45 || ERDEN'S ✧.*

7.2K 452 110
                                    

DAREN menolak pintu wad yang menempatkan Carl

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

DAREN menolak pintu wad yang menempatkan Carl. Cadee turut mengikut Daren untuk melawat adiknya. Mereka tidak mampu menjaga Carl jika keadaannya tidak stabil, jadi mereka meletakkan Carl di hospital keluarganya sementara waktu.

Daren mendekati Carl yang sudah sedar dari tidurnya. Dos yang doktor berikan pada Carl tidak begitu kuat, jadi Carl tidak akan tidur lama.

Carl hanya menghiraukan saja abang dan sahabatnya yang baru saja melangkah masuk itu. Matanya setia memandang ke arah langit yang cerah itu.

"Carl?" Panggil Daren. Seharian mereka meninggalkan Carl di hospital. Namun mereka tidak mendengar sebarang berita buruk lagi daripada doktor.

Carl menoleh. Dia hanya diam dan memerhati saja wajah Daren yang memanggilnya.

"Kau okay?" Soal Cadee pula. Dia amat risau tentang adiknya. Dia tidak mahu adiknya dalam keadaan buruk. Masuk ini, sudah dua kali Carl kehilangan orang yang tersayang.

Carl hanya mengangguk kepalanya. Dia kembali memandang tingkap yang menampakkan langit itu.

Daren dan Cadee melepaskan keluhan berat. Mereka dapat rasakan Carl tidak berada dalam keadaan baik.

Tawa Carl terletus tiba-tiba. Laju Cadee dan Daren memegang tubuhnya.

"Sayang! Aku dekat sini! Aku rindu kau.." Ucap Carl bersama senyuman yang tidak lekang di bibirnya. Mata Carl tidak lari dari memandang tingkap. Pantas Cadee dan Daren memandang ke arah tingkap, namun tiada sesiapa.

"Kau cakap dengan siapa ni? Mana ada orang.." Ujar Cadee pula. Dia menggaru belakang kepalanya perlahan. Apa jadi dengan adiknya ini?

"Tu.. Dengan isteri akulah!" Carl menunjuk ke arah tingkap seolah isterinya berada di luar tingkap. Daren menoleh sebelum dia mengerutkan dahinya.

"Mana ada sesiapa, Carl.." Berkerut dahi Daren memandang ke arah tingkap. Lama-lama dia pula yang jadi gila.

"Adalah! Itu! Nampak tu isteri aku.." Carl sedaya upaya mahu menyakinkan Cadee dan Daren. Namun mereka berdua masih tidak nampak isterinya.

"Kau jangan macam-macam, Erden Carl.. Kita dekat tingkat 10 ni.. Mana ada orang dekat tingkap.." Cadee menarik kepala adiknya supaya adiknya tidak memandang ke arah tingkap.

"Betul! Aku tak tipu! Dia ada dekat tingkap tu tengah tengok kita! Dia datang nak jumpa aku!" Ucap Carl lalu dia menolak tangan Cadee yang memegang kepalanya. Daren yang berada disitu sudah pasrah. Sah! Carl memang dah gila!

"Argh! Tak payah tengok dia! Daripada kau tengok dia baik kau tengok aku.." Cadee menarik semula kepala adiknya itu. Daren yang sudah rimas itu terus bangkit dan menutup langsir yang berada di tingkap itu.

Membulat mata Carl tatkala Daren selamba menutup langsir. "Woi! Kau buka semula! Isteri aku! Irene!!"

Daren menghampiri Carl sebelum dia menutup mulut Carl dengan kedua tapak tangannya. "Diam! Mana ada Irene dekat sini. Kau jangan nak macam-macam eh. Aku sembelih kau karang!"

𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©Where stories live. Discover now