16 || ERDEN'S ✧.*

4.9K 306 31
                                    

AYESHAH mengeluh perlahan sebelum dia menoleh ke arah Carl yang berada di sisinya

Oops! Ang larawang ito ay hindi sumusunod sa aming mga alituntunin sa nilalaman. Upang magpatuloy sa pag-publish, subukan itong alisin o mag-upload ng bago.

AYESHAH mengeluh perlahan sebelum dia menoleh ke arah Carl yang berada di sisinya. Langit malam ditenung seketika.

"Erden?" Panggil Ayeshah perlahan. Carl menoleh ke arah Ayeshah. Dia menunggu soalan yang bakal keluar dari mulut Ayeshah.

"Kenapa awak bawa saya pergi sini? Semalam kan dah pergi sini.." Mendengar itu, Carl hanya mampu tersenyum.

Dia sendiri tidak tahu mengapa dia membawa Ayeshah ke pantai lagi. Sedangkan semalam mereka sudah meluangkan masa di sini.

Carl hanya diam. Dia tidak mahu menjawab. Dia hanya melihat saja wajah Ayeshah dengan teliti.

"Erden? Awak dengar tak ni? Kenapa awak bawa saya pergi sini lagi?" Soal Ayeshah sekali lagi. Dia memandang wajah Carl dengan geram.

Carl menghela nafasnya sebelum dia menjawab soalan Ayeshah.

"Saja. Aku nak habiskan masa aku dengan kau. Hari ni hari terakhir aku.." Ujar Carl sebelum dia melakar senyuman di bibir.

Mendengar ayat terakhir Carl, Ayeshah terdiam. Baru dia sedar hari ini adalah hari terakhir sebelum mereka berdua berpisah buat selamanya.

"Today.. Our last day, My Honey Bear.." Carl tertunduk. Hari terakhir dia dapat menatap dengan teliti wajah Ayeshah.

"Honey Bear?" Gumam Ayeshah sendiri.

Carl memusingkan badannya menghadap Ayeshah. Mahu saja dia memeluk tubuh gadis itu, namun dia tahu batasnya dengan seorang perempuan yang bukan isterinya.

"Aku minta maaf.." Ujar Carl untuk keberapa kalinya. Tidak terkira rasanya kata maaf yang Carl lontarkan pada Ayeshah.

Perlahan-lahan Ayeshah mengangguk kepalanya. Dia sudah lama memaafkan Carl. Dia tidak mahu berdendam dengan sesiapa.

"Maafkan aku sebab dah lukakan hati kau, Zahra.." Ucap Carl dalam nada perlahan. Dia benar-benar rasa bersalah.

Ayeshah hanya tersenyum. Dia mendengar saja kata-kata Carl.

"Saya dah lama maafkan awak, Erden.." Ucap Ayeshah bersama senyuman kecil.

"Aku nak kau lupakan aku.. Boleh?"

Permintaan Carl itu sungguh berat untuk Ayeshah. Dia tidak tahu mahu memberi respon apa. Tidak mahu angguk dan tidak mahu geleng. Dia keliru.

Carl hanya memerhati saja Ayeshah yang diam itu. Dia seakan terkaku dan membeku.

"Aku tak nak kau terseksa lagi, Zahra.. Cukuplah kau dah terseksa dengan aku.." Dia tidak mahu Ayeshah terluka lagi. Dia tidak kuat untuk melihat wanita yang disayangi tersakiti. Cukuplah hanya dia yang mengecewakan wanita itu.

"Saya.."

Ayeshah diam. Dia tidak tahu mahu meneruskan ataupun tidak.

"Saya.. Tak pernah terseksa bila dengan awak.." Perlahan saja Ayeshah mengatur ayatnya.

𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon