PART 12

1.1K 32 0
                                    

Lisa saja nak ambil angin segar di luar,dia duduk di bangku yang terletak di halaman rumah..telefon lisa berbunyi..aunty sofea yang call,tanpa berfikir panjang dia terus mengangkat panggilan itu.

"Assalamualaikum lisa?"

"Waalaikumussalam,ya aunty..kenapa call malam-malam macam ni?"

"Takdelah,aunty nak tanya khabar je..lisa sihat? Bila nak balik KL?"

"Alhamdulillah sihat je aunty..inshaallah kalau semua ok,esok pagi dah gerak."

"Check condition kereta tu,takut nanti tiba tiba buat hal tengah jalan..kamu tu perempuan,bukan dekat johor dengan KL"

"Haa ok aunty."

"Ok lah aunty ada kerja so jumpa esok? Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

Lisa termenung..seperti sedang memikirkan sesuatu tapi apa yang dia fikir? Masa depan? Hm yang sebetulnya dia rindu,rindu dengan family sendiri. Hidupnya tidak lengkap setelah kehilangan insan tercinta,nak berpatah balik..jauh sekali sebab dia dah pun melangkah selangkah ke hadapan. Lisa bagai tiada arah tuju dia takut kehilangan orang yang dia sayang..sekali lagi.

Tanpa lisa sedar,air mata jatuh ke pipi..pantas diseka lisa dengan menggunakan tangan belakang.

"Lisa.." hani sudah memeluk bahu sahabatnya.

"Kenapa kau nangis?"

"Tak..takde pape cuma terkenang kisah lama." Jawab lisa dengan lemah sambil mengesat lagi air mata yang masih berbaki.

"Setiap kejadian..ada hikmahnya,Allah lebih sayangkan mereka lisa dan Allah uji hamba-hambanya yang mampu. Sebagai hambanya yang serba kekurangan,kita hanya mampu redha dan berdoa semoga mereka tenang di sana..kau jangan risau,keluarga aku ada untuk kau..kau tak boleh lupa kau still ada hafiz,aunty kau. Aku tau kau tak selemah ni,kau lepaskan lah semua tu malam ni tapi kau janji dengan aku..kau tak kan nangis lagi lepas ni." Hani sedaya upaya cuba untuk menenangkan lisa..dia faham perasaan lisa,siapa yang tak sedih jika kehilangan orang yang kita sayang..dua sekaligus pula tu.

"Thanks hani,aku cuma tak boleh kawal emosi..entah lah rasa macam baru semalam mereka pergi..pergi tinggalkan aku."

"Dah..jom la masuk,nanti esok nak gerak KL kau jangan ingat aku nak drive sorang nanti aku pun naik ngantuk at least kau teman aku berbual ke kan?"

"Hmm ok..jom"

Langkah terhenti bila zul dah ada depan lisa dan hani..mana dia nak sorok mata dia yang tengah sembap ni?dengan hingus lagi ish malu!! Wajah zul yang berkerut seperti bertanya 'kenapa?'

Hani cuma menggeleng dan menarik lengan lisa untuk pergi ke bilik.

▽▽▽▽▽

Fuh,berpeluh juga kemas baju ni..selepas mengemas baju dan bilik,lisa turun ke bawah untuk bersarapan. Semua sudah berkumpul..malu juga lisa sebab dia,mereka lambat makan.

Suasana ketika makan seperti biasa,kecoh la juga..sebab mereka suka berbincang ketika makan,tu yang membuat keluarga mereka menjadi lebih akrab.

Lisa lebih senang mendiamkan diri..mungkin dia tak perlu nak bersuara,puan rafiah dan hani pun sibuk dengan arif..arif nak sambung pengajiannya di universiti berdekatan saja sebab dia tak nak berjauhan dengan puan rafiah..anak manja katanya. Sesekali mata zulkifli dan lisa bertembung juga macam main mata pulak!
Hani pun ada perasan juga..hm ada pape ke mereka berdua ni?

*******

Pagi yang hening itu menjadi pilu..tak puas melepas rindu dengan keluarga tercinta,hani dengan berat hati terpaksa pulang ke Kuala Lumpur hari ini..tak kan nak suruh abangnya yang hantar? kalau zul yang hantar mungkin mereka boleh suruh hantar pada waktu petang tapi tak nak menyusahkan abang kesayangan. Lisa juga sedih,puan rafiah sekeluarga dah macam keluarganya sendiri selain ramah,mereka juga menyenangi kehadiran lisa yang sebagai stranger tu.

"Drive elok-elok ya sayang..kalau ada orang ikut dari belakang cepat-cepat call polis atau berhenti dekat tempat yang ramai orang. Banyak kes sekarang ni..ingat pesan ayah ni." Kata encik rahim sambil mengusap perlahan kepala hani.

"Kamu lisa..senang senang nanti jemputlah bertandang dekat sini lagi,meriah sikit rumah ni..makcik pun belum kenal sangat lisa." Pandangan redup puan rafiah membuatkan mata lisa berkaca..aduh mata jangan lah buat drama sebabak depan zul ni!

"Inshaallah makcik,nanti saya bawa family sekali..boleh lah makcik kenal kenal."

"Aah kan umi,nanti manalah tau jadi besan ke kan.." hani menyampuk. Memang nak kena dia ni.

Zul berdehem sebelum tertawa kecil kemudian matanya terus memandang lisa yang tersipu malu. Comel!

Selepas bersalaman..mereka berdua masuk ke perut kereta myvi hani. Sempat lagi zul menghadiahkan senyuman paling manis dia pernah ada..siapa lah tak cair kalau macam tu,lisa cuma membalas dengan senyuman nipis.

Kereta myvi itu meluncur laju...


Misi HafizWhere stories live. Discover now