Jodoh Sebelah Pintu

By DeknaLee

69.6K 1.7K 199

Cerita ni diadaptasi ke drama lakonan Emma Maembong dan Kamal Adli. Mona Airawani bakal dijodohkan dengan... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15

Bab 8

3.4K 91 0
By DeknaLee

Bab 8

"AKU cakap dengan kau kan?" suara Julia mematikan ingatan aku pada kejadian petang tadi. Aku meletakkan beg tangan aku ke kerusi. Duduk di situ menghilangkan penat. Julia nampak macam tak puas hati bila soalannya tak dibalas. Aku mendengus.

"Ya, aku balik dengan diorang. Diorang datang sekolah aku tadi. Ada hal penting yang tak dapat dielakkan." aku memberitahu. Tudung di kepala, aku cabut dan sidai di bahu kiri. Julia ni angin pasang ke? Cemberut sahaja mukanya. Bukannya dia tak tahu kisah aku dengan Fareez. Itu pun nak cemburu lagi ke? Tak faham betul aku dengan dia ni.

"Kalau kau risau aku mengurat diorang, jangan risau lagi. Aku tak ada mood nak mengurat dua ekor monkeys tu. Tadi aku balik dengan diorang sebab terpaksa aje. Ada kes urgent. Jangan risau, mak aku dah telefon aku. Dia kata, abah aku tengah giat cari jodoh untuk aku. Minggu depan aku balik rumah. Nak tahu sejauh mana mak dan abah aku dah berjaya dapatkan calon-calonnya. Tak lama lagi, kau dah tak payah nak buat muka meluat setiap kali pandang aku." aku berkata sinis lantas masuk ke dalam bilik. Tak pasal-pasal Irfan dan Bad dapat gelaran monkey. Half-monkey aje sebenarnya. Hahaha.

"Betul ni Mona?" soal Julia bersungguh.

"Yup!" aku jerit dari bilik. Julia terkinja-kinja di luar bersama tawa galaknya. Aku menggeleng-gelengkan kepala. Tudung aku campak ke katil. Tak ada masa nak gantung-gantung.

"Thanks Mona!" luahnya gembira. Whatever, Julia. Aku malas nak ambil tahu hal kau. Aku melangkah ke meja kerjaku di dalam bilik. Laptopku buka. Sudah lama aku meninggalkan kerja menulisku. Aku tak tahu nak sambung novel apa? Atau mulakan novel baru aje senang?

Mata tiba-tiba rasa gatal pulak nak tengok semula kenangan aku dengan arwah Fareez. Aku meninggalkan laptop yang masih terpasang itu dan berjalan ke katil. Kotak di bawah katil aku ambil dan buka. Nota-nota yang berwarna-warni aku tatap sedih. Warnanya sudah usang sedikit. Sudah terlalu lama aku menyimpan nota-nota cinta ini.

Nota pertama aku belek.

"Assalamualaikum, saya dah lama perhatikan awak. Awak comel sangat." nota pertama yang menyebabkan jantung aku hampir terloncat keluar ketika mula-mula aku membacanya. Mulanya aku ingatkan nota tersebut tersalah 'terbang'. Tapi... nota itu sudah terselit elok di dalam sampul yang tertulis, 'buat Mona'! Aku pelik! Siapa tahu nama aku?

Di bawah nota itu terselit, 'sila balas segera dan letak semula dalam sampul ni,'. aku berkerut sakan membacanya. Siapa yang terlalu kuno sangat nak berbalas surat ni? Macamlah telefon bimbit tak ada. Mungkin dia orang susah...

Waktu dulu memang aku tak expect langsung yang dia bakal jatuh suka pada aku sebab aku selalu nampak dia melepak di laman rumahnya sambil mendengar earphone dan melukis tanpa menghiraukan persekitarannya. Nak harapkan teguran, memang taklah! Dia pandang aku pun tidak! Selalunya, aku yang curi pandang dia.

Aku ingat lagi, kali pertama aku pandang dia adalah ketika bila dia membasuh kereta. Dia menegur baik dan aku jawab acuh tak acuh. Malu-malu meow gitu. Selepas kejadian itu, terus dia tak tegur aku dah. Ternanti-nanti juga aku bila dia nak menegur lagi. Tapi hampa... nama dia pun aku tahu bila mama dia panggil dia dulu. Bukan kerana dia menegurku. Bila terserempak dengan dia di laman rumah, aku senyum dan dia hanya menjeling. Selepas itu terus aku tak senyum setiap kali bertentang mata dengan dia. Padaku dia sangat sombong! Mungkin sebab aku yang terlebih dahulu sombong padanya. Hehehe.

Selepas aku membaca note itu, aku langsung tak balas. Bukannya apa, aku takut orang sengaja nak buat khianat dekat aku. Atau lebih tepat lagi, rakan-rakanku yang nakal tak terampun! Jadi aku buat tak tahu sahajalah. Besoknya, muncul sampul surat baru, buat Mona lagi. Aku dah naik gerun.

Tulisannya bukan main cantik lagi. Sumpah aku tak tipu. Bulat-bulat aje. macam tulisan orang perempuan. Jadi aku expect, kawan-kawan aku sengaja nak kenakan aku. Aku buka sampul tu, ada kertas merah tergunting bentuk love. Di tengah-tengahnya ada orang lidi, lelaki dan perempuan. Di hati sebelah kiri, orang lidi lelaki itu menghulurkan 'love' atau cinta. Yang si perempuannya sebelah kanan pula menadah. Aku tak dapat nafikan yang aku suka terima surat 'layang' tu sebab itu pertama kali ada yang berminat dengan aku dan menggunakan cara paling kuno tetapi romantik untuk mendekatiku. Perlahan-lahan kepala otakku teringat kenangan itu...

"Siapa ni? Fail betul melukis! Orang lidi aje?" aku membebel dan mendengus. Ada sekeping lagi kertas terselit. Aku baca kertas kecil itu.

"Saya nak berkenalan dengan awak, tapi saya malu." aku mendengus.

"Habis, macam mana nak kenal kalau dah malu? Aduhai. Pelik-pelik betullah! Ni siapa yang kenakan aku tak ingat dunia ni?" aku mendengus dan mendengus lagi. Betapa geram dikenakan si misteri person. Tapi surat itu aku simpan juga. Nak tengok tulisannya macam mana pula kalau ada lagi surat selanjutnya. Buat masa ini, tulisannya sama sahaja.

Hari ketiga pula, aku tengok mailbox lagi, masih ada surat baru. Lukisan yang lain pula disertakan. Kali ini lukisan berwajah aku. Tergamam aku. Takkan dia dengar aku kutuk lukisan dia kut? Cantik lukisannya. Mungkin sebab dia lukis gambar aku kut? Hehehe.

"Bilalah awak nak balas surat saya? Saya nak berkawan dengan awak, Mona." Aku mendengus lagi. Apa kata, layankan sahajalah surat lelaki ini? Aku masuk ke bilik. Ambil kertas warna-warni lalu aku gunting bentuk tapak tangan. Sebatang lidi aku tampal menjadi 'lengan' bagi tapak tangan itu. Ayat pertama aku...

"Tolong tampar pipi anda dengan kertas ini berkali-kali sehingga pengsan!" selepas itu aku tinggalkan di mailbox. Puas ku nanti, siapa yang datang menghampiri mailbox itu? Tiada orang! Aku mengeluh. Tiada sesiapa. Keesokan paginya, aku ke mailbox, terkejut aku apabila mendapati tiada 'penamparku' di situ. Eh? Pergi ke mana pula? Sehelai kertas berlipat elok tertinggal di dalam itu. Aku ambil dengan teragak-agak.

"Saya tak pengsan-pengsan pun! Macam mana ni?" Aku tersenyum. Bersiap sedia untuk membalas suratnya yang seterusnya.

"Tell me your name." akhirnya 'surat' menjadi nota pendek sependek-pendeknya. Seperti biasa, entah waktu bila, nota itu diambil dan digantikan dengan nota yang baru oleh orang yang aku tak tahu siapa.

"Fareez." balasan surat itu membuatkan aku terjerit dan terlompat kecil di hadapan mailbox akibat terperanjat.

Kedengaran suara lelaki mentertawakan cara aku terkejut yang tak terampun itu. Aku menilik. Entah siapa? Tiba-tiba dia keluar dari tempat persembunyiannya dan bersandar di pagar rumahnya iaitu di sebelahku. Aku telan liur. Lambat-lambat aku pandang dia. Dia menunduk dan tersenyum sambil memeluk tubuh. Di tangannya terdapat 'penampar' aku! Aku gigit bibir. Aku tak jangka langsung yang dia lelaki misteri itu!

Saat itu, aku mula patah-patahkan jari. Goyang-goyang pinggang. Menahan rasa kekok dan malu.

"Assalamualaikum..." macho suaranya memberi salam. Aku berdeham beberapa kali. Membuang debaran di dada.

"Waa... waalaikumsalam..." aku jawab tersipu-sipu. Jari telunjuk aku cantum-cantumkan tanpa sengaja. Ah, gedik sungguh aku waktu tu rupa-rupanya!

"Ekhem... hem... saya Fareez. Maaflah, lukisan orang lidi dulu tu buruk. Erm, lukisan muka Mona tu, okey?" soalnya dengan mata setia memandang kasut. Aku tersenyum.

"Okey. Cantik sangat. Awak dengar eh kritikan saya dulu? Sorry..." aku berkatadengan suara yang meleret-leret. Malunya. Dia dengar aku kutuk lukisan dia! Then, he comes with the better one. Lot more better than I've expected! Muka aku terus yang dia lukis. Dia memang berbakat.

"It's okay. Erm, so macam mana ni?" soalnya sambil menampar-nampar pipinya dengan 'penampar' aku.

Matanya masih memandang kasut. Lebih baik dia tengok aku daripada dia tengok kasut dia. Muka aku lagi cun dari kasut dia, okey?! Aku mendengus sikit. Kenapa dia tampar muka dia dengan benda alah tu? Nak mengejek aku atau dia masih dalam mood nak tampar pipi sendiri sampai pengsan?

"Kita... ermm... kita surat-menyurat sahajalah!" aku berkata lantas berlari-lari anak masuk ke dalam rumah. Serius aku mengaku, aku gedik sangat masa tu! Kalau aku jadi Fareez waktu tu, harus aku tarik balik keputusan nak berkenalan. Entah macam mana Fareez masih okey dengan aku selepas kejadian itu.

Selepas itu, kami masih berutus surat. Cuma kata-kata yang pendek menjadi 'perutusan' kami sepanjang hari seperti, 'rindu', 'mengada', 'suka awak', 'gatal' dan sebagainya. Adalah satu hari tu, terkantoi dengan abah aku! Aku rasa tak nak muncul lagi dekat dunia ni... abah aku perasan yang aku selalu pergi ke mailbox dia setiap pagi. Jadi dia pergi sebelum aku di waktu pagi buta!

Hari itu, aku tertunggu-tunggu surat dari Fareez. Dia terlupa hantarkah? Rupa-rupanya, abah aku buat dajal tanpa pengetahuan aku. Dari pagi aku tunggu surat Fareez sehinggalah ke tengah hari. Pada waktu itu, abah sedang duduk bersila dekat atas bangku depan beranda. Konon-konon sibuk membaca surat khabar. Lama sungguh dia baca surat khabar. Dari pagi, bawa ke tengah hari. Surat khabar apa yang tebal sangat tu?

Tak pernah dalam hayat aku melihat abah baca surat khabar di luar rumah pada waktu pagi sehinggalah tengah hari panas membahang begitu. Lama sungguh. Aku yang ternanti-nanti surat dari Fareez, tentu-tentunya duduk di luar juga.

"Aira tak masuk ke dalam tolong mak memasak ke?" abah aku bersuara tanpa memandangku. Aku lihat bahunya terhinggut. Abah ketawa? Dalam surat khabar ada benda yang melucukan ke? Oh! Teringat pada sketsa kartun yang biasanya diselitkan dalam surat khabar itu. Mungkin abah sedang baca sketsa tu... fikirku.

"Abah ni duduk luar kenapa? Dari pagi sampai siang duduk kat sini. Pergilah masuk ke dalam sana. Tak pernah hayat abah duduk kat sini selama ini." soalan abah aku tak layan. Terus aku suruh abah aku duduk dalam rumah.

"Malaslah! Panas duduk kat dalam tu..." abah aku membalas.

"Hari-hari duduk bawah kipas, panas apanya lagi? Sebelum ni elok aje abah duk kat dalam sana. Lagi panas dari hari ini pun ada." gumamku sendiri. Mataku melirik ke rumah sebelah. Fareez... mana awak ni? Kenapa tak hantar surat?

"Kenapa duduk pandang-pandang rumah sebelah tu? Ada kekasih sedang menanti ke?" soalan abah membuatkan aku gigit jari! Alamak. Mana ada kekasih... hehehe. Malu pula aku jadinya.

"Mana ada..." aku memuncungkan mulut. Kaki melangkah ke peti surat. Aku tilik isi dalam. Kosong. Tak puas hati, aku masukkan tangan ke dalam peti itu dan meraba-raba. Juga tiada! Kenapa dari pagi lagi tiada apa-apa di situ?

"Cari apa kat situ?" soal abah sambil mengangkat tinggi surat khabarnya dan menutup muka. Aku berkerut seribu. Surat khabar dan badan abah bergegar. Abah baca apa ni yang kelakar sangat? Aku dah mula suspicious dengan abah sendiri. Entah-entah ada majalah porno di sebalik surat khabar tu tak? Sebab itulah abah baca 'lambat' bukan main! Esk! Mona!!! Aku tampar mukaku sendiri. Ada pula aku fikir buruk tentang abah sendiri. Tak baik... tak baik...

"Tak cari apa! Buang lalat ni ha! Masuk mailbox." aku berkata sambil buat-buat menjentik sesuatu yang memang tak ada. Abah terkekeh-kekeh gelak. Entah kenapa. Memang aku teringin nak baca surat khabar tu. Selama ni, mood abah memang serius setiap kali dia buka surat khabar. Apa yang kelakar sangat? Itu yang aku nak tahu tu.

Tiba-tiba Fareez keluar dari rumahnya. Aku terkeras di depan mailbox.

"Mana?" soalnya tanpa suara. Mulutnya saja bergerak. Aku angkat kening.

"Mana apa?" soalku juga tanpa suara. Dia bersandar di pagar rumahnya dan aku bersandar di dinding peti suratku.

"Kenapa awak tak balas?" soalnya buat muka. Berbisik apabila dia semakin mendekat. Aku terbelalak. Nak balas apa?

Sempat lagi mataku gatal memandangnya dari atas sehingga ke bawah. Kakinya hanya bersarung selipar jepun. Seluar pendek berwarna putih dipakai menampakkan betisnya yang agak berbulu. Aku kulum senyum. Seksi! Dia mengenakan t-shirt hitam yang ketat. Sesak nafasku. Alamak! Meskipun badan dia agak keding dan kurang tough, tapi aku suka... sebab dia pandai bergaya... ngehehe!

"Kenapa tak balas?" dia menyoalku lagi. Aku mengalih pandangan daripada terus tersengih-sengih merenungnya.

"Nak balas apa kalau bendanya tak ada? Dari pukul sembilan pagi tadi lagi saya tunggu kat sini!" aku mengetap bibir. Volume suara aku rendahkan seminima yang boleh. Takut abah di beranda mendengari. Jarak dalam lima enam meter sahaja dari aku dan Fareez. Abah berdeham. Aku pandang abah. Dia masih tekun dengan surat khabarnya. Tiba-tiba otak aku rasa curious. Kenapa abah baca surat khabar tu dari tadi tanpa menyelak helaian lain? Memang abah aku dah slow membaca ke apa? Atau aku yang tak perasan abah menyelak helaian baru? Boleh jadi aku yang tak perasan. Atau abah memang ada niat nak khatam surat khabar tu berkali-kali.

"Saya dah hantar dah tadi!" dia membentak perlahan. Mukanya masam habis. Merajuk. Sambil hentak kaki dan memeluk tubuh. Comelnya. Macam budak kecil!

"Mana adalah! Tak percaya, awak tengok sendiri ni ha! Penat saya tunggu surat dari awak." aku bersuara pula. Hentak kaki juga. Dia kelihatan terkejut benar mendengar kata-kataku. Matanya terbuntang luas. Entah apa isi suratnya sampai dia jadi macam ni? Ini yang buat aku tak sabar nak baca isi kandungannya. Hais. Manalah surat tu dah pergi? Curious gila aku!

Fareez tercari-cari surat di dalam peti surat rumahku. Kepala digaru-garu. Dari tak pernah dia masuk ke halaman rumahku, kini sudah bersungguh dia masuk mencari surat. Aku ikut mencari sama di atas rumput. Kut-kut jatuh ke?

"Tadi ada tau tak? Memang saya yakin yang saya dah letak kat dalam sini!" dia berbisik. Serius ke?

"Awak letak surat tu dalam pukul berapa?" soalku.

"Pukul tujuh lebih." Jawabnya. Amboi! Pagi sungguh! Memang tak adalah aku nak bangun sepagi itu bila waktu cuti begitu.

"Apa pasal awal sangat?" soalku geram.

"Sebab saya tak sabar nak awak balas surat tu. Memang tadi saya letaklah. Atau awak dah ambil tetapi terlupa?" soalnya semula.

"Taklah. Saya tahulah. Masalahnya sekarang benda tu tak ada..." aku sudah mula mencemik-cemik. Geram bila dia bagaikan tidak mempercayaiku.

"Cari apa?" soal abah mencelah pergaduhan kecil antara aku dengan Fareez. Serentak dengan itu, kami berdua berdiri tegak. Fareez mengetap bibirnya. Baru terperasan yang dia sudah di laman rumahku. Abah menyilangkan kaki dari duduknya.

"Tak ada apa-apa, pak cik." kata Fareez malu-malu. Merah menyala muka dia. Comel sungguh wajahnya dalam keadaan malu-malu begitu.

"Ke cari benda ni?" soal abah sambil melayang-layangkan sehelai kertas dengan tawa yang mula meletus. Kami berpandangan sesama sendiri. Muka aku sudah naik hijau saat ini, aku rasa. Mujurlah tak ada cermin. Tak sanggup aku hendak melihat wajahku sendiri dalam keadaan begini.

"Abah ni jahat!!!" aku membentak. Berlari ke arah abah. Kemudian surat itu aku rampas. Fareez kaku di tempat dia berdiri dengan muka pucat. Abahku terkekeh-kekeh gelakkan aku.Sampai tepuk-tepuk perutnya yang agak membuncit.

"Pak cik... pak cik baca dulu sebelum Mona ya?" dia kelihatan sedikit terkilan. Aku tengok sekali imbas surat itu. Amboi! Panjang berjela dia menulisnya. Entah apalah isi dalam agaknya?

"Pak cik nak tahu juga." jawab abah sambil tergelak-gelak. Fareez ketap bibir menahan senyum malu-malu kucingnya.

"Mehlah duduk sekali sini. Berkenalanlah dulu dengan bakal mertua." abah jungkit-jungkit kening. Aku hentak kaki berkali-kali. Malu! Malu! Perlahan-lahan Fareez berjalan ke arah abah. Dia duduk di hadapan abah dengan teragak-agak.

"Aira, buatkan Fareez ni air." arah abah selamba. Abahku memang sporting. Tapi aku tak tahulah bab-bab macam ni dia sporting ke tidak!Aku menurut perintah abah dengan segera berlalu ke dapur.

Surat yang Fareez bagi, aku buka di dapur.

"Assalamualaikum Mona. Saya nak beritahu awak sebab saya selesa berutus surat berbanding bersms dengan awak. Ya, awak ada nombor saya, dan saya pun ada nombor awak. Tapi saya bukan macam lelaki lain. Saya tak berapa suka bermain dengan gadget. Saya lebih suka menulis... SMS tu sekejap aje dah boleh dapat tahu macam-macam mengenai awak. Saya lebih suka tahu satu persatu. Sebab itulah saya berutus surat." oh! Jadi sebab itulah dia suka bermain surat dengan aku.

Baguslah! Aku pun tak berapa suka bersms. Entah ke mana aku campak handphone three three ten aku tu pun aku tak tahu? Aku kembali menyambung bacaan.

"Sebelum ni, saya pernah tegur awak. Tapi awak bercakap dengan tanaman awak. Awak tak pandang muka saya. Saya tahulah pokok bunga awak lagi tough dari badan saya... lepas tu saya terus takut nak tegur awak. Sebab awak macam tak sudi. Bila mak saya cakap, dia selalu nampak awak duduk dekat beranda. Kadang-kadang dia perasan awak pandang saya. Mak saya cakap, mungkin awak segan nak berkawan. Saya lagilah segan. Sebab tu saya hantar surat aje. Sorrylah. Kuno sangat cara ni. Tapi saya suka." aku tersenyum. Kantoi dengan mak dia rupanya yang aku sibuk melihat ke arahnya! Alamak! Abah baca yang ni ke? Abah ni, spoil!

"Setiap surat dari awak, saya masih simpan elok. Paling saya sayang sekali, tentulah 'penampar' awak. Hari-hari saya cuba tampar diri saya sendiri guna penampar ajaib tu. Tapi tak berjaya pengsanlah. Saya tak tahu kenapa? Hehehe. Saya nak cakap yang saya suka awak. Dah lama. Hari ni baru saya meluah sebab awak pun... macam suka saya. Macamlah! Saya tak cakap yang awak suka saya... okay. Merepek dah ni! Saya nak cakap yang saya suka awak! Suka sangat-sangat. Sebab apa, saya tak tahu. Sila balas surat saya guna kuasa kuda. Sebab saya betul-betul nak tahu jawapan dari awak! Sincerely, Fareez." Terkeras aku apabila membacanya. Tragis! Abah gelak-gelak tadi, baca surat ni ke? Fareez mengaku dia suka aku dan and that time, abah yang baca? Mana aku nak letak muka aku ni?!!

"Aira! Mana air untuk si Fareez?" soal abah kuat. Aku terkejut. Surat aku lipat secara random lantas aku menyumbat surat itu ke dalam poket seluar. Aku menuang air jus oren yang tersedia di dalam peti.

"Mona?!" panggilan Julia bersama ketukan pintu mengejutkan aku dari kenangan itu.

Hilang, terbang melayang semua yang aku khayalkan tadi. Fareez sudah tiada di hadapan mataku. Jag air sudah tiada di tangan. Yang ada hanyalah surat-surat cinta dari Fareez.. aku menarik nafas dalam. Surat itu aku letakkan semula ke dalam kotak. Air mata yang entah bila menitis, aku sapu perlahan.

Fareez, selamat tinggal, sayang... selamat tinggal. Moga engkau berbahagia di sana di samping penciptamu. Nafas kutarik dalam. Sebak rasa di dada mengenangkan dia.

"Kenapa Jue?" soalku dari dalam. Kotak itu aku simpan di bawah katil.

"Telefon kau berbunyi dari tadi, kenapa tak angkat? Siapa yang call?" soal Julia dari luar. Aku terkejut. Bila masa dia berbunyi? Aku mencapai telefon bimbitku. Ada tiga panggilan tak dijawab daripada nombor emakku. Nak apa pula mak ni? Tak pernah mak telefon aku sampai tiga kali macam ni... macam ada hal penting.

Aku kembali mendail nombor mak.

~u


Continue Reading

You'll Also Like

815K 83.9K 71
⚠️Beware⚠️ : Hiatus (Jika tidak mempunyai kesabaran yang tinggi, tidak digalakkan untuk singgah dan baca. Tunggu status buku ni dah complete baru bac...
461K 22.6K 72
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
233K 12.1K 57
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
594K 23.4K 81
Kehilangan kedua ibu bapanya buatkan Razia rasa hidupnya sudah pun seperti di ambang neraka. Tapi siapa yang menyangka, tiga hari setelah pemergian o...