PART 22

1K 32 0
                                    

Pagi itu hafiz memang dah dapat mengagak papanya akan mengamuk. Tapi sangkaannya meleset,kenapa papa berbincang dengan dia..lembut pula tu. Selalu mesti nak melenting,paling tak pun bagi ceramah 3 jam ke.

"Kamu sedar kan yang status kamu dah berubah sekarang,banyak tanggungjawab yang kamu kena galas..kamu kena banyak bersabar,kenapa kamu buat lisa macam tu?" Wajah uncle Aziz nampak tenang sekali mungkin faktor usia yang dah lanjut buat papa jadi macam ni. Berbincang dalam keadaan santai.

"I don't know pa,dia still ingat zul..hati hafiz sakit sangat  then terlepas hm." Suara hafiz yang agak kendur menunjukkan yang dia sesal. Sebenarnya dia teringat tentang maya,bukannya dia marah kerana zul semata-mata. Jadi memang lisa tak bersalah dalam hal ni.

"Tapi hafiz tak sengaja,hafiz menyesal sangat..maybe lisa tak nak pandang muka fiz lagi lepas ni,hafiz dah hina dia." Sambung hafiz,suaranya sayu.

"Kita ni lelaki,ketua keluarga merangkap khalifah di muka bumi,kuat macam mana pun kita,kita tetap perlukan pendamping untuk berjaya..marah menggunung sekali pun kita tak boleh berkasar. Lagi-lagi dengan wanita,rasul pun mengangkat darjat wanita fiz. Papa akan tolong mana yang mampu..yang lain fiz kena usaha untuk pulihkan keadaan yang keruh ni." Encik aziz menepuk bahu hafiz dan beredar masuk ke rumah.

Hafiz memang rasa bersalah sangat sekarang,belum sebulan bernikah dah bergaduh sebab mulut. Hafiz membuang sisa air mata di pipinya. Dia akan bersemuka dengan lisa,dia nak minta maaf. Dia tak kan ulanginya lagi.

♥♥♥♥♥♥♥

Pintu terkuak dari luar,mula-mula lisa ingat papa yang datang yela papa even dah berumur but badan tegap lagi. Handsome lagi,kaya pun kaya..kalau petik sekali,sepuluh beratur jap jap apa kau merepek ni lisa? Hahaha

Terus mati senyuman lisa.
'Hafiz? Apa dia buat dekat sini? Aduh kacau mood ar.' Lisa yang sedang duduk bersandar di atas katil segera mengalihkan pandangan ke majalah yang ada di tangan dan mengeluh.

"Assalamualaikum." Hafiz meletakkan plastik tadi di atas meja. Ada apa dalam tu?

".........."

"Tak jawab salam dosa." Hafiz yang tengah duduk itu tersenyum senget. Aduh please la senyuman tula yang mampu menggoda ramai perempuan,sampai students pun boleh kecewa bila dapat tau hafiz dah nikah. Well bachelor terkemuka kot dekat usm,dah la handsome..kaya. cukup pakej

"Hm waalaikumussalam." niat di hati tak nak melayan tapi terpaksa,nak lari mana,walaupun sakit hati lagi pasal dia hina aku tu tapi dia suami aku..aku kena respect dia tak boleh ikut hati sangat nanti binasa..hati ni bagai tercarik-carik bila teringat balik kata kata tu. Hm

"Em mama call abang tadi,dia kata lisa discharge pagi esok." Wait,dia bahasakan diri dia abang ke.....salah dengar kot.

"Hm." Lisa membelek majalah.

"Lisa,abang ada bawa chocolate tu..makan lah." Wow,coklattttt favourite aku. Lisa kau kena tahan nafsu makan,jangan termakan umpan dia.

"Hm,nanti lisa makan."

"Lisa sihat?"

"Kalau sihat takde lah duduk hospital ni." Jawab lisa sinis,ntah apa dia baca pun dia tak tau sebenarnya..alah buat syarat tak nak pandang muka hafiz.

"I think,mata lisa special sangat?"

"What are you talking about?"

Mata hafiz memandang magazine yang aku tengah baca. Damn!! Magazine ni terbalik,dah lah tadi aku belek bukan main semangat lagi..dengan yakin siap menjeling-jeling. Apa kau ni lisa,buat malu je.

"Ekhem" lisa terus menutup magazine tadi nak cover malu. Hafiz memang dah tahan gelak,jaga hati katakan. Biubiu.

"Lisa dah makan?"

"Dah"

"Lisa? Abang nak cakap sikit boleh?"

"Hm"

"Abang nak minta maaf sebab cakap macam tu dekat lisa,abang tak sengaja..abang rela kena hukum,lisa cakaplah lisa nak apa. Abang menyesal sangat,abang tak patut kata macam tu." Hafiz menggenggam erat kedua dua tangan lisa. Air matanya mengiringi setiap tutur kata yang dilafazkan..

Liza tergamam,terkejut dengan hafiz. Siapa sangka hafiz akan menangis depan lisa macam budak kecil? Lisa serba salah,dia sebenarnya tak lah kisah tentang hal tu..memang agak terkilan. Tapi sejujurnya dia menangis kerana rindu arwah mama,papa,zul. bukan sebab kata kata kesat yang telah dilontarkan oleh hafiz tempoh hari. Terasa tu adalah cuma hm manusia kalau dah marah..dia fikir apa. Main lepas jelah,aku sendiri pun macam tu.

Lisa menutup mata,menarik nafas panjang..think positive lisa dah elok dia nak minta maaf,jangan keruhkan lagi keadaan. Benda kecik je pun."Lisa dah lama maafkan,tak elok berdendam kan? Dah lah jangan nak melalak sangat..malu orang lain tengok. Lepas ni jangan buat lagi." Lisa mengelap air mata hafiz. Hatinya sedikit sebanyak tersentuh juga,lelaki ego sukar untuk meminta maaf..lagikan nak menangis? Hafiz memang ikhlas nak minta maaf.

"Abang tak akan buat macam tu lagi. Maafkan abang sebab buat lisa sakit hati." Kali ni makin kuat hafiz ni menangis.

"Eh orang tua..kata dah tua? Ni melalak macam hilang bini."

"Memang..memang abang orang tua,tapi orang tua pun ada hati kan?"

"Eleh abang banyak bunyi pulak. Amikkan coklat tu..hehe macam tau je lisa nak coklat. Thanks."

"Welcome lisa."

Lisa senang dengan keadaan sekarang. Dan dia tak sabar nak pulang ke rumah. Yeah!!! problem settle and dia boleh bersuka-suki dekat rumah..tapi kerja mesti berlambak dekat office. hope ada orang cover  sikit kerja tu hehe.


Misi HafizWhere stories live. Discover now