[COMPLETED] Mistress 주인님 (Bae...

By SuamikuKacakGila27

720K 58.2K 5.4K

"Kau tahu tak, yang dalam tempoh 3 bulan tu, aku jatuh. Sakit sangat, Daehyun. Sampai rasa tak boleh nak bang... More

Prolog
》Bab 1《
》Bab 2《
》Bab 3《
》Bab 4《
》Bab 5《
》Bab 6《
》Bab 7《
》Bab 8《
》Bab 9《
》Bab 10《
》Bab 11《
》Bab 12《
》Bab 13《
》Bab 14《
》Bab 15《
》Bab 16《
》Bab 17《
》Bab 18《
》Bab 19《
》Bab 20《
》Bab 21《
》Bab 22《
》Bab 23《
》Bab 24《
》Bab 25《
》Bab 26《
》Bab 27《
》Bab 28《
》Bab 29《
》Bab 30《
》Bab 31《
》Bab 32《
》Bab 33《
》Bab 34《
》Bab 35《
》Bab 36《
》Bab 37《
》Bab 38《
》Bab 39《
》Bab 40《
》Bab 41《
》Bab 42《
》Bab 43《
》Bab 44《
》Bab 45《
》Bab 46《
》Bab 47《
》Bab 49《
》Bab 50《
》Bab 51《
》Bab 52《
》Bab 53《
》Bab 54《
》Bab 55《
》Bab 56《
》Bab 57《
》Bab 58《
》Bab 59《
》Bab 60《
》Bab 61《
》Bab 62《
》Bab 63《
》Bab 64《
Bab 65
》Bab 66《
》Bab 67 (FINAL)《
》SPECIAL CHAPTER《
》SPECIAL CHAPTER《

》Bab 48《

7.7K 694 61
By SuamikuKacakGila27

Daehyun memandang figura lelaki yang ada di hadapannya kini. Lelaki itu sedang menyisip Americano sambil bermain telefon bimbit. Nafas ditarik berkali-kali dan sesekali dia pejamkan mata. Berdebar.

"Sehun..."

Sehun angkat wajahnya dan memandang Daehyun yang seakan serba salah hendak berkata-kata.

"Ya?"

"Awak yakin ke dengan rancangan kita?" Soal Daehyun. Tadi mereka berbincang untuk menyelesaikan masalahnya ini dan bagaimana hendak mengembalikan kepercayaan Baekhyun semula kepadanya. Tetapi rancangan itu seakan tidak masuk akal. Walau hakikatnya, kesan yang bakal Baekhyun dan dia terima, betul-betul menusuk.

"Kenapa? Awak takut Baekhyun marah?" Daehyun menggeleng.

"Habis tu?"

"Saya takut kalau Baekhyun marahkan awak pula. Dia tu... tak boleh salah sikit. Dia kuat melenting." Kata Daehyun. Sehun ketawa kecil sambil menggeleng kepala.

"Daehyun, awak tak tahu apa yang dia cakap dua hari lepas masa dia datang rumah saya. Dia siap cakap, dia dah tak kisah pasal awak. Dah tak heran kalau awak nak dengan sesiapa sekalipun. So now, kita tengok apa yang dia nak buat dekat saya bila kita berpura-pura ada hubungan macam ni. But at the same time, kita bantu dia dari terkena dengan Jungkook. Pasal Jungkook, jangan risau. Saya akan settlekan hal tu. Kalau Jungkook ada apa-apakan awak, ada hantar SMS ugutan atau ada call awak, bagitahu saya. Saya nak kumpulkan bukti jenayah dia, dan lepas tu, kita serah dia pada pihak polis." Lancar, licin, pantas Sehun berkata. Inilah dia rancangan yang disusun untuk menyelesaikan masalah Daehyun. Sehun tidak mahu melihat gadis kesayangan rakan baiknya itu dalam kesengsaraan. Melihat Baekhyun separuh mati begitu pun, hatinya kurang senang.

"Tapi saya takut kita tak berjaya." Ujar Daehyun, perlahan. Sehun menarik nafas panjang dan lepaskannya sedikit kasar. Wajah Daehyun dipandang.

"Kita akan berjaya. Lepas semuanya selesai, kita buat macam asal semula. Actually plan ni saya buat biar Baekhyun tu sedar sikit kat diri dia tu! Konon... tak kisahkan awak. Kalau tiba-tiba dia nak mengamuk nampak saya dengan awak sekarang, saya gantung dia kat tiang bendera. Belagak dia tu." Sempat lagi mulut itu mengutuk. Pecah gelak Daehyun. Langsung dia tidak sangka Sehun seorang yang kelakar. Wajahnya sahaja yang dingin beku. Tetapi sikapnya menyenangkan.

"Awak tak kerja ke? Nanti Baekhyun mencari awak pula." Tanyanya.

"Kerja. Masuk lambat sikit je. Sekarangkan waktu lunch." Kata Sehun. Dia masih ralit dengan telefon bimbitnya itu. Sesekali dia mengeluh dan sesekali dia menggigit bibir. Nampak sedikit resah dan Daehyun perasan itu.

"Hun..."

"Hmm?" Sehun angkat kepala. Daehyun angkat sebelah kening.

"Okey ke?" Soal Daehyun. Sehun tersenyum kelat.

"Tak ada apa-apalah. Cuma... omma bising saya tak kahwin lagi." Dia ketawa pada hujung ayat. Daehyun tersenyum nipis.

"Takkan seorang pun tak ada lekat dengan awak?" Sehun geleng.

"Tak sama macam apa yang saya nak." Daehyun mencebik kecil.

"Memilih..."

"Kalau boleh nak macam awak."

Daehyun membulatkan mata.

"Pulak dah..." Sehun ketawa.

"Taklah. Gurau-gurau."

*****

Baekhyun memandang Sehun yang lagi tadi asyik tersenyum selepas pulang dari makan tengahari tadi. Tangannya yang tadi sedang menaip, berhenti. Kerusi dipusingkan menghadap Sehun yang memang rajin bertandang ke biliknya untuk buat kerja. Bosan tak ada teman berbual katanya jika di bilik sendiri.

"Hei..." Baekhyun menegur. Sehun angkat kepala sambil tersengih. Mengecil mata Baekhyun dibuatnya.

"Kau kenapa? Sengih macam orang gila."

"Memang aku gila." Jawab Sehun, bersahaja. Baekhyun garu kening. Pelik betul dengan lelaki ini. Sikapnya tidak boleh dijangka.

"Dah serupa orang mabuk cinta." Kata Baekhyun. Tangannya mencapai pen.

"Kalau aku cakap, aku dah jatuh cinta, apa kau nak buat?" Sehun tongkat dagu di hadapan Baekhyun dengan mata yang bersinar, dan wajah yang berseri. Baekhyun angkat kepalanya dan pandang Sehun.

"Bercintalah sana, Sehun. Kau cakap kat aku buat apa."

"Saja... nak minta izin." Kata Sehun sambil ketawa. Baekhyun mula menayangkan wajah menyampahnya. Datang dah mood gay Sehun.

"Jijik Sehun, jijik. Gay kau ni teruk sangat. Pergilah sana bercinta. Tak payah bagitahu aku. Meluat tahu meluat?" Kata Baekhyun. Wajahnya berkerut-kerut. Rasa nak naik angin apabila sikap Sehun begini tetapi dia tahu lelaki itu bergurau dan langsung tiada niat.

"Hei.. aku bukan minta izin kau sebab tu. Aku minta izin sebab lain."

"Sebab apa pula?"

"Sebab aku dah terjatuh cinta dengan Daehyun. Cinta hati kau tu." Besar mata Baekhyun dibuatnya. Bagai hendak tembus anak mata itu memandang Sehun. Sehun pula menayangkan wajah tidak bersalah. Siap main kening dan dia terus sambung kerja. Baekhyun tahan nafas. Cuba kawal emosi yang bila-bila masa sahaja boleh meletup.

"Kalau rasa nak mati hari ni, buatlah, Sehun." Suara Baekhyun bergetar. Tangannya juga rasa tak selesa apabila menulis sesuatu pada kertas. Rasa hendak melayangkan pelempang untuk Sehun juga sekarang ini.

"Elehh... itu hari cakap kat aku, kau dah tak kisahkan dia. Bila aku jatuh cinta kat dia, kau marah. Dayus kau ni." Baekhyun menjeling.

"Memang aku cakap, aku tak kisahkan dia. Tapi perlu ke kau nak sibuk-sibuk? Perlu? Dia masih aku punya. Aku tak nak putus kawan dengan kau sebab benda ni."

"Tapi aku sanggup putus kawan dengan kau demi dia." Kata Sehun, bersungguh. Dia turut tidak mahu mengalah dan dipandang anak mata Baekhyun sedalam-dalamnya. Kalau bukan kerana rancangan yang diatur tadi, dia tidak mahu bergaduh dengan Baekhyun. Bertahun-tahun dia berkawan dengan Baekhyun, tidak pernah sekali mereka bertekak seserius ini. Tetapi lelaki ini sudah melampau. Cakap main lepas bila marah. Langsung tak jaga hati orang lain. Bila orang ambil hak dia, tahu pulak nak marah.

"Kau lunch dengan dia ke apa tadi? Dia yang goda kau? Sampai kau sendiri jatuh hati kat dia? Macam tu?"

"Kenapa kau nak libatkan hal lunch pula ni? Kau tak puas hati? Kau jealouskan?" Baekhyun diam. Ego.

"Cakap jelah kau cemburu, Baekhyun. Cakap je. Jangan nak belagak sangat kata kau tak kisahkan dia, kata tak herankan dia. Baekhyun, dia cinta mati kau tau. Dia sanggup buat apa je asalkan kau selamat dan tak kena apa-apa masalah. Kau tahu tak sekarang, Jungkook nak buat apa kat kau, dengan keluarga kau..." Sehun putuskan ayat. Serius wajahnya sekarang ini.

"Apa?"

Sehun diam. Dia terlupa. Dia terlupa pesan Daehyun tadi. Daehyun memesan supaya tidak pecahkan rahsia tentang ugutan Jungkook. Tetapi sekarang dia berada di setengah jalan. Sukar untuk patah balik.

"Apa dia, Seh..."

Drtt.. drtt..

Telefon bimbit Baekhyun bergetar. Topik mereka terhenti seketika. Baekhyun mencapai iPhone di atas meja dan melihat pemanggil. Dia mengeluh. Malas rasa nak angkat apabila nama ini tertera pada skrin. Tetapi diangkat juga.

"Hmm... nak apa?"

"Baekhyun! Baekhyun! Om... omma, Baekhyun! Omma masuk hospital!"

Telefon bimbitnya terus terlepas dari tangan.

*****

"Puan Byun belum melepasi tahap kritikal. Racun yang ada di dalam tubuhnya dah dikeluarkan seratus peratus tetapi tubuhnya masih lemah. Kita tengok dulu macam mana keadaan dia sampai esok. Kalau okey, itu berita baik. Kalau tidak, kita berserah." Jawab doktor muda ini, berkata kepada Baek Yeon dan Baekhyun. Wajah Baek Yeon berpeluh-peluh. Seakan sedang menahan sesuatu yang disimpan manakala Baekhyun pula bercekak pinggang. Macam-macam benda berada difikirannya sekarang ini.

"Terima kasih doktor." Baekhyun tundukkan tubuhnya. Doktor itu mengangguk dan terus berlalu pergi meninggalkan dua beradik ini di sini. Baekhyun halakan mata terus ke arah Baek Yeon.

"Macam mana boleh jadi macam ni?" Soal Baekhyun, mendatar. Wajah Baek Yeon dipandang tajam.

"A... aku tak tahu."

"Macam mana kau boleh tak tahu? Kau satu rumah dengan omma, apa yang kau buat? Tidur?" Tebak Baekhyun geram. Walaupun dia tidaklah rapat dengan ibunya sendiri, tetapi soal kesihatan, dia risau.

"Bukan macam tu. Aku.. aku tadi..."

"Sayang..." Baek Yeon tolehkan kepala apabila terasa suara yang dikenali memanggilnya.

"Young.." Baek Yeon berjalan mendekati Dae Young dan dipeluk tubuh itu perlahan.

"Macam mana dengan omma?" Soal lelaki itu. Baek Yeon menunduk ke lantai.

"Omma kritikal." Jawab Baek Yeon. Suaranya bergetar. Takut.

"Macam mana boleh jadi macam ni? Hmm? Baekhyun?" Dae Young halakan pandangan ke arah adik iparnya. Baekhyun angkat bahu.

"Aku sendiri tak tahu. Hyung tanya dia. Dia seharian kat rumah. Takkan tak tahu." Baekhyun labuhkan punggungnya di kerusi yang ada di situ. Fikirannya menerawang. Macam mana ibunya boleh terkena racun. Bukan keracunan makanan, tetapi pada makanan itu, ada racun.Pelik...

"Baekhyun..." Dae Young berjalan mendekatinya dan labuhkan punggung di sebelahnya. Baekhyun angkat kepala.

"Ya?"

"Kita kena buat report polis pasal ni."

"Jangan!" Tumpuan mereka berdua kini terarah pada Baek Yeon yang menegah lantang tadi. Berkerut dahi Dae Young dibuatnya. Baekhyun juga. Baek Yeon mula serba salah.

"Kenapa jangan pula?" Soal Dae Young. Pelik betul dengan sikap isterinya ini sejak dua menjak ini. "

"Erk... bu.. bukannya apa. Kita tak tahu siapa yang buat benda ni semua. Buang masa je kan kalau pergi buat report pun." Kata Baek Yeon. Macam tak yakin suara itu dan menimbulkan syak dalam hati Baekhyun.

"Ya, tahu. Tapi bila kita buat report, polis boleh siasat." Kata Dae Young. Baek Yeon mula mendekatinya dan mereka berbincang berdua. Baekhyun sekadar mengeluh. Curiga betul. Kenapa Baek Yeon seperti bersalah dalam hal ini, seakan wanita itu yang meracun Puan Byun. Pelik.

******

"Orang tua tu dah masuk hospital?"

"Kurang ajar kau, Jungkook. Kau perangkap aku."

"Itu je cara yang aku ada untuk bunuh orang tua tu. Tapi aku yakin, dia tak mati lagi. Sebab racun tu sikit. Kalau aku letak racun binatang, berbuih kat situ juga kut." Ketawa berdekah-dekah Jungkook di hujung talian. Mengecil mata Baek Yeon mendengarnya.

"Kau memang binatang. Kau nak apa sebenarnya?! Kau nak apa?! Apa yang kau tak puas hati lagi?!" Gertak Baek Yeon geram. Menggigil suaranya. Menahan rasa amarah yang menggila satu kepala.

"Selagi adik kau tak mampus, selagi tu aku tak puas hati. Dan selagi Daehyun tak betul-betul ada depan mata aku, selagi tu aku akan kacau kau."

"Jangan jadi bodoh, Jungkook. Kau nak masuk jail?! Kau nak membunuh sebab cinta je?! Kau culik Daehyun, dan kau boleh hidup aman dengan dia." Jungkook mendengus, sinis.

"Kau ingat senang? Macam kau tutup aib kau depan keluarga kau? Kau ni belagak, Baek Yeon. Kau belagak. Kau ingat kau dah aman bila kandungan kau gugur? Anak aku... bukan anak Dae Young."

"Shut the fuck up, Jeon Jungkook! Aku tak nak kau ungkit benda tu lagi. Kalau kau tak letak ubat perangsang dalam air aku, benda tu tak akan jadi." Baek Yeon kawal nafas. Bimbang dia tidak dapat kawal perasaannya dan akan ramai warga hospital perasan. Tetapi kini dia berada di satu bilik yang khas ditempah Dae Young untuk dia bermalam di hospital ini.

"Bodoh. Kau boleh je tak minum air tu. Tapi kau yang gedikkan? Kau pergi minum. Kau yang tehegehkan aku sekarang ni, Baek Yeon. Tak padan umur kau yang dah.. tua. Kau nak jugak aku. Pity you."

Tut.. tut.. tut...

Panggilan diputuskan. Baek Yeon pejam mata, rapat. Telefon digenggam erat sebelum selamat iPhone7 itu dihempas ke dinding. Berderai. Pecah.

Nafasnya tidak dapat dikawal. Menyirap satu badan. Baek Yeon buntu. Kalau dia dia tidak mengambil makanan dari penghantar makanan tadi, mungkin ibunya tidak akan berada di hospital sekarang. Dia langsung tidak menyangka penghantar makanan tadi ialah orang suruhan Jungkook. Fikirnya, ibunya ada memesan makanan di atas talian tadi. Jadi dia ambil sahaja dan beri ibunya makan. Tetapi tidak lama selepas itu ibunya terus nampak berubah dan mulutnya mengeluarkan darah. Terus jatuh pengsan.

Dan pada waktu itu juga, dia mendapat SMS dari Jungkook berbentuk, "Tadi mulut berdarah sebab makan apa ya?"

Dari situ dia mula syak bahawa Jungkook yang lakukan semua ini. Hampir sahaja tadi Dae Young dan Baekhyun hendak melaporkan ini kepada pihak polis tetapi dia menghalang. Dia yakin, jika polis terlibat sama dalam hal ini, keadaan akan bertambah rumit. Sekarang ini dia hanya perlu fikir, bagaimana hendak menghentikan perbuatan Jungkook dari terus menganggu keluarganya.

Continue Reading

You'll Also Like

2K 170 31
Seorang duda bernama Hong Jisoo atau dikenali sebagai Joshua yang mempunyai seorang anak gadis bernama Hong Yeseol memerlukan perkhidmatan babysit. A...
2.9K 221 7
Sharifah Alisha Habibah memilih untuk menyimpan perasaannya terhadap lelaki yang dia cintai iaitu, Tengku Harraz Adrian. Beribu cara dan kata telah...
Sempurna By jae

Fanfiction

3.3K 1K 70
★ Way Back Home Series ( ii ) Kemalangan yang berlaku mengubah hidup seorang Irisy Zhulaiqa kepada 360 darjah. Segala rencana awal, perlu digubal sem...