RAW || Uqasha

By mixxabel

14.5M 208K 13.1K

Please read carefully the first part of this novel. For ebook announcement, check the last part. Thank you! ... More

TOLONG BACA
Uqasha: Nafsu | Prolog
1 : Kotak Beige
2 : Bukan Mahram
3 : Dendam & Ego
4 : Gayboy Alim
5 : Candy & Ken
6 : Gosip EX
7 : Campak Lagi
8 : Mogok Jumpa
9 : Salam Perkenalan
10 : Agenda Dara
11 : Sikit Banyak
12 : Cuci Periuk
13 : Dua Dunia
14 : Rumah Baru
15 : Buntu Celaru
16 : Balas Dendam
17 : Runtuh Tembok
18 : Penzahiran Kasih
19 : Mesej Rahsia
20 : Losyen Dingin
21 : Buat Lagi
22 : Nafkah Zahir
23 : Mandi Wangi
24 : Muntah Berisi
25 : Luar Nikah
26 : Tahan Nafas
27 : Saya Punya
28 : Patung Barbie
29 : Tahi Ayam
30 : Sosej Panas
31 : Kencing Setan
32 : Tuhan Seks
33 : Perang Dingin
34 : Kertas Ujian
35 : Pisau Rambo
36 : Relapse Nervosa
37 : Pancing Umpan
38 : Akhirnya
38 : Bukan Dayus
39 : Cantik Plastik
40 : Bahasa Cinta
41 : Melayu Siam
42 : Keranda Emas
Uqasha 2: Rahsia | 43 : Perang Tangan
44 : Air Pancuran
45 : Terlajak Tiup
46 : Jumpa Lagi
47 : Dasar Lelaki
48 : Sembilu Tombak
49 : Seorang Lagi
50 : Nikmat Sesal
51 : Pulang Paku
52 : Kerusi Kosong
53 : Main Ojus
54 : Isu Emosi
55 : Podium 12
56 : Ratu Ais
57 : Jiwa Kacau
58 : Mimpi Laila
59 : Rahsia Masa
60 : Lembaga Manusia
61 : Mimpi Indah
62 : Keju Adam
63 : Bicara Bantal
65 : Dari Kecil
66 : Dua Personaliti
67 : Tak Cukup
68 : Kasi Cukup
69 : Bukti Cakerawala
70 : Jalan Tar
71 : Tetamu Diundang
72 : Mula Semula
73 : Ambil Hati
74 : CAPS YOU
75 : Klimaks 1310
76 : Aku Pulang
77 : Malam Pertama
78 : Kepala Batu
79 : Tiga Wow
80 : Epilog
ZINE ADAM IS AVAILABLE!
Uqasha by FIXI LONDON
2018 COMEBACK | Uqasha Suci
JULY 2023 | UQASHA SUCI (ebook)

64 : Nota Biru

112K 2.1K 150
By mixxabel

Mama dibawa pulang pagi tadi, dimandikan dan dikapankan. Sejak tengahari tadi, ramai tetamu sudah datang bertandang ke rumah mama, menyampaikan salam takziah kepada aku dan papa. Ramai juga yang bersama-sama membacakan Yasin untuk mama.

Mama dikebumikan selepas Asar. Sebaik jasadnya hilang dikambus tanah perut bumi, aku semakin mendiamkan diri. Adam yang sibuk membantu di tanah perkuburan asyik tertoleh ke arahku, mungkin risau aku tiba-tiba mengalami gangguan jiwa dan jadi terlebih emosi seperti selalu.

Pulang saja ke rumah mama, aku terus naik ke bilik dan berbaring. Adam mandi dan membersihkan diri sebelum turun dan membantu papa menguruskan majlis bacaan tahlil untuk mama selepas Isyak nanti. Malam itu, kami solat berjemaah dengan Adam sebagai imam.

Tetamu majlis tahlil tiba selepas solat Isyak. Segala persiapan jamuan diuruskan oleh makcik-makcikku, tokmak dan Mak Nah. Aku hanya duduk di sudut ruang tamu itu, menerima lagi ucapan takziah daripada jiran tetangga yang hadir. Aku cuma membalas senyuman lesu.

Sepanjang bacaan Yasin, aku seperti semalam, hanya membatu memandang karpet. Sesekali aku mengangkat wajah memandang Adam yang duduk di kalangan tetamu lelaki. Seolah tahu aku perlukan perhatiannya meskipun sekadar dari jauh, dia pasti akan mengangkat wajahnya dan menghadiahkanku senyuman yang penuh kasih sayang.

Selepas bacaan Yasin, tetamu dijemput menjamu selera. Biarlah orang mahu mengata aku malas, tak membantu kerana hanya terduduk di sudut ruang tamu itu dari tadi, membisu tanpa suara; biarlah apa orang kata. Aku terlalu letih mahu berbicara, hinggakan saat aku ternampak Sarah berselisih dengan Adam sewaktu mengangkat dulang makanan dari dapur pun, aku tak larat mahu rasa cemburu apabila melihat mereka bertukar senyuman mesra.

Tetamu sekelilingku mula berkumpul berempat atau bertiga, dan berkongsi 1 dulang. Ada beberapa yang mengajakku makan sama tapi aku cuma tersenyum kelat dan menggeleng. Kekok berada di ruang tamu itu, aku ke dapur. Adam sedang menceduk nasi putih ke dalam 1 pinggan dan Sarah berdiri di sebelahnya, memulakan perbualan. Hanya mereka berdua.

"Eee, abang Adam ni nakal juga, ya. Ni siapa buat lovebite kat leher abang ni? Nasib baik Sarah pendek, boleh nampak kat bawah rahang abang." Sarah tertawa sambil menunjuk ke arah leher Adam.

"Takkan abang nak bagi perempuan lain lovebite abang, Sarah. Abang dah beristeri, kan." Adam menjawab tenang sambil menceduk lauk dari periuk pula. Mereka masih tak perasankan aku di pintu dapur itu.

"Eleh, apa salahnya. Bukan buat apapun. Apalah rasa lovebite kan?" Sarah menggedik dan berdiri dekat dengan Adam. Cemburu, ya, aku cemburu. Tapi sudah aku katakan tadi, aku terlalu letih mahu melayan perasaan cemburu itu.

Aku letih untuk punya perasaan.

"Lelaki dan perempuan yang bukan mahram, tak elok bersentuhan, apatah lagi nak lovebite. Sarah kalau nak, menikah dulu, okay? Abang nak hantar makanan ni kat isteri abang." Adam menarik senyum tipis dan berpusing. Tatkala melihat aku berdiri di pintu dapur itu, sikit pun riak wajahnya tak terkujat.

"Sayang, saya dah cedukkan nasi ni untuk awak. Mari, saya suapkan?" Adam terus menghampiriku tanpa sebarang riak bersalah. Dan sejujurnya, dia tak bersalah apapun. Sarah yang masih di tepi periuk lauk terus berpaling dan menceduk makanan ke dalam pinggannya pula.

Aku tak berselera tapi aku anggukkan saja kepalaku. Kami duduk di meja makan dan Adam menyuapkanku. Aku hanya makan suku daripada pinggan, dan selebihnya Adam habiskan. Kemudian, aku naik ke bilik selepas bersalaman dengan beberapa tetamu.

Aku tanggalkan selendang di kepala, menyalin pakaian tidur yang lebih selesa dan berbaring, termenung memandang siling. Aku tak tahu berapa lama aku termenung kerana tiba-tiba Adam sudah kembali ke bilik selepas selesai mengemas di bawah.

"Sayang? Tak tidur lagi?" Tegurnya apabila dia perasan mataku masih terkebil-kebil memandang siling. Aku cuma menggelengkan kepala perlahan, tak memandangnya. Adam hilang ke bilik air dan kembali semula 5 minit kemudian, wangi dan menggoda.

Adam berbaring di sebelahku dan merangkul sebelah tangannya di pinggangku. Aku masih kaku memandang siling. "Awak senyap dari semalam."

Aku pandang Adam di sisi dan dia merapatiku. Bibirnya mengucup bahuku, "Say something, Qasha. This is so bizarre, seeing you all quiet and emotionless." Suara Adam perlahan merayu. Aku kumpulkan semua kudratku untuk menyimpul beberapa patah perkataan menjadi ayat.

"Saya- saya tak tahu harus rasa bagaimana, Adam."

Adam terus mendongak mendengar bicaraku keluar dari anak tekakku. Dia terus mengemaskan pelukannya dan memujukku, "Rasa apa saja yang awak nak rasa, Qasha. Keluarkan semua. Sedih, marah, kecewa, luahkan semua. You need to vent them all out."

"Tapi, sebab selama ni saya luah lah sampai jadi macam ni, Adam." Suaraku dah mula bergetar. Adam menggelengkan kepalanya, "Yang lepas biar lepas. Tapi kali ni awak kena luah. Dalam waktu-waktu macam ni, saya lebih rela tengok awak luah daripada biar awak pendam, Qasha."

Hatiku sikit terusik, mula membuka pintu untuk meluahkan perasaan yang dikurung sejak semalam. Keningku berkerut menanti, dan Adam menongkat tubuhnya dan mencium dahiku. "Luahkan, sayang."

Aku tak tahu mahu luah bagaimana, seolah perasaanku trauma dengan habitnya yang suka ikutkan emosi. Adam mencium pula bibirku, dan perlahan-lahan aku berikan reaksi yang dia mahu.

"Let it go." Adam masih sempat memberikan galakannya, dan aku balas ciumannya. Semakin aku kalah dengan keinginan nafsuku pada Adam, semakin sebak hatiku. Aku paksa diriku terima perasaan itu dan seperti takungan air tadahan yang lama menunggu ruang untuk mengalir, apabila dindingnya pecah, airnya terus tumpah, deras.

Wajahku mula berkerut dan aku pejamkan mata rapat-rapat. Adam berhenti mengumpan dan melentokkan kepalanya ke dadaku. "It's okay. Lepaskan."

"Mamaaaaaa..!!" Aku hampir teriak. Tangisanku terus pecah; tumpah seperti air takungan itu. Adam menggosok lenganku, memberikan perhatiannya.

"Saya nak mama balik, Adammmmm, saya nak mamaaaa." Tangisan yang tertahan dari semalam tak dapat dikawal lagi. Seolah baru mengerti apa yang terjadi, hatiku kini faham aku harus rasa bagaimana. Aku harus akur pada kesedihan dan kekesalan yang hadir dengan pemergian mama.

"Saya nak mamaaaaaaa. Qasha minta maaffff, Qasha janji jadi anak yang baik, mama baliklahhhh, jangan tinggal Qashaaaa...." Rayuan demi rayuan terbit di bibir, meluahkan segala yang terkunci di anak tekak sejak semalam.

"Saya ada, Qasha. Saya ada untuk awak." Suara Adam perlahan memujuk, namun tangisanku tiada tanda mahu berhenti. Bunyi esakan panjang dan mendayu menjadi peneman Adam malam ini.

"Mamaaaaa...." Aku panggil, namun tak seperti 10 tahun lalu; mama tak muncul di pintu bilik itu bertanya kenapa aku menangis, mama tak datang memujukku andai aku terjaga dari mimpi ngeri.

"Saya ada, sayang. I'm here." Jika aku tak terlalu leka dengan perasaan sendiri, pasti aku dengar jelas suara Adam yang turut bergetar. Dia memperbetulkan posisi agar dapat memelukku lebih erat. Ditarik kepalaku ke dadanya dan aku habiskan tangisanku di situ hingga aku jadi terlalu letih dan tertidur.

Apabila aku terjaga esok paginya, Adam sudah tiada di sisiku. Beban yang terpikul semalam rasa sikit berkurang pagi ini, mungkin hilang beberapa cebis dalam tangisan syahduku malam tadi. Aku pandang ke meja sisi, ada sehelai kertas biru kecil. Aku ambil dan sambil menggosok mata, aku baca.

Dear Sugar,
Sorry, I have to submit finalized exam papers to the board this morning.
Then, I will stay for our Programming lab. You stay at home and rest.
I'll be back at noon.
ผมรักคุณ
P/S: You sleep like a baby, wouldn't wanna wake you up ;)

Serta-merta senyuman pertamaku terukir di bibir dengan nota ringkas itu. Ada terselit tulisan Thailand Adam, melebarkan ukiran di bibirku. Adam certainly knows how to cheer me up. Aku terus bangun ke dresser dan masukkan nota itu ke dalam beg tanganku. Kemudian, aku mandi dan turun ke dapur.

Dari tangga aku boleh dengar riuh suara di dapur. Sebaik perasan kewujudanku di pintu dapur, mereka terus terdiam dan memandangku tanpa berkedip mata. Sarah terus bangun, membasuh pinggannya di sinki dan berlalu melintasiku ke depan dengan 1 senyuman kecil.

"Uqasha, marilah sarap. Ucu ada masak nasi goreng ni. Lauk daging malam tadi pun ada lagi ni, Ucu dah panaskan." Ucu yang duduk di kerusi makan menjemputku. Aku akur dan duduk di sebelahnya. Mak Riah dan tokmak hanya berdiam diri, memandangku.

Dah kenapa dengan mereka ni? Terdengar raunganku malam tadi mungkin?

Ucu cedokkan nasi goreng dan lauk daging ke dalam pinggan, kemudian meletakkan di depanku. Aku ambil sudu dan makan perlahan-lahan. Apabila aku angkat kepalaku, mereka semua masih memandangku.

"Oh, ya! Adam ada berpesan tadi, dia ke kampus. Nanti tengahari dia balik." Aku angguk lagi kepalaku. Aku tahu Ucu mungkin sedang cuba mengurangkan kekok antara semua yang berada di meja makan itu.

"Emm, malam ni ada buat tahlil lagi?" Akhirnya aku membuka mulut bersuara. Jelas kelihatan tokmak menarik senyuman lega apabila akhirnya aku mula bercakap dengan mereka.

"Malam ni tak buat di rumah sebab papa dah uruskan untuk buat bacaan Yasin kat masjid taman di depan sana tu. Tapi malam esok, ya, buat di sini sebagai penutup. Jadi, kami semua tidur di sini sampai esok malamlah, ya?" Ucu seronok menjelaskan sambil tersenyum. Ucu yang dulu menjagaku setahun di Kota Bharu sudah kembali, berbanding Ucu yang datang ke majlis pernikahanku 2 bulan lepas; lebih pendiam dan agak kekok denganku.

"Tak apa, Ucu. Rumah ni dah kosong. Nak tinggal sini sampai bila-bila pun tak apa." Gumamku perlahan sambil memandang pinggan. Terus jadi kekok semula meja makan itu.

"Uqasha, tokmak ada jahitkan sepasang baju kurung batik untuk Uqasha, kejap lagi tokmak tunjuk, Uqasha cuba ya?" Tokmak cuba mengambil hatiku semula. Aku cuma senyum dan kembali mengunyah makan perlahan-lahan.

Selepas makan, aku cuma duduk di meja makan itu, mendengar perbualan antara 2 makcikku dan tokmak. Apabila mereka bertanya kepadaku, aku usahakan untuk menjawab kerana tak mahu mereka risaukan aku. Mungkin mereka juga seperti Adam yang berasa hairan apabila Uqasha yang selama ini selalu beremosi dan cakap lepas tiba-tiba menjadi manusia paling pendiam.

Selepas membantu mengemas meja makan, Ucu dan Mak Riah mula memasak untuk makan tengahari. Kata mereka, papa akan pulang makan tengahari di sini selepas solat Jumaat nanti. Kemudian, aku ikut tokmak ke bilik tetamu, tempat tokmak berehat dan tidur malam tadi.

"Hari tu, ada orang Terengganu datang berjual kain batik pasang kat rumah tokmak. Tokmak teringat nak buatkan Uqasha sepasang baju, tu tokmak belilah." Tokmak berceloteh sambil memunggah begnya. Aku duduk di kaki katil, sekadar memerhati.

"Hah, ini dia!" Tokmak keluarkan 1 beg kertas dan duduk di sebelahku. Bungkusan itu dihulurkan kepadaku, dan aku terima dengan senyuman. Aku keluarkan kain yang elok terlipat di dalam beg itu dan aku angkat sikit ke atas agar corak batiknya dapat aku lihat.

"Cantik." Bisikku perlahan. Memang cantik. Tokmak memang tahu selera corak dan warna batik kegemaranku. Warna tanahnya putih bersih. Coraknya pula moden dan abstrak berwarna pastel. Aku pandang ke arah tokmak yang masih tersenyum. "Cantik sangat, tokmak. Terima kasih."

Tokmak mencium pipiku, kemudian berkata, "Sama-sama, sayang. Uqasha cuba pakai, tokmak nak tengok."

Teruja, aku terus tanggalkan baju dan seluar yang aku pakai di depan tokmak tanpa segan silu. Sejak aku kecil, tokmak memang selalu menjahitkan baju kurung untukku, dan selalu juga aku salin terus di depannya, jadi tiada isu mahu terasa segan atau silu kerana tokmak memang melihat aku membesar.

"Cantik tak?" Tanyaku sebaik baju kurung itu sudah elok terpasang di tubuhku. Mata tokmak bersinar dan dia menepuk-nepuk tangannya. "Cantik sangat cucu kesayangan tokmak!"

Habis dipusing-pusingkan tubuhku, memperaga baju kurung batik yang dijahitnya. Baju itu seperti biasa just nice dengan potongan badanku. Tokmak tak pernah gagal mengagak ukuran tubuhku. Tak pernah sekalipun baju kurung yang dijahitnya untukku terlebih longgar, atau terlalu ketat.

Sedang aku bermain acah modelling dengan tokmak, ada bunyi kereta tiba di depan rumah. "Tu mesti Adam, pergi tunjuk kat dia!" Cadang tokmak. Aku yang teruja terus bersetuju, berlari keluar mencari kelibat suamiku. Dari pintu depan, aku lihat Adam masih berdiri di tepi keretanya, sedang bercakap di telefon membelakangkanku. Aku menghampirinya dengan berkaki ayam.

"Yes, I'm aware of that, but I'm having family emergency right now, I need a few more days." Senyap beberapa saat. "Paul, I'm not running away from my job responsibility-" Senyap lagi. Adam malah menekupkan sebelah tangan di muka, tanda tertekan. "Yes, I know. Yes, I'm sorry about that. Okay, okay, noted."

Panggilan dimatikan. Adam kembali menghadap keretanya dan membuka pintu, mengambil beg bimbitnya dari kerusi depan. Sebaik dia berpusing, terbuntang matanya; tak pasti terkejut kerana aku berbaju kurung begitu di tengahari buta atau kerana tahu aku sudah terdengar perbualannya tadi.

"Berapa hari?" Soalku terus sebelum dia sempat menjelaskan apa-apa.

♥️ yeay Qasha dapat baju kurung baru, at least seronok sikit hati dia kannn, siapa tak suka dpt hadiah hehe
Berbalik soalan psl "big and drastic" lepas, jawapannya ada pada tajuk bab tu hahaha. Adam terlebih2 kejuuuuu sgt! Kan perubahan "big and drastic" tuhhh XD
And i would like to extend my condolences to my readers yg sudah kehilangan ibu (previous chapter), stay strong and jgn lupa selalu titipkan doa utk mereka okay :')
For those yg masih beruntung (me included), lets show some love to our moms today (and next2 day too). Pick up the phone and call her (if you're away from home), give her a hug/kiss if she's right before your eyes. Come on, show some love ;)
Buktikan Uqasha bukan sekadar some cerita keju (with heated scenes haha) saja, but its a book that reminds us what we might have overlooked in life :)
Lastly, sorry bebel panjang sgt haha

Continue Reading

You'll Also Like

18.4K 124 13
NIA- Kebahagiaannya yang bakal menamatkan zaman bujang hancur sekelip mata apabila niat mahu membantu seorang wanita tidak dikenali daripada menjadi...
161K 5.2K 8
Physical book very soon. Available as ebook. Book 2 of heartbreaker trilogy. ❝𝐒𝐄𝐓𝐄𝐋𝐀𝐇 𝐓𝐔𝐑𝐔𝐍𝐍𝐘𝐀 𝐇𝐔𝐉𝐀𝐍, 𝐏𝐀𝐒𝐓𝐈 𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐃...
47K 546 23
" age doesn't matter in our relationship " - 17+ 𝓌𝒶𝓇𝓃𝒾𝓃𝓰! - 𝒽𝒶𝓇𝒶𝓅 𝒷𝒾𝒿𝒶𝓀 𝒹𝒶𝓁𝒶𝓂 𝓂ℯ𝓂𝒾𝓁𝒾𝒽 𝒷𝒶𝒽𝒶𝓃 𝒷𝒶𝒸𝒶𝒶𝓃! - 𝓂𝒶𝓀ℯ...
1.8M 12.7K 20
Start : 9 sept 2016 End : 17 oct 2016 INI KISAH DHIANA & NIK FATAH Kehadiran dia mengusik naluri wanitaku Mengajar aku bernafas dengan baik Dan.. Me...