2. DERN

By swnhenners

1.4K 257 16

As known as MY BEAUTIFUL CHEF DERN (adj.) Secret, hidden, dark HUD ASYRAFF dan DAIYAN ZINNIRAH, dua insan... More

S a t u
D u a
T i g a
E m p a t
L i m a
E n a m
T u j u h
L a p a n
S e m b i l a n
S e p u l u h
S e b e l a s
D u a b e l a s
T i g a b e l a s
L i m a b e l a s
E n a m b e l a s
T u j u h b e l a s
L a p a n b e l a s
S e m b i l a n b e l a s
D u a p u l u h
D u a p u l u h s a t u
D u a p u l u h d u a
D u a p u l u h t i g a
D u a p u l u h e m p a t
D u a p u l u h l i m a
D u a p u l u h e n a m
D u a p u l u h t u j u h
D u a p u l u h l a p a n
D u a p u l u h s e m b i l a n
T i g a p u l u h
T i g a p u l u h s a t u
E p i l o g

E m p a t b e l a s

25 8 0
By swnhenners

NEW YORK, CITY 9:00 A.M.

Dee merenganggangkan badannya apabila Hud membangunkan tidur panjangnya. Matanya meliar sekeliling memandang lapangan terbang yang dipenuhi ramai orang saat ini.

"Jom," Dee mengikut langkah Hud dari belakang. Matanya masih tidak lepas memandang sekeliling. Kagum dengan maju yang satu ini.

"Kau dah tempah hotel ke?" Hud bertanya kepada Dee apabila gadis itu masih terlihat kagum.

"Dah, tapi waktu aku tempah tu, hotel tu ada satu bilik je," Hud mengangguk tanpa berkata apa-apa. Teksi yang lalu, ditahan untuk ditumpang. Sekaran jam 9 pagi, mereka mungkin akan mencari restoran ataupun cafe untuk sarapan.

Masih lama untuk check in. Lagipula, concert Troye Sivan itu malam ini. Masih banyak masa untuk melepaskan lelah jetlag. Badan mereka terlalu letih setelah 20 jam menempuh perjalanan di udara. Mereka sampai di cafe yang halal untuk di makan. Dee tersenyum setelah masuk ke dalam cafe tersebut.

Cafe buffet! Dee suka. Senang untuk dia ambil makanan dan tidak perlu susah berfikir hendak makan apa. Dee berjalan mengambil pinggan. Diperhati menu cafe itu satu persatu. Banyak, Dee rasa nak makan semua.

"Hud, kau ambil apa?" HUd menoleh ke arah Dee. Melihat pinggan gadis itu masih kosong.

"Aku ambil half boiled egg dengan croissant je. Kau nak makan apa?" Dee tersengi dan berjalan mendekat ke arah Hud. Hud memandang pelik.

"Aku nak makan semua boleh tak?"

"Hmm, ambil jelah. Kau yang nak makan," Dee memuncungkan bibirnya kehadapan. Maksudnya tuh, dia nak makan semua tapi, nak kongsi dengan Hud. Faham tak?

"Tak pelah," Dee berjalan ke arah salad buah dan diambil dalam kuantiti yang sederhana sikit. Tidak lupa juga thousand island diletakkan di atas salad buahnya. Dia tu, chef tapi macam tak mampu nak buat semua ni. Karut!

"Lah? Tadi kata nak makan semua?"

"Membazir." Hud mengukir senyum dan berjalan semula ke arah buffet. Pinggan diambil dan meletakkan semua makanan dalam kuantiti yang sedikit. Bukan dia tidak faham, tapi kenapa tak jujur? Kan senang. Kalau jujur, dia bukannya nak menolak.

Kaki dilangkah kearah meja yang mereka duduki. "Nah," Hud meletakkan pinggan yang dipenuhi semua makanan di atas meja.

"Kenapa?"

"Makan, tak payah banyak bunyi," mata Dee bersinar-sinar melihat makanan yang diletakkan Hud. Wah, macam nak makan setahun.

"Thank you," Hud mengangguk saja. Lelaki itu membaca doa dan terus makan dengan tenang.

DEE BERSANDAR di badan kerusi setelah kenyang. "Akh, Hud aku kenyang, huhu," perutnya terasa penuh dan sengkak. Sial, mana dia makan banyak lagi.

"Dah kau makan semua. Konon nak kongsilah," Dee menjeling tajam. Oh, sekarang nak kata dia makan banyaklah ni?

"Suka-suka akulah. Kenapa cemburu tak boleh makan banyak?"

"Buat apa makan banyak sayang oi. Gemuk nanti."

"Bodoh, aku doakan kau gemuk sampai tak boleh jalan. Suka-suka kau je hina orang gemuk," Dee bangun dan keluar dari cafe itu. Biar Hud membayarnya.

Sambil menunggu Hud, dia mengambil beberapa keping gambar bagunan-bagunan tinggi. Cantik dan megah berdiri. Bukan nak riak, Dee nak upload dalam instagram miliknya.

Tersenyum merekah gadish itu apabila sudah selesai melakukan aktivitinya. "Dah?" Dee angguk dan berjalan mengikut Hud dari belakang. Kemana entah lelaki itu hendak pergi.

"Kau nak rehat ke?"

"Aku nak berjalan keliling dulu, boleh?"

"Dengan bagasi ni?" Hud bertanya meminta kepastian gadis itu. Gila!

"Kalau macam tu, kita tunggu dekat lobby hotel yang Tra--ehem aku tempah tu," Dee menghela nafas lega. Hampir-hampir saja dia menyebut nama Travis.

Hud berjalan mendahului Dee. Hotel yang ditempah tidak terlalu jauh dari tempat mereka sarapan sebentar tadi. Hotel, pasti ada ruang menunggu. Kalau tidak ada, itu bukan hotel mungkin.

"Hud. Hud. Hud. Hud," Dee memanggil sambil melompat kecil. Gadis ini seperti tidak pernah datang ke New York.

"Kenapa, hm?" Dee berhenti berjalan. Sial, Hud bertanya dengan suara beratnya. Jantung Dee kan tak aman.

"Kalau tanda-tanda sakit jantung tu macam mana?"

"Rasa sakit di bahagian dada mungkin. Tak pun rasa macam jantung berdegup lebih cepat. Mungkin jelah, aku bukan doktor. Kenapa?" Dee memegang dadanya yang berdegup lebih cepat dari biasa. Oh, dia sakit jantung mungkin.

"Aku rasa aku ada sakit jantunglah," Hud mengerutkan dahi hairan. Dah kenapa tiba-tiba sakit jantung pula. Muka memerah Dee dipandang. Entah gadis bertubuh kecil dihadapannya terlalu polos atau bodoh. Kalau bodoh, tak akan boleh jadi chef.

"Tak payah mengarut. Tak mati lagi kan?" Astaghfirullah mulut, minta dia cilikan.

"Betul, aku ada sakit jantung. Jantung aku berdegup lebih cepat dari biasa. Cuba rasa" Hud memandang tepat ke dada Dee, tempat jantung terletak. Hud mulai berjalan kembali. Dia akan ikut gila jika melayan Dee.

Dee yang merasa tertinggal turut mengejar langkah Hud. "Hud. Hud. Hud," panggil Dee lagi. Ya Allah, sabarkan Hud menghadap Dee.

"Apalagi Daiyan Zinnirah?" Dee membeku. Aduh, kan Hud dan mengeluarkan suara tidak berperasaannya. Mana Hud sebut nama penuh dia lagi.

"Tak ada apa-apa," lagi-lagi Hud melanjutkan jalan kakinya. Hotel yang dekat terasa lama dengan perangai Dee yang Hud perlu hadap. Maksud Hud, sisi lain Daiyan Zinnirah dan dia tidak sedang berdrama.

Dee ikut Hud dari belakang dan berleter. "Orang nak tanya pun tak boleh. Panggil pun tak boleh. Tahulah penat, bukan dia sorang je yang naik kapal terbang. Dia ingat aku pakai pintu doraemon ke," Dee bercakap dengan suara perlahan. Kalau kuat-kuat nanti, Hud dengar kan tak bagus.

DEE BERJALAN laju apabila hotel tempat menginap mereka sudah berada di depan matanya. Laju sahaja kakinya melangkah ke arah lobby hotel tersebut.

Beg bagasinya turut ditinggalkan kepada Hud. Yang penting sekarang dia nak rebahkan badannya dulu sebelum mereka check in hotel.

"Arghh, bestnya boleh rebahkan badan," Hud menggelengkan kepalanya melihat tingkah Dee. Betul-betul macam tengah jaga budak kecil. Lagipun, tiba-tiba saja perangai gadis itu berubah.

Seketika, telefon Dee berdering membuatkan gadis itu mendengus geram. Langsung diangkat telefon. Oh, video call.

"DEE!" Dee menjulingkan matanya ke atas. 2 malaun gila ni. Kalau Dee tahu, dia tak akan sesekali angkat.

"Hmm," jawab Dee malas. Malas layan mengingatkan hubungan dia dan Jayden, Arif belum baik. Belum minta maaf maksudnya.

"Sampai hati kau pergi New York tak ajak kitaorang. Dahlah pergi concert Troye!" Ujar Jayden dengan muka marahnya.

"Kita belum bermaaf-maafan. Jadi, kau siapa?" Jayden mendengus geram. Yelah, tahu salah dia. Tapikan, dulu kalau nak tengok concert mesti pergi berempat.

"Sorrylah. Tahu aku dengan Arif salah. Maaf eh?" Dee angguk sahaja. Dia kan nak ber'honeymoon' dengan Hud. Kenapa nak bawa Arif dengan Jayden?

"Kau pergi dengan siapa?" Dee mengalihkan telefonnya kearah Hud yang sedang bermain handphone. Hud hanya memandang Dee pelik. Dah kenapa nak bermaaf-maafan, bukannya raya. Atau, ketiga-tiga orang ini sedang bergaduh?

"Biar betik Dee?! Wah honeymoon buat anak ramai-ramai."

"Babi, kau ingat dah kahwin ke?" Dee tercarut.

"Language Dee," tegur Hud. Dia bukan tidak dengar apa yang disembangkan oleh tiga sekawan itu. Saja malas mengambil tahu. Tetapi disebabkan Dee tercarut, makanya dia menegur.

"HAHAHAHAHAHA," ketawa Jayden dan Arif meletus. First time, ada yang tegur Dee mencarut. Selalunya gadis itu akan mencarut ikut suka sedap mulut dia sahaja.

"Diam korang. Aku tak beli oleh-oleh dekat korang nanti. Beli dekat Travis je."

"Ceh, mengancam dia macam kitaorang tak mampu beli," Arif mengejek. Memancing gadis itu untuk mencarut sekali lagi.

"Ba---hehe baby betul korang ni," Dee tersengih apabila mendapat pandangan tajam dari Hud. Ni dah kenapa Hud macam mamat beku tah.

"Serious aku tak beli dekat korang. Padahal aku nak beli kasut limited edition yang korang nak tu," terdengar jeritan nyaring di sebalik telefon itu. Tidak lain dan tidak buka, Jayden dan Arif.

"SUMPAH DEE?! OKAY KITAORANG JANJI LEPAS NI APA YANG KAU NAK KITAORANG BUAT," Dee senyum jahat. Yes, masuk perangkap.

"Jual motor korang."

"Babi," terdengar carutan yang keluar dari kedua lelaki itu. Hahaha, tahu takut.

"Tapi jual dekat Hud tau. Sebab nanti aku beli kasut korang guna duit Hud. Aku bukan bawa duit," Sabar. Sabar. Hud menghela nafas. Bukan takut duit habis, tapi sesedap rasa Dee sahaja akan menggunakan duitnya hendak membeli kasut limited edition yang harga berpuluh ribu itu.

Bazir, bazir.

"Dah sudah cukup bersembang. Nak check in," Dee mengangguk dan menyudahkan panggilan video itu serta mengikut Hud.

Mereka cuma mendapat satu kunci kerana gadis itu cuma menempah satu bilik. Nak menempah satu lagi, dah penuh. Mungkin Hud terpaksa tidur di lobby atau di mana-mana malam nanti.

---

Hye semua, apa pendapat korang tentang cerita ni tho? Aku pening sebab cerita ni quite complicated 😭😭.

Act, aku ada benda nak bagitahu korang semua. Chapter sebelum ni, aku ada tulis diaorang pergi concert Troye Sivan. And ada yang comment "concert gay pun nak gi?"

Sedikit pencerahan dekat sini, waktu aku tulis tu, tak ada terfikir pun kalau yang diaorang pergi tu concert gay 😭😭. Idea tu terlintas macam tu saja which is aku memang buat novel ni berdasarkan lagu strawberries and cigarettes. So, aku buatlah diaorang pergi concert Troye Sivan sebab strawberries and cigarettes tu memang lagu dia huhu 😭😭😂.

Aku dah banyak kali cakap, jadilah readers yang bijak. If kau tak suka dengan watak-watak yang aku letak ni, just go and read others book. Sebab aku tak rugi pun kalau tak baca. Aku tulis pun sebab hobi aku.

Kalau yalls cari novel 'CINTA BERLANDASKAN AGAMA', sorry korang boleh cari novel lain 😭😭😭😭. Aku tak tulis novel cinta berlandaskan agama sebab aku takut nanti aku ajar korang yang bukan-bukan. Daripada aku tersilap atau termainkan agama, there's a better way aku tulis novel macam ni kan?

Oh, tak lupa thanks kepada yang sudi vote my novel. Sumpah aku appreciated sangat-sangat. Love yallssss♥️♥️♥️♥️♥️. Kalau ada apa-apa boleh tegur dekat personal chat aku.

Continue Reading

You'll Also Like

1.4M 34.3K 46
When young Diovanna is framed for something she didn't do and is sent off to a "boarding school" she feels abandoned and betrayed. But one thing was...
10K 500 37
DUST FROM THE PAST (BOOK 2)
2.7M 155K 49
"You all must have heard that a ray of light is definitely visible in the darkness which takes us towards light. But what if instead of light the dev...
773 69 40
- in which he starts giving random strangers some life advice highest rank: #2 in bangchin #2 in taerin #2 in yerin