Dahlia Mikail

By yurafwr

12M 535K 70.5K

[Previously known as Mr Tengku VS Miss Flower] [Wattys Awards Winner 2016] Highest ranking: #1 in Romance #1... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Orked × Tengku
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Sneak peek (Bab 62)
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Bab 70 [Akhir]
Special Chapter

Bab 57

145K 6K 924
By yurafwr

Sudah 2 hari berlalu sejak kejadian pertengkarannya dengan Tengku Farhan . Dan selama 2 hari jugalah mereka tidak bercakap

Orked berasa sungguh bersalah . Nak ditegur Tengku Farhan , rasa takut pula . Mahunya dia mengamuk macam tempoh hari

Hancur berkecai telefonnya dibaling Tengku Farhan . Memang rosak teruk . Mujur sahaja telefonnya yang lama itu masih boleh digunakan

Dia dan Tengku Farhan langsung tidak bercakap sejak kejadian itu . Masing-masing buat hal sendiri . Orked sendiri pun tak faham apa yang jadi sebenarnya . Tiba-tiba sahaja Tengku Farhan mengamuk pada malam tersebut . Alasannya , dia tidak suka Orked berhubung dengan Bella

Tapi atas sebab apa ? Tak pernah dia lihat Tengku Farhan naik angin sebegitu . Dia bukanlah jenis yang panas baran

Lamunan Orked terhenti saat telefonnya berbunyi menandakan ada mesej yang masuk . Dia membuka mesej daripada nombor tidak dikenali itu

Orked , ini saya Bella

Mata Orked terkedip-kedip . Dari mana dia dapat nombor lama aku ni ?

Jemari Orked bergerak hendak membalas mesej tersebut namun terhenti apabila dia mula teringatkan Tengku Farhan . Ya , Tengku Farhan tak mahu dia berhubung dengan Bella . Lantas dibatalkan sahaja niatnya itu

Ini lebih baik . Kalau tidak , makin teruk la keadaan nanti

Mata Orked tertancap pada pintu bilik saat pintu tersebut dikuak daripada luar . Tengku Farhan masuk lalu menuju ke arah closet . Langsung tidak memandang ke arah Orked

Orked menggigit bibir . Marah sungguh dia kat aku . Bercakap sikit pun tidak . Sampai bila nak macam ni?

Dia mengeluh perlahan . Dia bangun lalu berjalan menghampiri Tengku Farhan . Dipandang suaminya yang sedang mengenakan T-shirt polo hitam

" Awak ... " meleret nadanya . Cuba memancing perhatian Tengku Farhan . Namun lelaki itu cuma buat tidak dengar

" Awak , saya minta maaf .. "

Masih tiada respon

" Awak , saya tahu saya salah . Maafkan saya " pujuk Orked lagi . Dia memeluk pinggang Tengku Farhan dari arah belakang . Kepalanya disandarkan pada belakang badan sasa itu

Tengku Farhan menghela nafas berat . Tak sanggup dia membiarkan Orked merayu meminta maaf . Hatinya sungguh terusik

Bukannya dia terlalu marahkan Orked. Sengaja dia bersikap dingin . Dia mahu Orked tahu yang dia serius tentang Bella

Dia yakin Bella mempunyai agenda tersendiri . Disebabkan itulah dia tak mahu Orked rapat dengan perempuan jalang itu

Perlahan dia memusingkan badan memandang Orked . Dipaut pinggang Orked agar rapat kepadanya

Orked terkebil-kebil . Hairan dengan Tengku Farhan . Tadi bukan main dingin , sekarang ni dah elok ke ?

" Awak masih marahkan saya ? " Orked menduga . Tengku Farhan mengukir senyuman nipis . Dia menggeleng

" Betul awak dah tak marahkan saya ?" soal Orked meminta kepastian

" Ya , saya tak marah dah " jawab Tengku Farhan . Dihadiahkan sebuah kucupan di dahi isterinya

Senyuman Orked melebar . Tapi dirasakan ada sesuatu yang kurang pada Tengku Farhan

" Emm awak .. kalau Nabila Huda hilang , apa nak kena buat ? " Orked mengajukan soalan pelik yang membuatkan kening Tengku Farhan terangkat

" Kenapa awak tanya macam tu ? "

" Ala jawab la "

Makin pelik Tengku Farhan jadinya

" Emm kalau Nabila Huda hilang , buat tak tahu jelah . Bukannya saya minat dia pun " jawab Tengku Farhan acuh tidak acuh . Orked sudah menyengih

" Salah ! Kalau Nabila Huda hilang , suruh Amy Search " kata Orked lalu ketawa . Tengku Farhan turut ketawa . Sempat lagi dia nak buat lawak

" Haa macam tulah . Gelak sikit . Ini tak , muka ketat je dari tadi " ujar Orked lalu mencuit pipi Tengku Farhan . Dia bersyukur semuanya sudah baik seperti sediakala . Tak tertahan rasanya hendak berperang dingin lama-lama dengan suaminya

Tengku Farhan tersenyum . Tangannya mula mengelus pipi Orked

" Saya minta maaf sebab marah awak hari tu . Dan handphone awak- "

" Syhhhh " kata-kata Tengku Farhan terhenti saat Orked meletakkan jari telunjuk dibibirnya

" Awak tak perlu minta maaf . Saya tahu awak tak akan marah tanpa sebab . Pasal handphone tu pulak , saya tak kisah sangat sebab handphone lama saya boleh guna lagi" jelas Orked . Dijengketkan kakinya lalu mencium pipi putih Tengku Farhan

Senyuman Tengku Farhan melebar hingga ke telinga . Aduhai Orked

" Tapi kesian awak dah tak boleh nak main game " Tengku Farhan ketawa kecil . Orked juga begitu

" Tak apa . Saya boleh guna handphone awak kalau nak main game " kata Orked dengan kening dijongketkan berkali-kali . Nak minta izin sebenarnya tu

Tengku Farhan ketawa . Dia faham maksud Orked

" Boleh sayang . Untuk awak , semuanya boleh "

Orked tersenyum . Dia bukannya berharap sangat nak main game . Game di dalam telefon lamanya pun masih ada lagi

" Err saya nak tanya awak something boleh ? " soal Orked apabila dia mula teringatkan sesuatu

" Hmm ? "

" Kenapa awak tak suka saya berkawan dengan Bella ? Awak ada masalah dengan dia ke ? Lagipun dia kan rakan perniagaan awak "

Air muka Tengku Farhan sedikit berubah mendengar nama Bella

" Ada sebab kenapa saya tak suka awak berkawan dengan dia . Bukan untuk suka-suka . Tak perlulah awak tahu sebab apa , yang penting jangan berkawan dengan dia dah " ujar Tengku Farhan mendatar . Dia tak mahu mengusutkan fikiran Orked dengan cerita bodoh Bella yang kononnya hendak membalas dendam sedangkan gadis itu sendiri tidak tahu cerita sebenar . Tengku Farhan mahu selesaikan semuanya dengan sendiri

Orked hanya diam . Sedikit kecewa apabila Tengku Farhan tidak mahu memberitahunya

Aku ni isteri dia . Kalau betul dia ada masalah dengan Bella , apa salahnya berkongsi dengan aku ? Dari gaya Tengku Farhan , macam besar sahaja masalahnya

" Tak payah lah fikir pasal tu lagi " kata Tengku Farhan tiba-tiba , seolah-olah dapat membaca fikiran isterinya

" Lebih baik fikir pasal kita " tambahnya lagi . Diperkemaskan pelukannya di pinggang Orked . Mata mereka saling bertemu

Orked tersenyum kecil

" Pasal kita ? "

" Yes . 2 hari saya menanggung rindu tau " beritahu Tengku Farhan . Sungguh dia rindukan Orked . Nak sahaja dipeluk dan dicium isterinya itu

" Saya pun rindukan awak " tutur Orked malu-malu . Dia menunduk

Tengku Farhan tersenyum simpul

" Saya tahu awak rindu saya " katanya seraya menolak dagu Orked agar bertentang mata dengannya . Dia merenung sepasang mata bundar itu

" Saya sayang awak sangat-sangat "

Mata Orked terkedip-kedip " Huh? "

" Saya nak awak tahu yang saya sayangkan awak , terlalu sayangkan awak . Tak dapat saya bayangkan hidup tanpa awak disisi . Awak adalah segalanya bagi saya , sayang " ucap Tengku Farhan penuh perasaan . Dia takut jika sesuatu berlaku antara mereka . Bella pasti akan tunaikan janjinya

Orked tersenyun nipis . Dia memegang pipi Tengku Farhan . Dipandang wajah tampan suaminya itu

" Kenapa ni ? " soalnya sedikit hairan . Dia tahu ada sesuatu yang tidak kena

Tengku Farhan hanya mengukir senyuman kecil . Dia tidak menjawab soalan Orked malah merapatkan lagi kedudukan mereka

" I love you so much " ucapnya romantis seraya mengucup bibir Orked . Mata dipejamkan erat . Dirapatkan lagi kedudukan sehinggakan tiada ruang langsung diantara mereka

Orked cuma membatu . Dia tertanya-tanya mengapa Tengku Farhan bersikap agak aneh kali ini

Tak lama kemudian tautan bibir mereka terlerai . Terasa hangat nafas Tengku Farhan oleh kerana wajahnya yang hanya beberapa inci sahaja daripada Orked

" I miss the sweet taste of your lips " katanya sensual lalu mencium lagi bibir merah itu

Perlahan Orked memejamkan matanya . Dia mula membalas ciuman Tengku Farhan

Tangannya naik merangkul leher suaminya . Mahu menghayati setiap sentuhan bibir lelaki itu

Beep beep

Tengku Farhan merengus sedikit . Dikeluarkan telefon daripada poketnya . Sempat dia mengesat bibir Orked dengan ibu jarinya . Orked cuma tersenyum malu

Where are you , Tengku Farhan Mikail ?

Mesej daripada Bella mengingatkan dia kepada janji pertemuan mereka . Ah , macam mana boleh lupa

Bella ada menghantar mesej kepadanya semalam dan mengajak untuk berjumpa . Atas sebab apa dia sendiri pun tidak tahu

Pada mulanya dia menolak ajakan gadis itu . Malas mahu melayan perempuan sepertinya . Tetapi apabila Bella sudah mula mengugut hendak melakukan sesuatu terhadap Orked , dia terpaksa bersetuju

Memang dasar perempuan gila

" Siapa tu ? " suara Orked mematikan lamunan Tengku Farhan . Cepat-cepat dia memasukkan kembali telefon ke dalam poket

" Kawan . Saya dah janji dengan dia nak jumpa . Tapi terlupa pula " Tengku Farhan terpaksa berbohong

" Oh .. sekarang ke ? "

" Haah . Sorry sayang " kata Tengku Farhan lalu membawa tangan Orked kebibirnya . Tangan itu dicium lembut

Orked cuma mengangguk kecil . Ada terselit rasa hampa di hatinya

" Tak apa lah kalau macam tu . Awak pergilah "

" Betul ni ? Awak tak kisah ? " soal Tengku Farhan meminta kepastian . Dia tak mahu Orked berjauh hati dengannya

" Yalah . Saya okay je . Bukannya awak pergi tak balik-balik pun " seloroh Orked . Dia ketawa kecil . Tengku Farhan hanya mengukir senyuman

" Kalau macam tu , saya pergi dulu okay ? " Dia mencium dahi Orked dan kemudian dua belah pipinya pula

" Drive elok-elok " sempat Orked berpesan sewaktu Tengku Farhan hendak melangkah keluar dari bilik

" Aipp aipp captain " sayup-sayup kedengaran suara Tengku Farhan . Orked cuma tersenyum sendirian

Telefon yang berbunyi nyaring di atas katil sedikit mengejutkannya . Siapa pulak ni ? Tak kan Bella lagi ?

Pantas telefon tersebut diambil

Tepat sekali sangkaannya . Bella

********************

Bella mengacau minumannya yang baru dihantar oleh pelayan sebentar tadi . Keadaan cafe' di tingkat dua itu sunyi sepi . Hanya ada beberapa orang pelanggan sahaja . Itu pun mereka duduk agak jauh daripada mejanya . Memang sengaja dia memilih meja di tingkat atas

Kemudian dia mengalihkan mata memandang Tengku Farhan yang sedang merenung tajam ke arahnya

" Jangan la tenung I macam tu " ujarnya lalu ketawa kecil

" Kau nak apa jumpa aku ni ? Nak bagitahu aku tentang plan bodoh kau yang kononnya nak buat aku menderita ? " tutur Tengku Farhan serius berbaur perlian

Bella mengukir senyuman

" Kenapa ? Tak boleh ke I nak jumpa you ? " soal Bella dengan kening terangkat

" Lagipun permainan kita baru je bermula " sambungnya lantas ketawa

Tengku Farhan mengetap bibir

" Aku tak kisah kau nak buat apa . Tapi jangan sesekali kau sentuh isteri aku "

" Kalau kau apa-apakan dia , aku tak akan lepaskan kau selamanya " ugutnya dengan panahan mata yang tajam . Bella ketawa lagi . Dia bersandar pada kerusi sambil menyilangkan kedua tangan ke dada

" Nampaknya you memang marah betul "

" I'm serious , Bella . Don't freaking play with me . I'll kill you " Tengku Farhan bersuara keras . Geram sungguh dia dengan Bella . Gadis itu hanya beriak biasa seolah-olah tiada apa yang berlaku

Bella bangun daripada duduknya . Dia menghampiri Tengku Farhan dengan senyuman sinis . Dipeluk leher Tengku Farhan dari arah belakang

" You buat I kehilangan orang yang I sayang . Salah ke kalau I nak 'kongsi' rasa sakit tu dengan you ? " bisiknya rapat di telinga Tengku Farhan

Tengku Farhan hanya membatu . Dia cuba menahan amarah yang membuak-buak . Bibirnya diketap kuat seiring dengan genggaman jari jemari tangannya

" Tasha betul-betul sayangkan you . Sebab tu I tak nak buat lebih-lebih . Sikit je " ujar Bella sebelum tergelak kecil

" Lagipun I tak nak lah hancurkan hidup 'kawan baru' I tu . Kan ? " katanya sebelum melabuhkan bibir di pipi Tengku Farhan

Pantas Tengku Farhan meleraikan pelukan perempuan gila itu dan berdiri . Dia mencerlung tajam memandang Bella . Hatinya cukup panas

Baru sahaja mulutnya hendak membidas , matanya terpandangkan seseorang yang berdiri tidak jauh daripada mereka . Gadis itu juga turut memandang ke arah mereka berdua dengan air mata yang bercucuran

Dapat dirasakan nafas Tengku Farhan bagai terhenti buat seketika . Darah bagaikan berhenti mengalir disetiap urat sarafnya

" Orked "

---------------------------------------------

Cliché ? Hahaha maaf . Memang jalan cerita ni pun cliché huhu

Promote :
1) Mr Poker VS Miss McDonald by moistchoc

2) -Benci! Tiba-tiba sayang!
-Tolong ! Jangan mainkan cinta aku by afiqah453

3) # by AliaNrdn

4) Hero Cinta Saya! by NurSyarafana026

5) Benci Tapi Sayang by Its_hidayah

6) Encik Ex My Husband asyuhaida

7) While study no love ssyh205

8) Suamiku Ustaz Arrogant nrfatinnasuha_

Saya akan cuba untuk update cepat lepas ni . Yeay ! Huhu so vote and comment kalau nak saya update laju2 , thank you

Continue Reading

You'll Also Like

3M 162K 70
Romance | General Fiction | Action You know the little ones that you are cubs. Do not dream about what I feel. You are a woman without any honor. I h...
545K 4.9K 7
sᴏᴍᴇʙᴏᴅʏ ᴀsᴋᴇᴅ ᴍᴇ ɪғ ɪ ᴋɴᴇᴡ ʏᴏᴜ. ᴀ ᴍɪʟʟɪᴏɴ ᴍᴇᴍᴏʀɪᴇs ғʟᴀsʜᴇᴅ ᴛʜʀᴏᴜɢʜ ᴍʏ ᴍɪɴᴅ ʙᴜᴛ ɪ ᴊᴜsᴛ sᴍɪʟᴇᴅ ᴀɴᴅ sᴀɪᴅ ɪ ᴜsᴇᴅ ᴛᴏ. [Haiyan Rifqi X Qisya Aadora] Cerit...
426K 59.2K 48
Book 1: MAHFUZ Book 2: LUTHFI Book 3: TAQI
1.1M 58.9K 72
Kisah seorang gadis berumur 28 tahun yang ingin berkahwin. "Korang aku nak kahwin! Tapi takde calon lagi. Macam mana ni?" -Adara Sumayyah "Wow! Amazi...