2. DERN

De swnhenners

1.4K 257 16

As known as MY BEAUTIFUL CHEF DERN (adj.) Secret, hidden, dark HUD ASYRAFF dan DAIYAN ZINNIRAH, dua insan... Mais

S a t u
D u a
T i g a
E m p a t
L i m a
E n a m
T u j u h
L a p a n
S e m b i l a n
S e p u l u h
S e b e l a s
D u a b e l a s
T i g a b e l a s
E m p a t b e l a s
L i m a b e l a s
T u j u h b e l a s
L a p a n b e l a s
S e m b i l a n b e l a s
D u a p u l u h
D u a p u l u h s a t u
D u a p u l u h d u a
D u a p u l u h t i g a
D u a p u l u h e m p a t
D u a p u l u h l i m a
D u a p u l u h e n a m
D u a p u l u h t u j u h
D u a p u l u h l a p a n
D u a p u l u h s e m b i l a n
T i g a p u l u h
T i g a p u l u h s a t u
E p i l o g

E n a m b e l a s

20 7 0
De swnhenners

Hud memicit batang hidungnya perlahan. Sudah tiga hari sejak mereka pulang dari New York, Dee hilang tanpa khabar.

Hud sudah pergi ke cafe dan menanyakan Daniel. Tetapi, tiada hasil. Daniel cakap kalau Dee pergi selepas meminta izin dari Damien Zayyad dan Dian Zihhirah.

"Serabut aku nampak kau ni, Hud," seru Zarel apabila dia masuk ke ruangan Hud dengan membawa setimbun kerja.

Hud menundukkan pandangannya. Berlipat ganda dia punya pening kepala apabila ternampak fail-fail yang dibawa oleh Zarel.

"Ni, kau kena tanda tangan. Pastu ada beberapa projek yang kau kena tengok perkembangan dia," Hud mengangguk sahaja. Dia kena siapkan semua sebelum balik mencari Dee semula.

Gadis itu bagai ditelan bumi. Bila difikirkan lagi, dia tidak bergaduh dengan gadis kecil itu semasa menghantar Dee pulang ke rumah. Bahkan, mereka sempat bergurau di dalam kereta sebelum Dee betul-betul masuk ke dalam rumah.

"Kau kenapa?"

"Serabut sikit, Rel," Zarel ketawa perlahan. Baru kali ini dia melihat Hud serabut. Selalunya penuh semangat untuk bekerja.

"Dee ke?" Hud angguk. "Alah, nanti balik lah tu. Dia ada kerja ke apa ke," Hud menghela nafas berat. Bukan dia risaukan Dee balik ke tak, tapi dia rindu gadis itu mungkin.

"Blah, aku nak kerja," Hud menghalau Zarel.

"Ha nak keluarlah ni," Zarel melangkahkan kakinya keluar dari ruangan Hud. Kepalanya digeleng-geleng melihat tingkah Hud.

DEE SEDANG melihat sekitarnya. Travis yang disebelahnya hanya mampu tersenyum. Sudah tiga hari Dee bersama dengannya. Jayden dan Aliff juga turut serta.

Matanya memejam memikirkan sebentar lagi gadis itu akan memulakan perlumbaan haram ini. Travis berfikir kalau dulu, Dee tidak seliar ini.

Tetapi selepas kepergian Darel, gadis itu menjadi gadis yang keras kepala. Suka melakukan benda-benda bahaya. Macam sekarang.

"Aku serabutlah Travis," Travis memerhati Dee yang sedang bergumam kesal di sebelahnya.

"Serabut kenapa?"

"Serabutlah dah kehabisan idea nak cari permata tu," Dee menekup tapak tangannya kemuka. Gilirannya untuk berlumba motosikal masih lama.

"Kau kena sabar sikit, Dee. Aku tahu Darel tak sebodoh tu nak bagi permata tu dekat orang yang salah. Lagipun, dia suruh kau cari sendirikan?" Travis turut merasa beban. Yang Darel ni pun satu, main teka-teki.

Darel Aqasha, lelaki yang menjadi pujaan hati Dee sejak pertama kali dia menginjak umur 14 tahun. "Aku mula dulu," Travis mengangguk dan menghantar Dee menggunakan anak matanya. Dia yakin, Dee pasti menang.

Dee naik duduk di atas kusyen moto milik Travis. Jangan lupa jika motosikal berkuasa tinggi miliknya masih berada di bengkel akibat ulah Jayden seminggu yang lalu.

Dee menghidupkan enjin motor dan memulas pedal minyak membuatkan motor itu mengeluarkan bunyi mengaum.

Kain putih yang diangkat dipandang lama sebelum kain itu dijatuhkan ke tanah. Dee langsung memulas pedal minyak dan memecut laju di atas jalan raya.

Melepaskan semua yang terpendam dengan berlumba. Setidaknya, rasa bebannya berkurang walaupun sedikit.

Dee melihat cermin sisi motor Travis. Musuh lumbanya ketinggalan di belakang. Dee tidak memperlahankan kelajuan motornya, tetapi menambah kecepatan sehingga dia ternampak garisan penamat tempat mereka bermula.

Orang-orang yang sedang menunggu bersorak kuat apabila Dee sampai dulu di garisan penamat. Jayden segera menghampiri Dee dan dibontoti oleh Travis serta Arif.

"Kau okay? Tak ada lecet dekat mana-manakan?" Dee angguk dan membuka helmet miliknya. Senyum segaris dihadiahkan kepada tiga lelaki dihadapannya.

Dee membuka lebar tangannya. Segera ketiga lelaki itu masuk memeluk tubuh kecil Dee. Dia menang.

Selesai sesi berpelukan, mereka berempat berjalan ke tempat mereka duduk sebentar tadi. Arif memandang Dee yang hanya senyap. Tidak banyak bercakap dan bergurau.

"Kenapa?"

"Aku just, rindu Hud mungkin," Arif mengangkat bahunya menandakan dia tidak peduli kalau Dee rindu akan Hud.

"Baliklah," Travis menghalau dirinya. Dee berdecit kesal memandang muka Travis.

Dee bangun dan segera mengambil motor Travis. Berlalu pergi meninggalkan tiga jejaka di situ.

JAYDEN MEMANDANG Travis. Sebaliknya Travis memandang Arif. Cinta segitiga.

Mereka sekarang berada di kedai mamak. "Kau tak rasa apa yang Dee buat ni keterlaluan?" Arif menyemak percakapan mereka. Kalau Dee ada, pasti gadis itu akan marah.

"Tak ada yang keterlaluan. Kau pun tahu macam mana Dee menyesal dengan kebodohan dia dulu," Travis membalas. Arif tetap menyemak jika terjadi apa-apa diantara Jayden dan Travis.

"Tapi sekarang dah berlebihan."

"Dee tahu apa yang dia buat," ucap Travis tenang walaupun dia tahu apa yang dilakukan oleh Dee terlalu berlebihan. Dia hanga ingin gadis itu hidup bahagia selepas ini tanpa memikirkan apa-apa termasuk memikirkan permata yang dicari gadis itu.

"Aku bukan nak bangkang dia. Tapi benda ni dah lama. Dah 7 tahun permata tu tak jumpa."

Mereka diam memandang Jayden. Lelaki itu sepertinya sudah putus asa untuk menolong Dee. "Sabar sikit lagi, semuanya akan berakhir. Kalau kau dah tak boleh bersabar, boleh tinggalkan kitaorang untuk tolong Dee," Jayden menghembus nafas perlahan. Dia pasti menolong Dee.

ZAREL BERADA di dalam lift untuk menuju ke meja kerjanya yang berada di tingkat 4. Zarel berkeluh-kesah kepada dinding lift apabila dia dengan terpaksanya bangun awal untuk datang ke pejabat.

Zarel berjalan dengan langkah longlai menuju meja kerjanya. Huh, hah dibuatnya melihat timbunan kertas yang tidak habis.

Mati muda jawabnya si Zarel ni. Zarel membuka fail yang berada di atas sekali dan menyemak kertas kerja itu. Tiba-tiba terdengar ributan di hadapan pintu masuk tingkat 4.

Zarel bangun dan berjalan ke arah ributan tersebut. "Abang Zarel..." Zarel membulatkan matanya ngeri. Ew, apa pula dah ni.

"Abang Zarel tengok diaorang ni halang Icha. Icha nak jumpa abang Hud," Zarel memaki perlahan apabila mendengar suara sepupu Hud ini. Astaghfirullah.

"Sorry Icha, tapi Hud sibuk sikit hari ini," bohong dia. Hud tak cakap kalau lelaki itu sibuk, malah Hud lagi serabut memikirkan Dee.

"Tak kira, Icha nak jumpa abang Hud juga!" Alissa berjalan laju menuju ke bilik kerja Hud. Terpaksa Zarel menahannya.

Tetapi belum sempat Zarel menahan, dia sudah mendapat ugutan dari Alissa. "Abang Zarel halau laluan Icha, Icha tendang adik abang Zarel," Zarel berubah ngeri. Aduh boleh senak dia kalau Icha tendang betul-betul.

Zarel mengalah, mengikuti langkah Icha masuk ke ruangan Hud. "Sorry Hud, aku dah halang. Tapi---," Hud mengangkat tangannya tanda tidak apa. Zarel keluar begitu saja.

"Kalau ada orang nak jumpa aku, cakap aku busy," Zarel hanya mengangguk pasrah saja. Gila, Hud ni bukan serabut fikirkan Dee ke. Ni boleh pula nak layan si cicak kobeng tu.

DEE MELIHAT orang yang berada di hadapannya. Menghela nafas perlahan sambil tersenyum. "Dee betul ke tak nak akak ikut sampai atas?" Dee terserempak dengan Qaisara, kakak kepada Hud semasa dia hendak memasuki bagunan yang berdiri megah itu.

"Tak apa kak, Dee nak jumpa Hud sekejap saja," Qaisara mengangguk dan membiarkan Dee. Dia tidak perlu berjalan banyak memandangkan dia juga sedang mengandung.

Sebenarnya, dia menunggu suaminya yang sedang bermensyuarat dengan papanya. Jadi, tidak sengaja terserempak dengan Dee yang juga turut berada di sekitar bagunan itu.

Dee menekan punat lift dan menunggu beberapa saat. Di jam sebegini, tidak ramai pekerja yang menggunakan lift. Dee membawa beberapa buah tangan kepada Hud dan abang Zarel.

Setibanya dia ditingkat empat, dia sudah melihat Zarel yang sedang tekun membuat kerja. "Abang Zarel~~," panggil Dee dengan nada panjang.

Zarel yang merasa terpanggil, memanggungkan kepalanya dan tersenyum. Ini baru kata cinta hati pengarang jantung. Dengan panggilan pun dah boleh buat tersenyum. Apalagi memiliki. Cewah.

"Dee," Zarel menepuk kepala Dee perlahan. Melihat tangan Dee yang terdapat dua beg kertas, Zarel melebarkan senyum.

"Bawa apa tu?" Dee menghulur beg kertas tersebut kepada Zarel.

"Untuk abang Zarel ke?" Dee mengangguk.

"Haritu Dee balik dari New York ingatkan nak jumpa abang Zarel. Tapi, Dee sibuk. Habistu sekarang Dee baru balik dari Kelantan ni ada buah tangan sikit," Zarel membuka isi beg kertas itu. Seketika, dia tertegun.

Dee membeli leather jacket berjenama prada kepadanya. Mahal ni. Dee juga membeli gelang berwarna putih untuk Zarel.

"Thank you, baby girl!" Dee mengangguk. Matanya memandang pintu bilik kerja Hud.

"Bang Zarel, Hud ada?" Zarel terkejut. Dia fikir Dee hanya datang untuk memberi hadiah kepada dia. Tidak tahu kalau Dee hendak berjumpa dengan Hud.

"A-ada. Ta-tapi," Zarel tergagap. Nak bohong apa ni.

"Tapi?"

"Hud ada meeting."

"Oh--meeting. Kalau Dee tunggu dalam bilik dia okay tak?"

"Jangan!" Dee terkejut. Eh, kenapa Zarel menaikkan suaranya.

"Sorry, maksud abang Dee balik dulu. Nanti abang bagitahu Hud kalau Dee nak jumpa dia," Dee menutup matanya separuh, mengerling tajam ke arah Zarel. Zarel pasti menyembunyikan sesuatu.

Dee memasang muka sayu dan berjalan hendak pergi membuatkan Zarel bernafas lega. Tetapi, sayangnya gadis itu berlari sekencang mungkin membuka pintu ruangan Hud membuatkan Zarel ikut berlari.

"Dee..."

Klek! Sialnya, Zarel tidak sempat menghalang apabila Dee dengan cepatnya membuka pintu itu, menyajikan adam dan hawa yang berada dalam keadaan sedikit memalukan.

"Hud..." Dee tidak percaya apa yang dilihatnya. Alissa yang duduk diatas pangkuan Hud dengan baju sedikit terbuka menampakkan tali nipis yang digantungkan di bahunya. Skirt juga yang tersingkap hingga ke paha mulus gadis itu.

Dee menggenggam tangannya marah! Berjalan mendekati Hud yang sudah menolak Alissa untuk bangun dari paha Hud.

"Seronok ke Hud? Dapat yang putih?" Hud mengangkat kepalanya memandang Dee. Terkejut dengan percakapan gadis itu.

"Keluar," Hud menghalau mereka atau lebih tepatnya menghalau Dee. Dee memasang riak malas. Gila, semua lelaki sama saja. Yang baik tu, Darel seorang saja.

Dee sudah siap berjalan keluar diikuti oleh Zarel yang masih dengan riak terkejut. "Bukan kau," Dee memandang Hud semula apabila lelaki itu bersuara.

Alissa membulatkan matanya. Jangan kata--- Hud menghalaunya. "Keluar, Icha," Alissa mengehentakkan kakinya ke lantai. Mengambil beg tangannya dan keluar.

Zarel tersenyum dan ikut keluar. "Selamat bergaduh," Zarel menutup pintu seleaps berkata demikian.

Dee pula memandang Hud malas dan berjalan mendekati lelaki itu.

Bugh

Satu tumbukan kuat dilayangkan kepada pipi Hud. Hud yang tidak bersedia tidak sempat mengelak. Akibatnya, bibirnya mengeluarkan darah merah segar.

Dia melihat Dee yang berjalan ke arah sofa seperti tidak ada apa yang terjadi. "Apa kau tengok-tengok?" Dee menyergah Hud.

"Kalau tak fikirkan kau lelaki, dah lama aku rogol kau kat sini," Hud tersenyum memandang Dee. Dia dapat merasakan Dee, cemburu. Hud suka.

"Yakin boleh rogol aku?"

"Diam. Aku tak suruh kau bercakap," Hud lagi-lagi tersenyum. Dia mengambil tisu yang berada di laci meja. Dilap hujung bibirnya yang berdarah. Boleh tahan juga.

"Sedap sangat ke perempuan seksi macam tu?"

"Sedap lah kot. Aku belum try. Nak aku try ke?" Dee marah! Hud boleh selamba badak bercakap macam tu.

"Oh jadi kalau tadi aku tak datang, kau nak cuba Alissa lah?"

"Aku tak kata aku nak cuba Alissa," Hud menjawab tenang. Memang dia tak kata, tapi perbuatannya, urghhh!

"Habis tadi tu, kalau kau tak try Alissa kau buat apa dengan dia? Buat anak?" Dee mengepalkan tangannya kembali. Hud ni kenapa memancing emosinya.

"Kind of lah," muka Dee sudah memerah menandakan dia betul-betul marah.

"Kind of? Jadi betullah kalau aku tak sergah kau tadi, kau nak ber...arghh!" Dee menjerit melepaskan marah. Sumpah dia nak baling Hud dari tingkat empat biar mati.

"Ber---apa?"

"Bersetubuh. Puas?! Lelaki semua sama ja. Tak cukup dengan satu perempuan!" Dee membebel dalam keadaan marah. Lagi-lagi membuatkan Hud tersenyum.

"Comel," Hud berkata dalam hati. Mana tak comelnya dengan muka merah, tangan membentuk penumbuk dan mata gadis itu yang mula berair.

"Aku tak cakap pun aku nak bersetubuh dengan Alissa?"

"Tadi kau cakap kind of bukan makna dia kau setuju nak bersetubuh ke?!" Dee menjerit. Gila, dia betul-betul marah dengan Hud disaat ini.

"Kind of tu banyak cabang. Kau yang salah tafsir," Hud bersandar si kerusinya. Jarak mereka tidak terlalu jauh. Hanya beberapa langkah sahaja.

"Habistu kau tengok-tengok dada dia tadi?"

"Mana aku tengok?"

"Tadi! Jangan fikir aku tak nampak!"

"Aku tak tengok," Hud masih tenang melayan Dee yang sedang marah. Dia kan tak tengok, kenapa harus mengaku?

"Kau jangan nak bohong aku," Dee menjerit sekali lagi. Habis suara nanti.

"Terserah kau nak fikir apa. Aku memang tak tengok," Dee bungkam mendengar. Jadi, Hud nak mengalah dan mengaku? Lelaki itu cuma menundukkan kepalanya dan memicit pangkal hidung.

Hiks

Hud kalut mendengar suara tangisan. Cepat-cepat dia bangun segera berlalu ke arah Dee. Badan gadis itu di tarik masuk ke dalam pelukannya.

"Shhh, kenapa menangis, hm?" Lagi kuat Dee menangis di dalam pelukan Hud.

"Shhh. Okay sorry aku salah," Dee masih menangis sehingga lima minit kemudian, hanya tersisa sedu-sedan gadis itu. Hingusnya yang mengalir di lap menggunakan kemeja milik Hud. Tak senonoh.

"Sudah dah menangis?" Dee angguk. Dia sebenarnya tidak berada di dalam mood yang baik. Jadi, mungkin dengan pergaduhan dengan Hud membuatkan moodnya bertambah buruk dua kali ganda. Makanya, dia menangis.

"Kau tengok dada Alissa kan tadi?" Hud menggeleng sambil tersenyum. Ditarik kepala Dee mendekat ke dada bidang miliknya.

"Tak aku sumpah, aku tak tengok dada dia pun tadi. Tadi aku tengah buat kerja. Tahu-tahu dia dah datang. Buka baju dia sendiri, habis tu duduk atas aku," Dee mengangguk perlahan. Jarinya memainkan hujung coat milik Hud.

"Rindulah Hud," Hud mengerutkan dahinya. Dia tidak dengar apa yang dikatakan Dee. Tetapi, dia yakin gadis itu bercakap dengannya.

"Apa?" Hud bertanya meminta kepastian.

"Aku lapar," Dee mendongak memandang lelaki berhidung mancung itu. Dagunya diletakkan di dada Hud.

Hud mengeluarkan telefon miliknya. "Nah order makanan dulu. Aku tak sempat keluar. Banyak kerja," dengan senang hati, Dee mengambilnya.

Membuka telefon milik Hud dan mengorder makanan dari food panda. Hud pula telah kembali bercinta dengan fail-fail hitam miliknya.

Continue lendo

VocĂȘ tambĂ©m vai gostar

2.7M 155K 49
"You all must have heard that a ray of light is definitely visible in the darkness which takes us towards light. But what if instead of light the dev...
10K 500 37
DUST FROM THE PAST (BOOK 2)
7.1K 423 15
"You can't live with reality if you haven't learned how to accept it" Different one-shots of mostly a mother and daughter relationship that showcase...
307K 5.2K 57
❝ you're stuck in my head and i can't get you out of it, if i could do it all again, i know i'd go back to you ❞ ( complete )