PART 25

1.1K 30 0
                                    

Such a beautiful morning. Maya mengambil beg sandangnya di seat sebelah dan terus keluar dari kereta. Dia dah tekad,akan melupakan kisah silamnya yang pahit itu. Dan dia mahu membuka buku baru,sekarang papa sudah sedar yang mana kaca yang mana berlian dan meminta maaf atas kesilapan lalunya..tapi kini semuanya sudah terlambat! Betapa hancurnya hati maya bila mamanya mengkhabarkan kepadanya bahawa hafiz sudah bernikah,ya..memang lisa cantik dan perfect di mata maya. Tiada cacat celanya,sudahlah cantik,bekerjaya dan berwibawa. Memang sesuai dengan hafiz tapi hati maya sebenar-benarnya masih untuk hafiz. Kalau lah papa tidak memaksa aku untuk tinggalkan hafiz,mungkin semuanya akan berubah..semuanya.

Pantas maya menyeka cecair panas yang mengalir ke pipi. Dia membetulkan wide shawl yang terletak di kepala. Dia mahu kelihatan segak di hari pertamanya sebagai student. Dulu,papa juga yang melarangnya untuk sambung belajar dan mengahwini pilihan papa. Tapi..lihatlah sekarang,jantan yang tak guna tu juga yang hancurkan life aku. Teganya papa membiarkan aku disiksa untuk kepentingan sendiri,ternyata syarikat lagi penting dari aku.

Maya datang juga bukan dengan tangan kosong,dan niatnya baik..dia nak memohon ampun kepada hafiz. Satu-satunya lelaki yang disayangi dan dicintai sepenuh hati,bolehkah aku mencari pengganti dia? Aku tak mahu di gelar perampas.

"Em lisa,tengah hari ni lunch dengan abang?" Hafiz yang sedang drive tiba-tiba memecahkan kesunyian di dalam kereta.

"Em sorry but lisa dah janji dengan hani nak lunch sekali,would you like to join us?"

"Sure! So tengah hari ni,lunch dekat mana? Nanti cakap dengan hani tak payah jemput lisa."

"Em ntah belum set lagi,nanti hani bagitau la kot." jawab lisa sambil memandang kosong ke luar tingkap.

"Kenapa lain?"

Apa yang lainnya? Eh orang tua ni. Lisa membelek bajunya seterusnya menarik cermin untuk membelek wajahnya pula. Apa yang lain?

"No,i mean look at you. Diam je dari tadi. Abang tanya baru nak jawab,then diam balik."

Aku mengendahkan apa yang hafiz katakan tadi. Dah orang diam,tak kan nak memekak? Macam tak siuman je.

Suasana itu kekal sampailah ke kampus. Lisa just not in the mood,ntah la tak tau kenapa. Sebelum keluar dari kereta,hafiz menyuakan tangannya di mata aku. Aku menjongketkan kening,yelah tiba tiba je.

"Salam." Lisa terus malu,sebab blur sangat lah ni..dari tadi fikiran melayang ntah ke mana hihu. Baru nak lepaskan genggaman tangan,hafiz sudah mencium dahiku. Kali terakhir dia cium dahi aku,masa pembatalan wuduk hari tu. Lisa akui,dia rasa sungguh selamat apabila hafiz di sisinya cuma dia tak suka apa ntah lagi sayang dan cinta terhadap hafiz. Dapatkah aku menerima hafiz?

Hafiz melepaskan tanganku,dengan perlahan. Sungguh aku terharu. Baru aku teringat tentang arwah zulkifli,cinta pertama aku. Lelaki pertama yang mengajar aku erti cinta,aku rindukan dia..semua tentang dia. Matanya yang redup,senyuman manisnya,tutur bicara yang menyenangkan hati,peribadinya yang mulia. Kau harus lupakan zul,hafiz yang kau patut fikirkan. Dia suami kau yang sah,lelaki yang akan habiskan sisa hidupnya dengan kau apabila tua kelak. Tapi zul,abang zul tetap my first lover. Only him.

Deringan telefon bimbit lisa mematikan lamunan lisa,entah melayang ke mana lisa tadi. Dia menjawab panggilan hani. Baru dia perasan dah masuk lunch hour,mana hafiz ni kata nak join lunch dengan hani hm.

"Maya? What are you doing here?"

"Im a student."

"Ha?seriously,student?" Hafiz teringat tentang lisa,dia terus pergi dari situ meninggalkan maya yang terpinga-pinga.Baru dia nak jawab pertanyaan hafiz. Biarlah perempuan tu nak hidup.

"Sorry im late." Ok hafiz,get ready dengan amukan monster hahahahahaha.

"You're late for 5minutes. jom..hani dah tunggu tu."

"Tapi denda tetap denda,you kena belanja kitorang." Suara lisa menyambung,baru hafiz nak tarik nafas lega tapi kena juga..

Mesti hafiz dah tak nak maafkan aku,nak bercakap dengan aku pun sikit punya payah! Dia tinggalkan aku macam tu je tadi? Nasib lah aku dengan dia je ada dekat situ,kalau tak aku kena tanggung malu.

Maya mengomel sendiri,terlayar semula kejadian yang membawa kemusnahan perhubungan mereka berdua. Kenapa aku sanggup cakap macam tu dekat hafiz? Menyesalnya..mesti dia ingat aku ni perempuan jalang. Damn! I hate this feeling. Quilty.

"Hani,today kita enjoy! You order apa yang you teringin nak makan and make sure mahal. Well my beloved husband nak belanja!" Lisa pandang hafiz disebelah. Masam mencuka! Haa padanlah muka.

"Kau ni lisa...tak sudah nak menyakat hafiz tu,kau ni dari dulu sampai sekarang sama je kan?"

Selesai je makan,mereka sambung berbual. Lagipun ad setengah jam lagi sebelum habis lunch hour.

"Kau ingat tak dulu,masa first time kau datang rumah aku."

"Of courselah aku ingat!! Time tu aku asyik nak bertekak je dengan arwah zul."

Hafiz yang memilih untuk berdiam diri,segera fokus dengan perbualan mereka berdua.

"Hmm,rindu la pula dekat arwah zul. Kalau lah dia ada dekat sini..mesti meriah. Kan hani?" Lisa menyambung.

Panas telinga hafiz,masakan tidak sakit hati. Isteri sendiri bercerita pasal kekasih lama,hafiz tahu mereka berdua nikah pun kerana terpaksa. Bukan berlandaskan cinta,tapi hafiz dah cuba untuk terima kenyataan bahawa lisa lah isterinya yang sah. Lisa lah yang akan jadi ibu kepada anak-anaknya. Hafiz dah mula sayang lisa lebih dari seorang adik,hafiz sayangkan lisa sebagai seorang isteri. Tak kan lisa tak nampak semua tu?

Tanpa berfikir panjang,hafiz bangun dan meminta untuk mengundur diri. Lisa terpaksa ikut sama beredar, tak nak menyusahkan hani untuk menghantarnya pulang ke kampus.

Laju saja kaki hafiz berjalan menuju ke arah kereta. Lisa cuma mengejar dari belakang,takde lah kejar tapi laju la juga. Nasib baik lah dia pakai seluar,kalau dia pakai kain dah tentu tersungkur tadi.

'Ish,takkan lah dia ni cemburu? Bukannya dia suka aku pun,tapi...aduh.' lisa dah gelisah,dari tadi hafiz diam saja. Marah ke? Kau pun satu lisa! Dah elok dia nak berbaik dengan kau..kau pulak buat hal. Kan dah perang semula.

"Em,hafiz..esok kan weekend,ada plan nak pergi mana-mana ke?" Lisa saja membuka topik. Nak mengurangkan suasana tegang dan janggal tadi.

Diam.

"Hafiz? Answer me!" Suara lisa menjadi tinggi sedikit dari tadi. Geram! Macam bercakap dengan patung cendana!

"Tak perlu nak jerit,i heard you." Hafiz membalas acuh tak acuh.

"Are you jealous?" akhirnya lisa tanya juga soalan yang ditunggu-tunggu hafiz. War begin!

"Why i nak jealous? Well,you kan rasa you ni just isteri atas kertas. It's ok,im strong enough to say no,im not jealous." Hafiz cuma menjeling lisa. "Beloved husband lah sangat." Bisik hafiz perlahan.

'Hello? Ingat aku tak dengar ke apa yang dia bisik. See? Jealous tak nak ngaku. Eleh dia dengan maya takde pulak aku nak kecoh.'

Shut your mouth lisa,now..silent is much better.

We will wait and see. Aku ni isteri atas kertas or what. You didn't even know me orang tua.

Misi HafizWhere stories live. Discover now