Calon Isteri Encik TQ (✔)

By MakCikGamat

512K 20K 759

DARA MANISA Dia ikut cakap mak je! THAQIF QAUSAR Dia sudah punya 'mata air'. Jadi tolong jangan terhegeh bole... More

Dara Manisa | Thaqif Qausar
.Bertemu Encik TQ.
Bukan Abang Thaqif okay?
Thaqif Qausar | Delia Edora
Asam Pedas vs Kari Ikan
Ajak Keluar?
.Kena Marah.
.Red velvet untuk TQ.
.Gigit Tangan.
.Kemalangan.
.Hospital.
.Parut Di Wajah.
.Putus Hubungan.
.Kahwin.
. Kehidupan Baru.
.Beruang Kutub.
. Kena tumbuk.
.Old Maid.
.Air.
Latisya | Azlan
.Nasihat Yang Berjaya.
.Hujan.
.Kebenaran Dani-Thaqif.
.Kau Pergi.
.Nenek Tunggu-Atuk Rindu.
.Ex TQ naik pelamin.
.TV 10- Cintaku Untukmu.
.Bahagia Milik Kita.
.Ceraya.

.Cincin Di Jari Manis.

14.4K 665 34
By MakCikGamat

" Cik, boleh saya jumpa Cik Dara?" soal Thaqif saat melangkah ke kedai bunga Sri Tanjung itu. Nani memandang wajah lelaki itu.

" Encik TQ!" sengihnya. Matanya mencari Dara Manisa. Manalah budak ni duk menyorok? Thaqif menjongket kening. Budak ni pun tahu nama TQ? Mesti Dara mulut murai yang cakap.

" Kejap eh, Encik TQ? Dara ni entah menyorok tang mana. Orang panggil tak dengar." ujar Nani mencari Dara. Seketika Dara muncul menemui Thaqif yang sedang bersandar di tepi kaunter.

" Nak apa?!" tanya Dara garang. Wajahnya langsung tak memandang Thaqif. Thaqif tersengih. Ini mesti merajuk pasal semalam.

" Aku datang nak jumpa kau."
" Haaa...sekarang dah jumpa kan? Cakaplah nak apa. Saya tak ada masa ni. Sibuk!" ujar Dara pura-pura mengemas meja kaunter. Thaqif pandang wajah itu. Panjangnya muncung.

" Aku nak ajak kau keluar. Kita pergi makan. Lepastu kita beli hadiah hari jadi kau. Lepastu kita tengok wayang ke....pilih cerita best sikit. Lepastu...."

" Lepastu marahkan saya. Lepastu halau saya keluar dari kereta. Lepastu tinggalkan saya tepi jalan kan? Seronoknya kalau keluar dengan Encik TQ. Adventure sebab balik rumah menapak jalan kaki." Dara memotong kata Thaqif.

" Dara, kita keluar okay? Aku tebus pasal semalam. Aku tak wish kau langsung. Aku tahu." ujar Thaqif nampak insaf. Dara mencebik.

" Encik TQ memang takkan mintak maaf dengan saya kan? Susah sangat ke cakap maaf? Terkeluar anak tekak ke kalau meminta maaf? Ego tu tinggi kalah KLCC." bebel Dara buat Thaqif tersenyum kelat. Thaqif garu kepala.

" Habis duk membebel ni nak ikut aku ke tak ni?" soal Thaqif sudah siap sedia dihalau pergi. Dara mengetap bibir. Macam mana eh tak nak kasi hati ni cair dengan Thaqif?

" Hati ni suka menghasut saya. Jomlah." rungut Dara mengambil tas tangan. Thaqif ketawa. Dara tak mampu tolak tawaran dia.

*****

" Kedai cincin?!" soal Dara bila melihat langkah Thaqif laju masuk ke kedai barang kemas tu. Thaqif senyum pada gadis berbangsa Cina yang menjadi pelayan di situ.

" Sit down, Dara. Jangan buat malu aku kat sini." ujar Thaqif bila melihat wajah Dara yang terkejut beruk. Matanya tak berhenti melihat aneka set barang kemas yang cantik-cantik tu. Dara duduk di sisi Thaqif.

" Pilih." arah Thaqif tunjuk pada koleksi cincin di situ. Dara jadi kaget.

" Eh, nak beli ke?"
" Taklah nak curi sebenarnya. Tapi kita kan lupa bawak topeng. Terpaksa keluar duit belilah." balas Thaqif selamba.

" Bodoh!" cemuh Dara perlahan. Geram dengan sikap Thaqif. Dicari cincin yang agak sesuai. Tu diaaa!

" Miss, nak yang ni." ujar Dara lantas pelayan itu mengeluarkan sebentuk cincin bertatahkan tiga butir berlian. Simple. Tapi cantik. Thaqif ambil dan sarungkan ke jari manis Dara. Dara angguk tersenyum.

" Saya suka ni. Cantik." komen Dara tunjuk jari manisnya. Thaqif mengangguk juga pada pelayan itu. Cincin dibungkus. Dara dan Thaqif beriringan keluar dari kedai itu selepas 10 minit.

" Encik TQ." panggil Dara pada Thaqif yang sibuk dengan telefon bimbit.

" Apa lagi?"
" Motif Encik TQ beli cincin untuk saya? Kalau nak kata hadiah birthday, Encik TQ dah beli kasut untuk saya dah. Ni pun dah cukup mahal." tunjuk Dara pada beg kertas sederhana besar itu. Jenama terkenal lagi.

" Nak beli cincin kena ada motif ke? Nak sebab bagai. Kau ni banyak songehlah. Aku dah beli tu, ambik pastu ucap terima kasih sudah. Tak payah nak lebih-lebih. Aku tak suka." balas Thaqif tanpa memandang wajah Dara. Dara mengeluh perlahan.

" And one more thing, pakai cincin tu. Jangan simpan duk dalam kotak."

" Tak naklah. Nanti orang ingat saya dah kahwin." balas Dara mencebik. Thaqif mengeluh. Macam-macamlah dia ni! Dirampas beg kecil berisi kotak cincin itu. Thaqif buka lantas menyarung kasar pada jari manis Dara sekali lagi. Tergamam gadis itu seketika.

" Kau memang nak kahwin dengan aku pun kan?" soal Thaqif menjongket kening. Dara tersengih.

" Ngeee...Encik TQ nak kahwin dengan saya ke ni?" soal Dara dan Thaqif hanya tersenyum.

*****

" Hye, Kak Dara. Buat apa tu?" soal Dani pada Dara yang sedang duduk di hadapan meja solek. Pintu yang sedikit terkuak membuatkan Dani nampak Dara yang sedang termenung. Dani masuk ke bilik itu. Dia melabuhkan punggung di birai katil.

" Betul ke apa akak buat ni Dani?" soal Dara baru habis menyanggul rambut. Sesekali Dara melirik penampilannya yang memakai baju kurung pemberian Pn. Anita tempoh hari. Cantik.

" Buat apa kak?"
" Ikut abang Dani tulah. Pergi event di resort dia." balas Dara perlahan. Dia sengaja siap diri di rumah Pn. Anita sebab nanti senang. Thaqif tak perlu menjemput Dara di rumah. Terus pergi resort.

" Pergi ajelah. Mood abang tengah baik punya. Dia siap ajak Kak Dara jadi teman untuk event tu. Takkan tak faham lagi?" soal Dani menyengih. Dara jungkit bahu.

" Tak faham."
" Sengallah, Kak Dara ni! Itu maksudnya dia dah jatuh hati dekat Kak Dara lahh! " balas Dani geram. Dara menekup mulut terkejut. Iye ke? Ahhhhh....rasa nak terbang je sekarang ni!

" Tapi kan Encik TQ siap bagi dan sarung cincin ni kat akak. Dia suruh akak pakai." Dara tunjuk jari manisnya pada Dani. Dani melopong. Amboiii, bang. Dalam kau tak suka Dara ni, bukan main lagi Thaqif ayat pakai cincin. Syabas!

" Haaaa...dah sahlah tu. Dia kenan kat akak." Dani tunjuk bentuk love. Dara ketawa suka. Yahooo! Abang Thaqif suka Dara.

" Okay ke Kak Dara ni? Macam tak sesuai je. Nanti orang gelakkan akak." balas Dara mengamati penampilannya.

" Dah cantik tu. Tapi kan..." ujar Dani memegang dagu. Ditayang beg solek mama yang dicuri sekejap tadi.

" Siapa punya tu?"

" Mama punya. Dani tak minta izin tapi mama mesti bagi punyalah. Bakal menantu kesayangan." balas Dani teruja menyelongkar beg solek Pn. Anita. Lipstik...eye shadow... ...mascara....eye liner... blusher...

" Okay, jom!"
" Pergi mana?" soal Dara pening tengok alat solek yang berwarna warni tu.

" Projek Conteng-conteng Muka Kak Dara!!!" ujar Dani terus menyerang wajah Dara dengan bedak kompak dahulu.

*****

Tangan Thaqif menyarung tuxedo ke tubuh. Gaya maskulin yang mencairkan para gadis. Thaqif sembur haruman pada tubuhnya. Didengari tawa Dara dan Dani di bilik sebelah. Apalah yang seronok sangat tu?

Tapi malam ini bukan sekadar event hendak rasmikan kerjasama resortnya dengan resort Datuk Halim, tapi ada yang istimewa lagi. Kejutan untuk Dara Manisa. Mengingatkan dia pernah menyarung cincin di jari manis gadis itu, Thaqif tersengih sendiri.

Langkahnya diatur menuju ke luar bilik. Kemudian, bilik tempat Dara bersiap dituju dan diketuk pintu perlahan. Dani muncul.

" Tadaaaa...memperkenalkan princess Dara Manisa yang cantik jelita. Istimewa untuk malam ini. Hanya untuk Encik Thaqif Qausar." ujar Dani dan muncul Dara dibelakangnya. Thaqif terkesima sebentar. Ya. Solekan memang penutup cela orang perempuan. Buktinya Dara Manisa memang nampak cantik disolek tipis begitu.

" Ahahaa....jangan tengok lama-lama. Belum sah lagi tau." usik Dani menekan perkataan 'sah' itu. Dara mencubit lengan Dani. Nakal sangat mulut tu. Dara berjalan mendekat Thaqif. Segaknya.

" Encik TQ."
" Dara Manisa..." panggil Thaqif bagai kena pukau. Dengan haruman lembut Dara lagi ohhhh...

" Jom. Nanti lambat." dirangkul lengan Thaqif dengan berani.

" You're really beautiful tonight, dear." bisik Thaqif rapat ke telinga Dara. Dara tersengih. Aku mimpi ke ni? Langkah mereka menuju ke tangga menghala ke bawah. Sempat Dara mengenyit mata pada Dani. Projek Conteng-conteng Wajah Kak Dara memang menjadilah!

Hye. Thanks singgah baca. Dara dan Thaqif macam nak baik je kan? Hehehe...

Continue Reading

You'll Also Like

215K 10.3K 39
Kisah dua sahabat karib yang telah berikrar untuk menjadi sahabat selamanya akhirnya menentang arus.. Berkahwin kerana hendak mengelak dari menjadi t...
146K 3.9K 53
Cinta yang ditatang Hafiz Aiman hancur berkecai pabila tunangnya, Ika Maryam bertindak curang. "Ika tau Ika dah lukakan hati Fiz tapi Ika minta tolon...
384K 15.2K 28
Aku tak pasti jika aku boleh hidup berseorangan di masa hadapan. Aku tak pasti jika aku boleh kuat dengan semua dugaan yang Allah berikan. Aku tak t...
139K 4.7K 52
Disebabkan trauma dengan perkahwinan ibu bapanya, Hayfa Irdina langsung tak berniat untuk berkahwin. Bercinta pun tidak. Baginya, apabila bercinta pa...