PART39

1.3K 33 0
                                    

Petang tu,aku dan Lisa rancang nak ke rumah mama. Mama belum pulih sepenuhnya,cuma better la dari mula-mula dia sakit. Dah boleh senyum walaupun tak lebar mana,kalau tak..hmm.

Dalam kereta,aku dan Lisa bercerita tentang masa muda. Ceh macam dah tua sangatttt je. Tak adalah..kami cuma bercerita macam mana Lisa boleh setuju nikah dengan aku. Katanya tiada paksaan daripada mana-mana pihak pun. Lagipun,masa tu dia masih rapuh,selepas kehilangan Zulkifli dia rasa dia perlukan sesorang. Seseorang yang boleh bimbing dia,dekatkan diri dengan Allah. Lagipun Lisa kan memang dah kenal aku lama,she said aku lah satu-satunya lelaki yang dia percaya. Walaupun dia anggap aku sekadar abang je. #abang_kembang XP

"Ok,abang dah tanya Lisa kan. Rasa macam unfair la pula kan kalau Lisa tak tanya abang. So,kenapa abang on je bila nak nikah dengan Lisa? Selalu liat beno bila mama dengan papa bangkitkan isu nikah . Ada saja alasan,tak ready la,itu la..ini la."

Aku berdehem sebelum memilih untuk berterus-terang saja. Motif berdehem,nak hilangkan rasa gugup haih.

"Ok..em sebenarnya,abang...dah lama menaruh perasaan dekat sayang. Bukannya abang suka bila Zulkifli dah tiada,big no! Cuma cuba sayang fikir balik...mungkin memang dah jodoh kita. Kan? Hehe. Akan ku semai cinta ini,semoga mendapat redha ilahi. Muahahaha jiwangnya!"

Lisa dah tersipu malu,ketawa kecil. Suka lah tu!

"Walaupun sepanjang kita berkahwin ni,abang jarang kejut sayang bangun malam untuk solat tahajud..tapi In Sha Allah...abang cuba untuk berbuat sedemikian. Sayang pun tau kan,tanpa Allah,hubungan yang berlandaskan nafsu semata-mata hanyalah sia-sia. Janganlah sesekali meminggirkan Allah dalam setiap urusan kita. Redha Allah tu penting."

Haih banyak dah bebel hahahaha. Lisa cuma mengangguk perlahan.

"Ok,kita dah sampai."

"Abang,tak ada bawa buah tangan ke?" Lisa rasa tak senang la pula datang dengan tangan kosong. Walaupun rumah mertua,adab harus diutamakan.

"Ha ni lah sebab abang sayang sangat dekat sayang,reti jaga hati orang..tapi hati abang tak jaga pula? " aku mengusik.

"Lisa serious laaaaa,ada ke tak?"

"Sayang nampak abang main-main ke? Ok......buah ada dekat belakang,emmm tangan nak buat apa ek? Tampal kat buah ke?"

"Ishhhh abang ni..dah lah! Malas nak layan. Banyak pula cekadak dia." Lisa mengeluh. Punah harapan,pintu kereta kunci pula time macam ni.

"Lisa nak keluar kereta,pintu kereta kunci!" pandai aku 'berpantun'.

"Abang ni! " laju saja tangan Lisa backhand dada aku.

Aku mengaduh kesakitan sambil tergelak kecil.  Boleh tahan ganas eh. Tak apa,lagi ganas..lagi abang shukaaaa. Muahahahaha.

"Ok I'm sorry. Stop it!" Aduiii tak boleh tahan dia punya cubit ketam.

"Jangan lupa ambil buah dekat belakang tu!" Lisa melaung lalu bergerak masuk ke dalam rumah.

"Baik madam! Hahahahaha" makin hari makin mesra. Alhamdulillah.

Bila aku masuk ke dalam rumah,aku cuma nampak mama yang sedang terduduk di atas lantai. Meraung,menangis bagai nak gila dan tak nampak tanda-tanda macam mama nak berhenti daripada menangis. Aku yang tercengang terus meletakkan buah ke atas meja kopi. Kenapa ni?

"Errr apa dah jadi ni?" Aku pandang papa,papa pandang Lisa. Lisa pandang seorang pak cik tua. Dia...dia lah orang yang selalu Lisa ceritakan tu!

"Aku minta maaf dik,aku dah menyesal. Aku dah insaf dik,aku menyesal...jangan hukum aku macam ni dik. Tolonglah." Mama mengesot ke arah pak cik tua itu,cuba untuk menggapai kakinya.

Aku yang kaget terus meluru ke arah mama namun ditegah oleh papa. Someone please tell me apa yang dah jadi dalam rumah ni?!

Pak cik tua tadi terus menarik lengan mama,memaksa mama untuk bangun. Mama hanya merelakan sahaja,selepas bangun dia terus memeluk lelaki tua itu.

"Kak,aku dah maafkan kau lama. Aku memang sedih...hancur hati aku kak bila dapat tahu kau dalang semua ni. Tapi kau jaga anak aku dengan baik,kau layan dia baik. Tu pun dah buat aku rasa bersyukur. Aku tak nak walau satu sen pun harta peninggalan tu. Kau percayalah cakap aku ni kak."  Lelaki tua itu terus menerus mengulang benda yang sama.

Lisa jatuh terduduk,dia menunduk. Jadi betul apa yang Lisa sangka selama ni. Memang lelaki tua itu bukan orang sembarangan. Dia...ayah Lisa.

"Aku...aku percaya dik. Aku percaya! Maafkan aku,aku banyak dosa dengan kau dik. Aku hina,kau hukumlah aku! Kau pukul aku!" Mama bertindak di luar kawalan,sia menepuk kepala dan menampar diri sendiri. Aku terus memeluk mama,makin di biar..makin teruk nanti.

"Aku pergi dulu kak." Dia menepuk bahu aku,membuatkan aku terkejut.

"Hafiz,jaga Lisa untuk Uncle. " sempat dia berpesan kepada aku. Aku cuma mempu terdiam. Masih mencerna apa yang dua beradik ni bicarakan tadi.

"Ayah,tunggu." Lisa bangun lantas mengesat air mata yang masih berbaki. Dia menghampiri Uncle Rayyan.

"Lisa nak ikut ayah,please."

"Lisa,tempat isteri di sisi suami. Jangan fikirkan sangat tentang ayah."

"What do you expect from me after bertahun-tahun lamanya ayah tak ada? Abang...izinkanlah Lisa ikut ayah. Tolonglah. Ayah..bolehlah,Lisa nak ikut ayah."  Lisa megoncang lenganku. Merayu.

"Pergilah,abang..abang izinkan." Lisa menarik lalu mencium tanganku penuh kasih. Biarlah..biar dia pergi. Mungkin nak cari ketenangan,meluangkan masa dengan ayah yang dah lama menghilang. Lagipun aku kena tanya mama dan papa. Apa sebenarnya berlaku.

Apa yang mama telah lakukan sampai sanggup jadi gila semata-mata untuk minta maaf?


Misi HafizWhere stories live. Discover now