Jodoh Sebelah Pintu

By DeknaLee

69.6K 1.7K 199

Cerita ni diadaptasi ke drama lakonan Emma Maembong dan Kamal Adli. Mona Airawani bakal dijodohkan dengan... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 14
Bab 15

Bab 13

3.6K 103 0
By DeknaLee

Bab 13

AKU oleskan secalit gincu ke bibir dan aku merapatkan bibir beberapa kali. Meratakan gincu yang berwarna natural itu. Aku muncungkan mulut ke arah cermin. Nampak cantik sangat bentuknya! Eh? Riak! Riak! Astagha.

Kemudian aku kepitkan bulu mataku dengan pelentik bulu mata. Melindungi mata sembabku semalam. Teruk benar. Menangis tak ingat dunia! Tiba-tiba rasa malu pada Encik Tunang Tubi. Entah apalah yang dia katakan padaku nanti. Aduhai. Harap dia tidak mengadu pada abah aku yang aku menangis bagai nak rak hanya disebabkan bergaduh dengan Julia. Tentu abah akan kata yang aku masih belum matang lagi.

Melihat wajahku sendiri di dalam cermin membuatkan aku tertawa kecil. Mata sembab sakan!

"Siapalah yang malang nak kat aku ni?" aku menyoal sendiri.

Pipiku, aku tepuk berkali-kali dengan kedua belah tangan. Tak percaya. Mukaku yang biasa-biasa ini ada ke orang nak? Tapi, Encik Tunang Tubi kan tak pandang rupa? Haraplah dia jenis macam itu. Jangan bila dia tengok aku nanti, dia lari sebatu. Bukanlah nak kata muka aku tak lawa. Lawa sebenarnya... ececeh!

Eeee, ya Allah! Perasannya aku! Sambil membelek muka sendiri yang bebas dari noda jerawat ni, aku tersentak.

'Just give me a reason just a little bit enough! Just a second we're not broken just bend. And we can learn to love again...' Sms masuk! Aku berlari mendapatkan telefon bimbitku di atas katil. Semenjak perbualan mesra antara aku dengan Encik Tunang Tubi itu semalam, memang aku rasa excited sekali melihat telefon bimbit.

Pagi tadi, celik sahaja mata, terus aku sambar telefon. Entah apa penyakit aku hari ni agaknya? Ternanti-nanti sms daripada Encik Tunang Tubi. Aku belum kronik lagi kan? Hehehe. Adakah sms yang baru aku terima ini daripadanya? Melihat ada satu sms masuk. Aku berharap sangat agar dia yang mesej. Hendak terkinja-kinja aku apabila sms daripadanya masuk.

"Assalamualaikum. Morning, Aira. Kerja elok-elok tau. Drive safe."Pesannya bersama smiley senyum. Aku tersenyum sehingga ke telinga. Dah lama aku tinggalkan perasaan begini. Sudah lama! 'Fareez' yang baru muncul semula. Bahagianya. Apa aku nak balas ni? Banyak kali aku membaca sms yang sama. Bibir pula tidak henti-henti menguntum senyuman. Jujur aku bahagia. Buat masa sekaranglah...

"Waalaikumsalam. Morning awak! Awak pun sama. Kerja elok-elok. Jangan mengurat nurse. Drive safe." pesanku pula. Sengaja buat-buat cemburu. Sms masuk lagi tidak lama kemudian.

"Saya dah ada awak. Buat apa saya nak mengurat nurse?" soalnya. Aku tersenyum sahaja. Membiarkan smsnya yang itu tidak berbalas. Sekarang sudah jam enam lima puluh minit pagi. Biasanya aku bertolak ke sekolah pukul tujuh suku. Hari ini sengaja aku hendak bertolak awal. Malas hendak bertembung dengan Julia.

Telefon bimbitku berbunyi. Aku tersengih melihat si pemanggil.

"Helo assalamualaikum." salam kuberi. Debaran tiba-tiba muncul. Kali pertama berbual dalam telefon dengannya untuk hari ini.

"Waalaikumsalam. Aira. Awak tak balas sms saya..." ujarnya bernada rajuk. Aku ketap bibir. Heee. Tak balas mesej pun jadi isu ke? Sedih sungguh suara dia bila aku mengabaikan sahaja sms daripadanya.

"Saya nak balas apa?" aku menyoal pelik. Bila dia dah kata macam tu, aku nak balas apa lagi? Aku bukannya jenis yang suka bersms sangat pun. Menaip menggunakan komputer riba aku sukalah! Berbeza tu...

"Hm, balas ajelah apa-apa. 'Baiklah sayang' atau apa ke? Jangan gatal-gatal ke, sayang awak ke apa ke..." dia merungut. Aduhai. Cair mak! Aku tergelak kecil mendengar rungutannya itu.

"Sayang? Awak serius nak saya cakap macam tu? Heee. Tak naklah saya!" aku berkata sambil menggeliat geli-geleman. Dia ikut tergelak di hujung talian.

"Yalah. Saya dengar aje suara awak saya dah jatuh sayang pada awak. Dengar awak menjerit malam tadi pun dah berdetak hebat jantung saya. Tak tahulah awak macam mana." ujarnya. Aku telan liur. Wujudkah orang seperti ini? Mendengar suara sahaja boleh jatuh sayang?Mendengar aku menjerit pula berdetak hebat si jantung? Berdetak hebat sebab terkejut gamaknya. Mengarut!

"Banyaklah awak punya sayang. Merepek. Kalau jadi tunang saya pun belum tentu saya nak sayang ye." aku berkata selamba.

"Betullah saya sayangkan awak. Tambah-tambah lepas awak menjerit semalam. Alhamdulillah, itu awak. Tak ada nak cover ayu. Tapi awak tu tak tentu lagi nak sayang saya bila dah jadi tunang awak. Sampainya hati awak..." rajuknya. Dengar aku menjerit pun bertambah sayang? Hey, ini pelik! Tak habis-habis dia duduk ungkit mengenai suara aku menjerit semalam. Yakin aku ini jodoh dia hanya disebabkan jeritan lolong aku? Dan... alhamdulillah, itu aku katanya? Bertambah tak faham aku dibuatnya!

"Okeylah. Gurau aje. Sorry okey? Saya kena pergi kerja cepat ni. Saya tak nak terserempak dengan housemate saya. Marah masih belum reda lagi ni." aku bersuara selamba. Tak ada masa nak pujuk dengan ayat bunga-bunga. Memang silap besarlah kalau dia nak aku pujuk dia cara macam tu. Dia tergelak kecil.

"Jangan marah lama-lama sangat Aira. Tak elok untuk awak. Tak elok untuk dia. Okeylah. Saya sayang awak. Bye bye. Take care." Ujarnya selamba. Mudahnya dia sayangkan aku?!

"Err. Okay. Bye, take care too. Assalamualaikum." aku berkata tanpa membalas kata-kata sayangnya. Baru lagi sehari, Mona. Baru sehari...

"Bye waalaikumsalam." Jawabnya. Talian mati.Panaskan enjin sahaja sudah hampir sepuluh minit. Aku masukkan buku ke dalam kereta. Sesudah itu, aku duduk di dalam kereta sambil kaki tersadai keluar sebelah macam biasa.

"Malam tadi ada yang terjerit kuat. Tension katanya. Tension dengan bakal tunang ke...?" sindir satu suara meleret. Aku mendengus. Bad ni, kalau sehari tak ganggu aku memang tak boleh ke? Memang dia tak dapat hidup tenang ke macam mana? Dengar suara dia saja buat aku sakit hati. Tapi... alamak! Dia dengar suara aku menjerit macam tarzan semalam? Gulp!!

Aku pandang dia dengan kerutan di dahi akibat rasa tak puas hati. Irfan di sebelahnya hanya tersenyum manis. Masing-masing berpakaian formal. Aku tak faham. Doktor memang berpakaian formal begini ya? Pernah aku lihat, seorang doktor hanya memakai baju t lengan pendek berkolar. Atau kurang berdisiplin eh? Entah?!

"Hai Mona." sapa satu suara. Oh my! Ini encik Taufiq! Si Julia yang punya. Nak tegur ke tak payah? Kalau tak menegur nanti, dia tuduh aku sombong. Kalau menegur nanti, Julia tuduh aku menggedik. Balas sahajalah pendek.

"Hai." balasku seperlahan yang boleh.

"Awak menjerit semalam kenapa?" soal Taufiq lagi. Aku telan liur. Dua-dua belah rumah dengar ek?

"Eh! Tak ada apalah..." aku berkata malu-malu.

"Ye ke tak ada apa?" muncul pula si Amirul Rashid. Dia tersengih-sengih. Tangan di dalam kocek. Aku telan liur. Aduhai. Semua dengarkah? Malunya. Menyesal aku ikut cakap Encik Tunang Tubi semalam! Menyesal sangat-sangat! Kalau tak, tak adalah jiran-jiran aku nak pandang pelik macam ni.

"Betullah tak ada apa. Cuma tension sikit je." aku tersengih malu.

"Tension tu tension jugak. Mengganggu ketenteraman awam tu kena ambil kisah jugak." sindir Bad lagi. Hey, sekali aku ikut cadangan Encik Tunang Tubi malam tadi ni bagus jugak. Mujurlah rumah aku tak ada tukul. Kalau ada tukul, dah lama aku 'senyapkan' si Bad ni!

"Sibuklah!" aku menjerkah. Mukanya berubah. Dia mengusap dada. Barangkali terkejut dengan jerkahanku. Siapa suruh mengganggu? Taufiq dan Amirul Rashid ikut memegang dada dengan muka terperanjat. Kuat sangat ke aku menjerkah? Aduhai.

"Uih mak! Garang betul la jiran kita ni. Tension bebenar dia ni. Nampak! Nampaklah aku tekanan yang dia hadapi ni." dia berkata kepada Irfan dengan muka terkejut. Menyampahnya aku! Tangan masih setia mengurut dada. Macam terperanjat sangat je kena jerkah.

"Biarlah dia lepaskan tension dengan cara dia. Berkesan cara tu." Irfan membelaku dengan senyuman meleret. Aku menarik nafas. Dugaan macam ini kan hari-hari aku hadap? Chill, Mona! Chill!

"Malang tunang dia..." komen Bad sambil tersengih. Urgh!

"Dengan tunang lainlah! Awak berdua apa tahu?! Menyibuk aje tak sudah-sudah!" aku marah lagi. Kenapa mereka sering menyakitkan hati aku? Terutamanya Bad ini. Benci betul aku dibuatnya.

"Uuuu! Dengan tunang tu lain macam mana ya Kak Fashionista?" Bad menyakat lagi. Irfan tergelak kecil sahaja. Comel! Eh? Aku bakal ada tunang tak lama lagi, kan? Tak elok aku pandang lelaki lain. Astaghfirullah.

"Macam ni!" aku mengangkat penumbukku ke arah Bad. Dia tergelak sambil menekan-nekan perutnya. Taufiq dan Amirul Rashid ikut terkekeh-kekeh gelak melihat pergaduhan aku dengan Bad ini.

"Mak aih!" Irfan terperanjat. Kemudian, dia tergelak sama.

"Dum! Pintu kereta aku tutup. Air-cond aku pasang. Pagi-pagi lagi dah berasap satu badan! Budak dua orang tu memang tak boleh nampak aku ke macam mana?! Geram sungguh aku jadinya. Mujurlah dua beradik tu behave sikit perangainya. Tak adalah nak menyakat aku macam si Bad dan Irfan. Kalau mereka juga sekepala, boleh masuk hospital sakit mental aku dibuatnya!

"AIRA... awak sibuk ke?" sms aku terima pada hari itu membuatkan senyumanku tanpa dapat ditahan lagi sudah mencecah ke telinga! Jemariku laju sahaja menyentuh papan kekunci. Membalas smsnya.

"Dalam kelas. Duduk-duduk aje pun. Tunggu budak siapkan latihan." aku membalas smsnya dengan senyuman.

"Awak jangan menggatal dengan budak-budak tu ye." dia berpesan. Bahuku terhinggut menahan gelak. Budak tak baligh lagi pun dia ingat aku terliur ke? Kalau baligh sekali pun, apa dia ingat aku ni jenis yang mudah jatuh cinta?! Apalah Encik Tunang Tubi ni! Merepek betul!

"Banyaklah! Awak ingat saya gatal sangat ke sampaikan budak tak baligh lagi pun saya nak tackle?" aku menyoal. Tersenyum. Telefon bimbit di tangan aku pandang dengan tak sabar. Cepatlah balas...

"Okey. Kalau macam tu jangan menggatal dengan yang dah baligh. Guru-guru lelaki ke."dia menghantar sms kepadaku tidak lama selepas aku membalas. Aku tergelak juga akhirnya. Tak larat betul aku kalau macam ni. Dia cemburu ke? Takkanlah!

"Merepek awak ni!" aku siap letak tanda seru lagi. Geram!

"Betullah Aira. Saya tak nak awak menggatal ke, digatalkan ke... saya tak nak. Saya tak nak awak tinggal saya walaupun saya bukan siapa-siapa pada awak. Belum siapa-siapa lagi. Saya tak mahu bakal tunang saya terberkenan kat lelaki lain..." balasnya. Aku terlongo sekejap. Comelnya. Serius ke dia? Apa pasallah romantik sangat ni? Siapalah gerangannya? Tak sabar untuk aku tahu siapa dia. Cepatlah kahwin! Wehehehe... gatalnya aku!

Eh nanti kejap, dia tak sibuk ke? Pelik juga aku! Dari tadi bersms denganku.

"Cikgu..." panggil seorang anak muridku. Aku angkat kepala. Masya-Allah! Dah depan mata aku sahaja rupa-rupanya budak Ariff dan Zahid. Aku urut dada. Telefon bimbit tercampak ke dalam beg. Mujur tak tercampak ke lantai. Phew! Cepat-cepat aku kawal senyumanku.

"Ya Zahid, Ariff." aku menjawab serius.

"Dari tadi cikgu senyum. Ada apa-apa ke...?" soal mereka berdua sambil mengangkat-angkat kening dengan riak muka nakal tak terampun. Aku membuntangkan mata. Busybody betul budak dua orang ni!

"Tak adalah. Eh? Pelajar lain mana?!" menyedari bahawa hanya ada aku dan mereka berdua di dalam kelas membuatkan aku terkejut sangat! Tadi, anak muridku memang sedang tekun menghadap buku. Nak keluar rehat punya pasal.

"Semua dah keluar rehat. Loceng dah berbunyi tadi." Zahid berkata jujur. Aku terbelalak. Bila masa loceng berbunyi?! Ye yo oh je budak-budak ni?! Aku pandang keluar. Eh?! Memang sekarang dah waktu rehatlah! Pelik! Bila masa loceng berbunyi ni? Takkan aku tak sedar bunyi loceng yang kuat tu? Penangan Encik Tunang Tubi.

"Hah?! Kenapa diorang tak tunggu sampai cikgu bagi keluar?!" aku membebel geram. Boleh diorang main keluar aje?At least, hantarlah buku dulu ke apa?

"Diorang tanya tadi tapi cikgu sengih-sengihpandang telefon dan tak jawab. Saya bagilah diorang keluar. Kesian. Diorang mesti tengah lapar." Ariff berkata. Aku tepuk dahi. Baik hati si Ariff ni...

"Siapa suruh awak bagi diorang keluar?!" aku membuntangkan mata dengan geram. Sesuka hati dia saja memberi arahan kepada rakan-rakannya. Ya Allah budak dua orang ni memang melampau sungguh!

"Sengaja, cikgu kan kawan uncle kitorang." jawab Zahid tanpa rasa bersalah.

Muka tu dah la macam muka Bad. Aku tenyeh jugak dengan cili muka budak ni! Selamba dia saja menjawab begitu. Sabar ajelah! Boleh dia jawab 'sengaja'? Eii! Terbit perkataan 'uncle' itu mengingatkan aku kepada si Bad dan Irfan. Sudahlah pagi tadi Bad menyakitkan hati aku dengan sindiran dia. Huh! Meletup!!

"Masa bila entah cikgu berkawan dengan uncle kau orang? Please! Bagi free pun tak nak!" aku dah mula merusuh. Dah ternampak Bad di muka si Zahid ini. Dendamku pagi tadi masih belum berbalas. Tak balas pada Bad, pada Zahid pun jadi! Padan muka! Siapa suruh muka sama?! Siapa suruh perangai sama?!

"Ye ke tak nak? Uncle handsome pun cikgu tak nak ke?" soal mereka tak percaya.

"Tak nak." entah kenapa. Satu kerja pula aku nak bergaduh dengan budak-budak ni! Memang aku dah tak ada kerja lain sangat dah agaknya.

"Weh, percaya ajelah cakap cikgu tu. Tadi muka cikgu berseri-seri main mesej. Rasanya ada lagi handsome dari uncle kita kut yang mengurat cikgu?" Ariff berbisik kepada Zahid. Zahid mengangguk-anggukkan kepalanya. Ingat aku tak dengar bisikan kau orang berdua?! Berbisik macam pakai mikrofon! Bertuah punya budak! Ada yang makan rotan ni kejap lagi...

"Tapi uncle paling handsome. Pakwe cikgu mesti tak handsome macam uncle." Zahid mencebirkan bibirnya. Aku nak marah bila Encik Tunang Tubi aku kena kutuk oleh pelajar tak siap ni. Encik Tunang Tubi aku tak bersalah! Biarlah muka dia tak handsome sekali pun asalkan perangai dia lagi handsome dari jiran aku tu!

"Hey! Pergi rehatlah!" aku mengamuk geram. Sakit pula hati aku diapi-apikan anak muridku ini. Mereka berdua tergelak serentak dan berlari-lari anak keluar kelas.

"Cikgu menggatal! Tak malu!" sempat lagi mereka menyanyi mengejek sambil menonggeng-nonggeng punggung kepadaku. Eee! Sebijik perangai Bad dan Irfan! Aku geram betul! Tak hormat aku langsung. Mentanglah aku dah capai kata sepakat dengan Irfan dan Bad dulu bahawa aku tidak akan mengenakan sebarang tindakan terhadap mereka. Menyesal aku!

Telefon bimbit dalam beg aku capai semula. Bertubi-tubi sms daripada Encik Tunang Tubi aku. Hailah. Sorry!

"Aira."

"Aira..."

"Kenapa tak balas?"

"Sibuk eh?"

Baru lagi hendak membalas, telefonku bergetar. Panggilan masuk. Hisy dia ni! Tak boleh nak tunggu langsung ke? Aku mulalah rasa nak marah bila setiap masa dia asyik nak on call, nak mesej. Sudah lama aku abaikan telefon bimbitku sebelum ini, dan sekarang aku perlu sentiasa bersama telefon bimbit kembali.

"Helo, assalamualaikum." aku memberi salam lantas mengemas barang-barangku. Aku mahu naik ke pejabat guru. Sudah habis waktu mengajar rupa-rupanya. Malu betul aku tertangkap dengan dua orang budak nakal tak terampun itu.

"Kenapa tak balas sms saya, Aira?" soalnya merengek. Aku tahan gelak. Tak balas pun jadi isu?! Bukan tak balas sebenarnya, tak sempat balas.

"Saya tak sempat balas. Anak murid saya yang namanya Zahid dan Ariff tu nakal tak terampun. Dia perasan kita bersms. Dia sakat saya. Tak larat betullah saya dengan diorang berdua tu. Dua kali lima dengan pak saudaranya. Tak tahan! Nak pecah kepala saya ni!" aku mengadu geram. Terkacip habis gigiku. Tanpa aku dapat tahan, kaki sudah pun menghentak lantai. Geram!

"Pak saudara dia? Awak kenal? Hmm?" soalnya seakan-akan merajuk.

"Ya, saya kenal. Dulu, budak dua orang tu pancitkan tayar kereta saya. Saya suruh diorang panggil penjaga, sekali dia panggil pak saudaranya. Lagi malang bila pak saudaranya tu jiran sebelah rumah saya, awak tahu tak? Dahlah yang dua orang tu perangai kalah badut! Di rumah, saya kena sakat dengan diorang berdua, di sekolah dengan anak buah diorang berdua. Saya sampai pengsan hari tu. Semuanya disebabkan empat makhluk tu! Dahlah saya dirawat oleh jiran saya tu jugak, awak fikirlah sendiri berapa kali malang yang saya terima sebab diorang dalam satu hari sahaja." aku berkata bersungguh. Geram. Encik Tunang Tubi berdekah-dekah mendengar aduanku. Aku mencemik. Tak bersimpati pada akukah?!

"Kesiannya kat awak, Aira. Kat sekolah ada orang menyakat, kat rumah pun ada orang menyakat juga. Kat rumah mak abah pun mesti mak abah awak menyakat awak kan?" soalnya. Aku tersenyum. Dia faham aku.

"Ya. Memang betul sangat tu. Dekat rumah dengan dua ekor badut, dekat rumah mak, dengan perangai abah yang susah nak serius. Kat sekolah dengan murid lagi. Cikgu pun saya kena sakat juga. Cikgu Farhan! Orangnya nampak serius. Tapi kuat menyakat." aku berkata pula bersama keluhan. Hari-hari aku disakat lima makhluk itu. Tak larat... mujurlah aku jarang disakat abah sebab aku jarang balik...

"Cikgu Farhan? Lelaki ke perempuan dia tu?" soalnya. Aku tergelak.

"Lelakilah! Mana ada Farhan nama perempuan." aku membebel. Setahu aku, payah nak ada perempuan nama Farhan. Ada tu memanglah ada... tapi... jarang-jarang.

"Ada, pesakit saya nama Farhan, perempuan..." katanya pula.

"Okey. Dia lelaki." aku membetulkan.

"Awak jangan menggatal dengan Farhan tu." dia memberi pesan. Aku menggeleng-gelengkan kepala. Tak sangka dia ni jenis cemburu juga orangnya.

"Tak ada masa saya nak menggatal dengan dia. Kalau saya nak, dari dulu lagi saya menggatal dengan dia." aku menjawab selamba.

"Dia menyakat apa?" dingin suara Encik Tunang Tubi. Alamak. Cemburu ke?

"Kes tayar pancit dululah. Dia ajak saya naik motor dengan dia. Konon nak tumpangkan saya. Bersungguh-sungguh dia ajak..." belum pun aku habis bercerita, dia menyampuk.

"Lepas tu awak naik tak?!" soalnya kuat. Terkejut aku!

"Tak. Sebab tu bukan motor dia, tapi tu motor pak cik tukang kebun. Dia gelak semahunya bila saya cakap yang saya tak nak naik motor dengan lelaki. Tak manis. Geram betul saya. Lepas tu dia ajak saya naik kereta dia. Itu baru betul. Kereta dia..." aku tak habis bercerita lagi, sekali lagi dia menyampuk.

"Habis tu awak naik?!" soalannya kuat macam tadi. Aku mendengus. Apa kena dengan Encik Tunang Tubi aku ni?!

"Taklah. Saya dah malu gila sebab kena sakat masa tu. Takkan saya nak naik? Lepas tu saya bawak buku saya tunggu bas. Saya tumpang jiran saya balik rumah. Jiran yang badut tu..." aku bersuara takut-takut. Takut sebab suara Encik Tunang Tubi tadi macam marah-marah. Tiba-tiba dia tergelak.

"Eleh, dalam badut orang tu nak pulak awak tumpang! Lain kali jangan tumpang sesiapa. Jiran-jiran awak pun jangan melainkan ada orang lain. Perempuan atau budak! Dengar cakap saya ni..." dia berpesan.

"Baik awak..." aku patuh.

"Saya tak nak awak jatuh cinta dengan jiran awak. Saya nak awak jatuh cinta dengan saya seorang sahaja." ujarnya. Aku angguk. Eh! Dia tak nampak!

"Baik awak. In shaa Allah..." aku patuh lagi.

"Mona!" panggil satu suara garau. Aku berpaling. Telefon bimbit masih di tangan. Kelibat Cikgu Farhan menyeluk poket seluarnya muncul. Dia bersandar ke pintu kelas aku.

"Ya saya?" aku menyahut.

"Aira?" di talian pun sama! Adess!

"Awak tak keluar rehat ke?" soal Farhan. Aku menggeleng.

"Tak rehatlah, Pa'an. Saya puasa hari ni." aku berkata sambil tersenyum.

"Oh! Puasa ganti erk?!" soalnya nakal bersama sengihan yang memang selayaknya menerima tamparan menggunakan kaki. Aku menjegilkan mata. Malunya! Dia tergelak kuat.

"Gurau-gurau. Saya pergi dulu." dia meminta diri. Aku mengangguk.

"Saya panggil, awak buat tak tahu. Dia juga yang awak layankan..." ujarnya berjauh hati. Aku menelan liur.

"Dia siap bergurau pasal peribadi awak pula tu. Saya tak suka. Gatalnya cikgu tu. Kalau kita kahwin nanti, memang saya cucuk dia dengan ubat pelali kalau dia bergurau macam tu lagi dengan awak." dia berkata geram. Aku tergelak mendengar kata-katanya. Mentanglah dia itu doktor. Main cucuk-cucuk orang sajalah yang dia tahu!

"Ganasnya doktor ni!" aku berkata sambil tergelak.

"Jangan gelak. Saya sedang serius. Saya tak nak orang kacau wife saya macam tu. Sekarang dia selamatlah sebab awak belum jadi tunang dan wife saya..." dia bersuara geram. Aku mengulum senyum. Aduhai. Kelakar juga dia ni rupa-rupanya.

"Okey sorry. Saya pun takexpect dia nak bergurau benda macam tu. Saya puasa nazar sebenarnya. Anak murid saya banyak dapat 5A dalam percubaan." aku bercerita hal sebenar kenapa aku berpuasa. Bukanlah disebabkan puasa ganti.

"Itu pun awak yang berpuasa nazar kenapa?" soalnya sambil tergelak kecil. Tiada lagi suara merajuk. Lega. Mudah sejuk rupa-rupanya dia.

"Sebab... saya punya subjek ramai yang dapat A..." ujarku bangga. Bukan sengaja nak berbangga tetapi... ini berita gembira. Aku perlu berkongsi dengan seseorang dan dia adalah Encik Tunang Tubi aku.

"Tahniah Aira. Saya tahu awak seorang guru yang bagus." pujinya. Aku tersenyum. Kaki melangkah ke bilik guru apabila masa rehat hampir tamat. Aku dan Encik Tunang Tubi akhirnya berhenti berbual buat masa ini...


Continue Reading

You'll Also Like

42K 2.9K 55
"You drive me crazy, Yara Alyssa. Most people say that the cure for falling in love is marriage. And now I'm in love. Do you want to be the cure for...
3.2M 284K 92
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
861K 34.9K 96
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
596K 23.5K 81
Kehilangan kedua ibu bapanya buatkan Razia rasa hidupnya sudah pun seperti di ambang neraka. Tapi siapa yang menyangka, tiga hari setelah pemergian o...