RAW || Uqasha

By mixxabel

14.5M 208K 13.1K

Please read carefully the first part of this novel. For ebook announcement, check the last part. Thank you! ... More

TOLONG BACA
Uqasha: Nafsu | Prolog
1 : Kotak Beige
2 : Bukan Mahram
3 : Dendam & Ego
4 : Gayboy Alim
5 : Candy & Ken
6 : Gosip EX
7 : Campak Lagi
8 : Mogok Jumpa
9 : Salam Perkenalan
10 : Agenda Dara
11 : Sikit Banyak
12 : Cuci Periuk
13 : Dua Dunia
14 : Rumah Baru
15 : Buntu Celaru
16 : Balas Dendam
17 : Runtuh Tembok
18 : Penzahiran Kasih
20 : Losyen Dingin
21 : Buat Lagi
22 : Nafkah Zahir
23 : Mandi Wangi
24 : Muntah Berisi
25 : Luar Nikah
26 : Tahan Nafas
27 : Saya Punya
28 : Patung Barbie
29 : Tahi Ayam
30 : Sosej Panas
31 : Kencing Setan
32 : Tuhan Seks
33 : Perang Dingin
34 : Kertas Ujian
35 : Pisau Rambo
36 : Relapse Nervosa
37 : Pancing Umpan
38 : Akhirnya
38 : Bukan Dayus
39 : Cantik Plastik
40 : Bahasa Cinta
41 : Melayu Siam
42 : Keranda Emas
Uqasha 2: Rahsia | 43 : Perang Tangan
44 : Air Pancuran
45 : Terlajak Tiup
46 : Jumpa Lagi
47 : Dasar Lelaki
48 : Sembilu Tombak
49 : Seorang Lagi
50 : Nikmat Sesal
51 : Pulang Paku
52 : Kerusi Kosong
53 : Main Ojus
54 : Isu Emosi
55 : Podium 12
56 : Ratu Ais
57 : Jiwa Kacau
58 : Mimpi Laila
59 : Rahsia Masa
60 : Lembaga Manusia
61 : Mimpi Indah
62 : Keju Adam
63 : Bicara Bantal
64 : Nota Biru
65 : Dari Kecil
66 : Dua Personaliti
67 : Tak Cukup
68 : Kasi Cukup
69 : Bukti Cakerawala
70 : Jalan Tar
71 : Tetamu Diundang
72 : Mula Semula
73 : Ambil Hati
74 : CAPS YOU
75 : Klimaks 1310
76 : Aku Pulang
77 : Malam Pertama
78 : Kepala Batu
79 : Tiga Wow
80 : Epilog
ZINE ADAM IS AVAILABLE!
Uqasha by FIXI LONDON
2018 COMEBACK | Uqasha Suci
JULY 2023 | UQASHA SUCI (ebook)

19 : Mesej Rahsia

161K 2.2K 119
By mixxabel

"Apa kata doktor?" Tanya Adam sebaik aku keluar dari bilik doktor. Tanpa mempedulikan orang sekeliling, Adam memapahku balik ke keretanya yang diparkir di luar bangunan klinik kolej.

"Demam. Dia dah inject saya tadi, saya ingat nak lelap sekejap. Saya ada kelas pukul 3 nanti." Jawabku.

"Saya hantar awak baliklah. Awak rehat di rumah, tak payah pergi kelas petang ni. Doktor pun mestilah dah bagi awak MC kan?" Adam menghidupkan enjin kereta dan memandu keluar dari bangunan klinik.

"Tak nak. Saya tak ambil MC pun. Saya tak boleh miss kelas petang ni. Saya cuma nak lelap sekejap je. Saya okaylah." Aku bertegas. Yang sebenarnya, minggu lepas aku telah ponteng, jadi banyak yang perlu aku kejar balik. Naik cuti penggal nanti ada ujian pertengahan semester pula.

"Okay, macam ni. Awak rehat di bilik pejabat saya dulu, nanti pukul 3 kalau awak larat, awak pergi kelas. Okay?" Adam menghela nafas, mengalah dengan kehendakku. "Kita drive-thru McD kejap, saya belikan awak bubur. Awak kena makan."

Terlalu letih nak bertekak, aku diamkan saja dan terlelap. Bangun-bangun, kami sudah kembali ke kampus. Adam mahu mendukung aku ke biliknya, tapi aku bertegas mahu berjalan sendiri, risau dilihat rakan sekelas.

Sampai di biliknya, sofa lipat yang terletak di sebelah tingkap biliknya ditarik dan diturunkan untuk aku baring. Pintu biliknya sudah pun ditutup dan dikunci. Aku yang sudah mula pening cepat-cepat duduk di sofa. Birai tingkap dibelakangku ditarik, mengurangkan silau.

Adam kemudian duduk di sebelahku dan mula menyuapkanku bubur yang dibeli di McDonald tadi. Aku hanya mampu menelan 3 suap dan tekakku kembali loya, lalu aku menggeleng kepala, mahu berbaring. Adam kembali ke mejanya.

"Adam. Kalau ada orang datang cari awak, macam mana?" Soalku.

"Jangan risau. Saya dah letak sign Do Not Disturb kat depan pintu. Tiada siapa akan ganggu kita. Awak tidurlah." Penjelasan Adam mengurangkan sedikit kerisauanku dan cepat saja aku terlelap.

Sejuk. Dahiku sejuk. Aku buka mata dan bingkas terduduk. Pergerakan sepantas kilat itu menyebabkan mataku berpinar dan aku terus mendesir kesakitan. Satu tangan naik mengurut kepalaku dan aku merelakan. Mataku tertutup menikmati urutan di kepalaku.

"Kenapa tiba-tiba terjaga macam mimpi ngeri ni?" Suara Adam perlahan mengetuk gegendang telingaku, terasa berdengung.

"Pukul berapa ni? Kat mana ni?" Soalku sambil cuba membuka mata.

"Dah dekat pukul 9 dah. Kat rumah kitalah, Qasha." Jawab Adam sambil menarik aku baring kembali ke katil. Dia masih setia duduk di sisiku dan mengurut kepalaku.

"Hah?! Kelas-"

"Saya dah maklumkan pada pensyarah awak, jangan risau. Dia pesan, ada assignment dalam portal yang awak kena buat. Nanti dah sihat, awak buatlah." Jelasnya sambil tersenyum.

"Oh. Okay." Otakku ligat cuba memikir apa lagi perkara penting yang seperti aku terlupakan. "Ah, kereta saya-"

"Ada kat depan. Saya dah bawa balik. Awak tak perlu risau, okay?" Pintas Adam seolah-olah sudah boleh mengagak. Dia tiba-tiba bangun dari katil dan terus aku capai tangannya, "Awak nak pergi mana?"

"Saya nak turun bawah kejap, tadi mama singgah. Dia ada masakkan bubur kegemaran awak. Jangan risau, saya tak lari mana pun." Usik Adam lantas mencuit hidungku. Tangan Adam aku lepaskan dan dia pun menghilang dari pandangan seketika sebelum muncul kembali.

Adam menyuapkan aku makan lagi, tapi seperti petang tadi, aku cuma mampu menelan 3 suap saja sebelum mula terasa loya, hendak muntah.

"Sikit sangat awak makan ni, Qasha. Cuba 1 suap lagi." Pujuk Adam sambil menyuakan sudu ke mulutku.

"Tak nak! Saya rasa nak muntah." Tangannya aku tolak, kemudian aku tekup mulutku, cuba mengawal loya. Adam akhirnya mengalah, menyuapkan aku ubat dan aku baring kembali. Adam meletak semula tuala basah di dahiku.

Keesokan harinya, keadaanku masih sama. Aku berehat saja di rumah, tak ke kampus. Bulan ini saja, sudah berapa kali aku cuti sakit. Apabila memikirkan banyaknya pelajaran yang aku tertinggal membuatkan kepalaku pening.

Adam pulang petang itu dan memasakkanku sup ayam pula. Kalau semi-pepejal seperti bubur mungkin tekakku loya tapi sup senang saja, katanya. Hirup saja seperti air.

Sup ayam yang dimasaknya pula bukan sup kosong biasa. Segala macam sayur dimasukkan ke dalamnya. Mahu kuahnya itu berkhasiat, biar lawan dengan sakitku. Aku iyakan saja.

Selesai masak, dicedokkan sup itu ke dalam 2 mangkuk sederhana saiz dan kami berdua cuddle di sofa depan TV, sambil aku hirup sup itu perlahan-lahan manakala Adam mencecahnya dengan roti.

"Sedap ke makan macam tu?" Tanyaku kepada Adam yang khusyuk menonton TV. Dia toleh ke arahku dan mengangguk.

"Nak cuba?" Dia mengambilkan sekeping roti dan menghulur kepadaku. Aku ambil dan aku cecahkan dengan supku yang sudah hampir habis. Perlahan-lahan aku masukkan ke dalam mulutku sambil diamati Adam.

"Hm. Tawar." Jawabku pendek dan Adam tergelak.

"Orang sakitkan macam tu. Tawar semua. Tastebud tak detect." Usik Adam. Adam menghabiskan supnya dan bertanya jika aku mahu lagi. Aku menggeleng. Lalu, Adam kemas mangkukku dan mendukungku naik ke bilik. Diurutkan kepalaku sampai aku tertidur.

Esoknya Jumaat pagi, Adam menyuruhku rehat lagi di rumah, memandangkan kelasku hanya 1; praktikal Programming dengan Adam. Soalan kuiz yang dijanjikan telah ditinggalkan di atas meja tulisnya untukku, itu pun setelah aku berkeras mahu menjawabnya.

Pagi itu setelah bersarapan, perlahan-lahan aku proses otakku untuk menjawab soalan kuiz Adam. Ada 2 soalan situasi. Aih, susahnya kuiz ni. Aku ambil masa lebih setengah jam untuk menjawab soalan pertama. Baru hendak aku jawab soalan kedua, telefon disebelahku menerima mesej.

From: Adam xoxo
Time: 10.43 a.m.
Morning. Dah sarapan? How's the quiz, dah cuba jawab? Your classmates nampaknya macam struggle habis.

Amboi. Adam xoxo. Tak boleh blah nama yang dia simpankan untuk dirinya sendiri. Jariku terus menekan balas.

To: Adam xoxo
Time: 10.44 a.m.
Morning. Dah sarapan. Kuiz susah sangat, tengah buat. But rest assured, I won't cheat or check the notes.

Aku seorang yang ego. Kalau keputusan baikku terhasil daripada meniru atau menipu dalam kuiz dan ujian, tercalar egoku. Biarlah markah tak seberapa, tapi aku yakin semua jawapan adalah hasil pembelajaranku. Telefon berbunyi lagi, menandakan mesej balas Adam.

From: Adam xoxo
Time: 10.46 a.m.
I know you won't, but if you do, rest assured that I won't mind. Exception untuk my wifey yang tak sihat.

Tergelak kecil aku membacanya. Kuiz di meja terus tak dipandang.

To: Adam xoxo
Time: 10.47 a.m.
Ground rule #4. Maintain professional relationship, please.

Sengaja aku tambah peraturan ke-4 itu dan aku pandang skrin telefon, menunggu mesej balas daripadanya. Ding!

From: Adam xoxo
Time: 10.48 a.m.
Amendment. Ground rule #4. Maintain professional relationship within campus compound, please. *look around* Nope, you're not here. Rule is not valid.

Wah. Melebih pula dia. Lama aku pandang skrin, tak tahu mahu membalas apa. Akhirnya, aku mencampakkan telefonku ke tepi, dan kembali fokus untuk menjawab 1 lagi soalan. Baru aku hendak merangka flow chart untuk membantuku menjawabnya, timer 1 jam yang aku set di telefon sudah berdering. Aih, ini semua mesej Adam punya pasal. Kan dah habis masa.

Aku mematikan timer dan 1 mesej masuk. Apa lagi yang Adam nak ni?

From: Unknown
Time: 11.03 a.m.
Soon.

Bukan mesej Adam. Ia mesej daripada nombor yang tak dapat dikenali. Mesej itu sepatah saja, namun cukup untuk membangkitkan memori tentang nota yang aku terima Isnin dan Selasa lepas. Mungkinkah daripada orang yang sama?

Apa yang orang ini mahu daripadaku?

Tengahari itu, mama datang melawatku. Dibawa bersama bubur kegemaranku, dan aku makan bersama sup ayam yang Adam masak malam tadi. Mama pun memuji masakan Adam. Dia juga tak lupa menyatakan rasa leganya kerana ada Adam untuk menjagaku.

Setelah mama kembali ke pejabat, aku menghabiskan masa di depan TV sambil membaca novel Inggeris yang masih belum aku tamatkan. Bunyi mesej masuk di telefon membuatku sedikit cuak untuk membacanya, namun aku capai juga.

From: Adam xoxo
Time: 3.05 p.m.
Saya stay back petang ni untuk short tutor session with the students before midsem break. Awak dah makan?

Dengan pelajar-pelajar atau dengan Janna? Aku ambil sedikit masa untuk membalasnya, tak mahu emosi menguasai diri sewaktu menaipnya.

To: Adam xoxo
Time: 3.17 p.m
Dah. K.

Hah! Pendek. Sekurangnya, aku tak menaip panjang lebar, membebel tentang dedikasinya yang melampau terhadap Janna dan pelajar-pelajar lain. Aku yang isterinya pun tak pernah sampai nak berguru 24/7.

Aku sambung membaca dan telefon berbunyi lagi. Malas-malas, aku membuka isinya. Terkejut aku apabila Adam menghantar gambarnya dengan budak-budak kelasku. Janna pun ada sekali di dalam gambar itu. Sedang aku membeleknya, ada mesej lain pula masuk.

From: Adam xoxo
Time: 3.20 p.m
Wish you were here.

Lama aku memandang mesej itu. Perlahan-lahan, senyuman di bibirku terukir. Walau tiada di depan mata, dia seolah-olah boleh membaca gelodak emosiku. Sebelum ia menjadi isu, dia terlebih dulu cuba menjernihkan suasana sebelum ia bertukar keruh.

Adam pandai menjaga hatiku. Dia selalu jujur padaku. Persoalan yang bermain di benakku, apakah pula reaksinya nanti kalau aku ceritakan apa yang dikatakan doktor sebenar-benarnya Rabu kelmarin?

Tidak. Berita doktor itu hanya satu kemungkinan, dan akan kekal menjadi rahsia. Adam tak perlu tahu.

Continue Reading

You'll Also Like

600K 32.3K 42
MATURED CONTENT JUST FOR THE LANGUAGE NOT THE SCENES Zill Cassiel, young bachelor of Zill Family Hannah Haisa, big-headed Kak Long of The Haisa's Lel...
602K 10.6K 42
sis x taw nk describe..story dya gila²..tpi jngn risau..sis gaulkn sume masok..klau ada yg trtinggal tu 0-0 lah eh?hope enjoy uoalls!
505K 19.8K 81
Kehilangan kedua ibu bapanya buatkan Razia rasa hidupnya sudah pun seperti di ambang neraka. Tapi siapa yang menyangka, tiga hari setelah pemergian o...
1.1M 58.9K 72
Kisah seorang gadis berumur 28 tahun yang ingin berkahwin. "Korang aku nak kahwin! Tapi takde calon lagi. Macam mana ni?" -Adara Sumayyah "Wow! Amazi...