𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©

Oleh arysslavhh

460K 26.9K 3.3K

✿ ׅ ࣪ ⊹ ۰ 2nd badboy series ♡ ۫ ୭ ❝ Sayang dan cinta jangan dipaksa. Ia akan datang sendiri tepat pada waktun... Lebih Banyak

ERDEN | MELISSA
01 || ERDEN'S ✧.*
03 || ERDEN'S ✧.*
04 || ERDEN'S ✧.*
05 || ERDEN'S ✧.*
06 || ERDEN'S ✧.*
07 || ERDEN'S ✧.*
08 || ERDEN'S ✧.*
09 || ERDEN'S ✧.*
10 || ERDEN'S ✧.*
11 || ERDEN'S ✧.*
12 || ERDEN'S ✧.*
13 || ERDEN'S ✧.*
14 || ERDEN'S ✧.*
15 || ERDEN'S ✧.*
16 || ERDEN'S ✧.*
17 || ERDEN'S ✧.*
18 || ERDEN'S ✧.*
19 || ERDEN'S ✧.*
20 || ERDEN'S ✧.*
21 || ERDEN'S ✧.*
22 || ERDEN'S ✧.*
23 || ERDEN'S ✧.*
24 || ERDEN'S ✧.*
25 || ERDEN'S ✧.*
26 || ERDEN'S ✧.*
27 || ERDEN'S ✧.*
28 || ERDEN'S ✧.*
29 || ERDEN'S ✧.*
30 || ERDEN'S ✧.*
31 || ERDEN'S ✧.*
32 || ERDEN'S ✧.*
33 || ERDEN'S ✧.*
34 || ERDEN'S ✧.*
35 || ERDEN'S ✧.*
36 || ERDEN'S ✧.*
37 || ERDEN'S ✧.*
38 || ERDEN'S ✧.*
39 || ERDEN'S ✧.*
40 || ERDEN'S ✧.*
41 || ERDEN'S ✧.*
42 || ERDEN'S ✧.*
43 || ERDEN'S ✧.*
44 || ERDEN'S ✧.*
45 || ERDEN'S ✧.*
46 || ERDEN'S ✧.*
47 || ERDEN'S ✧.*
48 || ERDEN'S ✧.*
49 || ERDEN'S ✧.*
50 || ERDEN'S ✧.*
51 || ERDEN'S ✧.*
52 || ERDEN'S ✧.*
53 || ERDEN'S ✧.*
54 || ERDEN'S ✧.*
55 || ERDEN'S ✧.*
56 || ERDEN'S ✧.*
57 || ERDEN'S ✧.*
58 || ERDEN'S ✧.*
59 || ERDEN'S ✧.*
60 || ERDEN'S ✧.*
61 || ERDEN'S ✧.*
62 || ERDEN'S ✧.*
63 || ERDEN'S ✧.*
64 || ERDEN'S ✧.*
65 || ERDEN'S ✧.*
66 || ERDEN'S ✧.*
67 || ERDEN'S ✧.*
SPECIAL CHAPTER ✧.*

02 || ERDEN'S ✧.*

8.4K 382 19
Oleh arysslavhh

"AKU kat mana ni?" Suara perempuan kini bergema dalam bilik yang cukup besar itu.
Pintu bilik itu dibuka dari luar. Pantas Ayeshah menoleh ke arah pintu. Dahinya kini berkerut seribu tatkala melihat jejaka yang sedang melangkah masuk ke dalam bilik ini bersama sebuah beg kertas yang berwarna putih ditangan.

Ayeshah hanya melihat saja tingkah laku jejaka itu. Air liur ditelan kesat. Siapa lelaki ini sebenarnya?

Carl memandang wajah polos Ayeshah dengan pandangan yang kosong. Beg kertas yang dibawa dari rumah itu diletakkan di atas meja. Kening diangkat sebelah apabila melihat Ayeshah yang memandangnya seperti hantu.

"Kenapa kau pandang aku macam tu? Muka aku dah tak handsome ke?" Soal Carl hairan. Dah kenapa perempuan ni tengok aku macam tak pernah nampak manusia.

Pantas saja Ayeshah menggeleng. Bukannya apa, cuma terkejut saja. Yang dia harapkan adalah ibu dan ayahnya, tetapi jejaka ini pula yang masuk. Takkan nak halau pula?

"Dah tu yang kau tengok aku macam hantu ni dah kenapa? Ke aku terlebih handsome hari ni?" Carl tersenyum kecil. Apa salahnya puji diri sendiri. Nak suruh siapa lagi puji kalau bukan diri sendiri?

"Confident boleh, tapi janganlah melebih.." Ayeshah menggeleng kepalanya apabila melihat betapa confidentnya Carl memuji diri sendiri. Yakinnya!

Terdiam Carl apabila diperli begitu oleh Ayeshah. Dia menjeling tajam perempuan yang sedang duduk di birai katil itu.

Carl mengambil Tupperware yang berisi makanan itu. Penutup Tupperware dibuka. Sudu yang dibawa dari rumah itu dikeluarkan dari beg kertas. Ayeshah hanya memandang sahaja tindakan Carl ketika ini.
Perlahan-lahan Carl menapak mendekati Ayeshah.

"Buka mulut. Biar aku suap kau.." Sudu dihala pada Ayeshah yang sudah tercengang itu.

Terkaku tubuh Ayeshah ketika ini. "Ta-tak apa.. Sa-saya boleh makan sendiri.." Pantas Ayeshah menggeleng kepalanya.

"Kau nak makan macam mana? Tangan kanan kau tu dah patah. Sinilah aku suap.." Ujar Carl sambil menghalakan sudu pada Ayeshah.

Sekali lagi Ayeshah menggeleng. "Tangan kiri kan ada.." Perlahan saja Ayeshah mengatur katanya.

Carl mengeluh perlahan. Aduhai, ini lagi menyusahkan dari Clara. "Tangan kiri kan tangan cebok tahi, kau nak ke makan guna tangan kotor tu?"

Ayeshah kini diam membisu. Kalau keadaan darurat, nak buat macam manakan? Terpaksalah dia makan menggunakan tangan kiri.

"Sinilah aku suap. Kau teringin sangat ke nak makan guna tangan cebok tahi tu? Ke selama ni kau cebok tahi guna berus jamban?" Soal Carl lalu dia tersenyum kecil.

Laju saja Ayeshah menggeleng. Gila ke apa nak cebok guna berus jamban?

"Mana ada! Suka hati awak je ca--"

Belum sempat Ayeshah menghabiskan kata-katanya, Carl sudah menyumbat nasi goreng ke dalam mulutnya.

"Macam itulah Zahra aku.." Perlahan saja nada Carl, Namun cukup jelas di telinga Ayeshah. Tercengang Ayeshah mendengar kata-kata Carl.

"Mana awak tahu nama saya?" Soal Ayeshah hairan. Rasanya dia tidak ada beritahu jejaka ini tentang namanya.

"Sedap tak nasi goreng ni?" Sengaja Carl menukar topik perbualan mereka. Ayeshah menjeling Carl yang sengaja menukar topik perbualan.

"Sedap. Siapa masak?" Ayeshah menatap wajah Carl yang cukup kacak itu. Rupa saja yang kacak, kalau Ayeshah tahu perangai sebenar Carl, agaknya boleh pengsan si Ayeshah ni..

Tersenyum senget Carl apabila mendengar kata-kata Ayeshah. "Akulah yang masak.." Sengaja Carl menipu Ayeshah. Padahal nasi itu Clara yang masak. Malulah kalau bagitahu ini Clara yang masak, jatuh standard nanti.
Melopong mulut Ayeshah apabila mendengar kata-kata Carl. Dia seakan tidak percaya bahawa nasi goreng yang sedap ini dimasak oleh Carl.

"Wah! Seriuslah awak yang masak? Muka macam tak pandai masak aje.." Ayeshah tersenyum kecil. Muka macam tak boleh percaya.

Hilang terus senyuman di wajah Carl. Dia menatap wajah Ayeshah dengan pandangan tajam. Suka hati dia aje nak jatuhkan standard aku! Ingatkan perangai lebih baik dari Clara, rupanya lebih kurang aje. Clara elok lagi dari perempuan ni.

"Kau makanlah sendiri. Aku nak keluar. Nak sangat makan guna tangan tahi tu kan? Nah makanlah.." Carl menghulur Tupperware yang berisi nasi goreng itu kepada Ayeshah.

Berkerut dahi Ayeshah apabila Carl meninggalkan dirinya sendiri. Dia ada salah cakap ke tadi?

PINTU kereta Lamborghini Aventador miliknya ditutup kasar. Baru hari pertama menjaga perempuan di hospital sudah menyakitkan hati. Pintu rumah agam Cadee dibuka kasar dari luar. Mereka yang sedang menonton movie di ruang tamu itu tersentak tatkala pintu rumah dibuka kasar. Pantas saja mereka menoleh ke arah pintu utama.

"Kau ni dah kenapa, Erden Carl? Buka pintu tu elok-elok boleh tak?" Bebel Cadee apabila adiknya membuka pintu macam nak tercabut. Mereka hanya memandang saja wajah Carl yang masam seperti cuka itu.

"Kenapa muka kau macam minta penampar ni?" Xylon memandang Carl dengan hairan. Pagi tadi keluar rumah bukan main semangat, ini balik muka dah macam asam boi.

"Ini bukan encem boi, ini asam boi.." Eric menampar wajah Carl berkali-kali. Carl menjeling dan terus menolak Eric menjauhi dirinya.

Elyia yang berada di riba Stephen itu terus tergelak kecil. Apa yang lawak pun tak tahulah.

"Acam boi.." Ucap Elyia dengan pelat. Carl merenung tajam wajah anak saudaranya. Kecil-kecil dah menganjing orang ni apa pasal?

"Wah engkau ni! Siapa ajar kau perli orang ni baby?" Carl mendekati Elyia lalu dia mencubit pipi Elyia yang gebu itu.

"Dia ikut pakcik dialah. Kurang ajar dan biadap.." Selamba saja Xylon mengatur ayat itu tanpa memikirkan perasaan Carl. Ala, nak buat apa fikir pasal perasaan Carl? Carl bukannya ada perasaan.

"Shitt! Aku tak pernah ajar budak kecil ni bukan-bukan.." Carl merengus kasar. Sejak bila pula dia mengajar anak saudaranya yang bukan-bukan.

"Chit.."

Mereka semua terus berpaling pada Elyia apabila mendengar carutan yang keluar dari mulut gadis kecil itu. Stephen terus menutup mulut Elyia dengan tapak tangannya.

"Ohh no baby! Don't say like that, my pretty baby.." Stephen menggelengkan kepalanya berkali-kali. Elyia yang berada di ribanya itu hanya tersenyum saja.

"Nampak tak? Siapa yang ajar baby benda tak elok?" Eric memandang Carl yang sedang menjelingnya. Jelaslah bahawa Carl yang mengajar anak-anak Cadee perkara yang tidak elok.

"Ohh kau nak cakap sekarang ni aku yang ajar dia benda tak elok?" Carl menatap tajam wajah Eric. Pantas Eric mengangguk kepalanya. Yakin!

Bantal kecil yang sedia ada di sofa itu dibaling tepat ke wajah Eric. Eric yang sudah geram itu turut membaling bantal kecil ke arah Carl.

Cadee mengeluh perlahan. Susah juga kalau bela haiwan liar ni. "Sudahlah tu. Karang bersepah rumah ni siapa nak kemas? Nanti aku juga yang kena tadah telinga dengar Clara membebel.."

Carl dan Eric terus memberhentikan balingan mereka. Perkara yang lebih menakutkan adalah apabila Clara sudah mulai membebel. Itulah perkara yang sungguh menakutkan penghuni rumah ni. Seram!

"Kau asal balik awal sangat? Kata nak teman perempuan tu?" Soal Cadee hairan. Pagi tadi keluar rumah kemain senyum sampai ke telinga, belum sampai sejam keluar dah balik semula.

"Kau halau aku ke lahanat?" Carl menjeling abangnya. Balik salah, tak balik salah. Apa yang dia orang nak sebenarnya?

"Aku ada cakap ke? Tak ada kan? Yang kau balik awal sangat ni apa pasal? Bergaduh?" Cadee menggeleng kepalanya.

"Perempuan ni memang complicated ke? Memang semua perempuan menyusahkan ke?" Kata-kata Carl itu membuatkan mereka memandang Carl hairan. Sudah kenapa tiba-tiba nak cakap macam tu?

"Kau ni dah kenapa? Nak cakap kau tak pernah jaga perempuan, dulu kau yang jaga Clara.." Berkerut dahi Xylon ketika ini. Pelik-pelik sajalah si Erden Carl ni.

"Bukan itu masalahnya. Masalahnya sekarang ni, perempuan tu lagi complicated dari Nia.." Carl mengeluh. Ingatkan senang jaga perempuan, rupanya susah juga.

"Apa pasal kau ni? Kau yang nak sangat jaga dia kan?" Akhirnya Stephen mula bersuara. Makin rumit masalah hidup Carl ni.

"Tangan dia tu kan patah, jadi aku nak suap dialah. Perempuan kan? Jual mahal!" Carl memeluk tubuhnya. Orang handsome nak suap pun jual mahal.

Terlopong mulut mereka tatkala mendengar kata-kata Carl. Terkebil-kebil mereka memandang wajah Carl.

"A-apa? Ka-kau su-suap dia?" Tergagap-gagap Eric menyoal Carl. Carl terus mengeluh perlahan.

"Iyalah. Aku. Suap. Dia." Carl meninggikan sedikit nada suaranya. Kalau tak dengar lagi tak tahulah nak cakap apa.

Carl terus menutup mulutnya. Baru dia sedar bahawa dia telah menjatuhkan standardnya sendiri. Dia memandang wajah mereka yang masih terkejut itu.

"Adik aku ke ni? Apa pasal tiba-tiba berubah?" Soal Cadee seakan tidak percaya. Matanya masih menatap wajah Carl.

Xylon terus terdiam tidak berkata. Tidak berkelip matanya memandang Carl. Eric sudah menutup mulutnya kerana tidak percaya Carl melakukan sedemikian kepada perempuan. Sewaktu dengan Clara, tiada pula dia lakukan begitu.

Stephen bangun dari duduknya dan terus menghampiri Carl. Dia menyentuh dahi Carl. Mahu check, mana tahu Carl demam ke apa.

"Kau okay ke? Ada rasa nak muntah ke? Pening kepala ke?" Soal Stephen prihatin. Risau juga.

Carl memutarkan bebola matanya. Menyampah pula tengok reaksi masing-masing. Namun apa yang dia boleh lakukan? Benda dah terlepas..

"Sudahlah! Malas aku layan!" Carl terus bangkit lalu dia mengatur langkah ke aras dua. Sakit pula hati tengok muka mereka.

"Carl ke tu? Dia ada minum apa-apa ke semalam?" Soal Eric kepada Cadee. Mata mereka masih setia memerhati Carl yang sedang mendaki tangga itu.

Cadee mengangkat kedua bahunya sebagai jawapan kepada soalan Eric. Dia sendiri masih terkejut dengan tindakan adiknya itu.

"Jarang Carl baik dengan perempuan. Kalau dia baik tu ada maknalah.." Ucap Xylon dan terus meninggalkan mereka. Nak terkejut boleh, tapi janganlah lama sangat.

"Carl fallen in love? Damn! It's not a real Erden Carl.." Stephen menggelengkan kepalanya berkali-kali. Erden Carl bukanlah seorang lelaki yang mudah jatuh cinta pada perempuan. Hantu apa yang dah rasuk Carl?

To Be Countinued
—Ree

Lanjutkan Membaca

Kamu Akan Menyukai Ini

125K 7.1K 56
𖤐 BROKEN SERIES BOOK 1 ⊹♡ start : 02072023 end : 07022024 ⚠️clichè
1.5M 47.4K 66
Afiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga meningkat dewasa, mereka berdua tidak pernah '...
905K 47.5K 67
[ COMPLETED ] Ayden Kaiser, kuasa raja. Itulah maksudnya sekali gus membentuk keperibadiannya yang agak dingin dan misteri. Siapa sahaja yang tidak m...
289K 16.3K 68
[𝐂 𝐎 𝐌 𝐏 𝐋 𝐄 𝐓 𝐄 𝐃] -𝐈𝐧 𝐄𝐝𝐢𝐭𝐢𝐧𝐠- ♡ 𝐊𝐚𝐫𝐲𝐚 𝐤𝐞𝐭𝐢𝐠𝐚 𝐌𝐫𝐇𝐚𝐳𝐑𝐞𝐲𝐳 ♡ ★𝐒𝐞𝐜𝐨𝐧𝐝 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐨𝐟 𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐞𝐧𝐢𝐳...