RAW || Uqasha

By mixxabel

15M 210K 13.2K

Please read carefully the first part of this novel. For ebook announcement, check the last part. Thank you! ... More

TOLONG BACA
Uqasha: Nafsu | Prolog
1 : Kotak Beige
2 : Bukan Mahram
3 : Dendam & Ego
4 : Gayboy Alim
5 : Candy & Ken
6 : Gosip EX
7 : Campak Lagi
8 : Mogok Jumpa
9 : Salam Perkenalan
10 : Agenda Dara
11 : Sikit Banyak
12 : Cuci Periuk
13 : Dua Dunia
14 : Rumah Baru
15 : Buntu Celaru
16 : Balas Dendam
17 : Runtuh Tembok
18 : Penzahiran Kasih
19 : Mesej Rahsia
20 : Losyen Dingin
21 : Buat Lagi
22 : Nafkah Zahir
23 : Mandi Wangi
24 : Muntah Berisi
25 : Luar Nikah
26 : Tahan Nafas
27 : Saya Punya
28 : Patung Barbie
29 : Tahi Ayam
30 : Sosej Panas
31 : Kencing Setan
32 : Tuhan Seks
33 : Perang Dingin
34 : Kertas Ujian
35 : Pisau Rambo
36 : Relapse Nervosa
37 : Pancing Umpan
38 : Akhirnya
38 : Bukan Dayus
39 : Cantik Plastik
40 : Bahasa Cinta
41 : Melayu Siam
42 : Keranda Emas
Uqasha 2: Rahsia | 43 : Perang Tangan
44 : Air Pancuran
45 : Terlajak Tiup
46 : Jumpa Lagi
47 : Dasar Lelaki
48 : Sembilu Tombak
49 : Seorang Lagi
50 : Nikmat Sesal
51 : Pulang Paku
52 : Kerusi Kosong
53 : Main Ojus
54 : Isu Emosi
55 : Podium 12
56 : Ratu Ais
58 : Mimpi Laila
59 : Rahsia Masa
60 : Lembaga Manusia
61 : Mimpi Indah
62 : Keju Adam
63 : Bicara Bantal
64 : Nota Biru
65 : Dari Kecil
66 : Dua Personaliti
67 : Tak Cukup
68 : Kasi Cukup
69 : Bukti Cakerawala
70 : Jalan Tar
71 : Tetamu Diundang
72 : Mula Semula
73 : Ambil Hati
74 : CAPS YOU
75 : Klimaks 1310
76 : Aku Pulang
77 : Malam Pertama
78 : Kepala Batu
79 : Tiga Wow
80 : Epilog
ZINE ADAM IS AVAILABLE!
Uqasha by FIXI LONDON
2018 COMEBACK | Uqasha Suci
JULY 2023 | UQASHA SUCI (ebook)

57 : Jiwa Kacau

113K 2.2K 286
By mixxabel

"Janna!" Aku cuba mengejar Janna yang pantas meninggalkanku, ingin keluar dari bilik persediaan peserta wanita. Dia mendengus dan menoleh ke belakang, "You nak apa lagi?" Nadanya kasar.

"Janna. Takkan you nak marahkan I? Bukan I yang suruh dia pilih I. Marahlah kat dia." Aku cuba mempertahankan diriku. Janna tertawa kecil.

"Cuba cakap betul-betul dengan I, Qasha, dah berapa lama you berhubungan dengan Adam, sebenarnya?" Janna memeluk tubuh. Aku meneguk liur. "Apa you merepek ni, Janna? Bila masa I berhubungan dengan dia?"

Janna tergelak lagi. "Ya tak iya, kalau betul you bercinta dengan dia pun, takkan you nak mengaku, betul tak? Tadi, terang-terang you dah cakap macam tu." Janna terus berpaling tapi cepat-cepat aku tarik tangannya.

"Janna, come on! Apa salah I? Pernah ke you nampak I cuba mengorat Adam? Tak pernah, kan?" Hatiku dihurung hiba. Janna menarik tangannya. "Entahlah, Qasha. I pun tak tahu apa perasaan I sekarang. Memang Adam datang untuk I, tapi depan semua orang, dia pilih you! I dah faham apa Rina rasa bila Zakwan pilih you. It hurts, Qasha! Why is it always you?!"

Rina dan rakan-rakannya masih berada di pintu bilik persediaan memandang kami. Aku pandang Janna dan matanya bergenang. "You mesti tak tahu apa rasanya bila kita suka pada seseorang, tapi dia sukakan orang lain. Yela, selama ni, I tak pernah nampak you terhegeh kat sesiapa. Orang yang datang terhegeh kat you. Mesti seronok jadi orang yang selalu diingini, kan?"

Kini, giliran mataku pula bergenang. Kalaulah Janna tahu jalan hidupku, pasti dia takkan berkata begitu. I'd experienced enough in that department; terasa dicampak dan terbuang, tak diingini malah dibenci, semua itu aku dah rasakan. Sekurang-kurangnya, Janna mempunyai keluarga yang bahagia dan saling menyayangi.

"You tak tahu apa-apa, Janna." Gumamku perlahan.

"Ya! Memang I tak tahu apa-apa! You know why? Sebab you're too closed off! I cuba jadi kawan baik you, dekati you, kenali you, tapi usaha tu bertepuk sebelah tangan, kan? You masih dengan prinsip you, no mixing up personal and campus lives. Guess what, Qasha? I think I'm done trying to be your best friend, especially after what just happened. I'm retreating back to that 'campus people' circle of yours, so goodbye." Ucap Janna, terus berlalu pergi bersama Rina dan rakan-rakannya.

Aku terdiam. Airmataku menitis. Satu-satunya rakan yang baik denganku di kampus kini sudah meninggalkanku. Perasaan tak diingini itu datang menyelubungi diriku lagi. Aku tak pernah terfikir besarnya impak kewujudan Janna sebagai seorang sahabat. Sungguh, aku terkejut dengan kesan yang tertinggal daripada pemergian Janna sebagai temanku.

Aku tak keluar langsung dari bilik persediaan itu. Aku duduk di kerusiku dan menangis. Aku fikir aku dapat selamatkan persahabatan kami dengan menolak Adam, selain untuk mengelak kontroversi yang berpotensi memecahkan rahsia perkahwinan kami. Tapi, semuanya ternyata silap.

Aku masih hilang kepercayaan Janna. Kontroversi masih melanda, dan daripada reaksi penonton tadi, aku yakin sesuatu yang buruk akan berlaku. Mungkinkah rahsia perkahwinan kami akan terbongkar?

Ini semua salah Adam.

Kenapa pilih aku? Aku dah bersedia melihat dia berpasangan dengan Janna hari ini. Itu harga yang perlu aku bayar demi rahsia kami, demi privasi hidupku di kolej dan demi persahabatanku dengan Janna.

Sesi 4 bermula pukul 2 tengahari, dan aku masih memadamkan lampuku. Ternyata teori Janna silap, kerana peserta lelaki Sesi 4 semua kelihatan biasa saja. Akhirnya, aku dipadankan dengan seorang lelaki dari Sesi 2 yang aku kenali sebagai Izzat.

Adam tak kelihatan.

Petang itu, mini sukaneka diadakan di padang kampus. Memandangkan aku bukan seorang yang suka bersukan, aku tak bekerjasama baik dengan pasanganku. Hampir di setiap permainan, kami menjadi pasangan yang kalah hingga menyebabkan konflik antara aku dan Izzat.

"Kenapalah aku dipadankan dengan kau? Kau ni harap muka je cantik, tapi perangai out!" Izzat tanpa malu menjerit di wajahku di depan semua orang di situ. Yang peliknya, tiada sesiapapun antara pihak penganjur atau koordinator di situ yang cuba masuk campur dan menenangkan Izzat.

"Bukan aku yang pilih kau!" Aku menjerit kembali apabila terasa mukaku panas dengan penghinaan. Izzat terus menghempas botol airnya ke tanah dan tunduk mengambil begnya.

"Aku nak balik. Buang masa je masuk acara ni. Ingat boleh juga dapat awek cun yang beradab, tapi hampeh! Kau balik nanti, cermin diri kau tu, muhasabah sikit perangai. Macam orang gila." Izzat terus mengangkat kaki dan tiada siapa cuba menghentikannya. Aku pandang sekeliling dan mereka hanya berdiam diri.

Malu. Terhina. Aku pandang Janna dan dia seolah suka dengan apa yang aku terima. Dah tiada sebab aku perlu di sini. Aku terus mencapai begku dan berjalan keluar dari kawasan padang dengan linangan airmata. Aku masuk kembali ke bangunan fakulti untuk menukar pakaian. Apabila aku keluar, En. Azmin sedang menungguku di lobi. "Uqasha, boleh kita bercakap sebentar?"

Perlahan-lahan, aku anggukkan kepalaku dan mengambil tempat di sebelah En. Azmin. Aku dengar dia menghela nafasnya.

"Pertama sekali, saya nak minta maaf pada awak tentang apa yang terjadi di padang tadi. Saya rasa, saya hutang penjelasan pada awak tentang apa yang berlaku. Ada sesuatu perkara yang awak perlu fahami."

Apa yang En. Azmin cakapkan ni?

"Uqasha, pasangan awak, Izzat ialah antara peserta lelaki yang gagal. Mereka diberikan satu kelebihan setelah para gadis masukkan dia ke dalam kelompok itu, iaitu kebebasan bersuara. Awak kena faham 1 perkara; apa yang awak dapat daripada Izzat tadi ialah tindakbalas daripada sikap awak sendiri. Awak tak bekerjasama dengannya, awak keras kepala, awak asyik menyalahkan dia, semua tu yang buatkan Izzat hilang rasa hormat pada awak."

Aku terkedu.

"Uqasha. Awak dan Janna dipilih bukan semata-mata kerana denda kelewatan kamu berdua datang ke kelas saya. Saya terlibat dalam satu research yang mengkaji perbezaan sikap wanita, dan tindakbalasnya terhadap lelaki. Kamu semua diuji dengan 2 cara; dengan tarikan fizikal melalui Desperate Match dan tarikan mental melalui kerjasama dalam sukan dan permainan tadi."

Hah? Ujian apa ni? Bukan ke ini Karnival Mencari Cinta?

"Ternyata awak tak tertarik dengan pasangan awak baik secara fizikal mahupun mental. Ini yang kami sedang kaji. Semua yang berlaku hari ini ialah sebahagian daripada ujian kami, dan saya tak sepatutnya beritahu awak, tapi saya rasa awak perlu tahu sebab, ya, apa yang berlaku di padang tadi a bit unexpected." Panjang lebar En. Azmin menerangkan. Tiada pandangan sinis mahupun senyum sengetnya.

"Sayangnya, saya tak boleh disclose terlalu banyak tentang hal ini, tapi cukup untuk awak tahu bahawa semua yang terjadi hari ini adalah untuk research purpose. Jadi, saya, wakil daripada pihak penganjur acara ini, dan wakil research team saya, nak memohon maaf atas apa yang berlaku pada awak hari ini, benar-benar di luar jangkaan. Kami berharap, awak tak ambil serius dan cuba, emm, mendakwa pihak kami." En. Azmin menarik senyuman kecil.

Aku menarik nafas. "Saya cuma nak balik sekarang ni, boleh kan?"

En. Azmin terus berdiri dan aku ikut sama. "Ya, ya, boleh, boleh. Sekali lagi, saya minta maaf atas apa yang terjadi hari ini, Uqasha."

"Saya minta diri dulu." Aku terus berlalu, kembali ke kereta.

Ujian? Research? Semua tu bullshit. Ujian atau tak, research atau bukan, kepercayaan Janna takkan pulih. Kontroversi tetap melanda. Dan aku cuma mampu berharap rahsia perkahwinan aku dan Adam takkan terbongkar.

Apabila aku tiba di rumah Adam Maghrib itu, Priusnya ada. Dengan pelbagai perasaan menumbuk di dada, aku naik tangga ke bilik atas dan menyerbu masuk. Kebetulan, Adam baru keluar dari bilik mandi dengan wajah yang sedikit basah, lengkap berbaju Melayu biru muda dan kain pelikat. Aku terus menerpa ke arahnya.

"Apa yang awak cuba buat siang tadi, hah?! Awak memang sengaja nak hancurkan hidup saya, kan?!" Aku tumbuk dadanya, dan aku tarik-tarik baju Melayu yang dipakainya.

"Qasha-" Adam cuba menghentikan seranganku, tapi makin banyak pula tumbukanku singgah di badannya.

"Awak memang sengaja buat macam tu! Awak memang sengaja nak bocorkan rahsia kita! Awak memang-"

"Uqasha, boleh tak awak bertenang, for one second?!" Suara Adam tinggi mencelah, dan aku terus terdiam. Airmata mula mencucuk. Ini bahagian yang aku tak suka. Aku sedar aku sudah terlebih emosi. Aku turunkan tanganku dan Adam terus melangkah, duduk di meja kerjanya.

"Apa lagi yang kurang, Qasha? Apa lagi yang tak cukup saya beri? Saya cuba, Qasha, saya cuba beri sepenuh perhatian dan kasih sayang pada awak, jadi apa lagi yang kurang?" Suara Adam sayu.

"Kenapa, Qasha? Kenapa mereka tak boleh tahu? Saya tak faham kenapa awak nak berahsia. Saya tak faham kenapa awak marah saya pilih awak. Sebab awak memang pilihan saya, Qasha. Sudah saya katakan berulang kali, tiada orang lain di hati saya kecuali awak, so tell me, how was I supposed to punch in someone else's number when I saw you, the love of my life, right there in front of me?"

"Awak dah janji dengan Janna." Airmataku menitis.

"Dan itu boleh mengelakkan konflik antara kita? Ya, saya dah janji untuk tolong dia, but you were there, awak nak saya buat macam mana? Kalau saya pilih Janna tadi, boleh awak yakinkan saya yang awak boleh pulang ke rumah tanpa sebarang prasangka dan menuduh saya ada hubungan dengan Janna? Boleh awak yakinkan saya perkara itu tak terjadi?"

Aku terus terduduk di lantai. Fikiranku serabut. Emosiku tunggang-langgang. Sebenarnya, aku dah tak tahu apa yang aku rasa. "Janna dah bencikan saya." Tangisanku pecah, teresak-esak.

"Awak takkan faham. Dia satu-satunya kawan saya. Saya tak ada kawan lain. Saya takut. Some fears just never go away. It lives inside you and haunt you, no matter where you go." Aku cuba kesat airmata di pipi, tapi ia tetap mengalir. Aku perasan Adam bangun dari kerusinya, dan duduk di sebelahku.

"Apa yang awak cakapkan ni, Qasha?" Suara Adam kedengaran lebih lembut.

"Pernah tak awak terfikir kenapa saya tak campur-adukkan hidup peribadi dan hidup di kampus? Because I have trust issues, Adam. As soon as my friends found out about my broken family, my fighting parents yang berebutkan harta, they judged me! Kenapa mama sampai hantar saya ke Kota Bharu sana? Sebab saya dipulaukan di sekolah sini! Mereka tak nak berkawan dengan saya! They called me names! They made fun of me! They just didn't want me, this piece of baggage as a friend."

Adam cuba menarikku ke dalam pelukan tapi aku tolak. "No, I don't deserve your kindness. That's what I am, Adam. You married a complicated girl with lots of past baggages. I drag everyone down with my issues, terutamanya awak. Saya layan awak macam punching bag. I don't deserve you, or any friend for that matter. Betullah cakap Izzat, saya ni cantik luar je, tapi kat dalam, hm." Aku kesat pipiku.

"Siapa Izzat?" Soal Adam, sikit curiga.

"Oh, bukan siapa-siapa pun. Awak tak perlu risau, saya tak bercadang nak curang di belakang awak. Awak tahu tak, saya sayang awak macam nak mati, tau." Aku tertawa sendiri. Aku pandang Adam dan keningnya berkerut.

"Saya macam orang gila, kan? Entahlah, Adam. Banyak sangat perkara berlaku. Lately, I don't feel like myself anymore. Perangai saya makin menjadi-jadi, out of control. Sekejap saya marah, lepas tu saya sedih, menangis, lepas tu rasa macam nak belasah awak, tapi sekarang saya boleh gelak-gelak pula sambil jiwang-jiwang dengan awak. Saya rasa saya dah gila. Betullah cakap Izzat." Aku tergelak lagi dan kemudian berdiri.

"Qasha-"

"Saya turun dulu." Aku lambaikan tangan padanya dan berpaling ke pintu. Adam pantas berdiri dan memegang tanganku. "Sayang, jom, solat Maghrib dengan saya? Saya rasa awak tengah celaru sekarang, dan solat ialah ubat yang mujarab untuk tenangkan hati."

Aku pusing ke belakang dan senyum kecil. "Tak apalah, I think I'll pass. Untuk pengetahuan awak, orang gila tak wajib solat, tau. So, saya turun dulu." Aku kenyitkan mataku dan menyambung langkah.

♥️ hahaha Qasha dah gila, habislah.. Dah boleh hantar hospital mental lah macam ni, pastu Adam boleh kahwin lain! Hahaha sapa setuju?
Anyway, this is not a double update. This is a birthday present to a good friend of mine, so happy birthday, buddy! May soon your life be blessed with lots of love yeahhh
P/S: you know who you are, i aint naming names ;)

Continue Reading

You'll Also Like

173K 2.1K 17
[COMPLETED] NEW COVER! Cerita yang penuh dengan emosi, dendam, penipuan, tentang kekeluargaan, cerita after fl dan ml bercerai, cerita tentang how di...
6.1M 140K 27
(COMPLETED) AIDAN HARIZ "Janji adik akan tunggu abang?" NUR TASNIM "Adik janji" 🌼🌼🌼 Dua insan, Satu janji. Dan disini, kisah Tasnim bermula. "Bil...
28.8K 1.6K 23
(E-BOOK) Zayn Cinta aku berikan pada kau Tidak mungkin aku berikan pada perawan lain Kembali pada aku sayang Untuk matikan sumpahan masygul ini Kau...
392K 16.7K 38
" Selamat Pagi Cikgu Harraz " : ・𝜗𝜚・┈・┈・𝜗𝜚・┈・┈・𝜗𝜚・ : " Arwah ayah saya berhutang dengan Ah Long RM30K " - Qaseh Ayesha : ・𝜗𝜚・┈・┈・𝜗𝜚・┈・┈・𝜗...
Wattpad App - Unlock exclusive features