Cinta Dari ABANG BOMBA✔ (COMP...

By Realfiraahmad

451K 12.7K 307

Pengorbanan bagi seorang gadis yang bernama LAILA yang sanggup menunaikan permintaan terakhir Ibu Saudaranya... More

CDAB 1
CDAB 2
CDAB 3
CDAB 4
CDAB 5
CDAB 6
CDAB 7
CDAB 8
CDAB 9
CDAB 10
CDAB 11
CDAB 12
CDAB 13
CDAB 14
CDAB 15
CDAB 16
CDAB 17
CDAB 18
CDAB 19
CDAB 20
CDAB 21
CDAB 22
CDAB 23
CDAB 24
CDAB 26
CDAB 27
CDAB 28
CDAB 29
Author
CDAB 30
CDAB 31
CDAB 32
CDAB 33
CDAB 34
CDAB 35
CDAB 36
CDAB 37 (LAST)
Author

CDAB 25

10.8K 327 20
By Realfiraahmad

"KENAPA abang ikut jalan ni? Bukannya rumah kita belok kanan ke?" Tanya Laila apabila suaminya menggunakan jalan lain dan bukannya kearah Rumah Mama Hairul.

"Ehh, betul lah ni jalan ke rumah kita." Jawab Hairul sambil menghirup air kotak Nescafe yang baru dibeli semasa singgah di Petronas.

"Tapi.. ehh sejak bila ada jalan baru pulak ni?" Laila mengaru-garukan kepala yang tidak gatal itu.

Setelah beberapa minit kemudian, Hairul menekan butang pada kunci yang Laila tidak pernah nampak sebelum ini. Seterusnya, pagar besi automatik itu dibuka lalu Hairul pun meneruskan memandu dan parking dibawah garaj.

"Rumah siapa ni bang? Sesuka hati je masuk dalam rumah orang."bebel Laila. Namun, matanya tetap teruja melihat Rumah dua tingkat yang berdiri megah. Dengan reka bentuk yang bertemakan ala-ala tradisional membuatkan Laila lagi suka dengan design rumah tersebut. Hairul senang hati bila melihat wajah Laila yang gembira.

"Jom.."Hairul menarik tangan Laila supaya ikut serta. Mereka berjalan sekeling rumah itu.

"Cantik tak?" Tanya Hairul apabila mereka berhenti di Pondok dan terdapat juga kolam ikan.

Laila mengangguk dan tersenyum kepada suaminya.
"Abangg.." panggil Laila seraya duduk disebelah suaminya.

"Hemm."

"Cantik la rumah ni abang. Laila suka dengan reka bentuk rumah ni. Unik!. Tapii.. mana tuan rumah ni? Tak keluar-keluar lagi. Dia tahu tak?"

"Dia tahu yang petang ni ada tetamu tetap nak datang."

"Tetamu tetap??" Laila kebingungan. "Tak faham la."

Soalan itu Hairul biarkan bagai angin yang meniup bersama daun-daun kering🍃

"Jom kita tengok dalam rumah."Hairul menarik tangan Laila dan menuju ke pintu utama.

*****

"Wauu... cantiknya abang." Ternganga mulut Laila yang menikmati keindahan luar dari balkoni. Pemandangan indah yang memenangi matanya terus tidak menghiraukan Hairul.

Hairul mendekati Isterinya apabila Laila tidak langsung mendengar Hairul memanggil namanya.

"Sayang!.. "bentak Hairul.

"Y..ya.. yaa. Kenapa?"

"Tak baik tau panggil abang cantik" Hairul memuncungkan mulutnya dan memusingkan badan tanpa melihat Laila sebagai tanda merajuk. Hairul ni mengada betul!

"Abang?.. cantikk?? Sejak bila.?"

"Habis yang cakap 'wauu... cantiknya abang.' Tu.."hairul ajuk kembali kata-kata isterinya.
"Abang handsome tau.!"

Laila mahu ketawa tetapi tetap ditahan. Mahu sahaja hambur tawanya meletus. Laila mengeleng-gelengkan kepalanya. Tidak tahu pula Hairul ni pandai Merajuk. Tak padan langsung dengan wataknya sebagai Abang Bomba.

Kini, Laila pula yang mengatur strategi. Ingat Laila ni tak pandai nak sweet-sweet ke? Haa.. tunggu dan lihat.

Dengan keadaan posisi Hairul membelakangi Laila. Laila terus datang merangkul pinggang suaminya dan kepalanya disandar kebelakang Hairul.

"Abang..." panggil Suara dengan nada yang sangat lembut.

Begetar.... Bedebar.. semua ada. Jantung Hairul seakan tidak mahu sahaja berhenti. Gelabah.. 'haihh.. isteri aku ni nak goda ke apa ni.. siap suara lembut-lembut bagai. Parahh!'
Hairul mendiamkan diri buat sementara. Dia juga mahu tahu setakat mana Laila memujuknya.

Berbalik pula dengan situasi tadi.
Laila memeluk Hairul semakin kuat.
Sebenarnya, Laila juga bedebar dengan apa yang dilakukan kepada suaminya itu. Bau haruman minyak wangi yang dipakai oleh Hairul menusuk ke dalam hidung Laila.

"Abang..."

"Laila mintak maaf kay."

"Lain kali.. Laila janji tak panggil abang Cantik dah.."

"Laila panggil abang........... "

"bapokk!" Segera Laila melarikan diri.

"Hampehh la sayang ni.. siaplah kalau abang dapat." kemudian, terjadilah aksi kejar-mengejar. Habis ke ruang dapur.. ke ruang tamu pula perlumbaan mereka seterusnya.

*****

Tidak sanggup berlari lagi, Laila menghentikan langkahnya. Kedua-dua orang hanya menghelakan nafas. Laila terus duduk diatas sofa sambil mengibas-ngibaskan tangannya kerana panas. Dalam beberapa minit kemudian, Laila bertanyakan sesuatu.

"Abang, mana tuan rumah ni?"

Kini, Hairul pula mrngambil tempat disebelah isterinya. Lengan Hairul diletakkan diatas Bahu Laila.

"Sebenarnya... ni rumah kita lah sayang..."

"Oo.. rumah kita."
"Apa??? Rumah kita? Yeayy!" Dengan secara tak sengaja, Laila terus memeluk suaminya. Hairul terkejut dengan perbuatan mengejut isterinya. Tidak pernah sekali Laila yang memeluknya dahulu, itupon Hairul yang selalu berusaha untuk mendekati Isterinya.

Tiba-tiba...

1.....2.... 3....

"Ehh.. sorry." Tunduk kepala Laila kebawah lalu meleraikan pelukan itu.

"Alaa.. baru nak lama-lama."Hairul memuncungkan mulutnya.

Haa.. tau saja perangai suaminya. Kemudian, dia mengambil keputusan untuk mencubit pipi suaminya itu. Baru sahaja lepas mencubit pipi Hairul. Tiba-tibaa....

Puuuttttt ~

"Eeee... abang kentut eh?"Laila terus menutup hidupnya kerana ada bau yang kurang menyenangkan.

Hairul menaikkan anak matanya keatas sambil bersiul.

"Laila tanya ni, tadi abang kentut ke??"

"Err.. a.ahh.. hahaha... tulah sebabnya, berani lagi picit pipi abang. Kalau sayang nak tau, kalau badan abang ni dicubit, secara automatik akan meletuskan bomm."
Hairul melarikan diri daripada Laila.
Ketawa tak berhenti-henti Hairul dibuatnya. Seronok betul apabila melihat isterinya menahan bau kentutnya tadi.

"Eee.. pengotorr" jerit Laila. Nasib baiklah Hairul tu suaminya.. kalau tak, habis dicepuk kepala Si Hairul tu nanti.

*****

"Abang.. nak duduk sini terus ke? Tak nak bagitahu ma dengan pa dulu? emm bila kita nak duduk kat sini?" Soalan demi soalan diajukan kepada suaminya yang baru sahaja keluar daripada tandas didalam bilik itu.

"Emm.. kita duduk sini terus la.. lagipon, ma dengan pa dah tahu yang kita akan mula duduk dirumah ni mulai harini."

"Habis, baju Laila macam mana?"

"Jangan risaulah sayang.. cer buka almari tu." jari telunjuk Hairul dihalakan kearah Almari besar disatu sudut.

Laila segera menolak pintu almari itu ketepi. "Wauuu! Sejak bila baju Laila ada dekat sini?" Laila membelek-belek bajunya.

"See? Abang la." Hairul mendepakan tanggannya sambil membuat reaksi muka yang penuh yakin.

"Tapi sejak bila?"

"Pasal itu. Abang yang minta tolong mama bawakan baju Laila kerumah ni semasa kita ada kat kampung."

"Apa??? Mama yang bawa and sangkut semua baju ni dalam almari?"

"Yepp.. kenapa?"

"Eee.. malu laa nanti jumpa mama. Nanti dia ingat menantu dia pulak yang suruh ma bawa baju tu. Mungkin nanti dia ingat Laila ni seorang yang pemalas. Tak reti nak buat sendiri.. Eee.. malunyaa" Menunduk kepala Laila. Nak kata sedih pun ada, risau akan mak mentuanya akan berkata yang bukan-bukan pun ada...Arghhg rasa nak jerit je.

Hairul yang sedar akan riak wajah Laila. Terus mendekati isterinya.
Lalu, Hairul memegang kedua-dua belah bahu isterinya sambil berkata.

"Sayanggg... abang bukan bermaksud nak malukan sayang depan mama nanti.. tapi, abang dah cakap kalau menyusahkan tak usah bawakan biar abang sendiri yang ambil bila abang sudah balik ke sini nanti. Lagipun, ni salah satu suprise buat sayang. Ma dengan pa pun tahu pasal ni. So, sayang jangan risau okay. Semuanya okay je nanti" tenang Hairul berkata dengan meyakinkan isterinya.

Laila pun mengangkat kepalanya dan memandang wajah suaminya. Tak sangka yang Hairul sanggup berbuat demikian demi kebahagiaannya terjamin. Kemudian, perasaan serba salah mula menerjah didalam hati Laila. Kini, dia sudah salah faham dengan suaminya sendiri.

Wajah Hairul ditatap lagi,

"Abangg... Laila minta maaf. Laila tak tahu semua ni." Laila menundukkan kepalanya lagi.

"Sayangg... bukan salah sayang pun. Lagipun, salah abang juga sebab tak bagitahu dekat sayang awal-awalkan."

"abang tak salah.. Laila yang sa...."
belum sempat Laila menghabiskan ayat terakhirnya.. Hairul terlebih dahulu mencium dahi isterinya.



Laila terkejut dengan tindakan Hairul. Kini, dia dapat rasakan yang dia benar-benar sayangkan Suaminya itu. Hairul ialah satu-satunya peneman hidup buat selama-lamanya..

"Hairul... kau jangan pernah sekali tinggalkan aku tau.. sebab.. aku tak sanggup ditinggalkan oleh orang yang aku sayang lagi." Bicara jujur yang lahir didalam hati Laila.








Continue Reading

You'll Also Like

930K 30.2K 62
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
44.1K 1.7K 15
( C O M P L E T E ) Cinta Fatihah pada Afiq adalah cinta yang suci . Berkahwin atas kerelaan dan bukan paksaan . Banyak kenangan yang mereka ukir , b...
148K 9.6K 32
Adam Hirdy | Azalea
52.1K 1.4K 49
Sebuah perkahwinan tanpa rela antara, Nadhirah -seorang gadis kampung (anak keluarga berada tapi dibesarkan oleh nenek) yang tidak terdedah dengan d...