48 || ERDEN'S ✧.*

5.8K 384 106
                                    

KERETA diparkir cantik di hadapan rumah Carl

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KERETA diparkir cantik di hadapan rumah Carl. Daren mengambil telefon bimbitnya sebelum dimasukkan ke dalam poket seluar. Dia membuka pintu keretanya dari dalam lalu dia memandang sekitar rumah Carl.

Pintu di tempat duduk penumpang dibuka. Dia memandang ke arah Carl yang seronok duduk di dalam kereta itu.

"Keluar. Aku nak kunci kereta. Kau nak kena kunci ke?" Soalnya tegas. Laju Carl turun dari kereta Daren dan bergerak ke arah pintu rumahnya.

Daren turun mengikut langkah Carl. Dia mengeluarkan kunci rumah Carl dari poket seluarnya. Kunci itu dimasukkan ke tombol pintu itu. Akhirnya, pintu itu terbuka.

Daren menarik tangan Carl masuk ke dalam rumah. Ruang tamu dituju lalu dia menolak tubuh Carl duduk di atas sofa.

"Duduk sini diam-diam. Aku nak kemas bilik kau. Nanti abang kau membebel.." Ucap Daren lalu meninggalkan Carl sendiri di bawah. Dia tidak risau meninggalkan Carl sendiri kerana di luar turut ada orang-orang Cadee menjaga. Jadi mustahil untuk Carl hilang tiba-tiba.

Tangan memulas tombol pintu bilik Carl. Dia mengeluh tatkala melihat habuk sudah mengusai seluruh ruang di bilik Carl. Baru seminggu rumah ini tidak berpenghuni, malah sudah berhabuk.

"Bersepah. Hantu mana yang masuk bilik ni?" Gumamnya sendiri.

Penyapu yang berada di dalam bilik air dicapai sebelum dia mula membersihkan bilik ini. Habis segala langsir dan alas katil ditukar. Dari bilik yang bersepah dan berhabuk, kini bertukar menjadi bilik yang sangat bersih dan teratur.

Inilah Daren Freedy. Seorang yang mementingkan kebersihan dan kekemasan. Kalau ini biliknya, sudah pasti setiap hari dia menukar langsir dan alas katil.

Seusai dia mengemas bilik Carl. Dia terpandang akan bilik Irene yang berada tidak jauh dari bilik Carl. Dia mengeluh tatkala teringat akan pesanan Cadee yang menyuruh dia mengemas semua bilik yang ada di rumah Carl.

"Dia ingat aku ni bibik ke nak kena kemas semua bilik?" Daren mendengus kasar sebelum kakinya melangkah menuju ke bilik Irene. Merungut, tetapi tetap lakukan tugas.

Semakin panjang keluhan Daren apabila melihat keadaan bilik Irene. Dia sangkakan bilik Carl adalah bilik yang paling bersepah dan kotor, malah bilik Irene dua kali ganda kotornya.

"Perempuan ni kalau ya pun nak mampos, kemaslah bilik dulu. Ini tak pasal-pasal aku yang kena kemas." Bebel Daren. Nampak saja pendiam di luar, namun jika dia seorang diri, macam-macam bebelan keluar dari mulutnya.

Cadar Irene dibuka lalu ditukar kepada cadar baru. Barang make up yang berterabur di atas lantai itu dikutip lalu disusun kemas di atas meja solek milik Irene.

Gambar Carl dan Irene yang sudah terjatuh itu diambil. Dia memandang lama gambar itu sebelum dia tersenyum sinis.

"Dia sayang kau, Mel.. Cuma dia lambat jujur.." Ucapnya sendiri.

𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©Where stories live. Discover now