01 || ERDEN'S ✧.*

12.9K 473 13
                                    

KAHWIN! Kahwin! Kahwin! Satu perkataan yang mempunyai enam abjad itu kini mengganggu fikirannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KAHWIN! Kahwin! Kahwin! Satu perkataan yang mempunyai enam abjad itu kini mengganggu fikirannya. Ahli keluarganya tidak habis-habis mahu memaksanya untuk berkahwin. Bukannya dia tidak mahu, malah tiada calon. Karang kalau kahwin dengan Eric jangan terkejut pula. Mahu sangat memaksa dirinya berkahwinkan?!

Malam yang sunyi dan sepi. Carl menekan pedal minyaknya bagi melajukan pemanduaan. Ini juga salah satu sebab mengapa dia berada di luar pada waktu malam. Jarang sekali dia mahu keluar pada waktu malam begini. Boleh bernanah telinganya apabila mendengar bebelan dari mulut Elena. Kalau bebelan yang bermanfaat tidak apalah juga, ini membebel tentang bila dirinya mahu berkahwin.

Hari ini merupakan hari bahagianya. Hari dimana umurnya genap 29 tahun. Tua? Ya tua. Namun Carl berpegang pada definisi, semakin tua semakin handsome. Sepatutnya semakin tua semakin matang, ini tiada perubahan pun. Malah semakin buruk perangainya.

Jalan yang gelap gelita ini membuatkan Carl mengerutkan dahinya. Mengapa keadaan jalan ini gelap gelita? Kalau satu ataupun dua lampu jalan tidak hidup masih boleh diterima, ini semuanya tidak hidup.

Carl melepaskan nafasnya perlahan. Secara tidak sengaja, terbit satu senyuman sinis pada hujung bibir Carl. Pedal minyak itu ditekan rapat. Laju. Lampu kereta ditutup sepenuhnya. Matanya dipejam rapat. Mahu melepaskan segala beban yang ada pada dirinya.

Laju, dan semakin laju. Perlahan-lahan Carl membuka kedua kelopak matanya. Terbeliak biji matanya apabila melihat seorang perempuan sedang berlari melintasi jalan dalam keadaan gelap. Brek ditekan rapat bagi mengelakkan sebarang masalah berlaku.

"OH SHITT-" Namun segalanya sudah diatur oleh Tuhan. Tindakan Carl sebentar tadi tidak mendatangkan sebarang kebaikan. Carl terus keluar dari perut kereta dan menuju ke arah seorang perempuan yang dilanggarnya tadi.

Wajahnya diraup kasar. Lepas satu, satu lagi masalah yang datang. Mujurlah dia memandu kereta itu dalam kelajuan yang minimum. Agaknya kalau dia tingkatkan lagi kelajuan keretanya, boleh terbang perempuan ni. Carl memandang perempuan yang sudah terbaring lemah di atas jalan itu. Kepala perempuan itu diangkat lalu diletakkan di atas ribanya.

Carl menghela nafas lega tatkala melihat perempuan itu masih bernyawa. Kurang sedikit beban dirinya. Kalau perempuan ni kiok, masak aku kena bebel dengan Cadee!

"Hey? Kau dengar tak apa aku cakap ni?" Laju saja perempuan itu mengangguk kepalanya. Sekali lagi Carl menghela nafas lega.

"Sa-sakit.." Ujar perempuan itu tergagap-gagap. Carl terus mengangkat tubuh perempuan itu lalu dimasukkan ke dalam keretanya.

"Jangan tutup mata. Tolong dengar cakap aku.." Carl memandu keretanya laju. Perempuan yang berada di sebelahnya itu dipandang seketika.

"Ce-cepat.. Sa-sakit.." Hampir saja perempuan itu menutup mata, Carl sudah menampar pipi perempuan itu. Sudahlah dilanggar, ditampar pula.

𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©Where stories live. Discover now