. Kena tumbuk.

15.3K 551 8
                                    

Mata Thaqif memerhati lagak Delia Edora yang ketawa di restoran itu. Bersama rakan-rakannya. Thaqif mengeluh sendiri. Selama tiga tahun ini sajakah penamat untuk dia dan Delia Edora? Pantas Thaqif mendekat pada Delia Edora.

" Hye..." sapanya buatkan seisi meja itu berhenti dari bersembang. Edora memandang benci lelaki itu. Ishhh apa dia buat kat sini?

" Eh, awak Thaqif kan? Ex-boyfriend Dora yang kemalangan tu?" soal Harni pada Thaqif. Dilihat lelaki itu. Tak adalah cacat mana seperti yang dicerita oleh Delia Edora. Cuma parut itu ajelah yang mencacatkan wajah tampan Thaqif Qausar.

" Dora, abang nak cakap sikit." ujar Thaqif membiarkan soalan Harni begitu saja. Delia Edora menjeling meluat.

" Dah tak ada apa-apa kita patut cakap, Encik Thaqif. Boleh tak abang jangan kacau Dora lagi. Lagipun Dora dah teruskan hidup. Abang pun. Jagalah isteri abang tu."

" Tapi abang masih sayangkan Dora." balas Thaqif tidak mahu mengalah. Dipegang lengan Edora. Pelanggan lain sudah memandang mereka semacam.

" Dora tak suka abang lagi. Berapa kali Dora nak cakap?! Berambuslah. Tolonglah." Edora merentap lengannya. Thaqif masih berdegil.

" Kenapa Dora tak suka abang? Cuba cakap? Apa kurangnya abang?" soal Thaqif sudah hilang sabar. Rimas dia bila Edora buat Thaqif macam orang asing.

" Banyak yang kurang!"
" Dora tolonglah... terima abang balik." rayu Thaqif lagi. Terasa bahunya disentuh oleh seseorang. Belum sempat Thaqif memandang, terasa pijar pipinya dek layangan penumbuk sesaat tadi.

" Kau apehal?!" marah Thaqif memegang pipi yang masih sakit.

" Kalau kau berani kacau dia lagi, aku bunuh kau!" ujar lelaki itu. Edora di sisi sudah tersengih.

" Kenalkan. Mir Adrian. Boyfriend Dora." Baru berani Edora mengeluarkan suara. Bahagianya Edora sebab dua lelaki ini bertumbuk sebabkan dia! Baru rasa macam drama habis!

" Abang baliklah. Ke nak kena sebijik lagi?" soal Edora sinis merangkul erat tangan Mir Adrian. Thaqif sudah tak mampu berbuat apa-apa. Harni di situ memandang Thaqif simpati.

" Baliklah, Abang Thaqif. Abang jugak yang malu nanti. Ramai orang ni." balas Harni. Thaqif mengeluh lantas meninggalkan restoran itu. Edora mencebik. Rasakan!

*****

" Oiii, dah macam burung belatuk! Tersengguk-sengguk." Dani menegur melihat mata Dara yang macam tak larat nak celik dah tu.

" Huwarghhh! Ngantuk ah..."
" Pergi tidur, Kak Dara. Esok kan nak kerja. Esok Dani hantarkan nak?" Mata Dara bercahaya.

" Nakkk! Malas esok nak naik bas sendiri. Akak bukan apa. Encik TQ ni kerja apa? Lambatnya balik." rungut Dara memandang jam di dinding. 11.30 malam. Lewat dah ni...apa Encik TQ kena tunggu semua penginap resort tidur dulu ke baru dia boleh balik?

" Akak ni baik sangat."
" Well...isteri mithali. Memanglah kena tunggu suami balik kan?" ujar Dara tersengih. Manalah Encik TQ ni? Dani sudah menguap.

" Dani naik dulu. Ngantuk." Dara mengangguk.

*****

Thaqif memandang wajah Dara yang sudah tidur di sofa. Dara ni pelik! Mesti dia tunggu aku balik!

" Dara, wake up..." Ujar Thaqif menepuk perlahan pipi itu. Wajah Dara yang tenang tadi tiba-tiba tersenyum. Tapi pejam mata. Thaqif mengeluh. Budak ni tersenyum macam mimpi best sangat....

Calon Isteri Encik TQ (✔)Where stories live. Discover now