BOSS ALIEN KU • (#1 Boss)

Da lemonlied21

323K 14.1K 1.3K

"Aku menyesal kerja di sini!" "Aku menyesal jumpa dia!" Teriak Amra Amirah. "Aku menyesal kerja kat kedai a... Altro

1
2
3
4
5
6
7
8
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46

9

7.3K 319 0
Da lemonlied21

"Ya Allah! Ami!" Kak Nad terkejut semasa nampak aku didapur sedang memasak sarapan pagi.

Kad Nad mengusap dadanya.

"Ami! Kamu ni buat orang terkejut!"
Marah kak Nad kepada ku.

"Selamat pagi kak Nad!" Kataku kepada nya.

"Apa yang kau buat pagi pagi buta ni di dapur?! Memasak pula tu! "

"Aii takkan lah tak nampak? Ami tengah buat breakfast untuk Ami"
Kataku sambil memasak.

Kak Nad menghampiriku lalu melihat apa yang aku masak.

"Kalau ya pun breakfast, tapi kenapa awal sangat? Kau kan kerja pukul 9 pagi, tapi sekarang ni baru je pukul 7:10 pagi"

"Hari ni Ami mesti awal sikit. Ami tak nak lewat!" Aku menutup tambak lalu mengambil piring.

"Kenapa ada pelanggan lagi?"

"Tak. Cuma hari ni ada Alien nak datang" kataku selamba.

"Alien?" Kak Nad hairan melihat aku.

"Ya." Aku duduk dikerusi meja makan. Kak Nad pun duduk dikerusi depan aku.

"Kau ni..semenjak kau bekerja kat kedai antik tu, kau macam ganjil. Jangan jangan kau ni.....kerasukkan penu-"

"Kak Nad! Takde lah!" Bantahku.

Kak Nad ni mulut dia masin sikit, aku takut pula nanti kata kata dia jadi betul nanti.

"Hmmm...tahu takut! Tapi kau ni Alien mana yang nak datang ni?"

Aku makan nasi goreng yang ku masak tadi.

"Nah! Nak rasa masakkan Ami?" Aku sorong piring nasi goreng ku kepada kak Nad.

"No thanks! Dari warna nasi kau tu pun dah kuning, aku dah tak ada hati nak makan" dia menyorong kembali piring tadi kepada ku.

"Hmph! Jual mahal" aku sambung makan nasi goreng ku dengan berselera.

"Siapa yang hantar kau pergi kerja hari ni?" Tanya kak Nad kepada ku

"Abah lah siapa lagi"

"Eh kau lupa ke abah dan mak pergi kenduri kahwin hari ni kat kampung. Mereka dah bertolak pukul 5 pagi tadi"

Aku terkejut.

"Habis siapa yang hantar Ami?!" Mata ku terbeliak.

"Nampaknya aku lah tu" Kata kak Nad sambil mengambil sudu ku lalu mengambil sedikit nasi goreng dan masukkan ke mulut nya.

"Hmm sedap juga eh!! Walaupun kuning. Telur kau banyak sangat kut."

Dia makan lagi.

"Kak Nad! Kalau kak Nad yang hantar Ami pergi kerja so kenapa tak mandi lagi?!"

"Eh sabar lah! Aku pun ada life juga! Aku sebenarnya pun busy hari ni."
Dia berdiri lalu mengambil air minum.

Aku lihat jam di tangan ku sudah pukul 7:40.
Aku risau sebab kak Nad ni kalau mandi boleh sejam!

"Kak Nad mandi lah cepat! Kak Nad tu bukan seminit mandi tapi sejam!! Cepat lah!"
Kataku kepadanya seperti menangis, sebab dengan cara macam tu je yang boleh buat dia bergerak.

"Ok! Kejap lah aku nak minum dulu!"

*****

Sia-sia je aku bangun pukul 6:30 pagi tapi sampai kedai tepat pukul
9 pagi. Aku ni nak rancang datang kedai sebelum pukul 9 sebab aku nak bersihkan kedai sebelum boss aku datang buat 'surprise'

Masuk je kedai aku terus kemas apa yang patut walaupun tak ada habuk sebab kedai ni setiap hari aku bersihkan.

Aku pasang lagu guna Bluetooth speaker.

Sudah sewindu ku didekatmu
Adanya setiap pagi sepanjang hariku~
Tak mungkin bila engkau tak tahu
Bila ku menyimpan rasa yang ku pendam sejak lama~

Aku menyanyi sambil mop lantai.

Oooh tak akan lagi
ku menunggumu didepan pintu dan tak akan lagi tutur manis ku merayumu~

Tring!

Aku terkejut lalu menoleh kebelakang.

Fuhhh!! Tapi yang masuk bukan Alien tapi pekerja perempuan jiran sebelah kedai.

"Oops sorry! Terkejut ke?" kata Ina.

Aku pernah jumpa dia sekali semasa Nora bawa aku berkenalan dengan jiran jiran sebelah kedai. Dia ni satu tahun tua daripada aku je. Sejak aku bekerja disini tak pernah pun dia jenguk aku.

Aku pura pura tersenyum walaupun aku masih terkejut.

"No its okay!"

"Amirah kan?" Dia masuk ke kedai.

"Panggil Ami je." Aku tersenyum.

"Ami! Ni aku ada bawa nasi bungkus untuk engkau, kira sedekah"
Dia memberikan aku plastik oren.

Aku sambut plastik tu dari tangan nya.

"Ohh! Terima kasih Ina! Susah susah je" Kataku gembira.

"Ishh! Tak ada lah! Sedekah akau je tu" Dia tersenyum.

"Terima kasih eh! Nanti saya makan sepenuh hati" kataku kepadanya yang masih berdiri di depan ku.

"Sama-sama. Tapi Ami...aku nak tanya lah sikit..sebab sepanjang kau kerja kat sini aku belum sempat lah pula nak cerita cerita dengan kau"

Ohh ingat dia ni tak nak berbual dengan aku.

"Tanya apa?" Aku meletakkan nasi bungkus tadi diatas meja kaunter.

"Kau kerja sini sebab apa eh?"

Aii takkan lah dia tak tahu kut.

"Saya tengah tunggu result A level. Sementara tu saya bekerja sini lah"

"Eh! Kau ambil A level ke?!" Dia terkejut.

"Ya! Takkan tak tahu kut? Saya dengan Nora, kami sama sama tengah tunggu result lah ni."

"Ohh!! Ya ke?! Aku ingatkan kau kerja saja saja je" katanya sambil menggaru kepalanya.

Aku hanya tersenyum.

"Ni belum ada ke result kamu berdua?"

"Belum. Tapi ada juga yang cakap bulan depan result keluar. Ina ambil A level ke dulu?"

"Eh tak! Aku habis sampai SPM je hehe"

"Oh..tak pe.. kalau ada rezeki lebih Ina boleh anytime sambung belajar"

"Hmm.. Masalah nya aku ni dah letih lah nak belajar ni. Aku nak bekerja je lah"
"Itu dah jadi pilihan kau kan so takpe.. Tapi selagi ada peluang sayang juga nak dilepaskan."

"Betul juga. Lihat lah nanti macamana tapi aku nak sambung belajar lepas kahwin lah."

"Eh! Dah ada calon ke?!" Aku terkejut.

"Hhahah ada..tapi aku pun masih muda lagi. Aku nak cari duit sendiri dulu"

Tak sangka Ina ni orang yang friendly juga, walaupun muka dia nampak kasar dan sombong.

"Ohh ingatkan dah nak kahwin! Terkejut aku" aku ketawa.

"Gila apa aku nak kahwin awal!" Dia ketawa.

"Tapi kalau dah jodoh apa boleh buat kan" kataku tersenyum

"Yelah tu..eh aku nak masuk butik dulu lah nanti ada pelanggan pula datang!" Katanya sambil membuka pintu.

"Eh kejap!" Dia berhenti.

"Kenapa?" Tanya ku.

"Lelaki yang datang kemarin tu yang naik kereta hitam Mercedes.."

Boss ke?

Kenapa dengan boss aku?!

"Ya? kenapa?" Aku menelan air liur ku.

"Dia handsome lah!! Untung kau dapat pelanggan macam tu!"

Aku bengang tak tahu nak cakap apa.

"Kat butik tu semua perempuan! Tak syok lah!" Dia masih berdiri di pintu.

Dia ni memang buat saspen aku lah!

"Eh! Ina, awak dah ada calon tau! Ingat sikit!"

"Hahahha just kidding! Aku setia hingga hujung nyawa tau! Tapi betul handsome apa lelaki tu"

"Eh aku rasa pelanggan kau dah sampai lah. Lebih baik kau masuk butik kau!"

"Eh yelah!" Dia terus bergegas masuk
butik.

Aku ketawa melihat dia.
Akhirnya disini sekurang kurangnya aku ada teman juga disini. Senanglah hidup aku sikit.

Aku melihat kaca jendela yang lebar.

Kereta SUV Mercedes hitam belum muncul lagi.

Aku duduk disofa putih sambil dengar lagu.

Aku baringkan kepala ku disisi sofa.

Hingga akhirnya mata ku tertutup.

******

Seorang lelaki datang menghampiri aku,

Wajahnya tidak jelas.

Baju nya putih seperti memakai seragam doktor

Dia semakin dekat, tapi wajahnya masih tidak jelas.

"Ami?" Dia memanggil ku.

Bajunya terlihat jelas dia memakai baju doktor.

"Sayang?" Katanya lagi.

"Awak siapa?" Tanyaku.

Doktor ke dia ni? Tapi macamana dia boleh kenal aku?

"Ni abang. Your husband" katanya mengusap pipiku.

"Suami?!" Aku terkejut.

"Aku belum kahwin lagi!"

Aku tak percaya.

"Ni abang!" Dia memegang bahu ku.

"Tak! Jangan pegang aku!" Teriak ku.

"Ami saya suami awak!" Dia merayu ku.

"Jangan!" Teriak ku lagi.

"Amra!" Sekarang suaranya jelas di telinga ku.

Aku buka mataku.
Mataku sakit melihat silauan lampu kedai.

Aku masih duduk disofa seperti tadi.

Fuhh.. Mimpi rupanya.

"Suami?" Suara lelaki mengejutkan aku.

"Ahh!"
Aku terkejut terus bangun dari sofa bila melihat boss aku berdiri di sebelah sofa.

"Kenapa terkejut? Nampak hantu ke?" Katanya selamba sambil melipat kedua tangannya kedada.

Dia memakai baju kemeja putih didalam dan blazer kelabu diluar.

Bau cologne nya menusuk hidungku sehingga aku tersedar penuh dari tidurku.

"Um..t-tak...s-saya tertidur tadi"

"I see. Nampaknya bila saya tak ada, awak selalu tidurlah macam ni?"
Matanya serius melihatku.

"Tak! Cuma tadi saya tertidur je! Tapi saya dah kemas dan bersih barang-barang dalam kedai tadi!" Jelasku.

Aku takut bila dia tuduh aku yang bukan bukan.

"I know. I can see it." Jarinya mengusap meja kaca disebelahnya yang bersih dan tak berhabuk.

Fuhh...

Aku mundur tiga tapak kebelakang supaya aku tak dekat sangat dengan dia.

Dia duduk di kerusi kaunter lalu melihat lihat fail-fail yang tersusun.

Lama dia melihat fail-fail. Aku masih berdiri ditempat yang sama tak bergerak sedikit pun cuma kepala ku yang sibuk menoleh ke kiri, kanan, atas dan bawah.

Aku teringat mimpi ku tadi.

Dalam mimpi tu suami aku doktor lah! Sayang seribu kali sayang sepatutnya aku gembira bila suami aku doktor!
Bersuamikan doktor tu lah impian aku tapi kenapalah aku jual mahal sangat kat dia!
Hehh menyesal sungguh lah aku.

Tapi mimpi ni boleh jadi kenyataan! Mungkin suatu hari nanti suami aku doktor. Hehe

"Masih tidur lagi ke cik Amra?"

Aku terus melihat lelaki yang ada duduk didepan aku.

"Tak." Aku jadi beku.

"Dah jauh ke awak berangan tu? Sampai Paris?" Matanya masih
melihat fail.

"Sorry boss"
Aku malu! Kenapalah aku berangan kat depan dia!

"Mimpi dapat suami ke?"
Dia bertanya dengan suara yang berminat dan tak berminat. Entah aku pun tak pasti.

Mata ku terbeliak bila mendengar kata-katanya.

Dia menutup fail diatas meja dan melihat kearah ku.

"Awak teriak sebut suami tadi" Wajahnya serius tapi aku dapat rasakan dia nak ketawakan aku sekuat-kuatnya!

Mukaku jadi merah, aku malu sangat! Sangat!

"A-a-a-a.." aku tak mampu berkata apa apa.

Mungkin dia lihat aku sekarang ni macam orang bodoh.

"No no it's okay. I'm just asking." Katanya tersenyum.

Itulah pertama kali dia senyum kat aku!
Tapi itu bukan senyuman ikhlas tapi sindiran yang nak buat aku jadi malu lagi dan nampak bodoh.

Tring!

Bunyi pintu mengejutkan kami berdua.

"Assalamualaikum" pelanggan masuk.

"Waalaikumsalam" jawab ku.

Aku menoleh boss aku yang masih duduk.

Kepalanya mengarahkan ku untuk melayan pelanggan yang datang.

Aku apalagi terus lah lari dari depan dia!

"Pakcik suka barang barang antik macam ni" Aku bertanya.

"Suka. Tapi ni baru pertama kali pakcik masuk kedai ni, tak tahu pula ada kedai macam ni kat sini" katanya.

"Ohh.. Patutlah" aku tersenyum.

"Kedai baru ke ni? Dah berapa lama?"

"Umm..." Jujur aku tak tahu.

Aku melihat boss yang duduk melihat telefon nya.

Ish dia ni! Boss yang tak boleh di harap!

"Boss!" Aku memanggilnya dengan suara seperti berbisik.

Dia melihat ku lalu kepalanya memberi signal 'kenapa?'

"Kedai ni dah berapa lama buka?" Tanya ku dengan suara yang masih sama.

Tapi tahu tak apa yang dia buat?!

Dia bagi aku lima jari je!

Dia ni memang tak sopan langsung lah! Susah ke dia nak cakap pakai mulut dia tu?!

Aku menoleh semula kearah pelanggan.

"Dah 5 tahun pakcik"

"Siapa pemiliknya?"

Hah!! Tu orang yang duduk tenang dan tak bersuara tu lah pemiliknya!

"Hairi nama dia pakcik" kataku dengan suara yang rendah, sebab tak selesa pula bila sebut nama pemiliknya sedangkan dia ada duduk entah melepak kat kaunter tu!

"Ohh pakcik tak kenal lah. Tapi mungkin kawan kawan pakcik kenal kut. Orang kalau sudah tua ni suka simpan barang antik tapi boss kamu ni boleh tahan juga barang dia ya. Cantik." Dia melihat lihat didalam kedai.

"Ya betul tu" Aku mengganguk.

Hah! Pakcik ni ingat boss aku orang tua.

Pakcik memegang radio lama yang ada didalam kedai.

"Wuish! Ini radio lama ni! Pakcik ada satu kat rumah ni. Tapi ni jual ke?" Dia bertanya kepada ku.

"Ya yang ni memang untuk dijual"

"Ohh ya.. Berapa?"

"Yang ni mahal sikit $900 "
Aku tahu sebab pernah ada pelanggan yang tanya juga, jadi aku tanya lah boss.

"Oh! Mahal juga ya"

Aku hanya tersenyum.

"Duit lama ada ke?" Dia bertanya.

"Ada! Tapi kat sebelah sana" aku menunjuk almari kecil yang berhampiran dengan meja kaunter.

Pakcik mengikuti langkah ku.

"Woa! Kat sini lebih cantik rupanya. Kedai ni tak besar sangat tapi unik"
Kata pakcik tu bila melihat ruangan disebelah kiri kedai.

Boss aku masih duduk ditempat yang sama, tak bergerak sedikit pun.
Matanya masih melihat telefon bimbit ditangannya.

Tapi pakcik ni macam tak nampak pula ada orang duduk kat kaunter tu.

"Agaknya memang tahan lah boss kamu simpan barang antik antik ni. Kamu ni cucu dia ke?"

Aku terkejut!

Cucu?!


Continua a leggere

Ti piacerà anche

C | Miss Sunset Da ןɭ

Storie d'amore

96.2K 4.1K 57
[COMPLETE] ❗️Siapa tak nak sakit, tidak disarankan untuk baca. Tengku Nathan Lufian x Layla Sofea "Cantik kan waktu senja" - Layla Sofea. "I love th...
143K 12.8K 57
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
116K 2.6K 35
[CEO & LAWYER EDITION] " Aku terima nikahnya Anisa Sherryna bt Muiz dengan mas kahwinnya RM10 000 tunai." "Senyum je. Kalau kau tak senyum nampak sa...
87.6K 4.6K 57
2.0 ❒ Military Series || Sad Romance Raja Jibran Qayyim- seorang tentera berpangkat Leftenan, seperti biasa dingin, beku, dan kasar sudah sebati deng...