Misi Hafiz

By khrnnisa_nisa

69.3K 1.4K 98

Nk tau,kena baca.😂 More

PART 1
PART 2
PART 3
PART 4
PART 5
PART 6
PART 8
PART 7
PART 9
PART 10
PART 11
PART 12
PART 13
PART 14
PART 15
PART 16
PART 17
PART 18
PART 19
PART 20
PART 21
PART 22
PART 23
PART 25
PART 26
PART 27
PART 28
PART 29
PART 30
Ninonino
PART 31
PART32
PART33
PART34
PART35
PART36
PART37
PART38
disappointed.
HARUS BACA!
PART39
PART40
BANTU SAYA.
????
PART41

PART 24

1.1K 25 1
By khrnnisa_nisa


"Abang..tengok ni comel kan patung ni?" Lisa mengusung patung besar dan gebu berwarna pink. Ni konfem nak suruh orang belanja.

"Hm,comel." Jawab hafiz ringkas.

"Comel macam lisa tak?" Lisa mengerdipkan matanya yang bulat itu. Hafiz mengosok dagunya gaya seperti orang sedang berfikir.

"Comel macam lisa..tapi----" hafiz sengaja membiarkan ayatnya tergantung.

"Tapi apa?????" soal lisa teruja. Hafiz memang tak sah kalau sehari tak berteka-teki dengan lisa.

"Tapi sayang,lisa lagi gemok dari patung tu. Eeee gemok,montel makan je tau."

"Hello memang lah gemok tapi fluffy apa..boleh buat bantal peluk lagi. Kan sweetie kan?" Lisa memeluk erat patung besar itu.Memang badan lisa tak seramping model diluar sana. Lisa memang kuat makan,tapi buat apa nak jaga badan sangat? Kurus macam lidi kan tak best dah macam jerangkung pipi cengkung. Asal tak obes dah lah ye. Hahahahaha.

"Bantal peluk? Ouh ok lah dah lisa cakap macam tu abang peluk lisa jela malam ni. Bantal peluk abang pun dah tak gebu,boleh abang peluk lisa puas-puas."

"Hm pervert! Dah la lisa nak bayar patung ni. Abang tunggu sini,jangan pergi mana-mana..after this lisa nak beli baju pulak." Lisa mengaturkan langkah ke kaunter.

"Masuk kedai ni..dah lebih 10 kedai kita masuk,makan pun belum. Nasib solat tadi dah buat awal-awal. Ni lah perempuan kalau dah bershopping,tak ingat dunia! Nanti mula lah sakit kaki lah,bahu lah,pinggang lah." Bebel hafiz perlahan..memang dia suka membebel.

"Hmm abang,lepas ni lisa nak cari baju..baju kerja lisa banyak yang dah senteng." Lisa mengunyah penuh selera,mulut penuh dengan makanan pun nak bercakap? Arghh so childish lisa..

"Lisa,behave la sikit..mulut tu penuh jangan sibuk nak cakap. Tengok dah comot pipi tu." Dah macam mak lagaknya..sibuk membebel sebab nak menegur budak sorang ni. Laju saja tangan hafiz mencapai tisu yang ada di atas meja lalu dia mengelap pipi lisa. Tapi lisa still makan berlagak macam nothing was happened?

Kalau dalam cerita,biasanya..biasanya lah lelaki buat macam tu pun dah di kira sweet tahap kronik. Tapi lisa buat dek je?

"Alah..tak payah la nak lap lap sangat fiz,lisa boleh lap sendiri lah." Lisa merampas tisu yang dipegang hafiz.

"Lisa makan macam ni sebab nak menikmati faham tak? Lama lisa tak makan macam ni. Sekali-sekala apa salahnya hehe." Lisa terus mengunyah lahap. Memang patut badan macam tu.

Hafiz teringat masa kecil,dia lah yang back up lisa daripada kena ejek dengan budak nakal. Lisa pun..bukan nak lawan,melalak je tau nasib la hero sejati ni turun padang.

"Woi gemok! kau tengok din,dia makan tiga ketul ayam sekaligus ni manusia ke king kong yang makan! Ahahahahahahaha!" budak bernama aiman mengherdik lisa

"Betul la kau cakap,haa kau tengok la pipi dia tu macam pau tak cukup masak! Hahahahahaha"

"Gemok..montel..gemok..kuat makan."

"Eeeee siapa lah yang kawin dengan kau nanti..malang sungguh! Ahahahahahaha"

Lisa hanya mampu memeluk bekalnya dan menangis sepuas hati. Dia baru bercadang nak makan sambil menunggu papa di depan sekolah. Dia memandang sayu ayam yang sudah bertaburan di lantai,sudahlah dia belum makan pada waktu rehat tadi.

Lisa baru nak melawan tapi ada sesusuk tubuh yang berdiri di hadapannya. Hafiz!! Bersinar mata lisa..memang dia tengah perlukan pertolongan. Biar terlebih ajar sikit dua manusia yang tak bertamadun ni..dasar monyet! Tau nak bahan orang je.

"Hoi!! Kau buat apa dekat adik aku?" Hafiz menolak budak yang dipanggil din.

"Dah dia gemok,aku ejek la dia gemok. salah ke?" Amboiii berani sungguh din ni.

"Kurang ajar kau!!" Penumbuk sulung hafiz hinggap di muka din.

Aiman yang sedari tadi hanya berdiam diri..tau takut! Dah kena sergah muka kecut,kalau tak mulut tak reti jaga!

"Haa..yang kau? Apahal ejek adik aku?" Hafiz mendekati aiman yang dah tak senang duduk bagai cacing kepanasan!

"Err,am--ampun bang...ka--kami janji tak buat lagi." Aiman berundur ke belakang sambil menunduk dia tak sanggup nak pandang muka hafiz a.k.a penolong ketua pengawas.

"Aku warning korang..sekali lagi aku nampak kau ejek adik aku,aku lunyaikan korang. Ni kawasan aku! Tak yah nak buat onar kau faham!" Din bangun dan berdiri di sebelah aiman. Lisa hanya ketawa sakan dekat belakang,haa tulah balasan nak sangat cari pasal dengan aku. Siapa tak kenal abang hafiz aku ni,garang kalahkan singa. Padan muka!!

"Fa-fa-faham bang.." aiman dan din masih menunduk.

"Dah tunggu apa? Berambus la!!"

Terus din dan aiman lari lintang-pukang..kebetulan hafiz balik lambat pada tengah hari itu ada perjumpaan pengawas. Ternampak lisa,ingat nak ajak balik sekali nanti papa lisa boleh ambil dekat rumah dia je. Tapi dia nampak lisa menangis teresak-esak. Kerja siapa lagi kalau bukan dua ekor beruk tu! Memang terkenal dengan sifat nakal,habis semua budak junior dia nak buli padahal aku tua dari diorang kot. Habislah kalau cikgu nampak aku belasah budak,kalau macam ni gayanya.. memang kena lucut jawatan,tapi terpaksa belasah!

"Thanks abang..kalau takde abang tadi mesti lisa kena lagi teruk."

"Hmm dah,lap air mata tu takyah nak cengeng sangat. Ni pak ngah amik lambat lagi ke? Ikut abang balik je. Nanti abang bagitau pak ngah."

"Ok..tapi--lisa lapar"

Hafiz menjeling lisa,dalam situation macam ni still fikir pasal lapar? Macam lah aku kejam sangat tak bagi dia makan..nanti dekat rumah kan boleh?

"Takde,takde balik rumah baru makan..now follow me,kita naik bas tambang je."

Mereka berpimpin tangan ke pondok bas hadapan sekolah. Sebab lisa ni kecil lagi,baru darjah 1,Hafiz pula darjah 6. So anything yang terjadi nanti mesti hafiz dipersalahkan sebab dia yang tua. Lagipun hafiz tak kan biarkan budak kecil yang cengeng macam lisa ni nak melintas seorang diri. Tanggungjawab katakan huhu.

"Hafizzzzzz!!!!!"

"Apa ni jerit,jerit pekak la telinga aku woi!" Hafiz menolak kepala lisa yang memang betul-betul di telinganya ya allah suara dah lah kalah tarzan masyaallah sabarkan jela hati dapat wife macam ni.

lisa membetulkan tudungnya yang senget akibat ditolak hafiz tadi."Haa baru nak dengar,dari tadi orang terpekik macam apa tak kira pulak eh. orang tua memang pekak badak ke?" Lisa memeluk tubuh. Merajuk la konon. Yelah mak enon sorang tak habis shopping dah tua pun tak reti nak mengalah..dah malam pun nak bershopping?

"Tadi beria nak balik,nanti mama risau lah..papa marah lah,bahaya lah itu lah ini lah. But now! Dok tercongok macam patung cendana what are you waiting for?drive lah apa lagi?!" Suara lisa sedikit tinggi..memang cari nahas kalau lisa dah mengamuk sakan macam ni. Bukan apa,hafiz teringat kisah silam bukan salah dia. Salah otak dia yang memproses semua tu. Huh? Salahkan otak pulak.

Lisa mendengus geram,baru pukul 9 malam..bukannya aku keluar dengan orang lain,husband sendiri juga. Apa pulak mama dengan papa nak marah? Alasan! Cakap lah memang tak sudi nak teman. Tau tadi aku campak hafiz ni tepi jalan dah lah banyak songeh.

"Haa ngumpat la tu,tak baik tau ngumpat laki sendiri dosa. Tak takut dosa?"

"Eleh,habistu kalau laki sakitkan hati bini sendiri tak kira dosa ke? Unfair,semua laki je yang dapat..laki jela ada hati so para bini ni hati kering?"

"Hello abang tak cakap macam tu,abang cakap sepatah je..pandai menambah. Syurga lisa dekat mana sekarang?"

"Hm yela yela..just drive and back to home. No more discussion."

"Abang belum.."

"Shhhhhhhhh"

Lisa oh lisa kalau kau patung dah lama aku terajang. Sakit pulak hati ni,asyik ikut kepala dia je. Masak la macam ni.

♣♣♣♣♣♣♣♣♣

Kedengaran sayup azan menandakan waktu subuh telah pun masuk. Dia tak mahu berlengah untuk menunaikan kewajipannya yang satu itu. Jap,baru dia perasan ada something tak kena.

Oh my Allah! Siapa pandai-pandai alihkan bantal peluk ni?! Lisa terus menolak kasar tangan hafiz,hafiz terpisat-pisat tau pun nak bangun..ingat dah tak reti nak bangun!

"Hoi..fiz,bangun solat subuh nanti terlepas pulak." Lisa mengoncangkan tubuh hafiz yang agak sasa itu sambil menyanggul rambutnya rapi.

Baru dia nak ke bilik air..tapi dia terlupa yang dia mc . Takpe lah boleh terus buat breakfast. Lisa menarik nafas lega,baju semalam tak bertukar jadi hafiz tak sentuh dia. Ok cun. Jom berendam!

Guys author bayangkan hafiz sebagai nazim othman and lisa sebagai janna nick version berhijab. Memang superb!! <3
Enjoy for this chapter and sorry for the late update hee.


Continue Reading

You'll Also Like

3.3M 36.5K 14
✨ COMPLETED ✨ "encik saya minta maaf , saya cuma ternampak apa yang encik buat tapi saya janji takkan bagitahu sapa-sapa" - Ayra Husna "shut up littl...
585K 24.9K 71
𝑅𝒶𝒿𝒶 𝐿𝓊𝓉𝒽 𝐻𝒶𝓎𝓎𝒶𝓃×𝒲𝒾𝒹𝑒𝓁𝒾𝒶 𝐻𝒶𝒾𝓏𝑒𝓁 Apabila si gadis ingin menghilangkan stres di pantai di salah erti si jejaka. "Kau gila k...
6.2M 176K 96
Syafiha diminta oleh kawan baiknya untuk mengantikan pengantin perempuan dek kerana pengantin perempuan telah menarik diri dari majlis perkhawinan te...
4.9M 197K 46
"I hate you!" - Aisya Zahra "But I love you." - Airil Iskandar Seorang wanita yang kena tangkap basah dengan anak bossnya sendiri? Dia, lelaki mafi...