PART 18

1K 28 0
                                    

'kenapa aku tak boleh lepaskan zulkifli,aku kena bangkit! Mesti zul tak suka tengok aku macam ni.' Lisa mengesat air matanya kasar..dia menatap gambar dia dan zul yang ditangkap ketika mereka pergi ke cameron highland,wajahnya sungguh tenang dan gembira. dah tak tertahan rindu lisa,tetapi yang pergi kena lepaskan jua biarlah dia tenang di sana.

Usai mandi..lisa nekad dia akan berubah senang kata move on. Dia tersenyum di hadapan cermin,dia dah boleh terima kenyataan. Tapi kasihnya terhadap zul tidak sedikit pun pernah berubah,zul..cinta pertamanya. Lisa terus menyarung tudung,kemas di kepala. Dia turun untuk bersarapan,kasihan aunty sofea dah lebih seminggu naik turun tangga ketika waktu makan..hanya sebab nak pujuk lisa makan. Memang lisa perasan,badan tembam miliknya kian susut kerana hilang selera.

Kakinya terhenti ditengah tangga lisa bersembunyi di sebalik tangga apabila terdengar perbualan antara aunty sofea dan uncle aziz.

"Saya memang nak tanya lisa,but i think she need more space..biar condition dia betul-betul stabil. Saya sendiri akan tanggung segala risiko sebab saya yang cadangkan semua ni." Kedengaran suara aunty sofea bagaikan memujuk.

"Saya ni bukannya tak setuju..saya setuju sangat. Tapi hafiz,dia membentak..dia kata saya membelakangkan dia dalam hal ni sebab kita buat persiapan senyap-senyap." Kali ni uncle aziz pula yang bersuara. Apa yang mereka bincangkan?

"Saya tak kira..saya tetap dengan keputusan saya,kalau bukan dia siapa lagi nak menjaga,membimbing lisa bang. Saya risau dengan lisa. " lisa tersentak. Apa yang mereka cakapkan ni? Aku? Hafiz? Membimbing? Haa apa ni?

Lisa terus keluar dari tempat persembunyiannya tadi. Dia berdehem,kemudian dia senyum..selebar-lebarnya. Dia perasan wajah kedua-dua orang tua kesayangannya itu sungguh terkejut,berkerut dan kelu..mungkin mereka tak sangka yang lisa turun pagi itu. Memandangkan dah dua minggu tak keluar bilik. Ntah bilik dah bau apa pun tak tau hikhiks.

"Morning ma,pa..so you guys dah breakfast ke?" Tanya lisa sambil menghenyakkan punggung di sofa. Uncle melopong..watchout! Nanti lalat masuk mulut hahaha.

"Ouh kamu baru nak breakfast,lisa nak makan ke? Jom kita ke meja makan." Aunty sofea menarik lengan lantas memeluk bahu aku. Sungguh aku rindu dengan kehangatan aunty sofea,maafkan lisa sebab banyak menyusahkan aunty.

Di meja makan uncle aziz asyik memandang aunty sofea seakan ada benda yang tidak kena.

"Err lisa..." suara aunty sofea memecahkan kesunyian di meja makan

"Yes ma,ada something yang mama dengan papa sembunyikan ke?why everyone look so weird this morning." Lisa akhirnya bersuara,tak senang duduk dengan situasi sekarang. Janggal .

"Mama harap lisa tak marah dengan apa yang kami nak bincang dan explain dekat lisa. Well memandangkan persiapan pun kami dah plan." Belum sempat aunty sofea menghabiskan kata..

"Kami nak lisa dengan hafiz nikah,kalau lisa perlukan masa kami akan tunda..kami akan terima segala syarat,asalkan kamu nak nikah dengan hafiz." uncle aziz membidas.

Lisa bungkam. Nak jawab apa? Ya Allah jadi betul lah sangkaan lisa tadi..kenapa harus hafiz si orang tua!

"Err lisa nak kena fikir dulu..kalau papa dengan mama takde pape nak cakap lagi,lisa masuk bilik dulu." Lisa terus membawa pinggan ke dapur,selesai membasuh pinggan..dia terus ke bilik. Apa aku nak jawab ni? Lisa memang nak yang terbaik untuk masa depannya sendiri tapi sekarang sumpah dia buntu.

Ketukan pintu menyedarkan lamunan lisa,pantas diseka air mata lisa yang berderai tadi. Mana mungkin dia nak menggantikan orang lain di tempat zul..tak mungkin,dia masih mencintai zul sepenuh hatinya.

"Masuklah.." lisa sengaja menyibukkan diri dengan mengemas katil..padahal memang dah kemas.

"Lisa...mama nak cakap sikit."

"Have a seat ma." Lisa mempelawa aunty sofea untuk duduk di sofa.

"I know,it's hard..memang susah nak lupakan cinta pertama,mama faham tapi lisa kena juga buka pintu hati tu untuk lelaki lain kan? Tak kan lisa nak jadi andartu nanti tak laku hahaha." Aunty sofea senang dengan perubahan anak sedaranya yang sudah dianggap seperti anak sendiri.

"Ish aunty ni,lisa tak nak jadi andartu hahaha."

"Lisa..dah sampai masanya kamu dibimbing,dijaga,dicintai dan disayangi dengan cara halal. Mama nak yang terbaik buat kamu..kamu dengan fiz pun dah kenal lama kan? memang kana ada dugaan dan macam-macam yang kita lalui dalam perhubungan dan mama nak lisa sabar. Segalanya akan berubah lisa,tak selamanya kamu akan disenangi,sekurang-kurangnya hafiz akan jaga kamu. Kamu jaga hafiz,mama percaya inilah yang terbaik untuk kamu berdua. Mama harap lisa tak menghampakan mama." Mata aunty sofea sudah berkaca,begitu juga dengan lisa...aunty sofea memeluk lisa,lama.

Sebelum pelukan terlerai,lisa sempat membisikkan sesuatu.

"Lisa tak akan hampakan mama dan papa..cuma bagi seminggu dua untuk lisa tenangkan diri,lisa setuju dengan pernikahan ni." Aunty sofea tersenyum lebar. Dia meninggalkan lisa di dalam bilik. Biarlah lisa membuat keputusan yang pasti.

Lisa sekarang keliru dengan keputusannya sendiri dia termenung,takpelah..sudah sampai masa untuk aku balas semula jasa mereka. Bukanlah susah pun,nikah je kan? Hihu.

Misi HafizWhere stories live. Discover now