Jodoh Sebelah Pintu

By DeknaLee

69.6K 1.7K 199

Cerita ni diadaptasi ke drama lakonan Emma Maembong dan Kamal Adli. Mona Airawani bakal dijodohkan dengan... More

Bab 1
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15

Bab 2

5.7K 128 2
By DeknaLee

Bab 2

"HAI awak!" suara garau lagi seksi menyapa telingaku. Suara yang sama dengan si penegur budiman pagi tadi. Lelaki kacak itu. Ya. Aku telan liur dan kepalaku menunduk setunduk-tunduknyasehingga terasa badanku melengkung macam udang! Kejadian pagi tadi benar-benar menghantui aku! Aku terpaksa berlakon seolah-olah tidak mendengar sapaannya. Janganlah dia menegurku lagi.

"Awak..." panggilnya lagi. Masih tak putus asa nampaknya. Aku mengangkat muka dan memandangnya. Aku hanya mampu tersenyum sebelum kembali menggembur tanah. Kenapa dia ni? Dia buat apa dari keluar rumah tu? Kenapa tak duduk kat dalam rumah dan main PS2 ke, kemas rumah ke apa ke?Bukankah mereka baru berpindah? Eloklah jika mereka bergotong-royong apa yang patut.

"Manisnya senyuman diaaa..." leretnya. Aku menjulingkan mata tanda meluat. Budiman atau kaki ayat ni? Memang aku tak tipu, dua puluh orang gadis pun boleh berderet beratur minta menjadi aweknya. Kacak sungguh! Tambah kacak, lesung pipit di pipi kanannya. Aduh-duh! Aku perasankan lesung pipit dia? Kenapa dengan aku ni? Kali terakhir aku usyar tengok muka lelaki handsome adalah ketika zaman aku bercinta dengan arwah Fareez. Lama sangat dah tu... itu pun aku duk usyar muka Fareez seorang sajalah.

Seketika kemudian, lelaki yang ramah semalam itu menarik paip getah ke keretanya. Nak basuh kereta ke jiran baru aku ni? Yalah tu agaknya. Selepas tu, entah apa lagi yang ditariknya. Sedar-sedar, air paip dah menyembur pada kereta Vios miliknya dan aku yang menggembur tanah di dalam pasu dekat tepi pagar ini, terkena tempiasnya. Cis!

"Awak... awak..." lelaki itu memanggil lagi.

Eeeii. Berawak-awak pulak dah! Aku buat pekak sahaja. Malu pagi tadi yang menyebabkan aku tak nak menyahut. Mujur lelaki gila hon pagi tadi tu tidak ada kat sini. Kalau tak, teruk aku kena goreng agaknya dengan badut gila tu. Tapi, lelaki budiman ni, nampak sweet. Terbias wajah Fareez sikit. Fareez lagi? Aku dah janji pada diri sendiri, tak nak kenang Fareez lagi. Aku nak berhenti meratap!

"Wakkk.." panggilnya lagi dengan leretan yang boleh meremangkan bulu ketiak aku.

Eiii dia ingat aku Wak Karjono Pak Sako bagai ke nak panggil aku Wak?Onceagain, ingatanku kembali pada Fareez. Ya, beginilah perkenalan kami bermula. Fareez sedang membasuh kereta dan aku sedang menggembur tanah. Aku tersenyum hambar. Kenapa semua ini bagaikan berulang tayang pula di mindaku? Dan pada ketika itu, aku langsung tidak hiraukan teguran Fareez. Sama seperti apa yang berlaku hari ini...

Aku berterusan menekuni kerjaku tanpa menghiraukan lelaki itu. Fikirku, kalau dia dah bosan menegur dan tidak dilayan aku, dia akan berhenti dari menggangguku. Aku rasa, dia sengaja percikkan air paip tu ke muka aku. Marah apabila dia tak dilayan kut? Makin banyak pula percikkannya. Sengaja nak membangkitkan kemarahan aku agaknya. Ah! Pedulilah...

'Berkuyup aku kat sini, ngek!' biar hati sahajalah yang memaki hamun beliau... aku kan, seorang guru. Tak elok jika seorang guru menghamun orang. Cheh! Padahal pagi tadi buktinya, betapa kesabaran aku sangat tipis sebenarnya.

"Awak, pandang sini kejap." arah lelaki itu. Eh. Eh! Dah kenapa dia ni? Nak tak nak aku pandang dia. Senyuman aku lemparkan lagi. Lepas tu aku sambung buat kerja semula.

"Manisnya senyuman awak. Berdegup kencang jantung abang melihatnya. Dap... dip... dup! Dap... dip... dup di dalam dada... jantung berdebar..." eh eh! Ini mulut lelaki budiman itu ke?

Dah kurang budiman bila membahasakan diri dia 'abang'. Sejak bila entah dia jadi abang aku? Lagi zero tahap budiman dia bila dia menyanyi lagu dangdut tu! Dah macam gay terkemuka pulak! Huh! Tanah yang aku gembur semakin menghancur! Geram punya pasal.

Geli pun ada. Tak macholah kalau lelaki menyanyi lagu dangdut gedik tak hengat macam tu. Aku pun tak pernah menyanyi sebegitu gedik lenggoknya. Aku tahan diri dari memaki anak teruna kacak orang. Lagi satu, entah kenapa rasanya aku sedang cover cantik depan dia. Erkh! Mona! At least, carilah lelaki yang bukan jiran kau!

"Awak. Nama saya Irfan. Awak ni cantiklah. Nama awak apa ek?" soal lelaki itu. Eh... eh! Kita tak tanya pun nama dia! Siap dia senyum menggoda tahap tak hengat lagi. Aku menjelingnya terbalik! Ini spesies lelaki miang keladi ni... awal-awal dia tegur secara baik. Peringkat kedua ni dah masuk ayat nakal mengurat. Nanti dia minta nombor... lepas tu dia minta kunci rumah pula. Lepas tu kunci bilik... lepas tu. Popp! Uwaaa! Baby keluar! No, no, no! Ayat manis lelaki tak boleh pakai. Ingat, Mona!

"Awak..." panggil dia lagi bila aku tak menyahut. Lalalala.

Cepat-cepat aku letakkan pokok bunga yang Julia beli tadi ke dalam pasu. Semalam aku dah tempah dengan dia suruh dia carikan sebab dia nak keluar bandar kononnya. Kena pulak hari aku dapat malu besar, nak tak nak terpaksalah jugak aku keluar untuk tanam pokok-pokok bunga ni cepat-cepat. Kalau tidak, memang aku tak keluar rumah langsung.

"Cik adik manis, awak buat apa tu?" Irfan ni, bila nak putus asa? Menyampah betul aku nak dengar suara dia ni! Merosakkan telinga aku aje.

"Sembahyang!" aku jawab sepatah. Dia terkekeh-kekeh ketawa mendengar jawapanku. Dah, boleh lagi dia tanya? Macam tak nampak pulak yang aku tengah tanam bunga! Rabun ke buta Irfan ni? Kang aku tanam dengan dia-dia sekali ke dalam pasu bunga ni, baru tahu!

"Amboi. Tak menahan betulkan, Pan? Bila panggil cik adik manis baru pandai nak menyahut!" satu suara lain menyapa. Ah! Badut pagi tadi! Badut gila beruang gila dan mengkarung gila pagi tadi! Oh no!

"Sembahyang pula tu." Irfan pula menyampuk. Dia tergelak kecil.

Aku menjeling sekilas dua tiga ke arah lelaki gila tu. Ya Allah! Seksi gila mamat ni. Eh salah! Seksa gila beruang ni. Aku pejam mata. Masya-Allah! Dugaan mata. Aduhhh... duh... duh! Astarghfirullahalazim... beristighfar panjang aku dibuatnya. Naik juling mata hitam aku melihatnya. Masakan tak juling? Lelaki gila itu hanya berseluar pendek paras atas lutut dan bawah sikit dari 'akhemm hemm' dia tu! Nampak bulu kaki yang tak berapa lebat dia tu!

Lagi seksa, bila tengok singlet hitam ketat yang melekat kuat di tubuh sasanya. Setiap kali dia angkat tangan, memang boleh nampak bulu ketiak dia tu... err. Mesti masyem! Aduhlah amma! Apa nasib aku dapat jiran macam ni? Aku sapu kedua tanganku dan bangun laju-laju. Kerja aku dah siap. Sempat lagi aku hentak-hentak kaki tanda protes kepada dua orang mamat ni.

"Pernah dengar ada yang mati tertelan penampar tak?!" aku menjerkah. Cikgu Mona dah naik marah!

"Eh eh... garangnya Akak Fashionista kita ni!" lelaki bermulut cabai ni memang nak kena sental dengan cabai! Tergelak dua ekor badut tu. Berdekah-dekah. Sakitnya hati aku! Akak Fashionista dia panggil aku?! Teringat fesyen terbaru aku pagi tadi. Mak,Aira nak pindah rumah! Tak nak duduk kat sini lagi dah. Huargghh!

"Erkh! This means warrrr!!!" aku berkata penuh semangat. Genggaman tangan aku tunjuk dengan cebikan bibir dan hidung yang kembang kempis. Aku angkat genggaman tanganku. Fighting! Geramnya!!

Aku meninggalkan dua ekor beruang tu kat situ. Gelaklah korang sampai petir datang menyambar. Aku nak masuk!

"EEEEEE!Hantu punya jiran. Hantu sangat! Arghh. Badut gila. Beruang seksa!!" aku hentak-hentak kaki ke dapur. Mulut mengomel itu dan ini sambil menyabun tangan. Aku sental tangan aku yang kotor dengan kuat bagaikan aku menyental mulut cabai lelaki seksa tadi sambil menyeranah dia.

"Hahaha. Kau ni kenapa bercakap seorang diri ni Mona?" soal Julia yang entah dari mana munculnya.

"Eeee. Geram aku ni tau dak?!" aku mula nak buka kitab aduan aku. Banyak yang aku pendam tadi. Kes pagi tadi pun aku dah cerita kat Julia. Boleh dia gelak macam nak putus urat kentut? Eeii... Geram... geram!!

"Asal pulak kau ni, Mona?" Julia bersandar ke kabinet dapur. Dia mencapai bekasberisi biskut teddy lalu dia menyuap biskut-biskut itu ke mulut. Eh! Biskut aku tu! Kalau bab membeli, dia liat sekali! Bila tiba bab makan, dia nombor satu! Ah! Lantaklah. Kadang-kadang dia belanja barang dapur. Jadi apa aku nak berkira sangat, ya tak? Fair and square.

"Bongok jiran sebelah rumah ni! Macam ba alif bangang perangainya!" aku bersuara. Nak kata ba alif ba ya tak sampai hati pula. Mereka tidaklah ada rupa ba alif ba ya pun... rupa kera tu adalah... kera yang kacak. Julia tergelak mendengar rungutanku.

"Diorang buat apa?" soal Julia mula nak menyibuk. Muka teruja habis.

Aku buat muka menyampah. Aku tahu, memang si Julia ni dah tersangkut dengan salah seorang mamat kat rumah sebelah tu.Aku rasa, tentu dia sangkut pada mamat budiman yang bergelar Irfan tu sebab... lelaki itu macam kuat mengayat! Aku pun hampir ternoda. Eh? Hampir tergodalah! Kalau yang kera seekor lagi tu. Usahkan mengayat, menggayatkan aku adalah!

"Kenapa kau ni?" Julia buat muka bengang bila aku tak jawab soalan dia tadi. Aku rasa dia dah boleh teka dah kenapa aku menyumpah-seranah budak dua orang tu.Sepatutnya dia boleh teka sangat!

"Kau pergilah menghadap diorang sendiri. Lepas ni nanti baru aku cerita betapa durjananya perangai dua ekor kera tu!" hah! Tadi badut ada, beruang pun dah ada. Sekarang dapat nama baru lagi. Kera terus! Ya Allah, janganlah anak murid aku dengar makian aku ni. Tak elok dijadikan contoh!

"Kera kau panggil? Kau tau tak, muka dua-dua tu sikit punya handsome? Eh... banyak punya handsome! Sangat tak patut!" Julia membetulkan perkataan sikitnya kepada banyak. Dia menggeleng-gelengkan kepala tanda tidak percaya dengan kata-kataku. Memanglah dua-dua handsome tapi... dua-dua perangai macam kera! Kera pun tahu behave.

"Memang macam kera. Kau pergilah tengok sendiri macam mana diorang'mengkerakan' diri diorang tu..." aku mendengus geram. Kalau aku dengar budak Julia ni back up budak-budak yang dah panggil aku 'Akak Fashionista' ni, memang aku lari dari rumah!

"Aku pergi eh?" Julia bersuara. Gatal aje muka tu... siap baiki rambut bagai. Baju pun dibetul-betulkan. Eee, gediknya kawan aku! Nak pergi menggediklah tu. Tengok aje... tunggu...

"Tak payah minta izin. Pergi ajelah bila-bila masa kau nak pergi! Teringin aku nak tengok reaksi kau bila menghadap kera pramatang tu!" ambik nak! Aku marah sangat.

Sebenarnya, rasa malu tu yang menyebabkan aku naik marah dengan budak dua ekor tu. Lepas tu, cara Irfan mengayat. Teringat dekat arwah Fareez. Tapi arwah Fareez kalut sikit... itu yang membezakan Irfan dengan Fareez. Arwah Fareez, bila aku tak layan, dia terus tak menegur dah. Aku pegang dada. Takutnya kalau terjatuh hati pada Irfan. Sebab, bila aku melihat Irfan tadi, betul-betul mengingatkan aku pada Fareez.

"Okey. Aku tengok eh..." Julia ni, aku sekeh kepala tu tak memasal aje. Pergi ajelah tengok! Minta izin dengan aku pun apa guna? Aku jegilkan mata kat dia sambil bercekak pinggang. Dia gelak ala-ala perempuan gedik dan berlari-lari anak ke luar rumah. Huh! Benci tau?!

SEPULUH minit kemudian, aku terdengar suara Julia terjerit gedik. Bukan main dia bergelak ketawa dekat luar tadi. Apa pasal dua ekor kera tu tak buat perangai dengan Julia eh? Aku garu kepala. Tapi Julia memang pandai bawak diri. Kalau bagi berkawan dengan harimau pun dia boleh. Jadi tak hairanlah kalau kera dua ekor kat rumah sebelah ini pun boleh berkawan dengan Julia. Rileks.

"Auww! Sukanya!!!" jerit Julia gedik.

Terloncat-loncat dia memegang dada degan mata yang terukir bentuk love besar. Dah terkena panahan cinta sang monyetlah tu! Serius, aku tak jangka langsung reaksi macam ni daripada dia. Gedik dan sangat meloyakan tekak!

"Kau ni dah kenapa?!" aku menyoal dia. Bukan main gedik lagi dia. Sabar aje aku!

"Arghh! Seksinya dia!! Seksi! Suka.. suka... suka!!" jerit si minah gedik ini. Amboi dia! Macam orang mereng dah aku tengok budak Julia ni. Sadis ke apa?Dia terkinja-kinja setempat. Aku patah-patahkan jari aku. Bila-bila masa aje Julia akan tersembam kat kaki aku kalau lima minit lagi dia tak henti terkinja-kinja macam ni.

"Asal dengan kau ni? Gila ke?" aku menyoal dia bila dah tak tahan tengok betapa gediknya minah ni. Sabar Mona... sabar... sabar...

"Abang Bad... salahkan dia! Dia dah curi hati aku. Dia dah bawak lari hati aku naik kuda yang dirotan dengan cemeti dengan memakai topi koboinya. Auuww!!" ya Allah mak cik sorang ni... kalau aku tak tahan dengan kegedikan dia ni kejap lagi, jangan tanya kenapa aku sedekahpenampor kat pipi dia!Imagine tak menahan betul! Koboilah. Kudalah! Cemetilah. Loket rantai silver yang terukir huruf J di lehernya digigit gedik bersama bahu bergoyang manja.

"Siapa pulak Abang Bad?" soalku jengkel.

"Jiran kita sebelah nilah, dia pakai boxer dengan singletaje. Sumpah seksi! Sehingga menjilat jari! Auuww! Seksinya!!!" Julia berkata gedik sambil mengucup-ngucup hujung jemarinya. Menjilat jarilah tu kononnya.

Tak mudah! Ini kalau anak murid dia tahu perangai gedik dia, memang satu sekolah banned dia! Buruknya perangai!!! Tak tahan dengan jeritan dia semakin nyaring, aku tekup mulut dia dengan tangan. Teruk! Kalau jiran aku tu dengar macam mana? Buat malu muka saja! Perasan tak sudah mereka nanti!

Cikgu jenis apa Julia ni?Minat jejaka berbadan katang dan kacak juga. Seksi dan seksa. Aduhai.Taste dia macamlah dia tu model. Selera tinggi sungguh. Orangnya ketot aje! Atau, aku yang terlalu tinggi, eh? Tidaklah! Aku mana ada tinggi sangat. Hampir sama dengan tiang elektrik aje. Hehehe. Tidaklah! Tinggi biasa-biasa saja.

"Hish. Tak agak-agaklah kalau nak menjerit pun. Kalau diorang dengar, malu muka nanti! Apa pasal gedik sangat ni?!" aku membebel. Julia tersipu-sipu. Mukanya merah. Aduhai. Sekali tengok, comel kawan aku! Dua kali tengok, rasa nak humban ke dalam longkang. Perangai...

"Dia seksi sangat..." leret Julia lagi. Aku julingkan mata ke atas. Menyampah. Dari tadi perkataan yang sama. Seksi. Seksi. Seksi. Huh. Cubalah guna perkataan lain pula. Contohnya, seksa ke, seksa ke, seksa ke? Okey, memang pendapat aku, jiran aku tu seksa sangat!

"Seksi apa? Seksa adalah! Pedih mata ni duk menghadap bulu kaki dia! Hiss!" aku membebel.

Teringat pada bulu kaki Abang Bad kesayangan Julia yang bergulung-gulung itu. Huh! Menyampah! Menci! Mengong! Lagi seksa bila tertengok bulu ketiaknya yang lebat. Macam pergi buat treatment di Yun Nam Haircare pula lebatnya! Aduhh... duh... agaknya lelaki tu memang suka pelihara bulu tak? Gelinya...Eeeuuw!

"Kau pun dah tengok keseksian dia rupa-rupanya! Ah! Sukanya! Menyesal aku tak pakai cantik-cantik ni tadi." Julia sudah menggedikkan diri. Aku meluat!

Tolong berikan aku kesabaran, ya tuhan!! Julia mengipas-ngipas wajahnya. Gaya dia ala-ala perempuan gedik terakhir kat muka bumi ni. Urgh! Annoying sangat! Mujur dia kawan baik aku. Kalau tak, harus ada kepala yang tergolek ke lantai ni nanti.Keseksian, otak Julia! Keseksaan baru betul! Terseksa hati nurani aku melihat lelaki gila kesayangan dia tu tadi.

"Jangan buat aku loya... aku muntah kat kau sat gi." aku mengugutnya. Dia tidak menghiraukan amarahku sebaliknya hanya tergelak dan memegang dadanya. Mata terpejam rapat.

"Oh my... smartnya...suka betul aku menengok muka diorang berdua tu. Handsome sangat! Yang pendiam sikit tu lagi handsome pada pendapat aku. Tapi dia kurang misteri la." Julia bersuara sambil mencemik sedikit. Orang angau. Macam itulah! Gedik tak hengat!

"Handsome apa kebendanya? Eee. Tiga-tiga terencat!" aku menyeranah.

"Weh, diorang duduk bertiga ke kat rumah tu? Siapa lagi sorang? Macam mana aku boleh tak tahu ni?" soal Julia bersama muka terujanya.

Ini yang aku tak berapa berkenan dengan perangai Julia ni. Gedik kalah ikan sungai yang dicampak ke darat! Menggeletik mencari nafas dan air. Tak padan dengan cikgu sekolah. Orang gila pun tak tak ada nafsu nak mengurat orang gila sebelah rumah tu.

"Diorang memang berdua. Yang sama sekali terencatnya kalau digabung dengan kau! Dahlah! Aku nak mandi!" aku berlalu pergi meninggalkan Julia. Tak jadi kerja kalau menghadap minah gedik ini.

"܁i


Continue Reading

You'll Also Like

719K 22.9K 75
"kau memang suka buat darah tinggi aku naik ehh?" - Leftenan Karl Syakirin. "hanya Tuan Karl yang selalu buat saya happy! " -Aluna Zinnirah. Kisah...
771K 31.6K 90
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
44.5K 4.5K 20
𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐃𝐢𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟐 𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧 "𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐧𝐠𝐠...
15.5K 2.1K 12
RAAIF MATEEN | RAIHANA MIKAILA Peluang tak pernah wujud untuk manusia sejelek dia. Peluang tak pernah hadir untuk manusia yang tak sempurna seperti d...