangka bakal ibu muda itu akhirnya pergi dijemput Ilahi kerana insiden ragut. Dan Wan Omar menangisi pemergian isteri tercinta.

" Abang menyesal, Qif. Abang sibuk ke sana sini. Abang tak jaga Kak Hana elok-elok. Abang..." Thaqif memeluk Wan Omar yang nyata tidak lagi mampu bersuara.

" Dah takdir bang." balas Dani pula mengusap bahu Wan Omar.

" Abang sibuk sangat. Abang tinggalkan dia." Wan Omar menyesal sangat bila tak mengendahkan arwah Hana. Dan meninggalkan Hana yang sedang sarat. Semuanya kerana terlalu fokus dengan hal perniagaannya yang hampir muflis.

" Abang tak prihatin. Abang suami tak guna!" ujar Wan Omar emosi lagi. Pn. Anita mengelap matanya dengan selendang. Kesiannya Wan Omar. Isteri dan anak dalam kandungan pergi sekelip mata.

" Sabar Wan. Jangan macam ni." ujar Pn. Anita. Yalah. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Apalah daya dia nak menyuruh Wan Omar berhenti bersedih.

" Kau memang laki tak guna. Kau kahwin dengan anak aku. Lepastu kau hancurkan hati arwah Hana!" ibu Hana menangis teruk sambil memukul dada Wan Omar. Wan Omar diam saja. Dia tahu dia layak menerima semua ini.

" Sudahlah Mak cik Yam. Maafkan abang Wan. Dia tak salah. Arwah Kak Hana tetap dah pergi." Thaqif cuba meleraikan pergaduhan itu.

" Memanglah. Tapi kau tahu apa budak tak guna ni buat pada anak aku? Kau tak tahu kan? Betapa Hana terseksa hidup dengan dia ni." marah Mak Cik Yam menunjal bahu menantunya. Sakit hati. Sedih. Marah. Semuanya bercampur-baur. Thaqif segera membawa Wan Omar pergi ke belakang rumah sebelum keadaan Mak Cik Yam lebih teruk.

*****

" Minum sikit, bang." Thaqif hulur botol air mineral pada Wan Omar. Wan Omar meneguk sedikit. Hari sudah hampir senja. Terasa baru lagi dia melihat wajah arwah Hana sebelum jenazah dikebumikan. Hana...abang minta maaf.

" Abang malu, Qif. Abang berdosa." ujar Wan Omar sebak. Tangannya naik ke wajah mengesat air mata.

" Abang Wan, jangan macam ni."
" Anak dan isteri abang Tuhan ambil sekelip mata aje. Yelah. Salah abang. Abang tak jaga baik-baik." ucapan Wan Omar buat Thaqif terasa. Tak jaga baik-baik? Macam dia tak jaga Dara baik-baik kan?

" Abang ada company. Abang bahagia. Kak Hana okay. Tapi yelah hati lelaki abang. Tak cukup dengan satu perempuan... Abang akui, Qif. Abang curang." tangisan Wan Omar lebat lagi.

" Kak Hana kecewa sangat masa tu. Dan at that time, she was pregnant. Anak abang. Tapi bila company tiba-tiba muflis, abang tertekan. Abang...pukul Kak Hana. Abang tak endahkan dia. Abang tak endahkan anak abang.
Sampaikan dia buat check-up abang tak pernah teman. Dan abang sendiri tak tahu jantina anak abang waktu tu. Abang tak ambil tahu, Qif."

" Sabar, bang."
" And suddenly, they're gone. Abang suami yang teruk. I'm a bad guy." Wan Omar tepuk dadanya sendiri. Thaqif meraih bahu Wan Omar. Bukan mudah nak menenangkan....

" Impian abang sekarang...cuma nak bahagiakan Kak Hana. Abang mahu peluang kedua untuk hidup bersama Kak Hana. Abang nak jaga dia baik-baik." Thaqif mengusap belakang Wan Omar. Mana mungkin, Abang Wan? Mereka dah dipisahkan dua dunia yang berbeza.

" Abang kena sabar. Banyakkan doa untuk Kak Hana dan anak. Kalau betul abang sayangkan mereka."

" Abang nak peluang kedua..." Wan Omar merintih perlahan. Peluang kedua yang tak mungkin ada buat Wan Omar dan Kak Hana. Tapi kau Thaqif? Kalau kau rendahkan ego kau... bertemu dengan Dara yang entah di mana. Tak rugi, bukan?

" Sekurang-kurangnya, peluang kedua masih ada untuk aku...." Thaqif berbisik perlahan dalam hatinya.

*****

Perjalanan pulang dari rumah Wan Omar buat Thaqif rasa tak tenteram. Pemergian Hana buat dia ingat pada Dara. Dara isterinya. Dara yang dia cuba padam namanya dalam hati.

Sekurang-kurangnya Dara pergi pun, Thaqif masih tahu gadis itu selamat. Masih bernyawa. Masih hidup. Tapi macam mana kalau nasib Dara bakal seperti Hana? Dan masa tu Thaqif sedar segalanya dah terlambat! Cinta dan sayang pada Dara takkan mungkin berguna lagi.

" Dani." panggil Thaqif. Mata Thaqif memandang mama yang lena di tempat duduk belakang.

" Apa bang?" soal Dani tekun memandu.

" Bagi aku location Dara. As soon as possible. Aku nak cari dia." jawab Thaqif perlahan. Bimbang mama dengar.

" Tanjung Bidara. Pergilah. Sebelum segalanya terlambat?" Dani senyum pahit. Dia boleh agak apa yang menyentuh hati lelaki abangnya. Soal pemergian Kak Hana buat selamanya. Thaqif angguk.

" Thanks, Dani."
" It's not a big deal, bro. Bila aku jadi adik kau, percayalah. Aku takkan sentuh hak kau. Apatah lagi nak merampas dia pergi. There's only one thing i need you to do. Bahagiakan dia."

Hye. Selamat Membaca. Dengan wujudnya chapter ni, maka 'runtuhlah' ego Encik TQ pada Dara. Ya. Semoga bab ini menghiburkan hati readers semua hinggalah ke akhirnya. Thank you.❤

Calon Isteri Encik TQ (✔)Where stories live. Discover now