PART32

1.4K 25 0
                                    

Aku termenung lepas matikan enjin kereta.Tiba-tiba teringat tentang pak cik tadi. Dia..dia macam ayah. Tak mungkin lah,jenazah pun dah selamat kebumi enam tahun lepas kan. Kereta hafiz terletak elok sebelah kereta aku.

Pelik juga kenapa hari ni sunyi je rumah ni,dah duduk dua orang je memang lah sunyi haha apedaaa. Selalunya aku balik mesti hafiz dah sambut  terbalik pula patutnya aku yang sambut dia kan? Nak buat macam mana hafiz selalu sampai dulu dekat rumah,tu yang dia tunggu aku

Setelah menanggalkan heels,dan meletakkannya ke rak kasut aku memberi salam. Tak bersahut. Mungkin hafiz tengah tidur? Alamak!

Puas aku geledah beg tangan,tak ada. Macam mana boleh lupa nak ambil kunci pendua rumah. Hafiz ni mana? Aku dah banyak kali call,tak berangkat. Dah ketuk pintu macam nak roboh aku kerjakan.

Apa boleh buat,duduk jela depan rumah. Biasanya hafiz akan cari aku kalau balik lambat sangat.

Hujan mula membasahi bumi,ini lah keistimewaan alam. Sampai masa matahari akam terbit tanpa dipinta,bulan akan menerangi malam yang suram dan pelangi yang terdiri daripada pelbagai warna akan terhasil selepas hujan turun,memang mengagumkan. Subhanallah. Tapi masih ada manusia yang tak bersyukur. Pembakaran terbuka sering berlaku dan menyebabkan lapisan ozon nipis kenapa selfish sangat? Alam ni bukan awak seorang yang punya. Pembangunan yang semakin pesat semakin memburukkan keadaan,udara yang berasap,berdebu. Macam mana lah generasi akan datang nak hidup. Haiwan yang makin pupus sekarang tak akan bertahan lama,mungkin ayam kampung pun tak kan kelihatan lagi kot?

Tangan mula memeluk tubuh,sejuk. Nafas sudah tidak teratur..inilah kelemahan aku. Sejuk sikit mula lah penyakit datang.

Aku sepak sedikit daun pintu,manalah tau terus tercabut. Haha merepek.

Aku membuat keputusan untuk berteduh dalam kereta memandangkan hujan makin lebat. Belum sempat masuk ke dalam kereta,pintu pun terbuka. Hafiz,kau lah hero aku!

"Ya allah! Lisa kenapa tak buka pintu ni,nasib abang tergerak hati nak buka pintu." Lisa menolak aku dan terus naik ke atas. Memang patut pun dia tak selesa,badan dah habis lencun..salah aku juga terlelap lepas asar tadi.

Aku masak bubur ayam sementara lisa tengah mandi. Setelah siap,aku naik ke atas untuk memanggil lisa turun dan makan.

Terkaku depan pintu,takut main terjah kang lain cerita. Lagi terukkan keadaan yang memang teruk. Kalau ketuk...nanti dia mesti lock pintu. Terjah jela,kan? Alang alang tu hahahaha.

Lisa tengah duduk depan meja solek,sikat rambut. Bathrobe,ok cantik. Mission memujuk! Bismillah.....

"Em..sayang,marah abang lagi ke?" Lisa menjeling sekilas. Macam mana tak sakit hati orang bagai nak gila ketuk pintu dia boleh buat muka tak bersalah?! What the hell.

"My bad..abang terlelap tadi. Abang penat,sorry laaaaa  s a y a n g..." amboi haa meleret dah aku panggil. Lisa jangan lah merajuk.

"Hmmmm yela yela. Fine."

"Apa yang fine?" Alahaiiii BLUR-_-

"Your apologize accepted" the end.

Aku menarik tangannya untuk ke bawah.

"Ok ,now sebagai tanda minta maaf. Abang suapkan bubur hasil air tangan abang. Special dan tulus dari hati." Hafiz mengelipkan mata selaju mungkin. Terpikatlah lisa dengan kecomelan hafiz -,-

"Sedap tak?" Lisa menggeleng kepala. Tak sedap? Ni bakal bakal master chef ok. Terbuka luas mata hafiz bila rasa bubur yang dimasaknya. lupa nak rasa tadi,ni lah padahnya. Dasar orang tua pelupa.

"Awat tak habaq kat ceq! Masin gilaaaaaa!!"
"Nak jaga hati suami,dah lah..habiskan lah semua tu. Tadi orang makan,dia sibuk nak menanya sedap ke tak. Lain kali tak pandai masak bubur jangan la gatal tangan. Apalah masin pun nak kecoh." Lisa bangun...beredar meninggalkan aku dengan bubur yang termasin. Oh bubur,kenapa kau masin?! *cryingg :*

Selesai mengemas makanan tadi,aku naik ke atas untuk mendapatkan lisa. Lisa sedang baring san sudah lengkap berpakaian. Aku masuk ke bilik air untuk ambil wudu' memandangkan sudah masuk waktu maghrib.

Aku mengajak lisa untuk berjemaah,dia akur dengan arahan aku. Seusai solat..aku membaca doa..meminta agar rumah tangga kami kekal,dikurniakan rezeki yang melimpah ruah,mendapat anak-anak yang soleh dan solehah serta menjadi ibu bapa yang baik. Aku menghulurkan tangan,lisa cepat saja ingin beredar selepas menyambut tanganku. Tapi aku lebih pantas menarik lengannya,aku cium dahinya lama.

Aku renung mata hafiz dalam-dalam. Wujud perasaan serba salah kerana terlampau marahkan hafiz,padahal small matter je. Aku tarik nafas dalam-dalam..buang ego!

"Er,saya minta maaf kalau ada buat awak kecik hati. Saya tak berniat nak kritik masakan awak,tinggikan suara..ntahlah saya rasa saya makin sensitif sejak dua menjak ni. Maafkan saya." Akhirnya aku mengalah,mengalah tak semestinya kalah kan?

"Patutnya abang yang minta maaf dekat sayang,sebab abang rasa abang tak pernah banggakan hati sayang."

Aku usap pipi hafiz dan dia tersenyum memandangku. Aku cium tangannya lama,dia lah pembimbing aku..ketua keluarga kami.



dekat atas ni ada cerita dia untukku..silalah baca,support author tu ok?

Misi HafizWhere stories live. Discover now