PART 19

1K 30 1
                                    

Berdebar,berdebar dan berdebar. Hafiz memandang kosong jarinya..tekun menunduk,ntah apa yang menarik sangat jarinya itu. Pengantin perempuan belum turun lagi,selagi dia tak turun majlis ni tak kan berlangsung.

Peluh yang membasahi dahi hafiz di lap oleh louis hampir tergelak louis bila tengok muka hafiz. Berpeluh kalah orang bersenam,nervous melampau jangan dia pula yang pengsan dah la.

Tok kadi menegur hafiz,baru hafiz perasan..lisa dah ada dekat belakang. Cantik. Solekan yang nipis menyerlahkan lagi kejelitaannya,lisa memang cantik natural. Dikenakan dengan busana pengantin berwarna putih yang tak fit,nampak simple tapi anggun..tudung yang menutup kepala lisa pula jenis heavy chiffon,sangat kemas. 'Ish focus hafiz,focus..jangan nak pandang dia lama sangat. Jadi bini kau jugak.' Hafiz sibuk menelek muka lisa sampai terlupa tok kadi ada dekat depan.

Tok kadi berdehem..memerli nampak?

"Baiklah kita boleh mulakan." Encik aziz menepuk bahu hafiz yang memang nampak sangat gementar itu.

"Hafiz Nasrullah Bin Aziz Nasrullah."

"Saya."

"Aku nikahkan dikau dengan Amanda Sufiahlisa dengan mas kahwinnya sebanyak RM 100 tunai."

"Aku terima nikahnya Amanda Sufiahlisa dengan mas kahwinnya RM 100 tunai."

Dengan sekali lafaz,lisa dah sah menjadi milik hafiz. Lisa terdiam buat seketika,adakah ini realiti? Orang yang amat aku benci kini dia yang menjadi teman sehidup semati.

Hafiz lega,dia mengatur langkah untuk pergi ke arah lisa..louis juga ada dibelakangnya. Louis menghulurkan sebentuk cincin kepada hafiz,hafiz masih gementar sebenarnya. Lisa masih menunduk,dia menghulurkan tangannya,selesai menyarung cincin..lisa menyalam tangan hafiz. Sejuk! Tahan ketawa ni mesti kes nervous hikhok.

Lisa pula yang menyarung cincin ke jari hafiz..masih sejuk,lawak la orang tua ni.

"Cium dahi isteri kamu lama sikit..ramai nak ambil gambar,boleh buat kenangan."

Lisa tak rela tapi terpaksa..kerana terpaksa aku relakan acehceh hahaha.

Hafiz mencium dahi lisa,lama..perasaan yang hadir sekarang memang berbeza. Rasaya nyaman,tenang dan seperti dilindungi. Lisa menitiskan air mata . Mereka berdua bagaikan hanyut dalam perasaan masing-masing.

"Ekhem..dah dah,nak continue nanti nanti pun boleh." Mak long berseloroh. Malunya!! Muka lisa tengah blushing. Lisa betulkan tudungnya yang senget,saudara-mara masih riuh menyakat mereka.

Hafiz pun turut malu. Ramai juga yang hadir..mama menjemput suadara-mara,jiran terdekat dan sahabat handai. Nasib baik ruang tamu ni luas kalau tak...huhu.

Selepas akad nikah,mereka melayan tetamu yang hadir. Majlis resepsi akan diadakan malam ini di hotel. Hafiz dan lisa pun tak tengok lagi pelamin dekat sana,nak buat surprise kata mama. Untung lisa dapat ibu mertua dan aunty sebaik aunty sofea.

Waktu zohor pun dah masuk,lisa segera ke bilik untuk mandi..melengas satu badan. Kemudian dia nak solat. lisa menanggalkan segala make up yang ada baru dia nak mandi. Tiba-tiba pintu terbuka dari luar,silap lisa juga tak kunci tadi. Nasib baik dia tak buat benda pelik fuh,selamat.

Hafiz dah get ready dengan towel semua..chup chup,aku nak mandi dulu la!

"Ekhem nak mandi ke?" Lisa tanya lagi soalan bodoh.

"Kenapa kau nak join?" Selamba hafiz mengusik.

Terus merah muka lisa,tapi satu benda yang pelik. Hafiz ber aku kau. First time ever.

"Ish please lah,siapa ntah nak join. Aku nak mandi dulu kau jangan nak mengada dari tadi aku dah cop." Lisa nak masuk bilik air. Tapi dia lupa nak ambil baju dengan towel!

"Kau nak buat free show lah ni..untungnya aku,dapat cuci mata."

"Apa kau merepek hah orang tua? Gatal."

"Kau yang cuba nak goda aku. Mana towel kau,kau yang cari nahas."

Lisa bengang!! Arhh shit. Kali ni kau menang orang tua. lisa dah get ready dengam towel and baju,tak nak aku bagi orang tua gatal ni cuci mata. Ish naya...

"Kau ni! Kan aku cakap aku nak mandi dulu!" Lisa menghentak kaki tanda protes..cuma bunyi pancuran air kedengaran,sakit betul hati.

Lisa bosan,bilik dah cantik dah..bilik pengantin katakan. Tapi ada satu benda yang menarik perhatian lisa,gambar siapa? Girlfriend hafiz? Muda gilosh. Ni hafiz,oh cinta monyet time sekolah lah ni..handsome juga hafiz ni.

"Kau tengok apa tu." Hafiz dah keluar dari bilik air.

Lisa yang terkejut terus pusing belakang,tapi lagi terkejut bila orang tua buat free show. Tau lah badan banyak muscles,six pack..ok kali ni lisa dah jerit habis. Orang tua ni pakai tuala paras pusat ke lutut. Gila!

"Kau ni aku tanya,apahal kau nak jerit sakan? diamlah,nanti mama ingat aku buat benda lain kat kau."

Lisa menekup mulutnya tapi mata tetap terpejam. Ok kali ni hafiz dah dapat idea nakal. Dia jalan perlahan-lahan ke arah lisa,dia cuba peluk pinggang lisa dari belakang. Tiba-tiba

"Arghhh!! Apa kau ni main siku perut orang." Hafiz dah terduduk lemah.

"Dah kau gatal sangat!" bayang lisa dah hilang dari pandangan..malu la tu.

Hafiz melihat gambar yang lisa tengok tadi. Kenangannya ketika di sekolah menengah dulu,dengan kekasihnya yang konon nak sehidup semati.

Flashback

"Tapi kenapa maya? Aku sayang kau,kenapa kau nak tinggalkan aku? Baru sekarang kau nak blah,pahal dari dulu kau beria dengan aku!" Hafiz bagai kerasukan,dia mengoncang bahu maya sekuat hati.

"Pasal harta kau jela! Aku dah jumpa lelaki yang lagi bagus dari kau! Kau dasar lelaki bodoh..senang kena tipu! Dah la kau tak payah nak tanya aku lagi,aku muak dengan kau!" Maya terus melepaskan pegangan hafiz tadi,tapi makin lama makin kuat cengkaman di bahunya. Maya menampar hafiz,bagai tiada perasaan. Maya terus masuk ke kereta teman lelakinya yang baru,yang lagi kaya darinya.

'Dasar perempuan kaki kikis! Semua lelaki kaya kau nak sebat. Aku takkan lupa apa yang kau buat dekat aku maya. Nur maya erissa. Sampai mati aku benci kau!' Hafiz menatap gambar itu dengan penuh kebencian,dia buang gambar tadi ke dalam tong sampah. Memang tu tempat yang layak untuk perempuam murahan!

Misi HafizWhere stories live. Discover now