๐๐‹๐€๐˜ ๐“๐‡๐„ ๐†๐€๐Œ๐„ [C]

By FyDream

1.6K 400 345

CODE SERIES 1 "Kau... cuma seekor tikus yang terperangkap dalam..." "๐‘ท๐’๐’‚๐’š ๐’•๐’‰๐’† ๐’ˆ๐’‚๐’Ž๐’†," Semuanya ber... More

Prolog
Code 1
Code 2
Code 3
Code 4
Code 5
Code 6
Code 7
Code 8
Code 9
Code 10
Code 11
Code 12
Code 13
Code 14
Code 15
Code 16
Code 17
Code 18
EPILOG
CAST

CODE - TAMAT -

66 13 27
By FyDream

IRVAN menerpa ke arah Tuan Yohanes dari belakang. Pistol yang terangkat tinggi dan hampir-hampir memuntahkan peluru kepada Firdaus terjatuh ke atas lantai. Firdaus kelam kabut melarikan diri. Pintu yang tertutup rapat, diketuk berkali-kali, dan ditarik secara paksa tombol keras itu. Tetapi dia tidak dapat. Firdaus panik melihat pergelutan yang berlaku diantara Tuan Yohanes dan Irvan. Tuan Yohanes menyambar pisau dari atas lantai yang diguna untuk meleraikan ikatan pada tangan Firdaus. Irvan berdecit geram. Dari mana pula orang tua ini mendapatkan pisau? Bila dia toleh ke arah Firdaus, barulah Irvan tahu.

Firdaus terduduk di atas lantai. Bangun-bangun saja dari tidurnya, Firdaus dikejutkan dengan kepala Xander di atas meja pejabat Tuan Yohanes. Irvan mengesat peluh di dahi. Baju putihnya kotor dengan percikan darah dari sang lawan yang dia tumpaskan di lantai empat.

Cari, serang, dan bunuh sesiapa saja yang menghalang laluan mereka. Itulah Conixrasus dalam mode combat.

Pisau yang terangkat tinggi berjaya menikam dinding perut Irvan. Irvan menyepak dada lawannya, dan mencabut pisau itu. Darah merah yang mengalir laju, ditekup dengan telapak tangan. Tuan Yohanes menyeringai. Malang sekali nasib Irvan pada malam itu.

"Jangan lawan cakap orang tua." Tuan Yohanes tergelak.

"Jadi kau lah yang buat, kan? Mengandungkan anak dara orang, tapi atas nama Rafael? Gila. Berani buat, tak berani nak tanggung. Ingat dia orang tu apa? Tempat melepas nafsu? Aku tengok... kau ada anak dara sorang."

Tuan Yohanes telan air liur. Darimana lelaki ini tahu? Sedangkan dia sudah rahsiakan latar belakangnya ketika dia mula bertugas di sekolah itu.

"Cantik, seksi, rambut panjang. Kalau aku buat apa yang kau buat dekat pelajar perempuan tu, kau rasa anak kau akan hidup ke? Itu kira oklah, dia kandungkan anak aku. Dapat bapa berupa. Tak macam kau!" jerit Irvan.

Perut buncit Tuan Yohanes ditendang kuat sehingga dia terpelanting ke belakang dan menghempap meja pejabat. Tidak cukup dengan itu, Irvan meluru deras ke arahnya. Kepalanya dihentak berkali-kali ke atas lantai sehingga tubuh itu tidak bergerak lagi. Irvan lepaskan cengkaman pada kolar baju Tuan Yohanes. Peluh dikesat dengan belakang telapak tangan.

Irvan terbaring di atas lantai. Siling kosong, dan lampu samar-samar menerangi bilik sederhana besar itu.

Firdaus pula... sudah pengsan tidak sedarkan diri. Ada bagusnya juga dia tidak menyaksikan pembunuhan itu berlaku.



"Lepaskan budak-budak tu, Harry. Dia orang tak bersalah. Ini diantara aku dan kau. Tak perlu libatkan sesiapa." Uncle Grey cuba memujuk. Cengkaman pada leher tua itu dilepaskan. Uncle Grey rakus mencari nafas. Sikit saja lagi nafasnya terputus.

Topeng serigala dibuka. Wolf senyum menayang gigi emasnya kepada Uncle Grey. Pistol Glock terarah tepat ke dahi Uncle Grey. 

"Any last words?"

Uncle Grey geleng. "Kalau aku mati, biar aku mati tanpa penyesalan. Sebelum itu, aku nak tanya kau. Kenapa kau libatkan orang yang tak bersalah ke dalam hal ini? Kenapa libatkan dia orang ke Miracle? Mereka punya masa depan. Punya harapan. Kenapa kau yang hancurkan?"

Miracle. Sekolah itu ditubuhkan untuk membalas dendam ke atas pembuli yang pernah membuli Wolf sewaktu dia berada di sekolah menengah. Kalau iyapun nak balas dendam, kenapa perlu libatkan anak-anaknya sekali. Tidak dapat ke orang tua, anak-anak yang menjadi mangsa. Bukan sedikit. Hampir kesemua rakan di sekolah, menghantar anak-anak mereka ke sekolah itu setelah mendapat surat tawaran dari Miracle.

Yang tidak bersalah, turut terlibat. Diseksa dengan permainan Highscore, diuji dengan kewujudan The Devil. Dan dijadikan sebagai mangsa buli. Sungguh! Perbuatan itu patut dihentikan awal-awal. Kalau tidak, ramai yang akan tertipu. Ramai yang akan terseksa.

"Aku suka tengok dia orang menangis. Aku suka tengok, sejauh mana dia orang akan bertahan hidup dalam sekolah ini." Jujur Wolf.

"Kat mana sifat seorang manusia, Harry? Kat mana kau letak? Kat mana kau buang? Kau tak kesiankan dekat budak-budak itu?"

Lagi dan lagi. Uncle Grey membahas pasal pelajar Miracle yang menjadi mangsa buli.

Wolf tak tahan. "Bawa dia pergi." arahnya kepada pengawal peribadi Wolf.

Uncle Grey memberontak. Mencuba melepaskan diri. Tetapi perbuatannya itu sia-sia. Hanya sekali tumbukan di bahagian perut, Uncle Grey tidak melawan. Tubuh lemahnya ditolak masuk ke dalam kereta.

Wolf mengambil tempat duduk di sebelah pemandu. "Cepat. Jangan sampai mereka tahu!"

Motorsikal berkuasa tinggi ditunggang secara laju tanpa memakai helmet. Entah motorsikal siapa yang Neil Rayyan rembat. Tetapi apa yang pasti. Misi menyelamatkan orang tua itu baru sahaja bermula.

Toleh ke belakang, terdapat sebuah van putih yang sedari tadi mengekori rapat di belakang Neil Rayyan. Neil Rayyan tidak berdiam. Motorsikal memecut laju di atas jalan dan meninggalkan van itu. Neil Rayyan memaklumkan kepada rakan pasukannya melalui alat pendengaran. Sebaik dia menerima balasan dari mereka, barulah senyuman sinis terukir di bibir merah jambu itu.

Mission start.


Wolf yang menyedari kehadiran seekor lalat di belakangnya, bertindak menurunkan cermin kereta. Picu pistol ditarik. Separuh badan keluar dari cermin. Berbutir peluru dilepaskan ke arah Neil Rayyan, tetapi tiada satupun yang terkena. Apabila motorsikal yang ditunggang laju menyamai kelajuan kereta yang dipandu. Neil Rayyan menyepak pintu tempat pemandu. Si pemandu apalagi, sengaja menghimpit motorsikal itu sehingga ia hampir-hampir melanggari pembahagi jalan. Neil Rayyan berdecit geram apabila dia ketinggalan di belakang ketika dia mengimbangkan diri semula. Neil tidak berputus asa. Tembakan dari arah belakang, dia buat tak peduli saja. Harap-harap tak terkena tembakan dari Sniper.

Kelajuan bertambah. Bila dapat peluang, Neil menghayun besi besbol sehingga tingkap kereta hancur berkecai.

Prang!

Leher si Pemandu ditarik oleh Neil Rayyan. Serta merta kereta yang dipandu olehnya hilang kawalan. Tetapi tidak lama, dia berjaya lepaskan diri dari Neil. Neil Rayyan gigit sekuat hati lengan lelaki yang masih mencengkam stereng pacuan empat roda itu. Si Pemandu toleh ke kiri, dan menjerit kesakitan. Lengannya berbekas gigitan dan mula mengalirkan darah. Si Pemandu menghimpit motorsikal Neil Rayyan sehingga dia melanggari pembahagi jalan. Mujur, van buruk yang dinaiki oleh Henry, Fiq, dan Irvan, mengekor rapat di belakang setelah mereka berjaya menumpaskan van putih yang dipenuhi dengan lelaki bersenjata. Nasib baik menyebelahi mereka.

Van buruk dipandu perlahan oleh Henry. Pintu van terbuka luas. Fiq hulurkan tangan kepada Neil dan Neil Rayyan sambut pantas.

"Welcome back, Code." ujar Fiq. Neil Rayyan tersenyum sinis.

Henry bertugas sebagai pemandu, dan turut dibantu oleh Irvan mula mendekati kereta musuh. Fiq menghitung. Dalam kiraan tiga.

Seperti pelakon lagak ngeri. Neil Rayyan melompat ke atas bumbung kereta yang dinaiki oleh Uncle Grey. Si Pemandu terkejut bila bumbung kereta seperti dihempap sesuatu dari atas. Bila dia tengok ke luar, Neil Rayyan membuang ludah ke mukanya.

Neil Rayyan ambil peluang untuk menyepak muka si Pemandu sehingga dia berlanggar dengan Wolf.

Picu senapang patah ditarik. Wolf membidik tetapi tembakannya tersasar dan terkena pada leher Si Pemandu. Kereta tanpa pemandu itu mula hilang kawalan dan meluncur laju di atas jalan sebelum ia melanggari papan tanda bertulis amaran.

Mereka bergelut dan saling berbalas tumbukan. Leher Wolf dicekik oleh Neil Rayyan. Cukup kuat sehingga lelaki itu meronta dan menampar-nampar tangan Neil, meminta untuk dilepaskan. Sesaat, Neil Rayyan toleh ke belakang. Jalan yang mereka lalui sekarang, belum siap dibaiki.

"Cakap. Kenapa kau bunuh kakak aku. Kenapa kau bunuh dia, setan! Apa yang dia dah buat dekat kau?" Pipi Wolf menerima tumbukan berkali-kali dari Neil Rayyan.

Wolf tergelak sinis. Gigi emas bercampur dengan merahnya darah.

"Sebab dia cantik. Dia lain daripada yang lain."

"Aku ulang sekali lagi. Kenapa kau bunuh Neilya? Kenapa kau campak mayat dia kat tepi sungai? Nak aku buat macam itu dekat kau? Boleh saja. Boleh saja!" Neil Rayyan hamburkan gelakan hambar.

Wolf ambil peluang untuk mengambil sepucuk pistol yang terselit di tempat duduknya. Sewaktu dia mahu melepaskan tembakan, Neil Rayyan selangkah lebih pantas di hadapan. Pisau belati yang diberikan oleh Fiq tadi, terbenam dalam-dalam di dinding perut Wolf. Pisau dicabut, dan ditikam lagi. Di ulang dan di ulang sehingga Wolf nyawa-nyawa ikan. Neil Rayyan beralih pula pada stereng. Si Pemandu ditendang dan tercampak keluar dari kereta. Pedal brek ditekan berkali-kali. Namun hampa yang dia dapat.

Fikirnya, dia akan melompat keluar dari kereta itu sebelum ia melanggari pembahagi jalan dan terhumban ke dalam laut. Tetapi lain pula yang jadi. Van buruk berwarna merah jambu yang dipandu oleh Henry, sedia mengekori rapat dari belakang. Neil tersenyum bangga. Bangga punya rakan sepasukannya yang takkan tinggalkan rakan seperjuangan di belakang. Uncle Grey berjaya dipindahkan ke dalam van. Ketika Neil Rayyan mahu melompat masuk. Pergelangan kakinya ditahan oleh Wolf.

Neil toleh ke belakang. "Apa yang kau nak dari aku? Kau nak aku ikut sekali? Dalam mimpi." Jemari Wolf dipijak sehingga bunyi tulang patah kedengaran jelas di telinga.

Neil Rayyan melompat masuk ke dalam van sebelum kereta yang hilang kawalan itu melanggari pembahagi jalan dan terhumban ke dalam laut.




-Someone who fight for Justice-

Itulah sebaris patah perkataan yang tertulis pada dinding bilik pejabat Tuan Yohanes. Tulisan berwarna merah yang ditulis menggunakan darahnya sendiri, undang beribu persoalan yang tidak terjawab di fikiran Wildan Aqheel. Hampir kesemua bekas banduan yang dibebaskan ditemui mati dalam keadaan tragis. Kepala ditetak, anggota badan terpisah-pisah. Bermandikan kolam darah. Mayat-mayat banduan bergelimpangan di sana sini. Semakin bertambah persoalan yang belum terjawab. Dengar cerita, pemilik sekolah itu mendera secara fizikal dan melakukan serangan seksual ke atas pelajar sekolah itu. Tak kira lelaki ataupun perempuan. Apa yang lebih memeningkan. Wujudnya permainan Highscore dan The Devil.

Wildan Aqheel memicit pelipis. Pembunuhan beramai-ramai, huh? Kenapa tak ada satupun bukti yang tertinggal? Licin. Lagak si pembunuh, umpama pyschopath yang mementingkan kesempurnaan dalam setiap pembunuhan.

Aqheel tersenyum. "Menarik. Mari kita lihat, sama ada kau mampu larikan diri atau tidak. Someone who fight for Justice, huh? Ingat negara ni dah tak ada undang-undang sampaikan nak hukum pesalah ikut suka hati ke?"

Wildan tergelak hambar. Satu persatu kes pembunuhan misteri timbul seperti ikan mati. Misteri White Hat Killer saja belum selesai, inikan pula Seseorang yang berjuang demi menegakkan keadilan? Apa dia ingat negara ini sudah tak punya undang-undang tersendiri?
















--TAMAT--

Maafkan saya atas kekurangan dan kesilapan sepanjang penulisan PLAY THE GAME.

Continue Reading

You'll Also Like

345K 13.2K 61
๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ "Sanggup ke Cik Maya bercinta dengan lelaki biasa macam Faris tu? Dia siapa? Anggota polis biasa, Cik Maya pula? Satu Malaysia kenal Cik Ma...
1.1M 59.2K 57
#1st series of His Secret Status ; [ COMPLETE ] Pertemuaan antara Zaskia Melania dengan seorang jejaka di lorong madrid bagaikan dejรก vu. Setiap kali...
408K 34.9K 56
Series 1 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. Dia bukan sesiapa, Dia tiada agama, Dia dahagak...
1.7K 177 10
Hanyalah Dirimu (Bahzi Isa) Mimpi nyataku Bahzi Isa & Ummu Ufaira