35 || ERDEN'S ✧.*

5.6K 342 81
                                    

HARI ini sudah genap dua bulan perkahwinan Carl dan Irene

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HARI ini sudah genap dua bulan perkahwinan Carl dan Irene. Setiap hari, Irene tidak pernah terlepas dari membuatkan sarapan pagi untuk Carl dan membekalkan suaminya makanan tengahari. Sejak itu jugalah, Carl jarang keluar makan di kedai. Dia hanya makan apa saja yang isterinya bekalkan untuknya.

Pintu bilik Carl diketuk. Irene menunggu saja pintu bilik suaminya itu terbuka bersama pakaian yang sudah digosok. Terbuka saja pintu bilik itu, Irene terus menghulur pakaian kerja Carl.

"Kau tak penat ke iron baju aku hari-hari? Aku boleh buat sendiri, Melissa.." Carl menggeleng. Sebelum tidur, pasti isterinya akan meminta pakaian kerja untuk digosok. Dia hanya mengakur saja. Kalau tidak diberi, nanti merajuk pula.

"Tak. Nak buat apa penat? Kan dapat pahala. I dah penatlah kumpul dosa.. Bagilah I peluang nak kumpul pahala pula.." Irene tersengih. Carl menjeling sebelum dahi isterinya dijentik perlahan.

"Ada je alasan kau kan?" Carl mengeluh sebelum mencapai pakaian kerjanya yang berada di tangan si isteri.

"Pergilah. Aku nak pakai baju." Ucap Carl mendatar. Irene hanya mengangguk. Baru saja dia mahu melangkah pergi, dia kembali ke arah suaminya.

"Nanti turun makan tau? I ada masakan nasi lemak untuk you.." Ujar Irene dan terus beredar dari situ. Carl hanya diam.

Cakap pasal nasi lemak.. Dia teringat..

Dapur rumah Cadee hampir terbakar oleh kerana dirinya. Dia adalah punca Clara mengamuk. Salahnya kerana leka membuat air dan membesar api sambal nasi lemak ketika itu. Katanya, api besar baru seronok..

Carl menggeleng laju. Malu pula bila teringat tentang itu. Nasib baiklah hanya mereka saja yang tahu, kalau satu office tahu? Jatuh air mukanya.

 Nasib baiklah hanya mereka saja yang tahu, kalau satu office tahu? Jatuh air mukanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

IRENE menolak kuat pintu bilik air yang berada di dalam biliknya. Mangkuk tandas di dekati sebelum dia memuntahkan semula makanan yang dimakan bersama suaminya. Perutnya ditekan perlahan. Kepalanya berdenyut.

Sekali lagi rasa loya mula hadir. Kali ini sudah dua kali dia muntah. Sebab apa pun dia tidak pasti. Nak kata salah makan, bukannya dia tidak pernah makan nasi lemak.

𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©Where stories live. Discover now