Jodoh Sebelah Pintu

By DeknaLee

69.6K 1.7K 199

Cerita ni diadaptasi ke drama lakonan Emma Maembong dan Kamal Adli. Mona Airawani bakal dijodohkan dengan... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15

Bab 6

3.6K 87 2
By DeknaLee

Bab 6

"KESIAN dia..." masih lagi dalam mood mengejek aku. Aku tahankan rasa geram yang sudah mencapai tahap bahaya dan sukar untuk diubati ini. Sudah puas aku halau dia balik, dia masih berdegil konon-konon nak 'temankan' aku kat sini. Kalau tak teman, tak adanya hati aku nak sakit macam sekarang ni! Masalahnya, dia buat apa kat sini?

"Awak boleh balik tak?" soalku kasar.

"Awak ni sombong sangatlah, Mona. Tak baik tau sombong-sombong sesama jiran." tegurnya.

"Habis yang awak gatal sangat nak menegur tu kenapa? Dah tahu saya memang spesies macam ni dari awal awak pindah rumah tu kan?" soalku sambil menghentam. Dia tersenyum manis. Tidak langsung terkesan. Seperti kebiasaannya. Oh tuhan, dia memang kacak.

"Saya tegur awak sebab kesombongan awak ni la. Betul-betul respect pada awak sebab awak tak melayan. Saya cuma nak ajak awak berkawan. Bukan ajak berkahwin. Tapi kalau berkahwin pun..." pappp! Buku aktiviti anak muridku aku tumbuk geram. Biarpun tanganku sakit, muka aku buat-buat tenang. Macam aku dapat sambung saja ayatnya di belakang.

"Sebab itulah saya tak suka awak! Awak ni spesies kuat mengayat!" aku menembaknya dengan kata-kata sinis. Dia tersengih sahaja. Kepala digaru-garu dengan muka berkerut-kerut.

"Saya memang macam ni. Dengan awak aje sebenarnya. Awak mengingatkan saya pada seseorang yang sangat baik dengan saya. Tapi awak janganlah risau, bukan nak mengayat pun." ujarnya sambil tersengih.

"So, Irfan, kalau awak nak berkawan, awak kawanlah dengan Julia. Dia tu macam ada hati kat awak." aku berkata selamba. Kalau Julia tahu yang aku sedang kenenkan dia dengan Irfan, tentu dia rasa bangga gila. Dia itukan suka pada Irfan?

"Saya suka dia sebab dia ramah. Tapi saya suka awak jugak sebab awak misteri. Awak garang. Seperti yang saya kata, awak mengingatkan saya pada seseorang yang saya kenal." misteri? Aku mencemik. Siapa orang yang dia kenal? Kekasihkah? Wah! Kalau dia ada kekasih, rasanya tak perlu lagi dia nak menggatal di sini. Tapi, dia menggatalkah? Sebenarnya tidak. Habis tu, berkahwin tadi? Alah, aku tak tahu pun ayat seterusnya, bukan?

"Saya tak suka awak suka saya sebab saya tak suka awak yang suka mengayat ni suka kat orang yang suka menyendiri macam saya." aku berkata dengan penuh semangat.

Lama-lama aku terdiam. Memikir semula kata-kataku. Apa pasal macam lebih dari lima aje perkataan 'suka' yang aku sebut ni? Betul-betul tak suka ke eh? Muka Irfan pun terkejut. Kemudian dia mengulang tayang ayat aku beberapa kali dan beberapa kali itu juga dia tersangkut. Alamak Mona! Kau dah buat dia dan kau sendiri keliru! Aku tepuk dahi.

"Saya tak suka, awak suka saya, sebab saya... apa tadi, Mona?" soal Irfan sambil menggaru belakang telinga. Aku tergelak spontan. Kasihannya dia. Macam duduk kat lost world! Terkeliru pula. Usahkan dia, aku sendiri pun keliru!

"Saya dah lupa." aku bercakap sambil berdeham. Tak sangka aku boleh tergelak. Irfan ikut tergelak.

"Apalah awak ni! Cakap sampai berbelit urat otak saya." dia tergelak kecil.

Aku tersenyum. Lama-lama keadaan jadi canggung pula. Teringat bagaimana aku menempek aiskrim ke atas kepalanya baru-baru ini. Err. Dia ni sebenarnya okey. Cuma aku tak suka tang dia menggatal tu aje. Rasa nak cekik-cekik aje.

"Pasal aiskrim tu. Err, maaf..." aku bersuara serba-salah. Aku tak sangka yang aku akan minta maaf dengan dia. Mungkin sebab kesudian dia untuk menegur aku tanpa mengungkit kisah aiskrim itu kut? Dia tergelak spontan.

"Dahlah. Apa-apa ajelah Mona. Saya tak kisah langsung. Betul kata awak, automatik saya rasa sejuk atas kepala waktu tu." dia berkata. Aku tergelak kuat. Hilang keayuan yang aku cuba cover selama ni. Kelakarlah dia ni rupanya. Boleh dia relax aje bila dah dapat 'hadiah' daripadaku.

"Jom, saya hantarkan awak balik." dia mempelawa sambil tergelak lagi. Aku tersenyum sahaja mendengar pelawaannya. Dia baik. Sebenarnya... at least! Hahaha.

"Tak apalah!" aku bersuara. Menolak. Malu.

"Anggap ajelah saya maafkan awak kes aiskrim tu kalau awak sudi dihantar saya." dia berkata sambil tersenyum senget.

"Tadi awak kata tak kisah?!" aku memprotes. Ingatkan aku dah dimaafkan.

"Tak kisah dan dah maafkan tu berbeza." dia pamer senyum senget lagi sekali. Aku mendengus. Oh! Nak ambil kesempatan rupanya. Tak maafkan dan tak kisah tu berbeza ke? Macam pelik aje. Kalau tak kisah, tentulah kesalahan aku dimaafkan. Eh? Teori mana pula yang aku pakai ni?

"Cepatlah Mona." ajaknya.

Aku akhirnya bangkit. Memang sampai kiamatlah kalau tunggu bas ni ada. Biasanya hampir setiap jam ada. Entah kenapa payah sangat nak dapat bas, entah? Kalau aku bawa kereta, hampir setiap minit terserempak dengan bas. Tak RapidKL, Metrobus! Hari ini, semua tak ada. Dah kena bom ke apa? Hish!

"Sebelum awak masuk, hai, nama saya Irfan, saya jiran baru awak." Irfan mengucap salam perkenalan. Aku sengih. Nak kena jawab jugak ke sedangkan aku memang dah tahu nama dia Irfan dan dia memang dah tahu nama aku.

"Hai, Irfan. Nice to know you. Really." aku haikan dia dengan senyuman salah kena. Dia tergelak bukan main kuat lagi. Entah apa yang lucunya aku pun tak tahu?

"Masuklah, Mona. Jom, saya hantar awak." dia mengalah akhirnya. Aku akhirnya mengangguk. Buku, aku letak atas riba.

"Meh sini buku-buku tu." dia meminta. Aku mengangkat buku-bukuku.

"Kenapa?" soalku pendek.

"Nak letak kat belakang la." ujarnya pula.

"Tak apalah." aku menolak. Dia tetap meminta. Akhirnya aku menyerahkan dengan keluhan. Mengalah. Dia ni gentle sangat ni pasal apa? Aku rasa dia ni dah salah anggap. Aku bukan orang yang dia kenal tu. Aku Mona aje. Jiran dia.

"Saya nak ajak awak makan dulu ni. Perut dah berkeronyot." dia berkata pula. Berkeronyot ke berkeroncong? Berkeronyot bunyinya buruk benar! Entah perkataan itu diapprove atau tidak dalam kamus dewan. Aku rasalah... eh kejap? Dia nak pergi makan dulu ke?

"Awak nak pergi makan dulu?" soalku. Dia angguk. Seatbelt dipasang. Aku menelan liur. Aku kena teman diakah? Menyesal pula aku tumpang dia balik!

"Awak dah habis kerja dah?" aku menyoal lagi.

"Belum. Patutnya saya buat half day hari ni tapi... macam malas pulak! Sayang gaji. Nanti nak cuti lagi dah payah." katanya sambil tergelak. Aku tersenyum.

"So, apa kes awak tadi? Macam mana boleh rosak kereta?" dia menyoal sambil memandu. Air-cond bukan main kuat lagi dia pasang. Boleh beku bulu hidung aku duduk menghirup udara di dalam ni. Dah tentu-tentu kerja dalam office ni. Berair-cond. Berkemeja dan bertali leher bagai. Nak duduk tempat sejuk aje. Beruang kutub tak sedar diri! Eh? Terkutuk pulak!

"Anak murid saya pancitkan tayar kereta saya." aku berkata selamba. Dia tergelak.

"Mana awak tahu anak murid awak yang pancitkan tayar kereta awak tu? Entah-entah awak terlanggar paku ke." soalnya sambil memandang aku sekilas.

"Diorang memang ada rekod macam tu. Tiap-tiap minggu, kalau tak puas hati dengan mana-mana cikgu mesti diorang pancitkan tayar. Dah tak larat nak larang dah. Puas didenda. Nakal sangat. Guru besar punya kereta pun diorang pancitkan." aku menjawab. Irfan gelak bertambah besar.

"Tau-tau aje awak diorang pancitkan tayar guru besar." dia komen.

"Saya taulah sebab saya nampak tapi saya tak beritahu sesiapa." aku berkata pula. Dia tergelak lagi. Kali ini semakin kuat tawanya. Serius, aku tak tahu tang mana yang lucu sehingga dia tergelak dari tadi. Dia ni memang mudah gelak tak? Mungkinlah! Tapi okey juga. Manis, what?

"Awak tahu tapi awak tak report kat guru besar tu kenapa?" soal Irfan dengan muka memerahnya. Aku tersengih.

"Sebab itu hari, saya bengang dengan guru besar tu jugak." aku berkata sambil tergelak kecil. Mona, jahatnya kau! Dia, macam biasa tergelak lagi.

"Oh, I see. Nampak tu." dia berkata selamba.

"Budak-budak zaman sekarang ni memang nakal mengena." komen Irfan sambil membelok ke satu arah. Eh? Dia nak bawa aku ke mana? Aku dah gelabah.

"Nak makan kat mana ni?" soalku kalut.

"Jangan cuak sangat. Saya nak bawak awak makan dekat dengan Kompleks Mutiara aje." ujarnya kepadaku. Aku mengangguk. Tak apalah. Baik aku belanja dia. Mungkin sebagai balasan kepada pertolongan dia pada hari ini. Mata aku tertancap pada sesuatu. Automatik aku tersenyum.

"Kad apa ni?" soalku sambil tersengih.

"Macam punch card la lebih kurang. Jangan tengok lama-lama. Saya skema sangat waktu tu." dia berkata sambil tersengih. Aku angguk-angguk dan gelak. Dia berkemeja dan berkot putih. Macam doktor! Bercermin mata tanpa bingkai dengan rambut belah tepi. Mujurlah aku dalam kereta, tak boleh gelak golek-golek! Kelakarnya muka dia waktu ni! Siapalah yang membahan dia sampai muka jadi begini?

"Amirul Irfan bin Kamal." aku menyebut namanya. Dia tersenyum.

"Rahsia nama penuh saya..." hek eleh! Nak berahsia pula. Kau dah kenapa?

"Kenapa?" soalku pelik. Dia tersenyum sahaja.

"Macam mana awak boleh lalu dekat Intan Baiduri ni?" soalku pelik.

"Saya memang selalu lalu dekat situ. Nak tengok anak buah saya sama ada sudah naik bas ataupun tidak." Beritahunya.

"Awak ada anak buah yang belajar dekat situ?" aku agak terkejut. Dia mengangguk sambil matanya fokus memandang jalan raya. Malas nak tanya lebih-lebih.

"WAHH, sejak bila balik berdua ni? Semenjak peristiwa aiskrim terlungkup di atas kepala ke macam mana ni?" soal Bad mengejek. Aku menutup pintu kereta Irfan dengan rasa sebal. Cis dia ni! Ada saja menyibuk! Aku jeling dia dua ratus lapan puluh darjah. Geram!

Irfan di dalam kereta tersengih-sengih sahaja ditegur begitu. Dia memasukkan kereta ke halaman rumah. Aku tunggu dia keluar dari kereta sebenarnya. Terlupa nak ucap terima kasih tadi. Dah kena 'potong' tadi! Bad ni buat aku menyampah betullah!

"Irfan, terima kasih ya?" aku mengucapkan terima kasih. Dia mengangguk dan tersenyum. Dua jarinya dicantumkan dan diletakkan ke kening. Salute. Maknanya, no big deal! Aku angguk dan tersenyum. Bad bersorak riang dan bersiul-siul menyakat aku dengan Irfan. Aku jeling dia tiga ratus sepuluh darjah.

Tiba-tiba teringat pada buku aku! Aku tepuk dahi.

"Irfan, buku saya..." aku bersuara sambil ketap bibir. Kalau boleh aku nak lari aje ke dalam rumah sekarang ni. Tension tengok muka Bad yang nakal mengena ni. Irfan membawa keluar buku-bukuku.

"Hailah, mesti payahkan jadi cikgu? Kena bertahan dengan ragam budak-budak lagi. Kena tanda buku lagi. Kena itu kena ini." Irfan faham situasi aku. Aku berbangga. Dia menyerahkan bukuku sedikit demi sedikit. Aku mengambil dan tersengih.

"Terima kasih." aku mengucapkan terima kasih dan dia mengangguk.

"Sama-sama." balas Bad. Bad? Eh?! Macamlah aku cakap dengan dia. Perasan tak sudah mamat ni!

"Apa kes boleh balik berdua ni?" soal Bad sambil tersengih nakal dan menyenggol bahu temannya. Aku berjalan masuk ke rumah. Malas nak melayan. Malas nak mendengar. Malu betul aku bila kisah kereta aku masuk berita hangat.

Sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam rumah, aku disapa oleh wajah Julia yang berkeronyot. Aku tahu apa problem dia. Aku tahu sangat! Tak lain tak bukan. Irfanlah tu. Bukan aku sengaja nak balik dengan jiran aku!

"Kau sengaja aje kan? Dah tahu aku tak suka kau rapat dengan dia, itu jugalah kau sibuk nak menggatal!" dia sindir aku. Sinis. Aku berkerut. Apa pasal pula dia ni? tiba-tiba nak emo? Masa bila aku menggatal?

"Wey, agak-agaklah. Kau ni tolonglah jangan menuduh melulu macam ni! Semak dulu cerita sebenar. Kaji dalam-dalam. Kau tengok aku menggatal ke tadi? Aku takde panggil dia 'abang' macam kau pun!" aku menempelak geram. Langkah kaki kuhayun ke bilik. Tak pernah aku setegang ini dengan Julia. Sebab lelaki pula tu. Kalau aku berkawan sekali pun, salah ke? Bukan aku jangka aku bakal berkawan dengan dia!

"Wey! Kau kan tahu aku suka dia. Kenapa kau ikut dia balik??" soal Julia bengang. Aku tergelak kecil. Langkah kakiku mati di hadapan pintu bilik. Aku tak nak bergaduh dengan Julia sebab crush dia. Tak masuk akal. Aku senang dengan Irfan tapi aku tak ada hati kat dia. Kalau ikutkan kat mana hati aku berada, masih lagi pada Fareez dan selama-lamanya Fareez. Mungkin nanti, suami aku pula yang merasa kasih sayangku tetapi bukan lelaki bergelar kawan!

Ternyata Julia masih tidak kenal aku. Aku nak cerita kat dia satu cerita ni. Harap dia tak fikir bukan-bukan lagi pasal aku.

"Meh ikut aku masuk bilik." aku menarik Julia. Sebuah kotak bawah katil, aku tarik keluar. Agak besar kotak itu. Dia tercengang.

"Dulu kau yang minta aku berkawan dengan jiran-jiran. Bila aku mula tegur, kau marah-marah. Aku tak kisah sebab dia tu crush kau. Aku pun tak nak kacaucrush orang. Sebab aku memang bukan perampas! Ni, dia ni ex fiance aku. Hati aku kat dia. Takkan berubah!" aku bersuara parau. Gambar Fareez yang sudah lama tidak aku keluarkan, akhirnya kembali aku keluarkan dari kotak itu. Julia tercengang. Dia memang tak tahu pasal Fareez. Aku rahsiakan daripada dia.

"Kau pernah bertunang?" soalnya terkejut. Aku bawa keluar tiga bentuk cincin pula. dia berkerut.

"Ini cincin tunang, cincin risik dan... cincin perkahwinan kami. Sepatutnya! Dia meninggal sehari sebelum kami berkahwin. Kau ingat, semudah itu aku nak lupa dia? makan masa bertahun, Julia. Makan tahun... sebab aku dengan dia bercinta dari zaman aku habis sekolah lagi! Sebab itulah aku tak nak ada lelaki pun dekat dengan aku sebab aku takut jadi macam ni lagi.

Kau jangan risau. Mak abah aku sedang usaha cari jodoh untuk aku. Aku yang suruh sebab aku dah tak ada masa nak bercinta. Kau berhenti berdengki dengan aku kalau disebabkan Irfan, Bad atau sesiapa sajalah. Buang karan. Kasih sayang aku pada Fareez dan pada suami aku nanti. Kau pegang kata-kata aku ni." aku berkata dengan suara tertahan. Mata terasa panas.

Tengok gambar Fareez yang segak berpeluk tubuh dan bersandar di tiang rumah itu benar-benar meluluhkan hati aku. Rasa rindu kembali membuak-buak di dalam dada. Sungguh. Aku rindukan arwah. Kami bercinta agak lama dan... langsung tiada happy endingnya.

"Aku... aku..." Julia sudah tergagap-gagap. Aku menggelengkan kepala. Aku tak salahkan dia. Dia patut tahu semua ni supaya tiada lagi salah faham. Dari awal lagi dia cemburu dengan aku yang sering menjadi perhatian Irfan kononnya.

"Ini semua buktinya. Lepas ni, kau jangan fikir bukan-bukan lagi pasal aku. Tadi tu kebetulan dan aku terpaksa! Terpaksa tumpang dia sebab tak ada bas dan teksi. Dan kebetulan dia ada kat situ. Tak ada menggatal menggedik langsung. Kau jangan risau." aku berkata sambil mengeluh. Kemudian aku meletakkan semula barang-barang yang aku keluarkan tadi ke dalam kotak. Kotak aku tutup dan kubawa rapat ke dada. Ada rasa rindu yang menggebu di hati...

��~e�e�


Continue Reading

You'll Also Like

179K 6.9K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
308K 9.6K 30
Kerana terlalu sakit hati dipermainkan dengan bekas kekasihnya, Daniel, Ayra nekad utk menggoda bapa Daniel, Dato Zakery. Namun, ia terperangkap d...
222K 11.7K 56
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
33.6K 1.1K 37
KARYA PERTAMA New version ! HAURA KHUMAIRA & AIDEN ElHAQ START : 2.12.2023 END : 7.5.2024