Goda [Completed]

By aneffbahrom

233K 5.1K 492

"Kau ni artis misteri YouTube ke apa sampai orang berebut-rebut nak duduk sebelah kau?" Sekali lagi aku mema... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20

BAB 15

6.6K 211 38
By aneffbahrom

                                                                                           -15-


Lebih satu jam aku biarkan lembaran Microsoft Word terbiar tanpa satu huruf pun yang ditaip. Kepala otak aku kosong dengan idea untuk aku curahkan dalam rangka idea skrip drama yang Encik Iqram mahukan. Apa yang Encik Iqram fikir sampai dia nak aku yang siapkan rangka skrip? Dia nak jual rangka skrip aku lepas tu claim yang tu dia punya? Bosan dan tak ada idea punya pasal, habis negatif aku fikir pasal pensyarah sendiri. 

Amir masih belum balik. Assignment aku dah lama siap. Zika tak ada kredit. Aku pun tak ada kredit. Fattah? Yang itu memang mustahil untuk aku fikirkan apa-apa.

"Zarina! Aku tak nampak tweet dia pasal Zarina haritu!" otakku tiba-tiba mengingatkan perihal tweet Fattah. Tweet Fattah yang aku terlepas pandang berkaitan Zarina.

"Bila masa dia protect tweet dia?! Shit! Tak sempat nak tengok apa dia tweet lagi! Bongoklah kau Ben! Kenapalah kau tak stalk habis-habisan dari awal dia buat twitter lagi?!" Cacian dan makian khas untuk diri sendiri. Fattah lebih dulu bertindak dengan melindungi tweet dia dari dibaca oleh umum. Kurang asam betul.

Aku menghempaskan badan ke atas katil, membelek-belek telefon bimbit yang selayaknya duduk dalam laci rumah. Satu demi satu conversation aku belek, dan tangan aku berhenti pada nama Sufi. Lagi satu lelaki bermasalah yang aku jumpa. Entah mana dia menghilang aku sendiri tak pasti.

Lama juga aku termenung mengingat satu demi satu kenangan aku bersama Fattah. Lelaki pertama yang aku kenal sejak kali pertama aku jejakkan kaki ke sini. Entah kenapa aku rasakan yang aku gagal jadi kawan yang baik bila Fattah sendiri mengaku yang aku sebenarnya adalah punca kepada renggangnya hubungan kami berdua. Lebih parah bila Fattah sendiri menyuruh aku berjauhan dengan Zika demi hubungan persahabatan aku dan dia. Memang pelik. Sampai sekarang aku masih tak faham kenapa Fattah sanggup suruh aku berbuat begitu.

Pintu bilik aku tiba-tiba diketuk. Dengan rasa malas teramat, aku menuju ke pintu tanpa memikirkan apa-apa atau siapa-siapa pun yang mengetuk.

"Hai, Ben!" Bahu aku ditarik lantas dipeluk. Tergamam. 

"Sufi.. Err, kau buat apa sini? Lawat aku ke?" Perlahan aku tolak badannya. Ya, kami dah lama tak jumpa. Tapi, jangka masa yang lama itu tak langsung nak buatkan aku berjumpa, malah memeluknya. Ternyata yang aku perlu lebih berhati-hati sebelum buka pintu dan memikirkan kebarangkalian yang Sufi akan muncul depan mata!

Sufi tersenyum. "Jom tolong aku angkat barang!"

Dan otak aku serta merta berfungsi memproses jeritan Amir sebelum dia kelam kabut meninggalkan bilik tempoh hari. Biji mata aku membulat bila proses pemikiran aku tadi merungkai konklusi. "Jap, kau ke yang pindah sebelah bilik aku, Sufi??" 

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Bertambah laju apabila Sufi mengangguk teruja.

"Asal doh kau pindah?" Masih tidak berpuas hati. Lebih tepat lagi, aku tak senang dengan kehadiran Sufi. Aku tak mampu membayangkan mukanya yang aku akan hadap setiap hari, dan kebarangkalian bahawa dia akan datang bilik aku setiap hari.

"Lupa ke? Kan kawan aku ada sini jugak. So, senanglah."

Aku hampir lupa yang Sufi ada kawan di sini. Kawan yang aku tak pernah jumpa dan tak pernah tahu kewujudan dia. Entah betul atau tak alasan yang dia bagi aku sendiri tak pasti. Yang aku pasti, Sufi akan jadi jiran aku dan aku terpaksa berpura-pura menyenangi kehadiran dia untuk jangka masa yang agak lama sebelum bermulanya cuti semester.

"Boleh aku masuk kejap? Rindu kat kau. Lagipun, aku penatlah punggah barang dari atas tadi. Itu pun still ada sikit barang dekat bawah." Tanpa dipelawa tuan bilik, Sufi dengan muka tidak bersalah melangkah masuk sambil mencubit pipi kiri aku. Haram jadah.

"Seriuslah, Sufi. Kenapa kau pindah sini?" 

"Haish dia ni.. Tak ingat ke apa aku cakap masa aku bawa kau pergi Mines haritu? Yang kau balik tinggalkan aku seorang tu. Ingat?" Sufi cuba berkias dengan aku. 

"Alah, cakap jelah. Malas aku nak ingat. Apa dia?"

"Aku nak dekat dengan kau."

Aku tanya, dia berkias. Dia dah jawab, aku pula terdiam. Bagus! Walaupun jawapannya pendek, tapi pendek itulah yang buatkan aku speechless untuk susun ayat seterusnya. Boleh jadi, ayat aku sendiri akan memakan diri. 

Aku menuju ke arah Sufi dan menolak badannya perlahan ke luar bilik."Err.. Sebenarnya aku nak bersiap ke kelas tadi ni. Sorrylah tak dapat tolong kau angkat barang, Sufi. Nanti-nantilah kita borak panjang eh?" 

Sebaik tombol pintu dibuka, Sufi mengenggam tangan aku dan menolak kasar pintu kembali tertutup. Aku tergamam. "Ben, aku serius. Aku nak kita jadi kawan rapat. Aku tahu kau ada masalah dengan Fattah, sebab tu aku pindah sini semata-mata nak kau ada kawan rapat yang baru. Demi kau Ben, aku sanggup buat apa je." 

Tangannya yang memegang bahu aku tepis laju. 

"Kau tak payah mengarutlah, Sufi." Aku berpura-pura ketawa. "Gila ke apa kau buat statement macam tu? Meremang doh bulu roma aku." 

"Kenapa? Kau tak suka?" Sufi cuba memerangkap, dan aku secara jelasnya terperangkap.

"Bukan tak suka..." Ayat yang sengaja aku biarkan tergantung. Aku mengalihkan pandangan ke luar tingkap. Ternyata cubaan aku ketawa untuk keluar dari situasi kekok tadi tidak menjadi.

"Sebab kau rasa bersalah lepas malam tu? Macam tu?" kata-kata Sufi buat aku berpaling semula memandangnya. 

"Malam apa ni? Cuba kau cakap dengan aku??" Aku meninggikan suara. 

Giliran Sufi ketawa, tapi sinisnya ketara kedengaran. "Ben, relax lah. Jangan tinggi suara, nanti orang dengar. Kau nak ke orang dengar apa yang kau dah buat malam tu dengan aku?"

Aku tergamam. Ketawa sinisnya masih bersisa.

"Sufi.. Aku cakap ni last and aku nak kau dengar betul-betul. Tak ada apa-apa yang jadi malam tu. Tak ada apa. Nothing. Kau hanya cerita kau putus tunang. That's it. Nothing more, nothing less. Kau faham? Sekarang, aku nak kau keluar dari bilik aku. Tak payah cerita banyak, tak payah nak putar belit cerita. Just keluar, please." Pintu bilik aku buka seluasnya untuk Sufi. Tak perlu aku buat alasan apa lagi, aku memang mahukan dia keluar dari bilik aku.

"Fine, aku boleh keluar. Tapi aku nak tunjuk kau satu benda ni. Benda dah lama dalam simpanan aku, tunggu masa je nak tunjuk pada kau. Dan disebabkan kau sombong dengan aku, berlagak konon-konon suci, aku terpaksa tunjuk." 

Poket seluarnya diseluk dan telefon bimbitnya dikeluarkan. Dalam hati aku dah merayu-rayu supaya Sufi tak tunjuk atau realisasikan apa yang ada dalam kepala aku ketika itu. 

Dah terhantuk, baru nak tergadah. Sufi tunjukkan video yang jadi malam tu. Hati aku panas, luluh, pedih, hancur. Video memang secara jelasnya ada muka Sufi... dan muka aku. 

"Kenapa kau trapped aku sampai macam tu, sial!? Apa kau nak sebenarnya hah?!"

Aku terduduk, menangkup muka. Tak mampu untuk berkata apa-apa lagi.

"Aku minta maaf Ben, aku kena buat macam ni. Kalau tak, kau takkan peduli dengan aku. Aku tak minta banyak dengan kau. Aku cuma nak rapat dengan kau. Cukuplah aku seorang je yang jadi teman lelaki kau. Tak ada yang lain." 

Dada aku turun naik menahan sabar. Lebih tepat lagi, aku tengah menahan sebak. Fikiran yang menerawang jauh memikirkan perasaan mak kalau mak tahu yang anaknya masih buat perangai!

"Su.. Sufi.. " Aku memanggil Sufi perlahan yang mahu melangkah keluar.

"Ye, Ben?"

"A.. aku.. Video tu.. Ma.. Macam mana.."

Tak ada apa yang mampu aku buat ketika itu. Perasaan bersalah menyelubungi. Sempat aku cuba merampas telefon bimbit yang kemas dalam genggaman Sufi, tapi lelaki itu lebih pantas menepis. Bangsat! Dasar bangsat!

"Ingat Ben.. No Dean, no police, no friends, no lecturers, no whatsoever. Or else, Puan Zaharah will be the witness of this lovely video. Aku pasti kau tak nak benda yang sama jadi pada arwah ayah kau, jadi pulak kat mak kau. Faham? See you tonight, BFF!" Sufi melemparkan senyuman sinis sebelum keluar meninggalkan aku terpinga-pinga.

Aku kembali terduduk dengan air mata yang menunggu untuk jatuh.








Continue Reading

You'll Also Like

1.5M 64.6K 75
(KARYA KETIGA KHAISHIF) Asli daripada : KhaiShif Beautiful cover by : KhaiShif [Probook Award:Winner King Of Thriller] [Siri L&D] B3 NO COPY! ⚠️ T...
88K 4.6K 38
Everything happens have a reason ♡♡♡ CERITA INI HANYA REKAAN SEMATA-MATA DAN DIPUBLISH DALAM SABAHAN LANGUAGE
20.3K 2K 15
Cerita ini penuh dengan misteri dan aksi-aksi seram. Siapakah A'ma. A'ma merupakan seekor jin yang mewujudkan dirinya seperti wanita bertelekung yang...
6.9K 1.7K 61
GENRE (ROMANCE/HUMOR/FRIENDSHIP) "Janji dengan saya yang awak takkan lupakan saya ye, Mi-chan?" Itulah janji yang telah di buat antara dua orang raka...